Islamic Flexi Home Loan vs ODASB

Thursday, October 01, 2009



BFR = Base Financing Rate = 5.55 % now
LO = Letter of Offer
ODASB = Overdraf bercagarkan ASB
CA = Current account

Salam seperti yang dijanjikan, saya akan menerangkan bagaimanakah CIMB Islamic Flexi Home Loan ini dapat digunakan bagi menggantikan ODASB.

Maklumat di sini adalah berdasarkan kepada:

(1) LO yang diperolehi drp CIMB Islamic,
(2) http://www.money3.com.my/
(3) Perbincangan lisan dengan CIMB Home Loan Officer (012-2529137) & juga bersandarkan blank & white LO
(4) Perbincangan lisan dengan CIMB Home Loan HQ Officer (1300-8809-00) Bahagian Marketing dan sambungan 2-2-7 untuk meyakinkan lagi cara :)

Berdasarkan kepada keempat2 sumber di atas, tiada caj akan dikenakan terhadap sebarang kemasukan, pengeluaran dan penyelenggaraan akaun (setup, maintenance, payment & withdrawal)

Katakanlah anda membuat pinjaman perumahan daripada CIMB Islamic sebanyak RM 200 000 seperti di atas (termasuk Mortgage Takaful Plan), anda perlu bayar RM 798.27 kepada bank. Katakanlah kita bundarkan kepada RM800 untuk memudahkan pengiraan.

RM800 ini adalah monthly installment / minimun payment. Maknanya tiap2 bulan kita kena bayar sebanyak RM800 dengan interest yang dikenakan sebanyak BFR-2.15 = 5.55 – 2.15 = 3.4 % daily rest culculation

Katakanlah kita ada modal sebanyak RM20 000, maka kita masukkanlah RM 20 000 ini ke dalam akaun home flexi islamic ini (CA CIMB Islamic, yang kad ATM nya warna hijau). So RM 20 000 ini akan mengurangkan interest loan kita tadi.

Setiap bulan, katakanlah gaji anda & isteri adalah RM4000, masukkanlah RM4000 ini direct ke dalam akaun CA CIMB Islamic ini utk serve interest loan. Bila sampai masa bayar bil (air, elektrik, astro, kete, moto, personal loan, CC), gunakanlah saja CIMBclicks utk buat pembayaran direct drp CA td. Bayarlah betul2 sebelum due date, buffer 2-3 hari berkerja untuk pembayaran ke bank2 lain.

Untuk CC islamic, apply lah saja CIMB Islamic CC, ataupun CIMB Islamic Petronas free for life fees (with 2% rebate for petronas fuel & kiosk). 2 produk terbaru keluaran CIMB Islamic

Loan rumah settle, kete settle, bil2 settle, gaji settle dengan cara Islamic banking

Untuk gaji pulak pilihlah cara yang paling mudah. Kalau boleh mintalah HR office anda masukkan terus gaji ke dlm CA CIMB Islamic td. Kalau xboleh, bila gaji masuk je teruslah divert ke dlm CA CIMB Islamic tadi utk serve interest, kemudian manage lah dari 1 akaun ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin bertukar kepada islamic & sesiapa yang mencari alternatif kepada OD ASB inilah caranya.

RM20 000 yang dimasukkan awal-awal td, konsepnya samalah macam ODASB, untuk serve interest & ambillah bila2 masa anda perlukan sebagai pelaburan, dengan syarat bulan2 tinggalkan baki minimum/installment adalam RM800. Harap dapat membantu

Interest comparison. Home flexi BFR-2.15 = 5.55-2.15 = 3.4%
ODASB = BLR = 5.55% @ BLR-1.25 = 4.3%

So in term of interest calculation homeflexi lagi untung sebab lagi rendah, tetapi interest ODASB di cover oleh dividen tahunan ASB iaitu sekitar 7-12% (tetapi halalan nya boleh dipertikaikan, fatwa kebangsaan kata harus, fatwa negeri selangor kata haram & saya kata tengoklah dalil2 & hujah2nya mengapa ada fatwa kata halal dan ada fatwa kata haram (fatwa yang begitu contradic halal vs haram.........kalau halal vs harus vs sunat boleh tahan lagi........xpun kalau haram vs makruh pun still considerable if the hujjah is strong enough to convince people). Tengoklah pada hujjah2nya di sini http://www.zaharuddin.net/content/view/224/95 yang mana yang mana LEBIH KUAT & bertangungjawablah sepenuhnya atas pilihan anda itu).
Adakah alternatifnya utk mendapatkan keuntungan 7-12% yang ASB bagi itu? Ada kawan, lebih dari itu pun anda boleh dapat. Nak berapa? 20%? 40%? 100%? Semua boleh inshaAllah, yang penting mulakanlah USAHA sekarang, mulakanlah PERNIAGAAN SENDIRI. Berniagalah mengikut kepakaran & minat anda. Kerana minat + kepakaran = KEUNTUNGAN. Jangan meniaga ikut-ikut orang & jangan buat sesuatu ikut2 orang. Buat sesuatu dengan ILMU, inshaAllah anda akan mendapat apa yang anda idamkan.

Apa yang pasti kedua2 cara ini; Home Flexi dan juga ODASB kena ada saving dulu. ODASB pun kena ada duit saving dulu yang diletakkan dalam ASB & homeflexi juga kena ada saving dulu untuk park dalam CA & juga untuk 10% DP beli rumah.

Beza islamic dengan konventional adalah pada akadnya, dan akad juga yang akan menentukan sama ada anda mendapat anak halal ataupun anak haram (iaitu akad nikah)

Kesimpulannya:
(1) pilih sajalah kawan yang mana yang terbaik & bertanggungjawablah sepenuhnya atas pilihan anda tadi kerana hidup ini adalah pilihan dan kita akan ditanya dengan setiap pilihan dan keputusan hidup yang kita lakukan.

(2) Mulalah menabung dari sekarang kerana pelaburan hanya boleh dilakukan dengan MODAL @ duit & modal paling banyak & paling cepat boleh diperolehi dengan berniaga & berniaga tidak memerlukan modal yang besar. Berniaga adalah skill & art menggandakan duit dari RM1 menjadi RM2 menjadi RM5 menjadi RM10 dan seterusnya mengikut kemahiran & seni anda. Itu sahaja.

(3) Sekarang bank banyak offer rate yg rendah BFR-2 etc, jadi rebut2lah peluang ini. Kalau ada rumah yang dah habis lock in period (biasanya 5 tahun) cuba2lah tanya banker/valuer berapa value rumah anda sekarang & berapa fully settlement rumah anda (utk existing loan)

(4) Checklah juga EPF 2nd accound mana tau dah ada banyak ke kat dlm tu (online checking pun boleh, kat kiosk pun boleh-bawa mykad anda. Online lg senang kalau dah ada login ID & password. Semuanya di hujung jari sahaja). Keluarkanlah dulu utk topup current homeloan, bagi principle kurang & lepas tu refinance sajalah kawan.

(5) Cepat2lah tinggalkan sisa2 riba’ dengan bertukar kepada islamic banking & mohonlah doa kepadaNYA agar dosa2 semalam diampunkanNYA dan tinggalkanlah sisa2 riba itu sepenuhnya & usahlah lagi terlibat dengan riba’

(6) Apa akan jadi kepada sistem kewangan negara kalau semua org bertukar kepada islamic banking? Mungkin islamic banking akan menjadi lebih kompetatif dengan sokongan kita & konventinal banking akan kepanasan utk menarik pelanggan. So biarlah mereka (islamic & konventional) saling bersaing. Kerana persaingan yg sihat itu AMAT BAGUS untuk kita sebagai customer huhu.

(7) Yang terlebih pentingnya carilah yang HALAL dalam kehidupan ini kerana kita mempunyai banyak pilihan & pilih lah sesuatu yang menguntungkan kita bukan saja di sini, tetapi juga lebih2 lagi menguntungkan kita di sana. Fikir2kanlah juga apa akan jadi pada kehidupan kita di sana kalau kita tidak sempat membebaskan diri drp perangkap riba’ & shubahat ini.

(8) InshaAllah setiap masalah dan halangan dan cabaran, ada jalan penyelesaiannya. Jadi, jadilah PENYELESAI MASALAH, bukannya pembuat/pencipta masalah :)
(9) InshaAllah kalau KITA NAK berubah akan ada caranya. Carilah saja & mohonlah padaNYA agar dipermudahkan jalan2 kehidupan ini menuju keredhaanNYA inshaAllah.
Sekadar berkongsi ilmu hasil kajian yang x seberapa. Moga ada manfaatnya diri sendiri dan untuk semua & sampai jumpa lagi inshaAllah.

18 comments:

PG said...

Salam Bro Luke the Dude..
Wah..best info bro.Mantap.Ini adalah alternatif yang bagus.
Teruskan menulis.

PG
20rejab.blogspot.com

dodi said...

Bagus info ni.. saya mesti pileh!

sourplum said...

BFR-2.15 = 5.55 – 2.15 = 3.4 %
ini utk property atas 150k je kn..

www.tuanbri.com said...

ni product baru drpd CIMB...
takut rate ni diaorg akan revised balik...

dan apakah "HOMEextra" boleh digunapakai dalam kes ini ?

Bagaimana pula yang membeli hartanah 100k and below ?

good job!
very well explained.

www.tuanbri.com

Anonymous said...

salam.

saya masih tak berapa faham penjelasan saudara mengenai perkara ini. Kita kena ada dua akaun ke? 1. Akaun Islamic Flexi & 2. CA CIMB Islamic. Untuk CA ni, buat yang peribadi ke atau syarikat?. Modal yang kita masukkan tu bukankah akan masuk terus dalam akaun Flexi tadi.???? Mohon penjelasan yang sebaiknya. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rezeki kepada saudara. Tq.

Admin said...

1 CA CIMB Islamic akaun sahaja. Islamic Flexi Home Loan adalah nama pakej yg ditawarkan. Bila sign LO nanti banker akan minta kita buka CA

KEOWN said...

man.... islamic ada cut off 10.XX% kan.. kalau pinjam 200k... kalau BFR 10.xx%.. berapa kena bayar.... banyak tak?.. kita kena ada backup jugak kalau BFR naik.. kan.. ada cara tak nak backup jika BFR naik.. sebab kalau conventional.. dia akan panjangkan masa.. islamic akan naikan bayaran bulanan..

arif said...

tahniah bro.... mantap&berguna....
aku harap ilmu ini akn dpretikkan semua org...
tahniah.

Admin said...

Bri, homeextra & prop below 100k boleh check kat money3 http://money3.com.my/ ataupun direct call 1300-8809-00 utk maklumat lebih lanjut. LO yg diperolehi adalah sama spt maklumat dlm money3

Keown, Tuan betul. ceiling rate cimb islamic is so high = 10.75%compare to others. RHB islamic bagi ceiling rate 10.25%, yg lain2 boleh check dlm money3/baker jgk.

Panjangkan tenure rasanya boleh confirmkan dgn banker nt (Kalau conventional boleh buat why not islamic? Xde dlm akad? Masukkan saja dlm akad. Penyelesaian boleh dicari). Nanti jumpa solutian aku masukkan dlm artikel akan dtg inshaAllah

Other solution? Mungkin boleh diversify kan loan utk rumah2 yg berbeza. 1 amik islamic flexi with BFR, yg lain boleh amik fixed rate 5-6% whole tenure. Bank apa? Aku pun tgh mencari :)

Arif, tahniah kerana Tuan semakin berani menonjolkan diri dan kehebatan Tuan. Well done & all the best

qrizal said...

salam...mesti kena bli rumah untuk pohon pakej tsbt?

Admin said...

Salam QRizal, kena ada rumah dahulu, ataupun kena beli rumah dahulu (baru/subsale/lelong) ataupun refinance rumah sedia ada

asraz said...

Menarik artikel ni...perbandingan antara 2 tools kewangan yang konsep hampir sama...

Cuma untuk mulakan OD ASB, hanya dgn gunakan modal sendiri...mudah, ringkas, dan cepat...kan?

Bagi Flexi Home Loan ni...catch dia kena beli rumah terlebih dahulu...baru boleh gunakan tools ni..menarik juga tapi ambil masa especially kalau nak mencari rumah yang terbaik...melainkan bro Lukeman sudi bgtau kat mana nak beli rumah dgn kos terbaik pd anggaran harga 150k ke atas tu..

Admin said...

asraz rumah RM150 keatas apartmet di Taman U ada yang baru launching, sebelah stesen komuter UKM, booth diorg ada kat Warta Bangi, 2-3 hari lepas saya tengok masih ada lagi...

subsale sepakat indah 1 pun ada jgk booth nya di Warta (saya pun ada daftar 1 unit utk apartment sepakat indah 1), cuba visit sana, mungkin boleh membantu

insan kerdil said...

salam mr.luke...saya cnfius skit pasal IFHL nie..
i.)dr cth td kita masukan RM20k dlm ac tersebut katakan bln jan..bile blm feb kita xmasukan ape2 nilai,adekan nilai Rm20k itu akan ditolak dgn RM800 secara automatik?
ii.)adakah konsepnya same dgn cimbcliks?
iii.)saya bru belajar bidang nie,hope kwn2 dpt bantu n kongsi ilmu

Admin said...

Salam Tuan, betul pemahaman Tuan itu

Abu Muhammad said...

Salam Tuan,
Tertarik dengan artikel Tuan.
Saya dlm proses re-finance rumah di Changloon (nilai 200k), cuba ke 3 buah bank dan apa yg saya dapat cuma:
Bank Islam BFR-1.75 = 3.80%
CIMB Home Flexi-i BFR - 1.8 = 3.75%
MAybank BFR- 1.9 = 3.65%

Tiada pula yang dapat offer BFR - 2.0, apatah lagi BFR-2.4.

Adakah faktor lokasi, atau kurang "bargain power" yg saya miliki.

Sekian, terima kasih.

Admin said...

Salam Tuan Abu Muhammad, bermula Nov 2009, BNM telah selaraskan rate financing sehingga -1.8% sahaja (jika dibandingkan dengan 2-3 tahun lepas rate ini masih lagi dalam kategori rendah), -2.2 @ -2.3% adalah rate sebelum bulan Nov 2009

http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/11/ibrbfr-18-sahaja-11109.html

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP