Maid

Sunday, October 18, 2009

Salam

1st maid

{6000 + [ 450 x (24-3) ] + 700 } / 24 = 16150/24 = RM673 average/month

Rujuk http://newmaids.com/

2nd maid

{6000 + [ 500 x (24-3) ] + 700 } / 24 = 17200/24 = RM717 average/month

Rujuk/call 013-3760781 Puan Zura zurazain2005@yahoo.com (maaf tiada website)

Alhamdulillah akhirnya maid kedua kami berjaya diperolehi. Maid pertama dulu average nya adalah RM673/month dan maid kedua ini average nya adalah RM717/month. Harapnya maid kali kedua ini boleh melepasi perkhidmatan maid pertama dulu yang hanya berkhidmat selama 23 bulan (balik Raya di Indonesia tetapi tidak muncul kembali)

Harapnya juga moga kerja-kerjaku dan kerja-kerja kami sekeluarga dapat diselesaikan dengan lebih jayanya dengan pelaburan terbaru yang kami lakukan ini.........inshaAllah

Detail:
6000 = bayaran proses
450 @ 500 = gaji bulanan maid
24-3 = 2 tahun @ 24 bulan tolak 3 bulan gaji waive/tidak di bayar (kerana gaji tiga bulan pertama telah ditolak daripada bayaran proses)
700 = bayaran perbaharui permit & fomema (medical check up) untuk tahun kedua
24 = 24 bulan @ 2 tahun kontrak perjanjian pekerjaan (majikan-pekerja/maid)
warranty = 3 bulan berkerja (dalam tempoh 3 bulan jika mutu kerja maid tidak memuaskan, boleh minta ganti dengan maid baru-secara teorinya lah.......Secara praktikalnya melanggut la nak tunggu maid baru. Jadi pilihlah maid yang betul2 Tuan rasakan berkualiti, kemudian TAWAKKALTUALALLAH

6 comments:

al_husni said...

insyaallah bro..klu maid ko muslim..aku suggest ko bagi dia tazkirah..yg keje dia ni ibadah..kita x tau apa dlm fikiran dia..cara mana dia nk buat keje..atau brapa lama...moga2 leh jd mcm keluarga...

Admin said...

maid mmg muslim tp aku jarang communicate ngan maid..bagi kat wife handle je. Harapnya gitulah.....Hari ni dua2 cuti, menyelesaikan hal ehwal anak2 & rumahtangga :) Harapku/doaku moga pelaburan ini memberikan pulangan yg sewajarnya

PG said...

Salam Bro Luke the Dude :)
Alhamdulillah.Demo dah dapat maid baru.Semoga dapat lebih kerap menulis lagi.Kerana ramai yang menunggu tulisan Tuan termasuklah saya :)

PG
-Hafizi Abdullah
20rejab.blogspot.com

liza said...

Alhamdulillah, baru ada masa full time utk keluarga setelah hampir 1 bln tiada pembantu...sampai blog suami pun x sempat nak baca. Doa kami moga maid kali ini dapat membantu menjaga anak-anak dgn baik disamping membantu kerja-kerja rumah.Amin.

deli said...

salam, bleh demo explain skit x pasal calculation tu? x brape nak paham...hihi

Admin said...

lie detail explanation & no telefon agen baru dimasukkan dlm artikel tu . Newmaids xdok maid baru. Cuba call Zura tu, kot2 ada lagi maid yang baru masuk

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP