Prinsip, Keutamaan dan Amal

Sunday, October 11, 2009

Salam, ada 3 perkara yang ingin saya kongsikan yang inshaAllah akan memberikan kita kebahagiaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat:

1. Prinsip: Hidup ini perlu berprinsip. Setiap amal perbuatan yang kita lakukan mesti bersebab. Ciptakan sebab dan carikan alasan bagi setiap perlakuan kita. Jangan perbuat sesuatu tanpa sesuatu alasan dan sebab yang kukuh dan munasabah.

Prinsip-prinsip kehidupan dan alasan selalunya berlandaskan kepada
(a) Agama
(b) Budaya
(c) Bangsa
(d) Negara
(e) Taraf sosial
(f) Taraf ekonomi
dan sebagainya

2. Keutamaan: Hidup kita terlalu banyak matlamat dan cita-cita yang ingin kita capai. Ambillah semuanya, tidak mengapa. Kalaupun semua orang di dunia ini kaya dan jutawan, ia sedikit pun tidak menjejaskan khazanah Allah.

Namun, apakah keutamaan kita dalam mencapai impian tersebut? Buat sesuatu biar berkeutamaan.

Sebagai pelajar, dapatkanlah Sijil, ataupun Diploma ataupun Ijazah anda dahulu sekurang-kurangnya. Ianya penting bukan saja untuk kehidupan anda, tetapi juga untuk ibu bapa anda yang begitu mengharapkan anda, adik beradik, sanak saudara dan negara juga memerlukan insan-insan yang terpelajar seperti anda.

Namun jika anda sanggup menghadapi ujian dan cabaran di sini tanpa Sijil, Diploma atapun Ijazah.........buat sajalah kawan dan usahlah menyesal di kemudian hari dan bertanggungjawablah atas semua keputusan dan tindakan anda itu.

3. Dan yang ketiga adalah AMAL: Beramallah dengan setiap ILMU BERMANFAAT yang anda perolehi, beramallah dengan setiap ILMU BERMANFAAT yang anda perolehi, dan beramallah dengan setiap ILMU BERMANFAAT yang anda perolehi.

Telalu banyak maklumat yang boleh anda perolehi dan terlalu banyak ilmu yang boleh anda perolehi dengan mudah. Tugas penting anda adalah untuk memilih dan menentukan yang mana satukah antaranya adalah ILMU-ILMU YANG BERMANFAAT ataupun ilmu-ilmu mudharat, ataupun sekadar maklumat yang bersifat hiburan dan penyedap halwa telinga sahaja.

InshaAllah, jika anda beramal dengan setiap ilmu-ilmu bermanfaat yang anda perolehi, anda akan mendapat banyak ilmu baru tanpa anda sedari. Amalkanlah lagi ilmu-ilmu ini dan ulang sajalah langkah di atas sampai anda dapat apa yang anda inginkan.

Selamat BERPRINSIP, selamat BERKEUTAMAAN, dan selamat BERAMAL. Moga kita semua sentiasa beroleh kemenangan, kebahagian dan kejayaan dunia dan akhirat, inshaAllah.

1 comments:

PG said...

Salam Tuan Luke.
Very good article.
Perkara yang paling sukar ialah untuk `beristiqamah` dan men`disiplin`kan diri kita.
Kadang-kadang,perancangan dan plan semua dah cantik,tapi nak istiqamah dan disiplinkan diri kita untuk ikut perancangan itu agak sukar.
Semoga Allah istiqamahkan diri kita dan menjadikan kita orang yang berdisiplin.
Antara syarat untuk berjaya dalam apa jua bidang ialah
1.Perancangan yang baik
2.Konsisten/Istiqmah
3.Disiplin

Wallahualam.

PG
-Hafizi Abdullah,Taiping
20rejab.blogspot.com

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP