Alam Sari dan Vista Emas

Wednesday, October 28, 2009

Salam, petang tadi saya bawa isteri ronda-ronda di kejiranan baru taman perumahan kami iaitu Alam Sari dan juga Vista Emas. Meronda sambil melihat perkembangan perumahan kejiranan, sambil melihat iklan-iklan rumah untuk di sewa dan untuk di jual :)

Sebenarnya saya mendapat sms daripada seorang sahabat yang ingin menyewa rumah yang baru kami beli di Taman Universiti ini (deal belum pun lengkap sepenuhnya sudah ada penyewa berpotensi menanyakannya :) ) Kadar sewa yang ditawarkannya adalah sekitar RM2000 untuk dijadikan nursery. ROI nya hanyalah sekecil 12.5% setahun. Kecilnya :). (Macam mana cara kira ROI nanti saya masukkan dalam entri berikutnya)

ROI 12.5% setahun adalah agak rendah untuk sesuatu pelaburan tetapi masih lagi mendatangkan hasil, dan yang lebih pentingnya jika tenancy aggrement dibuat dengan baik, dimatikan setem dan penyata bank dapat membuktikan bahawa rumah pelaburan kita tadi memberikan pendapatan tambahan, maka pinjaman-pinjaman perumahan seterusnya untuk membeli rumah pelaburan lain masih dapat dilakukan dengan mudah. Cumanya, pastikan kita mempunyai back up kewangan yang cukup untuk menampung worse case scenario sekiranya:

1. BLR/BFR tiba-tiba dinaikkan daripada 5.55% sekarang kepada sesuatu angka yang mungkin menggerunkan :)

2. Rumah-rumah pelaburan kita tadi kosong dan tidak mempunyai penyewa dalam tempoh tertentu

Worse case scenario amat perlu dititikberatkan ketika melabur. Jangan nanti orang lain melabur buat duit, kita melabur buang duit :). Ambil kiralah semua faktor sebelum melabur kerana melabur itu tidaklah berisiko tetapi berada di luar kawalan itu yang berisiko. Melabur tidaklah berisiko, tetapi melabur secara membuta tuli, tanpa membuat perancangan dan homework itu yang berisiko. Selamat menjadi pelabur berhemah dan selamat menjadi pelabur pintar untuk semua

10 comments:

PG said...

Salam bro Luke..
Tahniah Tuan...:)
Sama2lah kita jadi jutawan dunia dan akhirat,kaya di dunia dan kaya di akhirat :)

~tuah.rimbun~ said...

tahniah bro...
sewa RM2000 sebulan tu kira masukkk beb..
gudluck

deli said...

a) fuhh...pahtu x jadi la duk situ kalu wi sewa ke nursery...
b) laa...ingatkan nok cite pasal Alam Sari n Vista Emas tadi..hihi

Admin said...

Li, investor must have a flexible thinking. Plan asal mmg nak duduk, tp kalau orang nak rent & boleh buat tenancy aggrement/extra income, why not...cari saja rumah lain sebagai gantinya :)

Tuah, RN2000 tu rental/inflownya..yang outflow belum citer lg tu :)

Tuan Dr PG InshaAllah sama2lah kita & semua

KEOWN said...

man..... kalau sewa rumah landed dan ada ROI tue sebenarnya dah kira untung besar...s elalunya pelabur invest pada umah landed adalah untuk jual.. dan keuntungan ketika menjual.... kalau man dah boleh dapat dua2... rasanya nie peluang yang mengungtungkan...

kawan di Vista Emas sewa rumha rm850 sebulan.... bulanan bayar rm1200... dapat cover 70% aje... tue pun dah dikira ok... sebab purata bagi umah landed... jika dapat 50-70% dah dikira baik...

Admin said...

keown, rate 2storey terrace intermediete bangi/taman U sekarang kosong dlm RM900, fully furnise boleh cecah RM1300...cornerlot dlm RM1500. Aku xplan nak sewakan pun, sbb mmg plan nak duduk...but i am flexible man :)

Anonymous said...

so far, vista emas nye environment sejukkkk, nyaman pagi-pagi sebab dikelilingi tumbuhan hijau tambah lak duduk atas bukit, student UKM pun skang ni dah banyak tanya nak sewa tapi sorry ahh, gua nak duduk situ

Admin said...

Anon, medium/high class environment tu. nak main golf sebelah pagar je, hehe....Rumah intermidiate ke cornerlot? Member aku (jiran) baru buka taska kat area situ, cornerlot. Nanti aku masukkan iklan tadikanya inshaAllah

Anonymous said...

Salam, bulan depan pindah masuk lepas settle hal bebudak sek ni. Ada taska or tadika ke kat Vista Emas ni? Yg nampak kat Tmn. Universiti tu adalah. Tepi jalan kan.

Admin said...

Salam Tuan/Puan, ada..Sabtu ni hari terbukanya, ada briefing pasal program yg dijalankan, harga etc...Ini butirannya http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/11/tadika-manjaku-cerdik-alam-sari.html

Member/jiran taman universiti yang run, full time dia buat tadika, dah siap bercat (pink & biru) & facilities, 2nd row from field, corner lot. Jemputlah datang Sabtu nanti 2-5 ptg, No 26 Jalan Sari Ilmia 1/2, Alam Sari, tadi baru gi tengok tadikanya sambil bawa anak jalan2 ;)

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP