Penyucian Jiwa (2)

Tuesday, September 08, 2009

Salam, seperti yang dijanjikan kepada diri sendiri dan kepadaNYA, hari ini aku meneruskan misi penyucian jiwa insan yang telah tercemar:

1. Aku buka current account Bank Muamalat. Bermula bulan Oktober 2009, segala gaji aku akan masuk ke akaun ini dan bukan lagi ke saving account CIMB seperti sekarang.

(a) Masalah tentang pembayaran pinjaman yang biasanya aku buat melalui cimbclicks juga telah berjaya aku atasi. Penyelesaiannya, aku buatkan standing instruction (arahan tetap) kepada Bank Muamalat (BM) agar terus membuat pembayaran kepada loan kereta dan loan rumah aku secara tetap pada tarikh2 tertentu. Masalah selesai.

(b) Masalah pembayaran bil pula timbul kerana jumlah bil aku tak tahu berapa. Penyelesaiannya buat masa sekarang, aku tambahkan lagi 1 standing instruction (arahan tetap) agar gaji aku sebanyak RM.....dipindahkan kepada cimb agar senang untuk aku membuat pembayaran bil-bil yang tidak tetap seperti bil eletrik, air, indahwater, cukai pintu, cukai tanah, broadband dsb. (Insya'Allah jika ada cara lain yang lebih mudah daripada ini, harap dapat share di sini)

(c) Masalah ke tiga adalah CC. Buat masa ini CC aku juga aku gunakan cimb directaccess. Alternatif, buat masa ini Bank Muamalat tiada perkhidmatan CC, yang ada hanyalah debit card dengan menggunakan CA tersebut. Buat sementara waktu aku akan gunakan kedua2 CA BM & CC cimb ini dan pembayaran untuk CC cimb akan aku lakukan daripada pemindahan (b) di atas.

Alhamdulillah masalah tentang gaji selesai buat sementara waktu sehingga ada pembaikan2 yang akan dilakukan mengikut perkhidmatan yang ditawarkan nanti.

2. 1 akaun ASB telah aku kosong (0) kan. Duit daripada ASB ini aku penuhkan OD sehingga melimpah. Aku buat surat kepada bank branch manager untuk terminate OBASB service. Proses penutupan memerlukan masa kira-kira 2 minggu (hantar notis kepada PNB, PNB bagi balik sijil & bawa sijil cairkan di PNB). Tidak mengapa, aku akan tunggu, janji kerja2 yang patut aku lakukan telah dilakukan. Duit daripada 2 akaun ASB ini akan aku letakkan dalam akaun Tabung Haji buat sementara waktu, sehingga aku menjumpai alternatif pelaburan yang yang memberikan lebih manfaat kepada diri & keluarga di sini dan juga di sana.

Mungkin ada yang tertanya kenapa sebelum ini aku simpan duit dalam ASB dan kenapa aku gunakan perkhidmatan ODASB, tapi dalam masa tak sampai 2 bulan aku keluarkan semua duit aku dan isteri daripada ASB

Jawapannya adalah aku bertindak dengan ILMU-ILMU dan HUJAH-HUJAH yang sampai kepadaku. Sebelum ini ilmu yang sampai kepadaku adalah ASB harus. Maka aku bertindak seadanya. Namun setelah kajian secara terperinci dilakukan dengan HUJAH-HUJAH yang nyata, maka aku membuat kesimpulan peribadi ASB adalah haram bagi aku setelah ilmu-ilmu ini sampai. Sebab itulah aku bertindak sepantas kilat untuk membersihkan dan menyelamatkan diri aku dan keluarga daripada bahaya ini (Tuan faham bahaya apa yang aku maksudkan)

Apakah hujah-hujahnya?? Tuan2 dan Puan2 boleh rujuk di sini http://www.zaharuddin.net/content/view/224/95/

Dari sini akan ada banyak lagi sumber rujukan lain yang bermanfaat.

Aku tidak menyuruh Tuan untuk mengikut jejak langkah aku. Aku hanya ingin berkongsikan ILMU2 yang bermanfaat untuk kebaikan kita. Mengapa ASB harus dan mengapa ASB haram? mesti ada dalilnya. Jadi cuba-cubalah selak untuk dapatkan jawapannya.

Apabila bertambah ILMU maka bertindaklah sepantas mungkin sesuai dengan ILMU Tuan, kerana aku tidak akan dipertanggungjawabkan dengan tindakan Tuan. Aku hanya akan dipertanggungjawabkan dengan tindakan dan keputusan aku, dan hidup ini adalah PILIHAN. Kita yang MEMILIH kemanakah arah dan tujuan hidup kita, dan aku memilih untuk MENJADI JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT, dan insya'Allah aku akan sampai ke destinasi itu..

Moga semua dapat manfaat dan moga kita semua mendapat redhaNYA dunia dan akhirat. Hidup ini hanyalah sementara, kehidupan akhirat yang menjadi tujuan kita yang hakiki. Sampai jumpa lagi insya'Allah

p/s: 1. Aku call PNB tadi, bertanyakan procedure utk tutup akaun ASB. Dia cakap x perlu tutup sebab fatwa kebangsaan kata ASB harus :) Aku cakap aku dah study & ASB haram & apa2 hal pun aku nak tutup, dia terdiam. Aku cakap lagi ASD pun aku nak tutup jugak. Dia kata ASD xperlu tutup, sebab ASD ada panel syariah :) ......IC maknanya ASD ada panel syariah TETAPI ASB xde panel syariah laa ye??? :) haaa dah terkantoi dengan staff PNB sendiri. Apapun pilihan ditangan Tuan, carilah jawapan yang konkrik untuk menjawab soalanNYA di sana nanti

2. Kenapa aku post entry ini, sedangkan aku tidak suka bercerita tentang diari? Aku ingin membuktikan bahawa kita boleh buat apa yang kita inginkan asalkan kita NAK. Nak ke tak nak? Kalau NAK semua jadi, insya'Allah.....So think big & action big, we will succeed

14 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah ....ingat tak soalan aku dulu pasal ASB tak fully shariah dan OD ada riba?

Jadi dalam apa2 hal ILMU adalah penting ....

aku semua guna bank islam. loan rumah,loan kete, personal loan, refinance, kad kredit, bayar bil online bank islam....hati rasa tenang.

Nurul said...

Tahniah saudara ylukeman...cepat sungguh tuan bertindak. baru lah tepat dengan slogan Jutawan Dunia Akhirat tu....sama-sama kita mengejar ganjarannya.

Berkenaan CC tuh, naper tidak apply Ar Rajhi dan Bank Islam? Saya penah baca kat blog UZAR pasal penggunaan kad kredit ni.

kalau guna kad islamic pon boleh terjebak riba juga bila mana ada caj perkhidmatan yg dikenakan oleh VISA/MAster kepda kedai yg kita beli barang sbyk 2.5% - 3% tuh. Ada kedai suh pelangan yg tanggung caj tu. So rasanya mcm ada riba jg la.

tapi ade setengah penadapat pula, as long as kad kredit islamik ygkita pakai tak de yuran thn, dan kita byr full amount ontime before kena interst..maka harus. Saya nipon dok study psl bende ni.

apapon tahniah kpd anda. BTW, macamana nak close ASB? saya setakat dok bela buku dah lama, dari zaman lps sekolah lg..sampai duit dlm tu dah beranak pinak...nak tutup jgk la

Anonymous said...

Salam Bro Luke the Dude yang dirahmati Allah.InsyaAllah kami sahabat2 anda akan cuba bagi sokongan.Sama2 lah kita sokong dan dokong antara satu sama lain.

PG
20rejab.blogspot.com

PG said...

Salam shabat2 yg dikasihi..
Buat sementara waktu ni saya tgh mengkaji sikit2 tentang perjalanan HPA.Ia menjual produk2 harian islamic seperti zaman kegemilangan Arqam dulu.Harap2 HPA ni tak kantoi separuh jalan.Doakan HPA akan terus maju sebagai perniagaan Islam.Di malaysia berapa keratkah perniagaan yg islamic?.Any tambahan or komen..

Sekadar my 15cents view :)

PG
20rejab.blogspot.com

PG said...

....maksud saya tak kantoi separuh jalan macam KOHILAL.

Nurul said...

eemmm...PG, mmg takde. company milik orang kita pon DCL da HPM Dr Rozmey. Tupon depa buat MLM..MLM haram bak kata UZAR

KEOWN said...

man.. tahniah kerana ada cetusan cahaya di bulan ramadan ini...

marilah kita bersama-sama memikirkan tentang bagaimana umat islam boleh maju dengan tidak terjebak dengan riba..

sebab secara amnya kita tak boleh larik... antaranya kebanyakkan bank pun ada yang masih mengamalkan konvensional method... aku buat pinjaman kereta ngan muamalat nak islamic.. tapi setelah di proses.. konvensional jugak yang lulus... apa dah jadik nie yek?.. adakah pekerja bank yang tukar ke non islamic.???

marilah kita cuba untuk membersihkan jiwa dan rezeki.... selain dari kuasa kita.. kita serahkan kepada ALLAH

Unknown said...

tahniah...moga jejak langkah anda akan disoroti/diamati oleh sahabat2 yang lain...

liza said...

Insya'Allah sekarang my turn lak utk follow my husband plan..walaupun pada mulanya agak goyah juga..bayangkan dah simpan dlm ASB 50K nak bwk keluar skrg b4 dpt dividen..sayangnye rasa..x boleh tunggu dulu ke abg? (my 1st question to my husband)..but my husband explain and tekad..kena mula skrg..so cekalkan hati..ya..keredhaan Ilahi yg dicari..I'm agree. Insya'Allah rezeki halal yg kami cari demi kebahagian dunia dan akhirat. Thanks for my husband ..for his effort..(every night..dia study on this and come with solution)..everytime balik kerja bersama akan ada idea2/isu2 yg dia share...berdiscuss sehingga sampai ke rumah :). Well done my dear!!! Good job.

Anonymous said...

akum, lukman tak try od islamic? ke awak rase ader syubhah jugak, saya buat odasb, tapi kat maybank islamic ,interenst dan dividen saya tak pakai, guna sebagai tool shj... aper pendapat anda?

Admin said...

Salam PG, Nurul, Anon, Muhammad & Dear TQ for your support. Insya'Allah saya akan terus berjalan. Jika dalam perjalanan saya terkena najis ataupun terpijak duri, saya akan bersih dan sucikan pakaian yg terkena najis td & saya akan buang duri tersebut & sapukan ubat sehingga kaki saya sembuh....Penjalanan tetap juga akan diteruskan hingga sampai ke destinasi tujuan insya'Allah & amin ya ALLAH

Admin said...

Anon, sekarang bukan masalah OD, masalahnya ASB....Bukan masalah sebenarnya, tp cabaran kpd muslim dlm membebaskan diri dari perangkap 'bahaya'

Tingkatkan pengetahuan Tuan dengan menuntut ilmu di sini http://www.zaharuddin.net/content/view/224/95/

emir08 said...

Salam,
Tahniah atas usaha penyucian jiwa Tuan. Saya juga sedang dlm proses mengosongkan ASB saya & akan diikuti oleh wife.
Sebelum ini saya beri peluang agar PNB dpt cari panel shariah tp lepas sekian lama mereka masih berselindung disebalik keputusan HARUS masjlis fatwa. Namun saya masih berharap ada usaha PNB utk 'halalkan' pelaburan mereka. Yg terbaru saya difahamkan dlm ASB kini % pelaburan yg haram sudah dikurangkan bawah 30% mengikut laporan 2008.

Nak cari yg 100% halal mmg hampir mustahil. Sebab itu panel shariah pun letak syarat 70% pelaburan halal baru diiktiraf halal.

Selagi mampu kita wajib sentiasa mencari yg halal.

wassalam.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP