Smart Caliph Open Day

Thursday, October 28, 2010

Salam, Sabtu ini Smart Caliph Enrichment Centre akan mengadakan hari terbuka di Taman Tropika Bangi. Maklumat lanjut boleh rujuk di sini dan sini

Read more...

'When I was Young'

Monday, October 25, 2010

'When I was young, I used to think that money was the most important thing in life; now that I am old, I know it is' -Oscar Wilde

Open for discussion :)

Read more...

Maksud Hidup dan Serasi

Thursday, October 21, 2010

Assalamualaikum

1. Orang yang mempunyai maksud hidup yang jelas, iaitu bagi mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa, biasanya tidak akan mudah putus asa ataupun putus harapan atas apa yang berlaku kepadanya.

2. Kerana dia tahu semua yang berlaku adalah atas kehendakNya. Semua cabaran yang datang adalah daripadaNya, dan yang menyelesaikanNya juga sebenarnya adalah Dia. Kita hanya bahan ujian bagi mengukur sejauh mana kesabaran dan keimanan kita kepadanya.

3. Ketika diuji kita sabar, ketika diberikan nikmat kita bersyukur

4. Moga setiap apa yang kita lakukan, setiap langkah, setiap nafas, setiap detik kita berada dalam rahmatNya dan moga setiap perlakuan kita dikira ibadah olehNya

5. Dalam apa yang kita lakukan, faktor serasi amat perlu dititik beratkan. Contoh (a) kerja: Jika serasi, kita akan berkerja dengan penuh seronok dan minat, (b) kahwin/pasangan: Jika serasi kita akan melayari bahtera perkahwinan dengan penuh kebahagian dan kenikmatan, (c) penyelidikan: Jika serasi kita akan melakukan penyelidikan dengan penuh minat, sampai lupa siang dan malam :) (d) perniagaan: Jika bisnes yang kita lakukan serasi kita akan lakukan dengan penuh minat tanpa rasa penat dan lelah........dan seribu satu macam lagi perlakuan yang kita lakukan, jika ianya serasi insya'Allah kejayaan akan jadi milik kita...

Kesimpulan, (1) sama-sama kita tanamkan dalam jiwa tentang maksud kehidupan yang sebenar, (2) carilah sesuatu yang serasi dalam apa yang kita lakukan, insya'Allah ianya akan membuahkan hasil dan (3) bersabarlah dengan setiap apa yang berlaku kerana buah daripada kesabaran itu manis rasanya. Sampai jumpa lagi

Read more...

Selamat Beramal

Thursday, August 12, 2010

Assalamualaikum warahmatullah kepada semua pengunjung; pengunjung lama, pengunjung baru, pengunjung setia, pengunjung sekali sekali dan sebagainya. Agak lama saya menyepikan diri kerana; pindah rumah, pindah pejabat dan pindah mental :)

Pindah mental? :) ataupun tukar mindset dan tukar fokus. Tahun 2010 banyak perubahan yang berlaku. Perubahan yang memerlukan lebih fokus dan lebih cabaran dalam kehidupan.

Selamat menyambut Ramadhan untuk semua. Moga Ramadhan kali ini memberikan kita lebih rahmat dan keberkatan daripadaNya. Moga amalan kita sempena Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sudah, inshaAllah. Selamat beribadah dan sama-sama kita jadikan seluruh aktiviti kehidupan kita ini sebagai ibadah

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

(Surah 2; Al Baqarah, ayat 214-216)

Read more...

...adanya Kesenangan

Tuesday, July 20, 2010

'[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).'

Read more...

Exit Strategi

Friday, May 21, 2010

1. Setelah dapat SPM, Sijil, Diploma, BSc, BEng, BEdu (ataupun yang semakna dengannya), ke mana lagi kita nak pergi?
2. Setelah dapat MSc, MBA, MEng (ataupun yang semakna dengannya), ke mana lagi kita nak pergi?
3. Setelah dapat DBA, PhD (ataupun yang semakna dengannya), ke mana lagi kita nak pergi?
4. Setelah dapat Dr, Dr Pakar, ke mana lagi kita nak pergi?
5. Setelah dapat Prof Ir Dr, ke mana lagi kita nak pergi?
6. Setelah dapat Haji, Hafiz, Tok Guru, ke mana lagi kita nak pergi?
7. Setelah dapat Jusa A, Jusa B, Jusa C, ke mana lagi kita nak pergi?
8. Setelah dapat Dato’, Dato’ Seri, Tan Sri, Tun, ke mana lagi kita nak pergi?
9. Setelah dapat pendapatan pasif melebihi perbelanjaan, ke mana lagi kita nak pergi?
10. Setelah dapat melancong ke serata dunia, ke mana lagi kita nak pergi?
11. Setelah dapat status jutawan, ke mana lagi kita nak pergi?
12. Setelah dapat status billionair, ke mana lagi kita nak pergi?
13. Katakanlah segala apa yang kita impikan di dunia ini semuanya telah kita perolehi, ke mana lagi kita nak pergi?

Saya percaya, ada di antara perkara-perkara di atas yang menjadi IDAMAN kita. Mungkin ada yang TELAH kita perolehi, ada yang SEDANG tekun diusahakan, dan mungkin juga ada yang masih JAUH daripada jangkauan

Soalan-soalan ini bukan tujuan untuk diperdebatkan. Sekadar renungan dan REKREASI MINDA, agar kita sama-sama berfikir ke mana lagi kita nak pergi selepas apa yang kita IMPIKAN itu diperolehi. Ke mana lagi kita nak tuju selepas ini? Ke mana destinasi kehidupan kita yang sebenar?

Read more...

Selepas Kesusahan

Thursday, May 20, 2010

1. InshaAllah selepas kesusahan akan adanya kesenangan

2. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian. Bersakit-sakit dahulu (bukannya sakit teruk sangat pun), bersenang-senang kemudian

3. Jika anda makan tengahari secara percuma, bersiap sedialah untuk makan malam yang mahal. Jika anda makan tengahari yang mahal, peluang untuk anda dapat makan malam yang percuma adalah lebih tinggi (belajar daripada pengalaman dan kematangan kan...)

4. Allah tidak akan menguji kita melainkan sesuai dengan kesanggupan kita untuk menghadapinya

5. Allah adalah menurut persangkaan hambaNya. Jadi sama-samalah kita sentiasa bersangka baik kepadaNya atas setiap apa yang telah berlaku kepada kita

6. Kita merancang, berfikir dan bertindak dan Dia adalah Sebaik-baik Perancang.

7. Hidup ini terlalu singkat untuk kita berduka. Jadi sama-samalah kita bergembira

8. DaripadaNya kita datang, keranaNya kita ada di sini dan kepadaNya kita semua akan kembali.

9. Setiap amalan, gerak hati pasti semuanya akan terhitung. Ada baiknya kita menghitung-hitungnya terlebih dahulu sebelum kita menjalani penghitungan yang panjang di sana.

10. Ingatlah kepada kejahatan yang telah kita lakukan agar kita sentiasa menginsafi diri dan lupakanlah segala kebaikan yang telah dilakukan kerana belum tentu kebaikan itu diterimaNya

Read more...

Kos Membesarkan Anak

Wednesday, May 19, 2010

Anak adalah ASET yang tidak ternilai harganya. Dialah penawar tika berduka. Senyum dan gelak tawa mereka menjadi pengubat tika luka

Jom sama-sama kita buat kira-kira berapakah jumlah kos membesarkan anak-anak khususnya di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya sekarang. Harap ianya boleh dijadikan panduan kepada mereka yang:

a) Merancang untuk berkahwin dan tentunya inginkan zuriat
b) Telah berkahwin dan sedang menantikan kelahiran insan tersayang
c) Ingin menambah bilangan anak

1. Kos Sebelum Kelahiran: RM 2000 (Seluar, baju, tilam, katil, susu bagi ibu mengandung, susu bayi, lampin, kos rawatan ibu dan sebagainya)

2. Kos Semasa Melahirkan: RM 2500 (Kos kelahiran secara normal sekitar RM1500 dan kos ceaser sekitar RM3500. Kita ambil KOS PERTENGAHAN = RM 2500)

3. Kos 3 Tahun Pertama: RM 18 000 = susu RM50 + lampin RM50 + bayaran pengasuh RM250 + takaful RM 100 + lain-lain RM 50 = RM500 x 12 bulan = RM6000 x 3 tahun = RM 18 000

4. Kos tahun ke 4 – 17 = tadika/sekolah RM300 + takaful RM100 + lain-lain RM200 = RM600 x 12 bulan = RM7 200 x 14 tahun = RM100 800

5. Kos 18-22 tahun di Universiti = Anggarkan tambahan kos keseluruhan sekitar RM50 000 untuk kursus Ijazah di dalam negeri (selain simpanan takaful sekitar RM20 400)

Kos keseluruhan adalah = 2000 + 2500 + 18 000 + 100 800 + 50 000 = RM173 300

Kos Purata untuk 22 tahun adalah RM 173 300 / 22 / 12 = RM 656.4. Kita bundarkan kepada RM 657 untuk seorang anak/sebulan. (Pengiraan ini belum mengambil kira faktor inflasi)

Jadi sesiapa yang ada rancangan ingin tambah bilangan keluarga, sama-samalah kita sediakan bajet tambahan untuk mereka.

Anak-anak adalah aset yang tidak ternilai harganya. Sama-samalah kita menjaga amanah dan tanggungan kita ini agar mereka menjadi ASET dan bukannya LIABILITI.

Liabiliti di dunia masih boleh diperbetulkan. Liabiliti di akhirat; menarik kita ke lembah kehinaan (nauzubillah) tiada penghujungnya.

Aset perlu diusahakan agar mereka menjadi penyejuk mata ayah dan bonda. Sama-sama sediakan kemudahan dan kelengkapan untuk tanggungan dan sama-sama kita sediakan payung sebelum hujan

Read more...

Duit Bukan Segala-galanya?

Tuesday, May 18, 2010

Sambungan siri diskusi beberapa orang murid dengan gurunya.
G: Guru
M1: Murid 1
M2: Murid 2
M3: Murid 3

M1: Cikgu, betulkah 'duit bukan segala-galanya (DBS)' dalam hidup ini?
G: Betul anakku! Kita perlukan duit sebagai asbab pemudah kehidupan, tetapi duit bukanlah segala-galanya dalam kehidupan ini.

M2: Tapi cikgu. Banyak perkara dalam hidup ini yang perlukan duit.

G: Betul! Banyak perkara perlukan duit

M3: Cikgu, saya selalu dengar ungkapan 'DBS' itu, tetapi.......kebanyakan yang berkata demikian adalah mereka yang tidak berduit. Jadi memanglah duit bukan segala-galanya bagi mereka sebab memang mereka tidak berduit

G: Betul, anak-anakku. Jadi pengajarannya adalah...pastikan anak-anak punya duit yang banyak dahulu. Kemudian baru anak-anak kata 'DBS' kerana ketika itu tiada siapa yang akan mempertikaikan kredibiliti anak-anak semua.

Sama juga, bila anak-anak kata 'pelajaran bukan segala-galanya' ataupun 'amalan bukan segala-galanya' ataupun 'anak-anak bukan segala-galanya'

Setakat berkata-kata...sedangkan kita tidak punya perkara yang kita katakan itu, memanglah mudah. Cuba anak-anak dapatkan dahulu perkara-perkara itu (harta yang banyak, pendidikan yang tinggi, amalan yang bagus-bagus, anak-anak yang ramai), kemudian baru katakan sebaliknya, nescaya orang tidak akan mempertikaikannya kerana anak-anak telah terbukti

M1: Kesimpulan cikgu, buat dahulu baru cakap, buktikan dahulu baru cakap?
G: Betul

Read more...

Ramadhan Tiba Lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung

Ramadhan 1431H/2010M bakal tiba tidak lama lagi. Ikut perkiraan, 1 Ramadhan 1431H adalah bersamaan dengan 12 Ogos 2010; iaitu kira-kira kurang 2 bulan daripada sekarang. Segala puji bagi Allah, moga kita dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk sama-sama bertemu dengan bulan penuh rahmat, berkat dan keampunan ini.

Sempena dengan sambutan Ramadhan kali ini, pihak Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar, Kajang telah melancarkan tabung derma surau bagi memberi peluang kepada para dermawan yang sama-sama ingin menyumbang; khususnya kepada penduduk Taman Universiti dan sekitar. Sumbangan ini bertujuan, khususnya bagi melakukan pembaikan dan penambahan ruangan solat bagi menampung bilangan penduduk yang semakin bertambah

Sumbangan Tuan/Puan boleh disalurkan melalui:

(a) Ketua Lorong masing-masing,
(b) Bendahari Surau; Tuan Haji Jasmali (jasmy63@yahoo.com), ataupun
(c) Terus kepada tabung/akaun surau bank Muamalah Surau An-Najah: 1207-0004648-71-9 (Resit bagi tujuan pemotongan cukai pendapatan 2011 boleh diperolehi melalui Bendahari Surau seperti di atas)

Sumbangan Tuan/Puan semua amat dialu-alukan. Moga Ramadhan kali ini akan memberikan lebih rahmat, keberkatan dan keampunan kepada kita semua.

Read more...

Dunia Kita Berbeza?

Saturday, May 15, 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua

Setiap dari kita punya kehidupan yang berbeza. Visi, misi, matlamat dan target kita berbeza-beza. Contoh:

1. Kehidupan
a. Ada orang mengutamakan kehidupan dunia
b. Ada orang mengutamakan kehidupan akhirat

2. Pendidikan
a. Ada orang mengutamakan pendidikan sekolah
b. Ada orang mengutamakan pendidikan jalanan

3. Pelaburan
a. Ada orang mengutamakan hartanah, emas dan perak
b. Ada orang mengutamakan amanah saham dan pasaran hadapan

4. Perniagaan
a. Ada orang fikir keuntungan segera
b. Ada orang fikir keuntungan jangka panjang

5. Pendekatan
a. Ada orang suka 1 nada, intonasi dan cara
b. Ada orang sukakan kepelbagaian

Setiap dari kita pasti tidak akan sama, hatta kembar siam sekalipun akan ada bezanya. Apapun pendekatan, cara, strategi dan matlamat; harapnya ia tidak bercanggah dengan matlamatNya menciptakan kita, sebagai hamba dan khalifahNya di muka bumi. Apa yang disuruh, sama-sama kita buat. Apa yang ditegah sama-sama kita tinggalkan, inshaAllah.

Moga kepelbagaian kita ini akan lebih menceriakan kehidupan dan lebih memakmurkan kehidupan ini inshaAllah

Nota kaki 1: Esok (Ahad 16 Mei 2010) ada ceramah agama bulanan di Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar Sungai Tangkas, selepas solat maghrib. Tajuk: Bahaya Pengaruh Kristian. Sesiapa yang berkelapangan dijemput hadir untuk memeriahkannya

Read more...

Dana Akademi Imam Syafie Kemboja

Sunday, May 02, 2010

1. Hari ini (Ahad) pagi teman anak-anak ke sukan tahunan anak sulong di padang UKM. Ada beberapa gambar menarik ingin dikongsikan bersama, tetapi broadband dah makin slow. Upload gambar punya lama. Lain kali ya

2. Ceramah 'Insuran dan Takaful'. Rasanya ramai dah tahu kenapa insuran haram dan takaful halal/harus.

3. Penceramah, Ustaz Mohd Zamerey adalah Timbalan Presiden/Ketua Syariah Asia Finance Bank, kali kedua datang kesurau kami. Kali pertama dulu, cerita tentang 'Riba' dan Kewangan Islam'

Penceramah baru balik daripada kemboja sebagai NGO yang menyumbang untuk dana pendidikan Islam di Kemboja. Sesiapa yang ingin menyumbang untuk saham akhirat, amat-amat dialukan. Butirannya seperti di bawah

Dana Kemboja Akademi Imam Syafie:
Maybank 553083023763
Pengerusi Dana: Ustaz Mohd Zamerey

Dana bertujuan bagi membiayai kelas pengajian Islam di sana; bayar gaji guru, membina madrasah/sekolah, surau, asrama dan sebagainya. Ustaz sebagai pengerusi dana sendiri. Jadi saluran derma inshaAllah sampai kepada golongan sasaran. Sama-sama kita membantu saudara sesama Islam di dalam Malaysia khususnya dan seluruh nusantara dan dunia amnya.

Moga hidup bertambah berkat, amin

Read more...

Siapa Agaknya Curi Speaker Surau?

Friday, April 30, 2010

Ketika ramai orang membanyakkan amal sempena jumaat; penghulu segala hari, ada segelintir masyarakat MEMILIH melakukan kegiatan tidak bermoral, hingga tergamak mencuri harta orang ramai, lebih-lebih lagi harta itu berada di rumah Allah

Petang tadi, sekitar waktu solat jumaat, 2 pembesar suara (speaker) dan stand mikrofon di surau kami hilang. Ironinya semua speaker bahagian luar surau tak terusik, yang hilang adalah speaker di dalam surau. Mungkin fikirnya ‘mengambil speaker di luar surau nampak dek orang’.

Dengan orang takut, dengan Pemilik orang tak pula rasa takut, dunia oh dunia.


Sama-sama kita doakan agar pencuri itu tergerak hatinya untuk memulangkan kembali barang-barang yang dicurinya.

Di dunia mungkin boleh lari, tapi di akhirat? Bagaimana agaknya ingin melarikan diri di sana, apabila semua anggota badan; kaki, tangan, mata, telinga semuanya bersaksi atas apa yang telah dilakukan.


Miskin, sakit, di timpa bala, bencana, teruk macam mana sekalipun, apabila mati semua penderitaan dunia itu akan berakhir. Mungkin 5, 10 tahun sahaja menderita, tetapi penderitaan akhirat?

‘Apabila kita seronok melakukan KEJAHATAN, ingatlah bahawa keseronokan itu akan hilang, tetapi dosa kejahatan itu akan kekal selamanya’

‘Apabila kita merasa penat melakukan KEBAIKAN, ingatlah bahawa penat itu akan hilang, tetapi pahala kebaikan akan kekal selamanya’

Apabila mati, kehidupan kita yang sebenar baru bermula. Segala yang terhijab akan tersingkap.


Sama-sama kita mendoakan agar kejadian ini tidak berulang. Harap sahabat-sahabat dapat kongsikan pandangan dan cadangan, jika ada, cara untuk mengelakkan kejadian ini daripada berulang.

Info lain:

1. Kuliah subuh esok (Sabtu, 1 Mei 2010) Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar, tajuk: Hati Orang-orang yang Yakin oleh Tuan Haji Ustaz Zainal Arifin

2. Kuliah bulanan lusa (Ahad, 2 Mei 2010) Surau An Najah, selepas magrib, tajuk: Insuran dan Takaful oleh Ustaz Zamerey

3. Pakcik Khalib, siak Surau An Najah ditimpa kemalangan. Sekarang berada di hospital Kajang, wad 1.

Harap maklum. Sama-sama kita doakan moga pakcik Khalib cepat sembuh, dan jika berkelapangan sama-sama kita meriahkan jadual surau yang telah diatur.

Jazakallah

Read more...

RM1 Juta di Dunia; di Akhirat?

Thursday, April 29, 2010

‘Rakyat Malaysia memerlukan simpanan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk memastikan kehidupan yang selesa selepas bersara, kata Pengarah Kanan Hubungan Pelanggan ReMark Malaysia. Kajian itu, menurutnya, turut menunjukkan bahawa simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikumpul bertahun-tahun lamanya hanya mampu bertahan dalam tempoh tiga tahun sahaja.’

Boleh baca di sini untuk maklumat lanjut.

Ulasan

Kehidupan selepas bersara, memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk hidup selesa. Bersara daripada umur 55 tahun, katakanlah hidup sehingga 80 tahun, iaitu 25 tahun. 25 tahun (ataupun lebih, ataupun kurang) memerlukan wang kira-kira RM1 juta.

Agak-agak berapa banyak ‘RM’ diperlukan untuk kehidupan yang kekal abadi? Ironinya RM ataupun matawang tidak laku di ‘sana’, yang laku adalah pahala amal kebaikan. Jadi sama-sama kita mencari RM1 juta (sekurang-kurangnya) untuk kehidupan selepas bersara, dan sama-sama juga kita melakukan sebanyak-banyak AMAL untuk kehidupan akhirat kita yang kekal abadi.

Dengan kata lain, sama-sama kita cari RM1 juta dengan cara yang HALAL dan belanjakan RM1 juta tadi juga dengan cara yang HALAL. Rugi jika kita hanya fikir 1. kehidupan sekarang dan 2. kehidupan selepas bersara sahaja.

Kesimpulan, sama-sama juga kita fikirkan 3. kehidupan 'selepas' selepas bersara, iaitu kehidupan di alam yang kekal abadi. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu bekal kehidupan di sana perlu dikumpulkan.

“Daripada Abu Hurairah r.a. katanya ‘Rasullullah s.a.w. bersabda: ‘Apabila seseorang manusia telah meninggal dunia, terputuslah segala amalnya, kecuali 3 perkara; 1. Sedekah jariah, 2. Ilmu yang diambil orang manfaatnya dan 3. Doa daripada anak yang soleh”
Sahih Muslim, jilid 3, hadis 1614 halaman 208


Sama-sama kita fikir, usaha dan sebarkan. Moga bermanfaat

ps: Perlukah kita bersara daripada melakukan perkara yang kita suka? :)

Read more...

Ingat Allah Waktu Senang

Tazkirah Isya' Surau AnNajah, Taman Universiti oleh Ustaz Dr Haji Abdul Rahman Mahmood

'Ingatlah Allah waktu senang, nescaya Allah akan mengingati (menolong) kita waktu susah'

Ulasan
1. Ingat Allah waktu kita senang, bukan tunggu waktu susah baru nak ingat Allah

2. Ingat Allah waktu susah sahaja sebenarnya bukan kita ingat Allah, tetapi kita ingat kesakitan/kesusahan yang kita sedang hadapi. Buktinya, apabila sihat/senang kita lupa Allah

3. Waktu senang, ingat Allah. Waktu susah/sakit, lebih-lebih lagi perlu kita ingat Allah. Mungkin kesusahan/kesakitan yang sedang kita alami itu adalah asbab kafarah sebahagian dosa-dosa kita yang telah lalu

Read more...

Orang Cerdik Tidak Merokok

2 ayat yang selalu digunakan oleh cikgu disiplin sekolah saya dahulu adalah

1. Orang cerdik tidak merokok
2. Awak banyak dosa

Ayat pertama digunakan ketika menangani masalah disiplin pelajar berkaitan dengan rokok, dan ada segelintir pelajar yang akan menjawab ‘itu ada orang yang merokok jadi pengurus, jadi pegawai dan sebagainya’

Jawapan cikgu tadi adalah
‘Mereka TERLEBIH DAHULU JADI ORANG PANDAI. Tiada orang yang PANDAI DISEBABKAN OLEH ROKOK'
Hasilnya tiada lagi soalan tambahan

Ayat yang kedua selalu digunakan apabila pelajar melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya. Tambah tertukar dengan tolak, punca kuasa tertukar dengan kuasa dua.
‘Silap sikit saja cikgu’
Jawapannya adalah
‘Awak banyak dosa. Cuba semak apa dosa awak’
Saya ingat sampai sekarang. Itulah ayat power cikgu saya yang banyak mencorakkan kehidupan dan pemikiran anak muridnya ini. Saya percaya semua daripada kita ada ayat-ayat power yang masih melekat di minda sama ada daripada cikgu, bapa, ibu ataupun sesiapa saja yang biasanya lebih tua daripada kita.
Tersilap langkah sikit kita akan beringat, apa dosa kita hari ini
Bukan apa, sebenarnya balik daripada pejabat tadi, saya singgah kedai, beli sedikit kelengkapan dapur. Tengah buat bayaran, tiba-tiba datang seseorang ‘rokok sebatang’. Jurujual ’70 sen’

70 sen sebatang. Macam tak percaya. Sebatang rokok yang menjadi asbab makin pudar kesihatan badan terpaksa dibayar dengan harganya RM0.70. Makin sahih ayat power cikgu saya
'Orang cerdik tidak merokok’

Read more...

Gema

Tuesday, April 27, 2010

Seorang anak kecil bertengkar dengan abangnya, lalu berlari keluar rumah sambil menangis. Tiba di kawasan lapang anak kecil tadi berteriak dengan sekuat hatinya

'saya benci awak, saya benci awak, saya benci awak'

Tidak semena-mena anak kecil tadi berlari semula masuk ke dalam rumah dengan KETAKUTAN, memeluk ibunya dan berkata 'Ibu, saya takut. Ada seseorang di luar rumah tadi berkata 'saya benci awak, saya benci awak, saya benci awak'

Sambil tersenyum, ibunya menjawab, 'pergi kembali ke kawasan lapang tadi sayang dan katakan
saya sayang awak, saya sayang awak, saya sayang awak'


Anak tadi keluar lagi sekali, dan buat seperti yang dikatakan ibunya. Sambil TERSENYUM dia kembali ke rumah 'Betul ibu. Orang tadi sudah sayang saya. Terima kasih ibu'

Hidup ini umpama GEMA. Apa yang kita cakap, itu yang kita dengar. Apa yang kita tulis, itu yang kita baca. Apa yang kita fikir, itu yang kita amal. Apa yang kita bagi, itu yang kita dapat.

Awalnya, mungkin kita akan rasa kehilangan. Hujungnya, kita akan dapat sesuatu, yang kadang-kadang kita sendiri tidak dapat pastikan apakah sesuatu itu.
Apa yang pasti IA ADA dan KITA DAPAT RASAKANNYA.

Read more...

SC List of Islamic Fund

List of fund (* for Islamic Fund) as stated in Security Commission (Suruhanjaya Sekuriti) Malaysia as at 31 March 2010

Item no 41, 42, 43 & 46 for ASN, ASB, ASW & ASD

Read more...

Bank Persatuan

Monday, April 26, 2010

Sedikit info tentang bank persatuan.

Alamat di Lembah Klang/Shah Alam
No 2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah D9/D,
Seksyen 9,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55117650
Faks : 03-55107650
Pengurus : Encik Saifuddin bin Sulaiman.
Email : shahalam@bankpstn.com.my

http://www.bankpstn.com.my/

3 borang perlu di isi untuk tujuan pelaburan
1. Borang maklumat pelanggan (individu)
2. Borang permohonan keanggotaan individu
3. Permohonan Pelan Takaful Tabarru'

Borang-borang boleh diperolehi di sini
http://www.bankpstn.com.my/old/borangpermohonan.html

Minimum pelaburan RM500. Maximum RM10 000 (sehingga hari ini @ 26 April 2010). Bayaran proses sebanyak RM47.50. Bayaran pelaburan dan proses boleh dibuat secara tunai ataupun cek bank.

Pulangan purata setakat ini adalah 10% selepas tolak zakat dan ada panel syariah. Selamat melabur

Read more...

Cikgu Memang Hebat

Salah satu faktor penting dalam menentukan kejayaan seseorang adalah cikgu/mentor, dan mentor biasanya jarang menunjukkan kehebatan dirinya melainkan apabila DITANYA. Jadi rajin-rajinlah bertanya, sebab HARIMAU JARANG MENUNJUKKAN TARINGNYA KECUALI APABILA DIASAK hehe.

Cikgu juga akan membuatkan benda yang biasanya nampak susah menjadi lebih senang dan mudah. Wow! cikgu memang hebat. Salute. Banyak yang mentee/anak murid kena belajar.

ps: Lagi satu, cikgu ni biasanya sukar untuk dikenali :)

Read more...

Jalan-Jalan Hujung Minggu

Sunday, April 25, 2010

1. Hujung minggu, jalan-jalan melihat projek baru MCTHomes dan juga projek rumah banglo jiran yang dah nak siap. Laju progres, dah naik pagar depan, wow :). Bulan 6 boleh siap tu.

2. Mentelaah buku-buku best seller of the year hehe. Seronok baca buku daripada penulis-penulis hebat. Waktu lapang baca buku, di dalam kereta dengar CD. Cukup ilmu, pengalaman dan modal kita rembat hehe

3. Gotong royong surau hari ini. Lama tak jumpa dengan kariah ramai-ramai. Kelas semester ini sampai ke malam, huhu

4. Mentelaah sedikit sebanyak tentang stock dan market. Macam menarik je. Tengah study lagi

5. Esok, pelajar mula exam. Selamat maju jaya untuk semua pelajar. Usaha, doa dan tawakkal ya. InshaAllah anda semua mampu melakukannya. Jika berkesempatan inshaAllah kita akan jumpa lagi di lain kelas. Good luck!

Read more...

HPA dan Kowahida

Friday, April 23, 2010

Hari ini HPA Industries dan Kowahida datang ke kampus, memberikan penerangan tentang perniagaan, produk, pemasaran dan pelaburan mereka kepada ahli koperasi kampus. Dividen setakat 3 tahun lepas adalah sebanyak 10% (2007), 15% (2008) dan 10% (2009) selepas tolak zakat dan fully shariah. Minimum share pelaburan adalah RM200 dan maksimum adalah RM100 000.

Maklumat lebih lanjut berkenaan kowahida, boleh berurusan dengan pejabat HPA di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi

HPA CAWANGAN BANGI
2-G-1, Jln Medan PB/4A Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
TEL:017-6218304 – FAX: -
Email: -

Maklumat lanjut boleh juga layari http://www.hpa.com.my/, http://kowahida.blogspot.com/ dan juga http://www.groupsahabatnetwork.blogspot.com/

Harap maklum dan harap dapat war-warkan pada sahabat handai. Sama-sama kita menyokong produk keluaran Muslim dan koperasi fully shariah

Read more...

Lilin/Pelita Menghiasi Bilik

Sempena hari Jumaat, saya ingin mencadangkan kepada diri saya sendiri dan semua agar kita sama-sama letakkan lilin/pelita di dalam bilik bacaan/bilik kerja kita.

Tujuannya adalah; jika sesekali ada lintasan-lintasan jahat; umpamanya:
1. Lintasan ingin terlibat dengan riba' / harta haram / harta syubahat
2. Lintasan untuk melakukan rasuah, claim tak betul, melakukan perkara zalim, menipu dll
3. Lintasan untuk melakukan maksiat dll

Maka, kita nyalakan lilin/pelita tadi, dan letakkan tangan kita di atas lilin/pelita tersebut. Tengok berapa lama tangan kita boleh bertahan di dalam panas api lilit/pelita tadi.

Jika kita tidak mampu bertahan dengan kepanasan api dunia yang sedikit ini, sama-samalah kita bertaubat dan berikrar untuk tidak terlibat dengan maksiat dan dosa lagi, kerana 'jika hanya setitis daripada api neraka jatuh ke dunia ini pasti akan hancur lebur dunia ini'.

Jom, kita beli pelita/lilin untuk diletakkan di dalam bilik/rumah/pejabat sebagai peringatan untuk kita semua. Lagipun waktu blackout senang. 2 in 1

Read more...

Saidina Ali Abi Talib dan Imam Abu Hanifah

Thursday, April 22, 2010

Saya sedang mencari buku berkenaan dengan 2 tokoh hebat ini. Sesiapa yang ada maklumat harap dapat kongsikan di sini. Terima kasih

Read more...

SemiD, Town & Link; 3 Tingkat

Sunday, April 18, 2010

Sabtu dan Ahad, hari membeli belah. Ada yang membeli barang dapur dan kelengkapan rumah. Ada yang memborong keperluan anak-anak. Ada juga yang membeli tanah-tanih, kebun dan rumah :)

Kepada peminat rumah; Taman Tropika 2 Sungai Tangkas Kajang akan dilancarkan pada 24 April 2010 (Sabtu ini) di pejabat mereka:

No 9 Jalan Tropika 1A
Taman Tropika
Kampung Sungai Tangkas
43000 Kajang Selangor

Pemaju adalah MCTHomes
www.mct.com.my

3 jenis rumah yang dibuka adalah
1. Semi D 3 tingkat
2. Town Villa 3 tingkat
3. Super Link 3 tingkat

Harga dari RM688k, 138k dan 470k bagi setiap jenis. Unit yang ada adalah 126, 96 dan 48 unit. Sebelum ini mereka sudah menjual teres 2 tingkat, apartment 5 tingat dan apartment 15 tingkat di lokasi yang sama.

Sesiapa yang bercadang ingin bermastautin/melabur/flipping di Bangi/Kajang, lokasi ini boleh dipertimbangkan. Walking distance ke Stesen Komuter UKM. Selamat membeli belah :)

ps: Sambil-sambil memborong barang dapur, apa salahnya memborong hartanah sama :D

Read more...

'Melihat Dengan Hati'

Friday, April 16, 2010

Surah 30; Ar-Ruum, Juz 21, Ayat 36-40, halaman 408

36: Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.

37: (Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

38: Maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.

39: Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.

40: Allah jualah yang mencipta kamu; kemudian Ia memberi rezeki kepada kamu; sesudah itu Ia mematikan kamu; kemudian Ia menghidupkan kamu semula. Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Allah itu sesiapa yang dapat berbuat sesuatu pun dari segala yang tersebut? Maha Suci Allah dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan (denganNya).

Read more...

Musafir di Angin Lalu

Sedar atau tidak, kita sebenarnya adalah musafir. Dari alam roh ke alam rahim. Sekarang di alam dunia, menuju ke alam kubur. Seterusnya ke alam mashyar, sirat, mizan dan akhirnya syurga (inshaAllah-moga dikurniakan Allah) ataupun neraka (nauzubillah-moga dijauhkan Allah)

Air yang bertakung, sudahnya akan membusuk. Harimau, jika tidak keluar daripada persembunyian, masakan dapat habuan. Panah, jika tidak meninggalkan busur, masakan mengena sasaran. Manusia, yang sekadar bermastautin masakan tersebar manfaatnya

Banyak cara bermusafir. Guru dengan bertukar kolej dan universiti. Penuntut ilmu dengan bertukar madrasah dan mudir. Pekerja dengan bertukar jabatan dan majikan. Peniaga dengan bertukar lokasi dan susun atur.

Salah satu cara praktikal untuk bermusafir adalah dengan BERTUKAR TEMPAT dan LOKASI SOLAT BERJAMAAH. Contoh, solat zohor dan asar di surau di pejabat. Solat magrib dan Isya’ di masjid UKM. Solat subuh di Surau An Najah.

Esoknya solat zohor dan asar di Masjid Solihin. Solat magrib dan Isya’ di surau An Nur dan solat subuh di masjid UKM. Lusa, solat magrib dan Isya’ di masjid Al Hasanah, dan solat subuh di Surau An-Nur.

Solat jumaat pun sama. Minggu ini di Masjid UKM, minggu depan di masjid GMI, minggu ketiga di Surau An Nur dan minggu ke empat di Masjid Al Hasanah.

Disamping dapat manfaat berjamaah; 'setiap langkah akan diangkat satu darjat, ditambah satu pahala dan dihapuskan satu dosa', kita juga dapat meramai kenalan dan mempelbagaikan ilmu, kerana setiap masjid dan surau biasanya akan ada kuliah magrib, subuh dan Jumaatnya. Dengan bertukar-tukar surau dan masjid, secara tidak langsung kita juga akan sentiasa TERINGAT BAHAWA KITA ADALAH MUSAFIR DAN TIDAK AKAN KEKAL DI SINI.

Selamat menyambut penghulu segala hari. Sama-sama kita merebut peluang keberkatan hari ini. Selamat beramal, selamat menambah ilmu, selamat menambah kenalan dan selamat bermusafir.

Read more...

Pemenang dan Orang Berjaya

Thursday, April 15, 2010

1. Orang berjaya, tidak melakukan perkara yang hebat. Mereka melakukan perkara biasa dengan CARA YANG HEBAT.
2. Pemenang, tidak melakukan perkara yang berbeza. Mereka melakukan perkara biasa dengan CARA YANG BERBEZA
3. Contoh, Ali berumur 56 tahun, seorang ahli perniagaan yang terkenal dan mempunyai sebuah kedai yang besar.Suatu hari kedainya terbakar. Melihat kepada api yang marak menyala, membakar usahanya selama berpuluh tahun, dia berkata ‘Ada hikmah yang besar disebalik kebakaran ini. Semua kesilapan kita telah dimusnahkan. Terima kasih Tuhan, kerana beri kami peluang memulakan perusahaan baru.’

Senang diungkap. Aplikasinya menuntut semangat juang, spiritual dan EQ yang tinggi

Read more...

Perkara Paling Senang?

Wednesday, April 14, 2010

Cikgu (C): Selamat pagi murid-murid. Hari ini cikgu ada 1 teka teki. Apakah perkara paling senang dalam hidup ini?

Murid-murid (M): Selamat pagi cikgu

Lionel: Main bola cikgu

Velentino: Bawa motosikal laju-laju cikgu

Fernando: Makan nasi cikgu

C: Bagus murid-murid. Semua yang murid-murid bagitahu tadi senang dilakukan oleh murid-murid tapi tidak oleh orang lain. Contoh:
1. Main bola: Ada orang yang sukar main bola
2. Bawa motosikal: Ada orang yang tiada lesen pun
3. Makan nasi: Nak kena beli beras dahulu, masak nasi, basuh tangan, suap ke mulut etc.

Cikgu lagi: Murid-murid, perkara paling senang dalam hidup ini adalah MENGATA ORANG, MENCARI KESALAHAN ORANG, dan MELETAKKAN KESALAHAN SENDIRI PADA ORANG LAIN.

Selagi kita tidak dapat menerima kesalahan sendiri. Selagi kita menyatakan kemunduran diri kita disebabkan oleh orang lain. Selagi kita berkata 'orang itu salah, orang ini salah, orang ini tidak betul, dia yang sebabkan saya rugi, lecturer bagi saya markah rendah, guru tidak mendidik saya dengan betul, ibu saya tidak ajar saya tentang kehidupan, ayah saya tidak bertanggungjawab, saya tidak diberi peluang, saya dari keluarga yang miskin, saya kurang bernasib baik'.......SELAGI KITA MELETAKKAN KESALAHAN KEPADA BAHU ORANG LAIN.....SELAGI KITA TIDAK BOLEH AKUI KESILAPAN SENDIRI, SELAGI KITA TIADA RASA TANGGUNGJAWAB ATAS PERKARA YANG BELAKU, SELAGI ITULAH KITA TIDAK AKAN MAJU....

Kelas bersurai........

Lionel: Cikgu, saya ada soalan.
Cikgu: Kumpul soalan, minggu depan kita bincangkan

ps: Einsten pernah ditanya 'Jika saya punya akal seperti awak, pasti saya akan dapat berfikir seperti awak'.....Jawab Einsten 'BERFIKIR/USAHALAH seperti saya, pasti anda akan punya akal seperti saya'

Read more...

Mengapa Harus Berlakon?

Tuesday, April 13, 2010

Kadang-kadang aku rasa pelik; mengapa harus kita berlakon untuk menonjolkan sesuatu sedangkan hakikatnya kita bukan seperti yang kita lakonkan:

Contoh
1. Kita beli alat mahal-mahal agar kita nampak kaya, sedangkan duit kita langsung tiada (yang memang duit berlebih-lebih tu apa nak di kata)
2. Berlakon kononnya kita ni baik dan hebat, sedangkan hakikat sebenarnya hanya tuhan yang tahu
3. ................aduh, banyak sebenarnya aku nak bagi contoh tentang lakonan ni, tapi cukuplah 2. Bagi banyak kot ada yang terasa hati lak...

Apa yang aku nampak, sebab orang berlakon adalah:
1. Untuk menonjolkan dirinya agar nampak hebat di mata orang lain.

Itu saja sebabnya...lain-lain sebab mungkin boleh kita bincangkan.....Apapun aku memang tidak suka lakonan; buang masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya

Kepada yang ingin terus berlakon...silakanlah, mungkin itu yang Tuan/Puan rasa terbaik untuk diri Tuan/Puan.....yang ingin real life, teruskan real life. Kita sendiri yang lebih tahu mana yang terbaik untuk diri dan kehidupan kita.

ps: Tahniah kepada Tuan Saiful Rizal & isteri (jiran) dengan kelahiran cahayamata ketiga Sabtu lepas. Moga membesar sebagai anak yang soleh

pps: Takziah kepada Tuan Sanusi Yusoff (abang) & isteri yang baru kehilangan cahaya mata ke6 petang tadi, yang baru berumur 24 hari. Moga allahyarhamah ditempatkan dikalangan hambaNya yang solehah

Read more...

Perlukah Beli Kereta RM20 000?

Situasi 1
Steven baru tamat belajar, baru dapat kerja, belum berkahwin. Gaji permulaan RM1 000. Simpanan masih RM0
Belanja tetap:
a. Pinjaman pelajaran RM200 sebulan
b. Sewa rumah RM200 sebulan

Situasi 2
Loinel telah berkerja 5 tahun. Gaji sekarang RM3 000. Simpanan RM20 000. Baru berkahwin.
Belanja tetap:
a. Pinjaman pelajaran RM200 sebulan
b. Sewa rumah RM400 sebulan

Keputusan
1. Steven bercadang untuk beli kereta berharga RM20 000 bagi kegunaan mingguan dan untuk balik kampung
2. Lionel bercadang untuk beli kereta berharga RM20 000 untuk kegunaan harian memandangkan telah mempunyai isteri

Ulasan
Apa saja barang yang dibeli, berapapun harganya, pastikan digunakan sepadan dengan harganya.
Berbaloikah kereta berharga RM20 000 tetapi hanya digunakan pada hujung minggu dan balik kampung sahaja?

Read more...

Kita Boleh vs Bolehkah Kita?

Sunday, April 11, 2010

1. Kita boleh baca paper / buku / majalah setiap hari. Bolehkah kita baca Quran setiap hari?

2. Kita boleh pergi kerja ontime. Bolehkah kita solat ontime?

3. Kita boleh pastikan anak-anak / anak buah / staf pergi sekolah / kerja ontime. Bolehkah kita pastikan mereka solat ontime?

4. Kita boleh bawa anak-anak ke taman permainan setiap hari. Bolehkah kita bawa anak-anak ke surau setiap hari?

5. Kita boleh pergi / bawa anak / isteri ke pasar setiap minggu. Bolehkah kita pergi / bawa anak / isteri ke kuliah agama setiap minggu?

6. Kita tidak berkira menghantar anak-anak ke tuisyen / kelas matematik / sains / bahasa. Bolehkah kita untuk tidak berkira menghantar mereka ke kelas agama?

7. Kita boleh didik anak-anak untuk kehidupan dunia mereka. Bolehkah kita didik anak-anak untuk kehidupan akhirat mereka?

8. Kita boleh mencari rezeki secara halal. Bolehkah kita belanjakan rezeki secara halal

9. Kita boleh belajar hal-hal motivasi / kewangan / pelaburan / perniagaan / kejuruteraan secara berterusan. Bolehkah kita belajar agama secara berterusan?

10. Kita boleh belajar motivasi / kewangan / pelaburan / perniagaan / kejuruteraan / agama secara berterusan. Bolehkah kita mengamalkan ilmu tersebut secara berterusan?

11. Kita boleh mencari kebahagiaan / kesenangan / kemewahan kehidupan dunia kita. Bolehkah kita mencari kebahagiaan / kesenangan / kemewahan akhirat kita?

Dunia; persinggahan sementara dalam mencari bekal kehidupan akhirat

Read more...

Zakat: Duit Tidak Cukup?

Friday, April 09, 2010

Suatu musim yang lalu, seorang budak kecil (BK) mendengar kata-kata ini daripada seseorang yang boleh dikategorikan sebagai orang kaya di kampung ‘Saya juga boleh terima zakat, sebab duit saya tidak cukup. Anak-anak ramai dan belanja tidak cukup’

BK itu terfikir keseorangan ‘Jika seseorang yang boleh dikelaskan sebagai berharta di kampung menyatakan dirinya boleh terima zakat, agak-agaknya semua orang di kampung ini boleh terima zakat’. BK terfikir lagi ‘Mengapa dia berkata demikian, sedangkan rumahnya besar dan keretanya besar dan 2-3 biji. Tidak cukup belanja, jual saja kereta yang tidak perlu. Duit tidak cukup, duduk saja di rumah yang lebih kecil, guna saja kereta yang lebih jimat’

Adakah alasan tidak cukup duit diterima pakai bagi mengelakkan diri daripada membayar zakat pendapatan?

Gaji RM20 000, adakah tidak perlu bayar zakat hanya kerana duit tidak cukup kerana belanja bulanan RM22 000?

Dalam rezeki yang kita dapat, ada bahagian orang lain yang perlu kita keluarkan dalam bentuk zakat bagi menyucikan harta tersebut mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Keberkatan dalam mencari rezeki dan rezeki yang sedikit tetapi BERMANFAAT HINGGA KE AKHIRAT itu lebih baik daripada rezeki yang banyak tapi bermanfaat setakat dunia sahaja kerana dunia ini sementara cuma dan akhirat itu kekal abadi . Sama-sama kita keluarkan zakat jika telah cukup nisabnya. Semak di sini

Read more...

Madu Lebah di Bangi

Sedikit info tentang madu lebah di Bangi.

a. Lokasi: Darul Syifa' Bandar Baru Bangi
b. Jenis madu lebah: 3 jenis (ikut warna)
c. Harga: RM20 botol kecil, RM35 botol besar
d. Cara bayaran: Ambil madu lebah, dan duit masukkan dalam bekas (tin) yang diletakkan

Info dan lokasi darul syifa' boleh di lihat di sini http://www.darussyifa.org/

a. Di buka setiap hari (pagi-malam) kecuali Hari Isnin malam selasa:
b. Masa (i) Pagi: 9-12 tengah hari, (ii) Petang: 2-7 petang (iii) Malam: 8-11 malam

Awal-awal saya menetap di Bangi dulu, merata juga cari madu lebah asli. Ada beli 2-3 tempat, tapi bila bawa balik rumah; 2-3 minggu mula nampak keladak (air gula) turun mendap di bawah. Itu tandanya bukan madu lebah aslilah tu/madu lebah yang telah dicampur/sintetik (bahaya tu)

Boleh di makan begitu saja. Boleh disapu pada roti. Boleh dicampur dengan air. Boleh juga dicampur dalam masakan seperti nasi ayam dan sebagainya

Madu lebah, kismis, kurma...semua ni bagus untuk kesihatan anak-anak dan juga orang dewasa. Anak-anak sebab mereka sedang membesar dan memerlukan banyak galian semulajadi untuk membina sel; badan, otak, sendi dsb

Asbab sajalah...sama macam kita kenyang asbab makan, sama macam kita segar asbab mandi, sama macam kita selalu batuk-batuk asbab rokok, sama macam kita happy absab ramai kawan.

Apapun hidup ini adalah pilihan. Apa yang kita pilih dan lakukan hari ini akan mencorakkan ke mana kehidupan kita esok. Tengok saja apa yang telah kita lakukan 4-5 tahun lepas, sekarang banyak yang kita dah dapat hasilnya kan...asbab jugalah tu

Boleh saja Dia nak bagi seseorang tanpa asbab sebab Dia Maha Berkuasa. Namun siapakah kita untuk mengharapkan sesuatu tanpa usaha? Usaha, usaha dan usaha, selebihnya sama-sama kita perbanyakkan doa dan tawwakal padaNya

p/s: 1. Kalau kita boleh beli anak-anak ayam panggang, daging panggang, pizza, vitamin...takkan kita tak boleh nak tambahkan anak-anak dengan makanan yang lebih membina minda mereka

2. Kalau kita boleh baca novel sampai menangis-nagis, takkan kita tak boleh nak baca Quran sampai menangis-nagis juga

3. Kalau kita boleh membaca buku-buku kewangan, pelaburan, kejuruteraan berulang-ulang kali sampai faham. Cari guru untuk terangkan maksud yang tersurat dan tersirat, takkan kita tak boleh nak membaca Quran dan memahami maksudnya berulang-ulang kali, mencari guru untuk juga memahamkan maknanya yang tersurat dan tersirat

Apa yang kita buat tu dah cantik dah, cuma jika kita tambahkan/elokkan lagi tentu lebih menarik. Biasalah, tiada orang sempurna & kita (saya terutamanya) perlu sentiasa memperbaiki diri supaya hari ini lebih baik daripada semalam

Read more...

Zakat dan Cukai Pendapatan

Thursday, April 08, 2010

Jom kemaskini bayaran zakat dan cukai pendapatan 2009. Sama-sama kita jadi warganegara yang bertanggungjawab dan berhemah

Link pengiraan zakat: http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/pend.asp

Link e-filing cukai pendapatan: https://e.hasil.gov.my/

Read more...

Beli RM100 guna RM10

Tuesday, April 06, 2010

Pernah tak anda rasa tertipu bila beli barang RM100, tapi harga sebenarnya adalah RM10? Apa rasa? Nak marah, tak nak datang lagi kedai tu.....semua ada kan

Apa pula anda rasa bila beli barang yang harganya RM100 tapi gunanya hanya RM10 sahaja?

Contoh:

1. Beli kalkulator saintifik yang harganya RM50-RM100, tapi guna hanya RM10 untuk 'tambah, tolak, darab dan bahagi' sahaja

2. Beli HP harga RM500 tapi guna RM100, untuk 'telefon dan SMS sahaja'

Tiada masalah nak beli barang mahal, tapi pastikan guna sepadan dengan harganya. Beli RM100, pastikan guna RM100 ataupun lebih. Kalau kalkulator guna untuk '+ - x dan \' sahaja kalkulator harga RM10 pun sudah cukup. Kalau HP guna untuk 'call dan SMS' sahaja HP harga RM100 pun dah cukup.

Sama juga untuk barang-barang dan contoh lain. Beli barang harga mahal tidak mengapa, tetapi PASTIKAN GUNA SEPADAN DENGAN HARGANYA. Jika yang harga murah sudah memenuhi kreteria yang dikehendaki, mengapa perlu belanja lebih?

Read more...

Panduan Kewangan Kepada Pelajar IPT

Monday, April 05, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Sebelum ini saya pernah menulis entri tentang kewangan untuk adik-adik yang masih dibangku IPT. Namun saya tarik kembali atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Kali ini saya masukkan kembali dengan ulasan yang sedikit berlainan

Kepada pelajar-pelajar IPT, tak kira apa saja jurusan anda, berhati-hati dan bersiap sedialah sebelum memasuki dunia pekerjaan dan sebelum menerima gaji pertama dan sebelum berbelanja. Persediaan MENTAL dan PERANCANGAN KEWANGAN amat perlu dititikberatkan. Sekali anda terjerat sukar untuk anda keluar

Jeratan-jeratan itu berupa:
1. Liabiliti yang tak tertanggung hutangnya (kereta)
2. Pinjaman peribadi (personal loan) yang bertahun-tahun baru selesai
3. Hutang kad kredit

1. Liabiliti

Paling jelas adalah KERETA. Mula-mula kerja (2-3 tahun pertama) tak usahlah pakai kereta. Apa tujuan beli kereta? a. Bergaya? b. Untuk memikat wanita/calon isteri? c. untuk kegunaan balik kampung? d. untuk sesuai dengan jawatan jurutera, cikgu, peguam, akauntan dsb? e. keselamatan?

a. Bergaya? Apa guna gaya jika poket kosong
b. Memikat wanita/calon isteri? Jika awal-awal sudah gunakan harta, jangan menyesal jika besok anda ditinggalkan apabila kereta anda ditarik atau anda dibuang kerja
c. Balik kampung? Berapa kali setahun balik kampung?
d. Sesuai dengan jawatan? Orang tengok ke naik kereta apa baru boleh jadi jurutera, cikgu, peguam, akauntan dsb? Kalau tak tahu buat kerja, bawa kereta besar gajah pun orang tak kan percayakan juga
e. Keselamatan? Waktu pelajar tak timbul pula soal selamat ke tak selamat?

Jadi persoalan utama, kenapa beli dan gunakan kereta? Cari alasan yang kukuh. Sekadar untuk bergaya dengan kereta tapi duit/simpanan KOSONG baik tak payah. Simpan dulu duit untuk perjalanan yang masih jauh

2. Selepas beli kereta dan dah dapat tackle awek, maka tibalah masa untuk berumahtangga. Duit tiada, buatlah personal loan. Lepas nikah, personal loan kena bayar, hutang kereta kena bayar, kad kredit pun kena bayar. Bermulalah kegelapan kehidupan yang mungkin tiada kesudahan.........

Penyelesaian
1. Kalaupun nak beli kereta di awal kerjaya, cari sebab yang sesuai. Kalau perempuan mungkin YA. Kalau lelaki, simpanlah duit tu banyak-banyak dulu. Naik motor saja. Bukannya orang tanyapun 'awak jadi jurutera bawa kereta apa?'.....Kalau tanyapun, jawap jelah 'Saya bawa honda lampu 4 segi/Honda lampu bulat' Honda juga kan?. Simpan dan simpan duit tu banyak-banyak dulu

2. Kad kredit. Kalau tiada simpanan sekurang-kurangnya RM5 000 dalam bank, nasihat saya, jangan gunakan kad kredit. Alasannya

a. Jika anda tidak mampu untuk mendisiplinkan diri menyimpan RM5 000 dalam bank sedari awal kerja, percayalah anda juga tidak akan mampu untuk mendisiplinkan diri membayar hutang kad kredit ON TIME.

Kad kredit sebenarnya bagus untuk kemudahan. Saya tiada kad kredit di awal kerja. Bila mula nak berjalan & dah ada simpanan baru guna CC. Guna & bayar ontime

3. Personal loan. Seboleh-bolehnya elakkanlah. Inilah perangkap hutang yang paling besar dan paling dalam. Saya tiada pengalaman, namun pengalaman rakan-rakan boleh dijadikan contoh

Jika anda boleh elak daripada membeli kereta di awal kerja, elak menggunakan KAD KREDIT DI KALA TIADA WANG, elak guna personal loan, inshaAllah saya yakin anda juga boleh elak daripada beli barang secara ansuran dan perangkap-perangkap hutang lain.

Itu saja sedikit sebanyak pengalaman yang boleh saya kongsikan. Malu ke naik motor sebagai engineer? Saya dari lepas belajar sampai sekarang pun masih naik motor jika keseorangan, senang nak cilok. Duit gaji bagi bonda sikit, simpan banyak dan belanjakan sekadar keperluan.

Besok nak nikah, nak beli rumah senang.....Apapun pilihan ditangan sendiri.

'Jalan yang senang diawalnya sebenarnya itulah jalan yang paling sukar dan jalan yang sukar diawalnya itulah sebenarnya jalan yang paling senang'

Read more...

‘Saya Tiada Niat pun...’

Sunday, April 04, 2010

Di sebuah sekolah, beberapa orang pelajar yang disyaki meniru di dalam dewan peperiksaan sedang menunggu giliran untuk memasuki bilik cikgu disiplin. Tiba kepada pelajar yang ke 5

Pelajar (P): Cikgu, saya tiada niat pun untuk meniru.......
Cikgu (C): Kami tidak ingin mempersoalkan niat awak. Cuma yang ingin kami tahu adalah adakah betul awak bawa masuk nota ke dalam dewan peperiksaan?

P: Betul cikgu, saya mengaku, tapi saya tiada niat pun untuk meniru
C: Adakah awak tahu itu satu kesalahan, yang sepatutnya tidak dilakukan?

P: Saya tahu itu satu kesalahan, tapi saya tiada niat pun untuk meniru
C: ...Walaupun dengan membawa masuk nota yang berwarna hitam dengan tulisan pensil yang berwarna hitam?

Tamat cerita

Ulasan

Tiada siapa yang ingin mempersoalkan niat kita. Apa yang kita buat HANYA KITA dan TUHAN SAJA YANG TAHU APAKAH NIATNYA. Orang tidak ingin mempersoalkan niat kita. Cumanya adakah tindakan yang kita lakukan itu selari dengan apa yang kita niatkan?

Selagi tidak menyalahi undang-undang; agama, negara, negeri, sekolah dan etika masyarakat, buat saja apa yang kita fikirkan betul. Orang tiada masa nak persoalkan niat kita. Orang hanya nak tengok cara dan hasil yang kita dapat; adakah betul dan dapat hasil yang setimpal

Kesimpulan
1. Kepada para pelajar, jangan sesekali meniru di dalam dewan peperiksaan. Kita telah diberi peluang dalam kelas untuk BERBINCANG, masa tutorial untuk BERTANYA, selepas test dan kuiz untuk BERDISKUSI. Dewan peperiksaan adalah tempat untuk menguji KEMAHIRAN dan KEMAMPUAN INDIVIDU

2. Apa agaknya STATUS REZEKI yang kita dapat dengan berkerja di luar hasil daripada dapat keputusan yang MENIRU?

3. Biar dapat markah rendah, asalkan usaha sendiri dan berkat

4. Kepada sahabat di mana saja berada, orang juga tidak akan mempersoalkan apa niat kita. Orang akan melihat apa yang kita lakukan, adakah selari dengan apa yang kita katakan ataupun tidak. Usah berhujjah ‘saya tiada niat......’, ataupun ‘niat saya sebenarnya adalah......’ kerana tiada orang ingin mempercayainya.

5. Samalah seperti orang yang mencuri dan berkata ‘saya tiada niat mencuri’ ataupun orang yang menggunakan sistem kewangan riba’ berkata ‘saya tiada niat pun nak terlibat dengan riba’ ataupun seseorang yang membawa kereta dengan laju sehingga melanggar seorang tua dan berkata ‘saya tiada niatpun untuk melanggar dia’ kerana...

6. Mencuri itu adalah suatu kesalahan, terlibat dengan riba’ itu juga adalah salah dan memandu kereta dengan laju di taman perumahan juga adalah salah, WALAU APA NIAT SEKALIPUN

7. Biar dapat sedikit asalkan berkat, kerana hidup kita bukan setakat di sini.....jauh lagi perjalanan dan kehidupan yang akan kita tempuh, dan 'sedikit' pada pandangan kita belum tentu 'sedikit' pada pandangan Dia, dan 'banyak' pada pandangan kita belum tentu 'banyak' pada pandangan Dia

Itu saja yang ingin dikongsikan. Selamat berhujung minggu, jangan meniru lagi dan niat awak hanya awak dan Dia yang tahu

Read more...

'Demi Waktu Dhuha'

Saturday, April 03, 2010

Surah 93 Juz 30 Adh-Dhuha, ayat 1-11

1: Demi waktu dhuha,

2: Dan malam apabila ia sunyi-sepi

3:(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

4: Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

5: Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

6: Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

7: Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?

8: Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

9: Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

10: Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

11: Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Read more...

Pay Your Mum First

Friday, April 02, 2010

Kita selalu mendengar ungkapan ini; ‘Seorang ibu boleh jaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu mampu jaga seorang ibu’. Kita juga pasti pernah dengar 2 ungkapan ini, ‘Syurga di bawah tapak kaki ibu’ dan ‘Taatlah kepada ibumu, ibumu, ibumu dan bapamu’.

Ungkapan indah senang dicipta. Ayat muluk juga tidak sukar ditulis. Persoalannya, adakah kita telah amalkan apa yang kita tahu? Adakah kita sampaikan apa yang kita tahu? Adakah kita istiqomah lakukan apa yang kita tahu?

Straight to the point, pay your mum first. Daripada gaji pertama yang kita dapat, sama ada daripada makan gaji, kerja sendiri; bisnes, melabur, income pasif dan sebagainya, allocate siap-siap untuk ibu. Berapapun gaji kita, berapapun yang kita dapat (janji gaji HALAL daripada sumber HALAL dan pendapatan HALAL) peruntukkan sejumlah wang daripada jumlah perolehan itu kepada ibu.

Betul, ibu tidak pernah meminta, ibu juga tidak pernah berkira, ibu tahu kesukaran hidup kita dibandar.......tetapi sebagai anak kita patut MENGINGATI IBU. Duit, harta, kekayaan, wang ringgit, rumah banglo, kereta besar TIDAK MAMPU MEMBAYAR dan membeli pengorbanan ibu. Duit bulanan yang kita bagi hanyalah sebagai TANDA INGATAN sahaja. Nak tunggu balik kampung, mungkin 3 bulan sekali baru balik.

Kalau nak ikutkan bayaran, dunia dan seisinya pun BELUM TENTU MAMPU untuk membayar hatta setitik susu ibu yang telah menitis ke dalam perut kita.

Sayangi ibu, asbabnya kita ada di sini. Kasihi ibu, dari rahimnya kita mengenal dunia ini. Senangi ibu, sembilan bulan 10 hari kita berada di dalam kandungannya. Hormati ibu, tidur malamnya tidak pernah nyeyak menemani kita, sakit pening, makan dan minum sentiasa terjaga......apabila besar jadilah anak yang TAHU MENGHARGAI....

Hidup ini ibarat putaran roda, sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Sekarang kita muda, remaja dan bertenaga. Tiba masanya kita juga akan jadi tua dan kurang bermaya. Hargai kehidupan, hargai ibu, dan hargai orang-orang disekeliling kita.

Moga kita jadi insan yang tahu menghargai. Moga anak kita juga dapat menghargai ibunya iaitu ISTERI KITA. Bukankah indah putaran kehidupan ini? Kita sendiri yang berhak menentukan PUTARAN KEHIDUPAN MANAKAH YANG KITA INGINKAN

Read more...

Masa Untuk Belajar

Wednesday, March 31, 2010

Assalamualaikum kepada semua sahabat dan kenalan. Masa untuk belajar datang lagi. Dalam tempoh belajar tak boleh banyak cakap, nanti ilmu tak lekat. Kena beri sepenuh perhatian kepada pelajaran. InshaAllah jika berkesempatan kita jumpa lagi di lain hari. Selamat belajar untuk semua

'Ilmu ibarat kuda liar, jika tidak diikat dengan kuat, dengan mudah ia akan lari'

Read more...

Pelajaran Tanpa Perkataan

Tuesday, March 30, 2010

Kadang-kadang pelajaran tanpa perkataan dan tulisan lebih berkesan dan melekat di hati berbanding pelajaran dengan perkataan dan tulisan

Read more...

Study dan Homework

Friday, March 26, 2010

Apa saja yang kita buat, ataupun yang kita nak buat, kena study betul-betul dan buat homework banyak-banyak. Study dan homework tidak akan habis dan tidak akan pernah habis. Habis study 1, kita akan rasa banyak lagi yang belum study. Lepas buat 1 homework, kita akan rasa banyak lagi homework lain yang perlu kita buat.

Ulang-ulanglah proses ini selalu kerana 'practise make it perfect'. Study dan homework akan memberikan kita lebih keyakinan untuk memasuki dewan peperiksaan. Apa jua peperiksaan; peperiksaan di sekolah mahupun peperiksaan di jalanan

Read more...

Wahai Orang Muda

Thursday, March 25, 2010

Wahai orang muda,
Bangkitlah dari lena yang panjang,

Wahai orang muda,
Bangkitlah dari alasan yang tiada berkesudahan,

Wahai orang muda,
Esok belum tentu kita ketemu,
Semalam juga tidak bisa menjengah kembali,
Sesaat umur berlalu TANPA IBADAH,
Pasti membawa SESAL yang tiada berpenghujungan,

Carilah dunia seolah selamanya kita di sini,
Kejarlah akhirat seolah esok kita kan pergi,
Manfaatkan dunia sebagai bekalan ke negeri akhirat,

Dunia di tangan akhirat di hati,
Moga beroleh bahagia hakiki.

Read more...

Hatimu Sungguh Keras

Monday, March 22, 2010

Jika kita ingin berjaya dalam apa saja yang kita lakukan (InshaAllah/God Willing), hati kita kena sedikit KERAS, ataupun dengan kata lain ‘keinginan kena kuat’, ataupun bahasa yang lebih glamour adalah ‘BURNING DESIRE’. 'Keinginan untuk berjaya MESTI MELUAP-LUAP’

Perkara biasa, orang akan menyatakan ‘tidak boleh’, kerana itulah yang ada pada fikiran mereka. Jika pada FIKIRAN KITA BOLEH, tidak melanggar agama, tidak melanggar undang-undang dan tatasusila masyarakat, proceed saja. Orang akan sentiasa dan terus bercakap berdasarkan persepsi mereka. Sudah tentu pendapat, keinginan, fikiran dan persepsi kita 'akan ada' yang berbeza (kalaupun 'tidak sentiasa' berbeza). Jadi siapakah yang harus kita percaya, DIRI KITA ataupun orang lain?

Read more...

Kesimpulan Kuliah Riba’

Saturday, March 20, 2010

Sebagai kesimpulan kuliah riba’:

Elakkan diri kita sejauh-jauhnya daripada riba’. Caranya
1. Gunakan sistem perbankan Islam
2. Ada lebih daripada 17 perbankan Islam di Malaysia ini pada masa ini
3. Antaranya: Bank Islam (ditubuhkan pada 1983), Bank Muamalat (1999), Bank Rakyat, Bank Persatuan, CIMB Islamic, RHB Islamic, Maybank Islamic, AmIslamic, Affin Islamic, Al Rajhi Banking, Hong Leong Islamic, Kuwait Finance, AsianFinance....dan banyak lagi
4. Ciri-ciri perbankan Islam : Mereka ada MAJLIS/PANEL SYARIAH yang mengawal selia produk mereka
5. Insurans Islam: Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas, Takaful Nasional/Etiqa, CIMB Aviva Takaful, HSBC Amanah Takaful, MAA Takaful, Hong Leong Tokio Marine Takaful, Prudential BSN Takaful
6. Rujukan dan buku yang banyak membantu ‘Wang, Anda dan Islam: Halal dan Haram Dalam Kewangan dan Perbankan’ oleh Zaharuddin Abdul Rahman, harga RM39.95. Ataupun boleh juga lapangkan masa melayari blognya www.Zaharuddin.net
7. Sudah tentunya yang lebih utama Al Quran, Hadis dan terjemahnya perlu ada dalam simpanan sebagai RUJUKAN UTAMA, di bantu oleh guru-guru yang fakih

Setakat hari ini, LukemanYusoff pernah/sedang berurusan dengan Bank Muamalat, CIMB Islamic, RHB Islamic, Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas dan CIMB Aviva Takaful

Read more...

Jom Balik Kampung

Friday, March 19, 2010

Kampung Dunia


Saya percaya kebanyakan kita yang tinggal di Lembah Klang ini bukannya asal orang sini. Kita ada kampung, mungkin di Utara, Pantai Timur, Selatan ataupun Malaysia Barat. Sesekali kita akan balik kampung terutamanya musim perayaan.

Ada yang selamat sampai ke kampung. Ada yang terkandas di tengah jalan akibat kemalangan, kereta rosak dan sebagainya. Ada yang cepat sampai dan ada juga yang berhari-hari lamanya baru boleh sampai ke kampung bergantung kepada kenderaan apa yang kita naik

Kampung Akhirat


Dan kampung halaman, ASAL nenek kita; Adam dan Hawa dulu adalah di syurga dan kita dalam perjalanan menuju ke sana. Kita dari alam roh, ke alam rahim, sekarang dalam alam dunia, menuju ke alam kubur, mahsyar, sirat, mizan dan syurga/neraka.

Ada orang yang selamat sampai dan ada yang terkandas di tengah jalan. Perjalanan kita ke kampung halaman masih lagi jauh, dan ramai orang jahat di tengah jalan iaitu SYAITAN dan NAFSU KITA sendiri. Semoga kita selamat sampai ke kampung halaman, tempat asal kita yang hakiki.

Sabda Nabi 'Semua umatku akan masuk syurga kecuali yang tidak mahu' Sahabat bertanya 'Siapa yang enggan itu wahai Rasulullah?' Sabda Nabi lagi 'Orang yang PILIH UNTUK TAAT akan masuk SYURGA, dan orang yang INGKAR akan masuk NERAKA'

Ulasan

Itulah serba sedikit intipati Khutbah Jumaat petang tadi. Harap ianya memberikan makna yang besar dalam hidup kita.

Read more...

Bonus

1. Kepada para PELAJAR yang sentiasa belajar, anggaplah markah ujian 1 anda sebelum ini adalah kosong '0'. Jadi anda akan belajar dengan lebih tekun untuk dapatkan markah penuh pada ujian, kuiz dan peperiksaan akhir akan datang.

Kalaupun anda betul-betul dapat '0', anda masih lagi boleh dapat 'A', dengan syarat markah ujian, kuiz dan peperiksaan akhir anda dapat markah penuh. Kalau anda dapat markah penuh untuk ujian 1, maka itu adalah BONUS.

Tujuan berfikiran demikian agar (a) Kita dapat tidur dengan nyenyak di malam hari, dan (b) Kita berusaha dengan lebih gigih untuk ujian, kuiz dan peperiksaan akhir akan datang

2. Kepada semua teman PELABUR. Anggapkanlah juga pelaburan kita seperti di Tabung Haji, Bank Persatuan, Koperasi Felda, Bank Rakyat ataupun Koperasi Guru memberikan pulangan 0% agar (sama juga seperti di atas) (a) Kita dapat tidur malam dengan nyeyak sekali, dan (b) Kita akan berusaha dengan lebih gigih agar kita dapat pulangan 100% ataupun lebih pada pelaburan akan datang. Jika kita dapat pulangan 5%-15% (pulangan biasa pada tahun sebelum ini) maka itu juga adalah BONUS

Tiada orang ingin rugi dan tiada orang mengharapkan rugi. Namun kerja rugi, kalah, '0', bukan kerja kita. Usaha sebaik mungkin untuk dapat yang terbaik. Selebihnya tawakkaltualAllah 'Jika semua orang di dunia ini masuk syurga dan hanya seorang saja yang masuk neraka, takutlah, takut-takut yang seorang itu adalah kita. Dan jika semua orang masuk ke neraka dan hanya seorang yang masuk syurga, haraplah, harap-harap yang seorang itu adalah kita'

Read more...

Penat dan Seronok

Thursday, March 18, 2010

'Jika kamu merasa penat melakukan kebaikan, ingatlah bahawa penatmu akan hilang tetapi pahala kebaikanmu akan berkekalan. Jika kamu merasa seronok melakukan kejahatan, ingatlah bahawa seronokmu akan hilang tetapi dosa kejahatanmu akan berkekalan'

Read more...

Dateline/Target

Monday, March 15, 2010

Sedikit tekanan ataupun tekanan yang terkawal akan lebih mempercepatkan perjalanan. Contoh

1. Paip air kalau tekanan rendah, apa jadi?

2. Cuba kalau orang pressure/push masa kita tengah bawa kereta, apa jadi?

3. Pelajar, kalau esok ada quiz/test/final exam, apa jadi?

Ini adalah tekanan luar ataupun kita panggil external force. Tenaga luar yang menyebabkan seseorang itu bergerak dengan lebih laju daripada sediakala.

Ada lagi 1 tenaga yang kita panggil internal force ataupun TENAGA DALAMAN. Kedua-dua tenaga ini penting untuk menggerakkan tubuh kita kearah kejayaan. Salah satu daripada cara untuk menggerakkan tenaga dalaman adalah dengan meletakkan duedate/target kepada apa saja kerja yang kita lakukan.

Contoh duedate/target:

1. Katakanlah hari ini kita nak siapkan 5 homework

2. Minggu ini kita nak siapkan baca 1 buah buku

3. Minggu ini kita nak siapkan 2 subtopik tesis

4. Bulan ini kita nak beli 1 lagi aset

5. Tahun ini kita nak ada 2 lagi aset tambahan

Dateline ataupun target kita ini dengan sendirinya akan menggerakkan internal force untuk kita bergerak lebih pantas dan tangkas untuk mencapai apa yang telah kita setkan.

Jadi, sama-samalah bagi tekanan kepada diri sendiri :) Tekanan yang terkawal akan lebih mempercepatkan perjalanan. Tekanan di luar kawalan mungkin bakal membawa rebah. Berpada-padalah ya dalam buat kerja dan mencapai target/dateline ;)

Read more...

Selamat Pengantin Baru

Friday, March 12, 2010

Selamat pengantin baru kepada semua sahabat dan kenalan yang baru selamat melangsungkan perkahwinan:

1. Imilia Ismail (rakan sekelas 5 Al-Biruni MRSMKT)
2. Farihan (rakan sekolah MRSMKT)
3. Farid Adnan / Ayip (orang kuat BJ)
4. Sepul_Besut (orang kuat PMC)
5. Siti Norazlina (anak buah)

Moga berbahagia hingga ke anak cucu dan hingga ke sana. Moga makin murah rezeki dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Kepada yang masih mencari pasangan, selamat memilih dan moga dipertemukan jodoh yang sesuai, inshaAllah

Read more...

Bahaya Riba'

Surah 2 Al-Baqarah Juz 3 Ayat 275 hingga 281

275: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya.

276: Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.

277: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

278: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.

279: Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

280: Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).

281: Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

Read more...

Indahnya Ciptaan Tuhan

Thursday, March 11, 2010

Indahnya ciptaan Tuhan, apabila diberikanNya sesuatu secara berperingkat sesuai dengan kemampuan; akal dan tenaga kita untuk menanggung dan menjaga amanah tersebut.

Kepada sahabat yang mempunyai amanah yang semakin membesar, tidak kiralah dalam apa jua bentuknya sekalipun; anak pinak yang semakin ramai, harta kekayaan yang semakin banyak, sedikit kuasa, para pengikut yang semakin ramai dan sebagainya...jagalah amanah itu sebaiknya, kerana kita akan dipertanggungjawabkan atas semua benda yang telah diamanahkan kepada kita

Sama-sama kita jadikan amanah itu sebagai suatu asbab untuk kita lebih dekat kepadaNya inshaAllah. 'Ampunkan kami ya Allah jika kami tersalah dan terleka, dan jangan uji kami dengan sesuatu ujian yang tidak sanggup kamu hadapinya'

Read more...

Usaha, Doa dan Tawakkal

Sedikit sambungan, ulasan dan kesimpulan daripada ‘Ajal dan Maut di Tangan Tuhan’

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku hari esok dan hari kemudian, kerana kita adalah hamba dan bukannya Tuan. Jadi, sebagai kesimpulan;

1. Usahakanlah sebaik mungkin untuk dapat apa yang kita nak. Jika kita nak sihat, pintar dan cerdas, usahakanlah sebaik mungkin agar sihat, pintar dan cerdas itu jadi milik kita

2. Jika kita nak jadi kaya, berharta, pemurah, disayangi, dihormati...usahakan juga sebaik mungkin untuk dapat apa yang kita nak. Jangan hanya mengharap sesuatu tanpa usaha. Rezeki secupak esok tidak akan jadi segantang, betul...tetapi adakah kita sudah tahu bahawa esok rezeki kita 1 cupak ataupun 1 lori? Adakah kita sudah tahu bahawa minggu depan kuiz Fluid Mechanic kita dapat 1/10 ataupun 10/10?

3. Oleh sebab kita tak tahu dan tidak akan pernah tahu apa yang akan berlaku esok, maka USAHAKANLAH SEBAIK MUNGKIN UNTUK DAPAT YANG TERBAIK. Usahakan agar yang secupak kita dapat hari ini jadi 5 lori hari esok. Usahakan sebaik mungkin agar yang kita dapat 1/10 minggu ini jadi 10/10 minggu depan. Siapa tahu.

Kawan-kawan lain ada yang boleh dapat, tak kan kita sorang tak boleh dapat. Kawan-kawan yang lain boleh berjaya,KENAPA TIDAK KITA? Kawan-kawan boleh ada ladang berekar-ekar, rumah bertingkat-tingkat, emas berkilo-kilo, kawan berbondong-bondong, KENAPA TIDAK KITA? Kawan-kawan boleh berhenti merokok, boleh amalkan gaya hidup sihat, KENAPA TIDAK KITA? Kawan-kawan boleh ada isteri, rumahtangga yang harmoni dan aman damai, KENAPA TIDAK KITA? Kawan-kawan boleh hati baik, pemurah, ramah, rajin berusaha, KENAPA TIDAK KITA?

NASI yang kita makan SAMA dengan nasi yang kawan kita makan. CIKGU yang mengajar kita SAMA dengan cikgu yang mengajar kawan kita. SEKOLAH tempat kita belajar SAMA dengan sekolah yang kawan kita belajar. TANGAN DAN KAKI kita dua SAMA macam tangan dan kaki kawan kita. UDARA yang kita hirup pun SAMA dengan udara yang kawan kita hirup. Dan terlebih pentingnya, TUHAN KITA ADALAH SAMA dengan Tuhan kawan kita...Persoalannya KENAPA KAWAN KITA BOLEH BUAT DAN KITA TIDAK BOLEH?

Akhirnya, SETELAH KITA USAHA SEBAIK MUNGKIN...perbanyakkanlah DOA dan TAWAKKAL KEPADANYA, kerana KUASA MUTLAK ADALAH KUASANYA dan AJAL DAN MAUT JUGA DITANGANNYA. Markah 10/10 yang telah ditetapkanNya tidak akan jadi 1/10, dan rezeki 17 lori yang telah ditetapkanNya juga tidak akan menjadi 1 lori. Siapa tahu. Usaha, doa dan tawakkal.

Read more...

Ajal Maut di Tangan Tuhan

Wednesday, March 10, 2010

Cerita 1
S: Kenapa awak hisap rokok?
J: Terpengaruh dengan kawan, cikgu

S: Awak tahu tak rokok merbahayakan kesihatan?
J: Tahu cikgu, tapi ‘ajal dan maut kan di tangan Tuhan’

S: Bagus! Balik nanti saya nak awak berdiri atas jalan raya selama 5 minit
J: Mana boleh cikgu, nanti kena langgar dengan kereta

S: ‘Ajal dan maut kan di tangan tuhan’

Cerita 2
S: Kenapa awak hisap rokok
J: Terpengaruh dengan kawan, cikgu

S: Awak tahu tak rokok merbahayakan kesihatan?
J: Tahu cikgu, tapi ‘ajal dan maut kan di tangan Tuhan’

S: Bagus! Sekarang awak jangan bergerak, saya nak ketuk kepala awak dengan tukul ini.
J: Mana boleh cikgu, sakit

S: ‘Ajal, maut, sakit, lapar, kenyang bukankah juga di tangan tuhan’

Cerita 3
S: Kenapa awak hisap rokok
J: Terpengaruh dengan kawan, cikgu

S: Berapa RM awak belanjakan untuk beli rokok?
J: Dalam RM5 untuk sehari cikgu

S: Berapa tahun awak dah merokok
J: 10 tahun cikgu

S: Sekarang ambil kalkulator, cuba kira berapa RM telah awak bazirkan
J: RM5 x 10 tahun x 12 bulan x 30 hari = RM18 000 cikgu

S:Banyak tu. Agak-agak apa yang awak boleh buat dengan RM18 000 tu selain daripada beli rokok
J: Boleh beli motosikal cikgu. Boleh pergi umrah/haji. Boleh bagi ibu dan ayah. Boleh tolong anak yatim. Boleh hantar anak kelas agama dan banyak lagilah. Tapi kan cikgu saya dah buat semua tu

S: Bagus! Kalau awak tak merokok, mungkin sekarang awak dah boleh beli kereta. Mungkin juga awak dah boleh bawa ibu/bapa awak pergi umrah/haji. Mungkin juga awak boleh tolong pakcik dan makcik awak. Mungkin juga awak dah boleh tolong lebih ramai lagi anak yatim, dan mungkin juga awak boleh hantar lebih ramai lagi anak ke kelas agama
J: Cikgu, kenapa cikgu tak suka rokok?

S: Saya tak suka orang yang tiada pendirian. Itu saja
J: Cikgu, kami ada pendirian. Cumanya kami terpengaruh dengan kawan-kawan

S: Pengaruh balik kawan-kawan awak yang lain agar semuanya berhenti merokok
J: Sukar cikgu

S: Merokok boleh, berhenti merokok pun sepatutnya boleh
J: Sukar cikgu

S: Saya pernah jumpa orang yang boleh berhenti merokok. Nak ke tak nak?
J: Nak cikgu, tapi bukan sekarang

S: Jika esok awak meninggal dunia, awak jawablah dengan malaikat dalam kubur ya. Lapar...cari makan, boleh. Takut kemalangan...berjalan di tepi jalan, boleh. Takut sakit kepala kena ketuk...elak, boleh.

Takut membazir, takut buat perkara sia-sia, takut tiada pendirian, takut mati awal, takut isteri jadi balu awal, takut anak-anak jadi anak yatim awal, takut kena soal dengan malaikat dalam kubur...boleh atau tidak?

Read more...

Hargai Kehidupan

Tuesday, March 09, 2010

Kita jarang menghargai sesuatu yang di depan mata. Bila ia hilang baru kita mencari-carinya. Contoh:

1. Jari: Tika sihat kita jarang mensyukurinya, hatta untuk mengucapkan ALHAMDULILLAH. Pabila terkena pisau, ataupun tersepit di pintu, baru kita mengerti betapa berharganya nikmat sepotong jari. Pincang rasa hidup bila hilang nikmat sepotong jari

2. Mata: Tika cerdas, kita lihat semua perkara hatta yang dilarangNya. Pabila sakit baru kita mengerti betapa nikmatnya mata untuk melihat. Tak keruan rasa kehidupan bila mata tidak dapat melihat dengan baik

3. Udara: Tika biasa, kita melupakan nikmat udara yang tak pernah putus daripadaNya ini. Pabila kebakaran dan terperangkap dalam asap, kita mula mengerti begitu berharganya nilai udara

Hargailah semua nikmat daripadaNya ini dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya. Moga kita sentiasa diredhaiNya.

‘5 perkara yang hanya diketahui nikmatnya oleh 5 golongan; nikmatnya masa muda hanya diketahui oleh orang tua, nikmatnya masa sihat hanya diketahui oleh orang sakit, nikmatnya masa lapang hanya diketahui oleh orang yang sibuk, nikmatnya masa kaya hanya diketahui oleh orang miskin dan nikmatnya masa hidup hanya diketahui oleh orang mati’.

Sama-samalah kita memanfaatkan kehidupan ini sebaiknya

Read more...

Sabar

'Bersabarlah kawan...kerana SABAR ITU KUNCI SEGALA CITA-CITA'

Read more...

Perbezaan Yang Sedikit

Perbezaan yang sedikit akan memberikan kesan yang cukup besar dalam kehidupan kita. Contoh:

1. Beza 0.01 point akan menentukan sama ada kita dapat Ijazah Kelas Pertama ataupun Ijazah Kelas Dua Atas

2. Beza 1 markah akan menentukan sama ada kita dapat A ataupun A- dalam satu-satu subjek

3. Beza menyatakan kayu, batu, emas, pokok, bulan, bintang berkuasa akan menyebabkan kita syirik kepadaNya

4. Beza atau lebih 1 km/j daripada had laju yang ditetapkan di lebuh raya mungkin akan menyebabkan kita di saman RM300

5. Beza dalam memanfaatkan waktu lapang; malam dan hujung minggu mungkin akan menyebabkan kita jauh ketinggalan daripada orang lain

6. Beza dalam pergaulan, bersosial dan berkomunikasi akan menentukan sama ada kita dapat ramai kawan ataupun sebaliknya

7. Beza dalam gaya penulisan dan olahan penyampaian maklumat akan menentukan sama ada kita mendapat tempat di hati pembaca ataupun sebaliknya

Kesimpulan, sama-samalah kita PERBANYAKKAN PERBEZAAN YANG POSITIF dalam mencorakkan masa depan yang lebih gemilang; sama ada dalam hal kewangan, pelaburan, pendidikan, keagamaan, muamalat, pengurusan masa dan sebagainya. Sedikit saja perbezaan akan menentukan dimanakah tempat kita pada masa depan

Read more...

Tinta dari Jiwa

Monday, March 08, 2010

‘Tinta dari jiwa dan sungguh membangunkan jiwa’. Itulah yang boleh saya katakan tentang buku ini.

Kita punya 2 jiwa; jiwa fizikal dan jiwa rohani. Jiwa fizikal memerlukan makanan dan minuman fizikal bagi membolehkan kita kuat dan cerdas. Dan jiwa rohani membutuhkan makanan dan minuman rohani bagi membolehkannya ikut sama kuat dan cerdas. Kepincangan dan pengabaian salah satu daripadanya akan menyesakkan kita nanti

Jiwa fizikal akan kita ditinggalkan dimamah bumi. Jiwa rohani akan membawa kita ke satu tempat yang indah kelak inshaAllah. Kepada pencinta ilmu pembangunan jiwa carilah novel ini ‘Ayat-Ayat Cinta’. Kalian pasti akan menemui banyak pengisian mental dan spiritual dengan menggalinya. Selamat mentelaah.

Read more...

Jom cuti-cuti Malaysia

Sunday, March 07, 2010

Cuti sekolah bakal tiba lagi. Ada yang merancang untuk merehatkan minda dari hiruk pikuk kota. Ada yang ingin mengotakan janji untuk bawa anak bercuti ke desa. Ada yang penuh jadual memenuhi undangan walimah.

Tuan dan Puan yang berhajat untuk menenangkan fikiran di Pulau Kapas/Pulau Redang/Pulau Perhentian, ingin membeli belah di Pasar Besar Payang, ingin melawat masjid terapung Kuala Ibai/Taman Warisan Islam/Muzim Losong dan ingin menikmati suasana nyaman pantai Batu Burok bolehlah menginap di Homestay Chendering Kuala Terengganu seperti di entri bawah.

Segala-galanya ada di Malaysia. Jom cuti-cuti Malaysia

Read more...

Homestay Kuala Terengganu

Saturday, March 06, 2010



Homestay Kuala Terengganu kini telah di buka. Maklumatnya adalah seperti berikut

1. Lokasi
Chendering Kuala Terengganu, yang terkenal dengan kilang batik Noor Arfa Batek serta pusat pameran Kraftangan Malaysia.

2. Tempat Menarik
Tempat menarik di sekitar homestay ini adalah:
a. Masjid Terapung Kuala ibai: kira-kira 1 km
b. Bandaraya Kuala Terengganu: kira-kira 2 km
c. Pantai Batu Burok: kira-kira 4 km
d. Jeti Marang ke Pulau Kapas, Pulau Redang dan Pulau Perhentian: kira-kira 5 km
e. Pasar Besar Payang: kira-kira 2.5 km
f. Muzium Losong: kira-kira 3.5 km
g. Taman Warisan Islam (Masjid Kristal Pulau Wan Man): kira-kira 8 km
h. Pulau Duyung: kira-kira 8 km
i. Kawasan perusahaan keropok Losong: kira-kira 15 km

3. Kemudahan
Kemudahan yang terdapat di sini adalah:
a. Kedai makan
b. Kedai runcit
c. Mesin ATM CIMB
d. Stesen minyak Petronas
e. Masjid
f. Pasaraya Mydin
g. Klinik

4. Jenis Homestay
Sebuah unit semiD dengan spesifikasi berikut:
a. Tiga (3) buah bilik tidur
b. Dua (2) buah bilik air
c. Dua (2) ruang tamu
d. Satu (1) ruang dapur
e. Satu (1) ruang makan

5. Kelengkapan Rumah
Kelengkapan yang disediakan adalah seperti berikut:
a. Ruang tamu
- Set sofa
- Meja kopi
- Tikar kayu atau karpet
- Set TV

b. Ruang Dapur
- Gas memasak
- Peti ais
- Set pinggan mangkuk, cawan, gelas, mug, teko dan jug
- Peralatan memasak ringkas
- Cuttlery.

c. Ruang Makan
- Set meja makan enam (6) orang.

d. Bilik Tidur
- Queen size bed untuk bilik tidur utama
- Dua (2) katil bujang bagi setiap bilik tidur lain
- Bantal, cadar dan selimut di setiap bilik.

e. Bilik Air
- Tiga (3) helai tuala
- Sabun mandi dan syampu

6. Kelengkapan Tambahan
Halaman rumah dilengkapi dengan
a. Satu (1) set BBQ
b. Satu (1) set meja makan dan
c. Satu (1) set kerusi bench (outdoor garden table).

Homestay ini terletak bersebelahan dengan pokok paya nipah bagi menggamit suasana natural, nyaman dan harmoni. Paya nipah ini adalah kuala Sungai Ibai dan mempunyai akses air hingga ke pantai. Jarak tambatan bot di kuala hanya beberapa meter dari homestay ini.

Di bawah adalah gambar homestay ini:





















7. Harga penginapan:
a. Isnin - Khamis : RM150 semalam
b. Jumaat - Ahad, cuti umum dan cuti sekolah : RM190 semalam.

8. Tempahan:
Boleh berhubung dengan En Fairuz di talian 012-9863732 atau 013-9502782. Deposit RM100 semalam diperlukan bagi pengesahan tempahan

Maklumat lanjut juga boleh diperolehi di sini

Read more...

Manfaatkan Sebaiknya

Pernah tak kita alami 2 situasi ini?

1. Kepala kita rasa penuh. Banyak benda yang perlu diselesaikan dalam satu masa. Kadang-kadang masa kita bergerak, tetapi kepala kita berpusing-pusing mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu cabaran

2. Kita rasa begitu lapang. Lapang selapang lapangnya. Kita boleh bergelak tawa ria dengan girang.

Dua situasi di atas akan datang menerjah kita silih berganti. Situasi pertama menuntut kita menyusun jadual sebaik mungkin. Mana yang lebih penting perlu kita utamakan, mana yang penting kita kemudiankan. Situasi kedua pula menuntut kita merancang dan memanfaatkan masa lapang sebaik mungkin. Silap perancangan mungkin masa lapang akan dibazirkan tanpa manfaat.

Sama-samalah kita menyusun jadual tika agenda penuh dan sama-samalah kita manfaatkan waktu lapang sebaik mungkin agar ada sesuatu yang boleh dijadikan manfaat. Sesaat masa berlalu tidak akan datang kembali. Jauhnya masa yang berlalu tidak akan dapat kita temui lagi

Read more...

5S Perosak Masyarakat

Friday, March 05, 2010

Khutbah Jumaat 5.3.2010 Bandar Baru Bangi/Kajang

5S perosak masyarakat

1. Screen. TV, LCD. Contoh cerita kartun Tom & Jerry, tikus buli kucing. Mendidik anak-anak khianat/benci kucing, sedangkan kucing adalah binatang yang Nabi kasih, dan tikus pula perlu dihapuskan hatta di tanah haram kerana ia makhluk perosak

2. Sing. Nyayian yang melalaikan

3. Sex. Pendidikan/pendedahan yang melampaui batas susila kemanusiaan

4. Sport. Sukan yang berlebihan sehingga menyebabkan leka dan lalai

5. Study. Ilmu untuk lulus periksa. Pelajaran yang tidak diamalkan

'Orang-orang munafik amat berat untuk melakukan solat isya' dan subuh secara berjamaah'

Read more...

Nota di Kulit Buku

1. Masa belajar: Rumus-rumus penting seperti W=mg, F=ma, v=u+at, m=PV/RT ditulis dibelakang kulit buku (bahagian dalam)

2. Masa berkerja (masih juga belajar dan akan terus belajar): Nota-nota penting seperti ROI=(pendapatan bersih tahunan/kos yang dikeluarkan) x 100%, BFR/BLR/IBR semasa, OPR, OPM, OPT, leverage, no telefon dan no fax yang selalu dirujuk juga ditulis di belakang kulit buku

Nota biasanya kita tulis dalam buku. Ada yang guna buku latihan biasa (seperti zaman sekolah dahulu) sebagai buku nota. Ada yang guna kertas A4, ada yang guna buku diari dan ada yang guna buku nota kecil seperti buku 555. Lain orang lain minat dan caranya

Maklumat-maklumat penting yang selalu kita rujuk seperti no telefon dan rumus-rumus adalah lebih elok jika dikumpulkan di satu tempat. Senang untuk kita rujuk kembali. Menjimatkan masa

Sebagai pelajar, bila nak exam nanti, 5-10 minit terakhir sebelum masuk dewan exam bolehlah belek-belek balik rumus tersebut. Sambil belek rumus, kaedah pengiraan akan keluar dalam kepala macam skrin komputer. Dengan syarat latihan kena buat banyak kali. Kalau sekali dua saja buat latihan, rumus hafal macam mana sekalipun, cara penyelesaian tak kan keluar juga.

Sama juga sebagai individu, rumus-rumus yang memudahkan kehidupan, no telefon adalah lebih senang jika kita kumpulkan dibelakang sekali buku nota/buku catatan kita itu. Kenapa bukan di depan? Sebab sebelah depan biasanya kita dah gunakan untuk tulis nota. Belakang guna untuk kumpul maklumat penting yang selalu kita rujuk

Sekarang sudah ada PDA yang lebih memudahkan kehidupan. Setakat hari ini saya masih menggunakan buku nota dan cara di atas untuk memudahkan kehidupan. Mungkin next step siapa tahu. Ada sesiapa yang ingin berkongsi cara menulis/mengingat/menggunakan nota/rumus/formula/nama/no telefon dengan cara yang lebih efisen, dialu-alukan

Read more...

Ampun dan Rahmat

Thursday, March 04, 2010

Surah 2 Al-Baqarah Juz 3 Ayat 284 hingga 286

284: Segala apa yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia akan mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

285: Rasullullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari TuhanNya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): ‘Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-rasulNya. Mereka berkata lagi: 'Kami dengar dan kami taat. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali'.

286: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang telah terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"

Read more...

About

www.JutawanDuniaAkhirat.com mengandungi artikel-artikel jutawan dunia dan jutawan akhirat, inshaAllah (jika diizinkan Allah).

Segala yang terdapat di sini adalah pendapat peribadi admin, kecuali yang dinyatakan sumber rujukan ataupun yang bertanda 'ayat'.

Segala yang tertulis adalah betul pada pendapat admin pada masa ini, belum tentu betul pada masa akan datang

Di sini tiada jawapan kepada 'jutawan segera', tiada 'tip panas', tiada 'formula magik' dan tiada juga 'benda mustahil'

Mengamalkan apa yang terdapat di sini adalah tanggungjawab sendiri. Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti sekiranya bertindak tanpa merujuk kepada yang lebih pakar.

Admin boleh dihubungi melalui admin@JutawanDuniaAkhirat.com. Yang baik, sama-sama kita jadikan teladan. Yang buruk sama-sama kita jadikan sempadan. Segala yang baik adalah daripadaNYA, yang lemah dan dhaif adalah daripada hambaNYa ini. Komen membina daripada semua amat dihargai

Read more...

Betul atau Salah?

Betul atau salah perbuatan kita?
Bagaimana untuk menentukan sesuatu yang kita lakukan itu betul ataupun salah?

Antaranya adalah dengan:
1. Bertanya kepada hati kecil kita sendiri...adakah betul ataupun salah...dan hati kecil kita akan mencari jawapannya...dan jawapan yang diberikan oleh hati kecil kita biasanya tidak akan menipu kita...kerana kita memang sesekali tidak akan mampu menipu diri kita sendiri..

2. Jika masih lagi dipersimpangan..bermunajatlah selalu padaNya. Luangkan sedikit masa dalam 10minit sehari untuk memohon jalan dan petunjuk yang terbaik daripadaNya..kerana Dia Lebih Mengetahui apakah yang terbaik untuk kita hambaNya ini..

3. Biasanya sesuatu yang betul....tidak akan 'memaksa' hati kecil kita...Hati kecil kita yang akan bergerak sendiri untuk melakukannya dengan senang hati...(Solat jika dilakukan dengan khusuk dan khuduq, hati kecil kita akan melakukannya dengan senang hati).....Sama juga pelaburan...Jika ianya betul, biasanya pelaburan itu tidak akan memaksa kita...KITA YANG AKAN MELAKUKANNYA DENGAN SENANG HATI.....

Read more...

Senangnya...

'Di suatu petang yang indah.......
1. Ibu, kenapa awan warna biru?
2. Ayah, kenapa ada aeroplane?
3. Ibu, kenapa adik menangis?
4. Ayah, kenapa siang tiada bulan?
5. Ibu, kenapa malam ada banyak bintang?

Di suatu ketika yang lain.....
1. Mum, why money can not solve most of money problem?
2. Dad, why so many people are talking about money, money and money?
3. Mum, why everything is about money, but money is not everything?
4. Dad, why an asset put money into our pocket and a liability take money from our pocket?
5. Mum, why an employee make more money but the more he/she make money, the lesser he/she could spent time to their love one?
6. Dad, why an investor and business owner make more money and the more he/she make money, the more he/she could spent TIME to their love one?
7. Mum, why this world is so different?'

Kita memerlukan KETENANGAN, AKAL YANG WARAS dan ILMU YANG SECUKUPNYA untuk menjawab semua soalan ini.

ps: 'Ayah, aeroplane tu apa?'
'Jom kita balik kampung naik aeroplane'
'Yeeee'

pps: Selepas selamat mendarat di kampung....'Cepatnya kita sampai rumah tok wan, besarnya aeroplane, ramainya orang naik aeroplane, selesanya dalam aeroplane.....Ooh begini rupanya aeroplane'

ppps: Senangnya mengajar anak-anak jika kena CARA, WAKTU dan KETIKANYA

Read more...

Bagi Apa Yang Kita Nak

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Bagi apa yang kita nak
1. Bagi wang jika nak wang
2. Bagi emas jika nak emas
3. Bagi persahabatan jika nak sahabat
4. Baji nasihat jika nak nasihat
5. Bagi kasih sayang jika nak kasih sayang
6. Bagi masa jika nak masa
7. Bagi senyuman jika nak senyuman

Persoalannya...bolehkah kita perbuat apa yang kita tahu/tulis/cakapkan itu???

Bercerita secara teori perkara mudah. Membuat praktikal/amali itu perkara sukar. Terlebih sukar untuk melakukannya secara istikomah/berterusan......dan terlalu amat sukar untuk melakukan secara istikomah/berterusan dengan hati yang tulus ikhlas.

Ramai orang yang memberi dan mengharapkan balasan....dan begitulah selalunya kita insan, mengharapkan balasan...solat 5 waktu mengharapkan balasan redhaNya, makan dan minum mengharapkan balasan kenyang daripadaNya........lemah dan dhaifnya kita....(ke ada orang yang makan tapi tak mengharapkan kenyang daripadaNya?)

Bezanya apakah bentuk balasan yang kita harapkan dan DARIPADA SIAPAKAH KITA HARAPKAN BALASAN TERSEBUT.....dan sebaik-baik balasan adalah BALASAN DARIPADANYA dan BALASAN DI SANA......

Kesimpulan..sama-samalah kita memperbanyakkan memberi.....Moga-moga kita dapat kembali apa yang kita beri...dan janganlah mengharapkan sesuatu selain daripadaNya..kerana TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN IZINNYA JUA....Sampai jumpa lagi inshaAllah

Read more...

Arkib

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP