Buat Insan Hebat

Saturday, October 31, 2009




Salam suka saya berkongsi sedikit ilmu bermanfaat yang inshaAllah akan memberikan kita kebahagiaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat. Bukunya adalah seperti gambar di atas:

Judul: UNTUKMU UMAT Membina Keyakinan Diri Untuk Kehidupan Hakiki
Penulis: Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
Penerbit: Karya Bestari, Alaf 21, Cetakan Pertama 2009
Harga: RM 11 (diskaun 20% jika Tuan Puan membelinya di sini http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/07/kedai-buku-bagi-diskaun-20.html inshaAllah: Pandai-pandailah jadi pelanggan tetap)

Golongan sasaran adalah untuk insan-insan yang:

1. hebat dan merasakan dirinya serba hebat, sibuk, bijak, pandai, membuat kerja pelbagai (mutitasking), selalu kekurangan masa dan dihambat waktu dan juga yang sewaktu dengannya
2. mencari kebenaran dan kebahagiaan dunia dan akhirat
3. sedang mencari kerja / dalam proses temuduga, kurang ataupun rendah motivasinya
4. merasakan dirinya tidak bebas, terikat dan tidak merdeka
5. ingin berjaya dan ingin belajar berfikir secara bebas
6. mengidamkan pahala seperti pahala sahabat-sahabat
7. selalu berprasangka negatif
8. wanita-wanita yang mencari redhaNYA
9. lelaki-lelaki yang dayus

Antara isi kandungan yang sempat saya rakamkan:

1. Sesungguhnya ALLAH, para malaikatNYA, penduduk langit dan bumi hinggakan semut di dalam sarangnya dan ikan di lautan pasti akan mendoakan (kebaikan) buat orang yang mengajar manusia ilmu kebaikan (agama)

2. Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan meninggal esok.

3. Dan mungkin apa yang kamu benci itu adalah baik untukmu dan mungkin apa yang kamu sukai itu adalah buruk untukmu. ALLAH Lebih Mengetahui dan sesungguhnya kamu tidak mengetahuinya.

4. Tiada seorang muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian dia mengalih pandangan matanya kecuali ALLAH akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya

5. Sesungguhnya Nabi Muhammad saw menyebut berkenaan ujian-ujian di dalam kubur, lalu Umar al-Khattab ra bertanya 'Adakah akan dikembalikan akal-akal kita (di dalam kubur kelak)?' Nabi menjawab 'Ya (ia akan dikembalikan) sebagaimana keadaan kamu sekarang'

6. Takabbur itu adalah menolak kebenaran dan memperlekehkan manusia -HR Muslim-

7. Sesungguhnya ALLAH menyukai seseorang kamu apabila ia melakukan sesuatu kerja, ia sentiasa memperkemas dan menekuninya -HR Al-Tabrani-

8. ....Dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi yang lebih mengetahui -S Yusuf:76-

9. Setiap anak Adam itu ada kesilapan (dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat -HR AlTarmizi-

Carilah buku ini di pasaran. Harganya hanyalah RM11 (2 kali lunch ataupun 1 minggu nilai topup anda sahaja). Semoga kita mendapat manfaat yang banyak daripada tulisan penulis ini. Semoga penulis mendapat rahmat dan berkat daripadaNYA. Semoga ilmu-ilmu yang bermanfaat tersebar secara meluas. Semoga kita semua beroleh kejayaan, kebahagian, keberkatan dunia dan akhirat. Sampai jumpa lagi inshaAllah

Read more...

ROI / Pulangan Pelaburan

Salam

ROI = return on investment = pulangan pelaburan

ROI = (pendapatan setahun/modal yang dikeluarkan) x 100%

Ingatlah formula asas di atas yang telah dipermudahkan mengikut situasi setempat. Formula asas ini digunakan untuk mengira semua jenis pulangan pelaburan. Mari kita perincikan formula ini dengan menggunakan satu contoh pelaburan hartanah.

Contoh

Katakanlah:
a. Tuan Puan baru sahaja membeli sebuah rumah dengan harga beli/market value (MV) = RM100 000.
b. Downpayment yang dikeluarkan adalah 10% = RM 10 000
c. Mortgage (gadai janji)/loan amount/pinjaman bank adalah sebanyak 90% = RM90 000
d. NFMC (non free moving cost) dan Tuan Puan dikenakan bayaran legal fees, lawyer fees and evaluation fees sebanyak 3% daripada loan amount = RM 2 700
e. Tuan Puan ambil minimum (10 tahun) insuran/takaful sebanyak 1% daripada loan amount = RM900 dan dimasukkan dalam loan menjadikan

TOTAL LOAN AMOUT = RM90 900
dengan katakanlah bayaran bulanan/installment adalah sebanyak RM400

Ada lagi bayaran-bayaran lain iaitu (sebagai contoh sahaja):
a. Bulanan: Maintenance fees = RM30 dan komisen runner (penyutip sewa rumah dan agen) = RM30
b. Tahunan: Cukai pintu dan cukai tanah = RM200

Katakanlah juga untuk meningkatkan kadar sewa Tuan Puan telah memasukan perabut ke dalam rumah pelaburan tadi (fully furnish) dengan kos sebanyak RM5000

dan kadar sewa yang diberikan/dikenakan adalah sebanyak RM900 sebulan. Mari kita kira ROI nya........

ROI = (pendapatan setahun / modal yang dikeluarkan) x 100%

pendapatan setahun = cash in - cash out

cash in setahun = sewa bulanan x 12 = RM900 x 12 =RM10 800
cash out setahun = modal tahunan + modal bulanan = cukai pintu dan cukai tanah + (installment x 12) + (maintenance fees x 12) + (runner x 12)
= 200 +[(400 + 30 + 30 ) x 12] = 200 + 5 520 = RM 5 720

Modal yang dikeluarkan = DP+NFMC+fully furnise
= RM 10 000 + 2 700 + 5000 = RM17 700

ROI nya adalah = [(10 800 - 5720) / 17 700] 100% = 28.7 % ataupun dengan kata lain dalam masa 3.5 tahun ( 3 tahun 6 bulan = 42 bulan) @ (100/28.7) Tuan Puan akan dapat balik modal asal yang Tuan Puan laburkan tadi.

Masuk saja bulan ke 43 Tuan Puan hanya kutip keuntungan bulanan sahaja ataupun keuntungan bersih tahunan sebanyak RM5080 setahun ataupun RM423.33 sebulan. Bulan ke 43 dapat kutip untung bersih pelaburan dan yang terlebih penting rumah itu akan menjadi milik Tuan Puan sepenuhnya selagi Tuan Puan tidak menjualkannya (juallah kalau return nya lagi tinggi dan jika penjuallan itu memberikan ROI yang lebih tinggi untuk pelaburan lain)

Apa yang ingin saya tegaskan adalah AMBIL KIRALAH SEMUA FAKTOR DALAM MENENTUKAN NILAI ROI/pulangan pelaburan Tuan Puan tadi. Jangan nanti orang lain melabur buat duit (sebab semua faktor telah diambil kira), tapi kita melabur buang duit sebab ada faktor-faktor besar/faktor-faktor lain yang tidak di ambil kira). Moga ada manfaatnya dan sampai jumpa lagi

ps: Apabila title/geran dikeluarkan kita juga perlu membayar dengan sejumlah wang kepada lawyer . Saya tidak masukkan dalam pengiraan ini. Tambahkan dalam modal asal yang dikeluarkan yang akan merendahkan lagi nilai ROI nya :)

pps: ROI ini hanyalah untuk rental, belum lagi di kira jika Tuan Puan refinance/jual

Read more...

Ikan, Ayam dan Gas

Friday, October 30, 2009

Salam, sesiapa yang tinggal di kawasan sekitar Badar Baru Bangi (BBB), Kajang dan Putrajaya saya begitu pasti Tuan Puan selalu bertandang ke pasar malam Fasa 2 bersebelahan Shell, Pejabat Pos dan Maybank BBB. Seberang jalan kawasan pasar malam ini adalah Fasa 1 yang menempatkan Petronas Unikeb dan juga Pasar Basah BBB

Esok Sabtu dan lusa Ahad, dan biasanya hujung minggu begini Pasar Basah BBB akan penuh dikunjungi warga BBB dan penduduk sekitar. Apa yang ingin saya kongsikan adalah nombor-nombor telefon penjual ikan dan ayam di pasar basah tersebut yang mana Tuan Puan boleh hubungi untuk order ayam dan ikan yang siap dipotong/disiang :) seperti di bawah:

1. 012-6755 489: Encik Fauzi, penjual ayam, kedai bahagian depan pasar basah sebelah kiri pintu masuk
2. 017-3611 410: Encik Fauzi, penjual ikan, kedainya sebelah kedai kelapa parut

Manakala untuk membeli gas dan ayam organik pula bolehlah hubungi nombor ini.

3. Encik Muslim: 013-6338 156 lokasi Taman Universiti Jalan Pintar. Jadi penduduk-penduduk di sekitar Taman Universiti Jalan Pintar dan Jalan Cerdik, Taman Tropika dan Taman Vista Emas bolehlah hubungi En Muslim jika kehabisan bekalan gas dan ayam organik. InshaAllah gas akan sampai ke depan rumah Tuan Puan :)

Kalau ayam, ikan, daging dan sayur pun boleh buat servis yang call je terus sampai depan rumah, saya pun ingin menggunakan khidmat itu :) (setakat ini saya belum menjumpainya) Idea bisnes yang bagus ni :)

Biasalah kawan, sampai satu tahap dalam kehidupan, kita perlu sentiasa bergerak pantas untuk mencapai cita-cita dan impian. Jadi kerja-kerja yang boleh dipercepatkan dan dipermudahkan.......sama-samalah kita mempercepatkan dan sama-samalah kita mempermudahkannya. Agih-agihkanlah kerja mengikut bidang kepakaran dan perkhidmatan masing-masing :)

p/s: Nak menunggu orang siang ikan lamanya. Penyelesaiannya, call/sms/order lah dulu sebelum datang

Read more...

Jagalah Ibumu

Thursday, October 29, 2009

Salam, saya memasukkan entri ini kerana melihat kekalutan di luar sana bila mana ada insan-insan yang sanggup mengabaikan ibunya sendiri. Ingat sajalah kawan kita juga akan meniti usia tua, kita juga akan menghampiri dan melewati usia emas dan juga akan menjadi lemah dan tidak bermaya.

Jadi usahlah kita mengharap anak-anak kita menghargai diri kita jika sekarang kita tidak menghargai ibu dan bapa kita. Usahlah kita mengharap anak-anak kita menghormati kita jika sekarang kita tidak menghormati ibu dan bapa kita. Usahlah kita harap bakti anak-anak kita jika sekarang kita tidak berbakti kepada kedua ibu bapa kita. Usahlah kita mengharap doa-doa mereka jika sekarang kita tidak mendoakan ibu bapa kita. Usahlah kita mengharap mereka menziarahi kubur kita, jika sekarang kita tidak menziarahi kubur arwah ibu bapa kita. Usahlah kita sesalkan jika kita tidak sempat berbakti kepada kedua ibu bapa kita, tetapi sesalkanlah mengapa SEKARANG kita tidak berbakti kepada mereka.

Ya kawan.........usahlah mengharapkan orang lain hatta anak sendiri jika kita sendiri tidak boleh menjadi anak yang boleh di harap. Adakah pemberian bulanan kita sebanyak RM200/RM300/RM500/RM1000 cukup untuk membayar pengorbanan ibu kita melahirkan kita? Adakah duit kita itu cukup untuk membayar hatta setitik susu yang ibu kita berikan, membayar penah lelah dan pengorbanan ibu kita membesarkan kita, tidak tidur malam ibu kita kerana menjaga kita ketika sakit dan demam?

Hargailah mereka ketika mereka masih hidup ini, dan jika pun mereka telah meninggal dunia teruskanlah berbakti kepada mereka dengan menghadiahkan amal-amal jariah dan doa-doa yang berterusan. Moga-moga kita menjadi anak yang tahu menghargai, dan moga-moga anak-anak kita juga akan mengikut jejak langkah yang telah kita tinggalkan ini.

Pintaku jika ada insan-insan yang bertengkar dengan ibu bapa, yang tidak bertegur sapa dengan ibu bapa, yang tidak mahu menjaga ibu bapa, yang jarang-jarang bertanya khabar ibu bapa, cepat-cepatlah eratkan kembali silaturrahim, cepat-cepatlah berbakti kepada ibu bapa kita ketika kita masih diberikan PELUANG olehNYA.

Kita tidak akan sesekali menang jika bertengkar dengan mereka. Mereka tidak akan sesekali berubah menjadi orang lain kalaupun kita membuang mereka. Mereka tetap ibu dan bapa kita. Tiada mereka tiadalah kita di sini (dengan izinNYA). Tiada mereka, tiadalah kita di dunia ini. Tiada mereka, tidaklah kita menjadi seperti diri kita sekarang. Redha Allah terletak pada redha ibumu (lelaki) dan rehda suamimu (perempuan)

Sesal sesaat terhadap benda yang telah berlaku tiada gunanya. Gunakanlah masa-masa sekarang dan masa-masa akan datang sebaiknya.

p/s: InshaAllah antara entri akan menyusul adalah 'ROI', 'dont regret and there is no turning back' dan 'ilmu vs harta'

Read more...

Alam Sari dan Vista Emas

Wednesday, October 28, 2009

Salam, petang tadi saya bawa isteri ronda-ronda di kejiranan baru taman perumahan kami iaitu Alam Sari dan juga Vista Emas. Meronda sambil melihat perkembangan perumahan kejiranan, sambil melihat iklan-iklan rumah untuk di sewa dan untuk di jual :)

Sebenarnya saya mendapat sms daripada seorang sahabat yang ingin menyewa rumah yang baru kami beli di Taman Universiti ini (deal belum pun lengkap sepenuhnya sudah ada penyewa berpotensi menanyakannya :) ) Kadar sewa yang ditawarkannya adalah sekitar RM2000 untuk dijadikan nursery. ROI nya hanyalah sekecil 12.5% setahun. Kecilnya :). (Macam mana cara kira ROI nanti saya masukkan dalam entri berikutnya)

ROI 12.5% setahun adalah agak rendah untuk sesuatu pelaburan tetapi masih lagi mendatangkan hasil, dan yang lebih pentingnya jika tenancy aggrement dibuat dengan baik, dimatikan setem dan penyata bank dapat membuktikan bahawa rumah pelaburan kita tadi memberikan pendapatan tambahan, maka pinjaman-pinjaman perumahan seterusnya untuk membeli rumah pelaburan lain masih dapat dilakukan dengan mudah. Cumanya, pastikan kita mempunyai back up kewangan yang cukup untuk menampung worse case scenario sekiranya:

1. BLR/BFR tiba-tiba dinaikkan daripada 5.55% sekarang kepada sesuatu angka yang mungkin menggerunkan :)

2. Rumah-rumah pelaburan kita tadi kosong dan tidak mempunyai penyewa dalam tempoh tertentu

Worse case scenario amat perlu dititikberatkan ketika melabur. Jangan nanti orang lain melabur buat duit, kita melabur buang duit :). Ambil kiralah semua faktor sebelum melabur kerana melabur itu tidaklah berisiko tetapi berada di luar kawalan itu yang berisiko. Melabur tidaklah berisiko, tetapi melabur secara membuta tuli, tanpa membuat perancangan dan homework itu yang berisiko. Selamat menjadi pelabur berhemah dan selamat menjadi pelabur pintar untuk semua

Read more...

Memberi dan Merasa

Salam

Matematik
1-1 = 0

RD
1-1 = 3 kali pusingan dengan balingan 2 dadu yang akan menyebabkan dapat gaji (saving)dengan lebih cepat

Islam
1-1 = 10 hingga 70 hingga infiniti

Tuan Puan faham tak apa yang saya cuba bandingkan di atas? Konsep matematik, konsep game RD CF101 dan konsep Islam

1. Konsep Matematik, jika kita bagi 1, kita akan hilang 1
2. Konsep RD, jika kita bagi 1 charity (10% daripada gaji), kita akan hilang 10% daripada saving tetapi kita akan dapat 3 kali pusingan dengan balingan 2 DADU yang akan menyebabkan kita dapat gaji (saving) dengan dengan lebih kerap
3. Konsep Islam pula adalah, kita bagi satu, kita akan dapat 10 balasan sehingga 70 sehingga ke infiniti :)

Jadi kesimpulannya, sama-samalah kita memberi dan sama-samalah kita merasa. Orang memberi kita merasa dan kita memberi orang merasa. Cuma pinta saya, BERI DAN LUPAKANLAH IA. Janganlah diungkit-ungkitkan pemberian kita itu, kerana ianya hanya akan ‘merosakkan’ pemberian kita tadi.

Ingat sajalah 1 neraka disediakan khas kepada orang yang solat tetapi lalai dalam solatnya. Jika orang yang solat pun disediakan neraka; apatah lagi orang yang tidak solat.

Apa yang ingin saya tegaskan adalah, jika solat pun ADA YANG TIDAK DI TERIMA sehingga disediakan 1 neraka khas untuknya; maka apakah agaknya nilai pemberian kita tadi di sisiNYA? (lebih-lebih lagi jika kita bertujuan untuk berbangga diri dan menunjuk-nunjuk)

Itu saja perkongsian saya hari ini. Moga ada manfaatnya dan sampai jumpa lagi, inshaAllah

Read more...

1 big deal to fast track?

Monday, October 26, 2009

Salam, alangkah indahnya kehidupan bila dapat 1st big deal dengan ROI 82% dan mempunyai cash in hand yang mencukupi dan terus melompat ke fast track. Sebelum itu kira-kira 5 kali small deal dan 2 market; sell share and sell 3BR/2B.....

Agak lama saya tidak bermain game ini. Paling akhir adalah cuti hari raya lepas, main bersama anak-anak buah di kg. Lepas balik ke Bangi, dengan ketiadaan maid seketika, banyak jadual yang dirancangkan tergendala. Malam ini sempat layan 1 round e-game (spt diatas) :)

InshaAllah bila jadual semakin lapang, saya akan memasukkan jemputan untuk sama-sama kita bermain dan berkongsi ilmu.......Banyak kepala, banyak yang boleh dibelajar dan banyak juga yang boleh dipelajari.....

Selamat belajar untuk semua yang sentiasa belajar, selamat menulis untuk para penulis, selamat melabur untuk para pelabur, selamat menguruskan wang dengan betul untuk semua dan selamat menguruskan masa dengan sebaik-baiknya untuk semua lebih-lebih lagi untuk multitasker

Read more...

Mengapa di tangguh Bahagia?

Sunday, October 25, 2009

Salam,

S: Tuan, perlukah saya berbahagia dengan kehidupan saya sekarang. Gaji saya hanyalah RM800, anak 2, pergi kerja naik motosikal sahaja, rumah pun masih menyewa.

J: :) Ya berbahagialah dengan kehidupan Tuan itu. Mengapa perlu ditangguhkan bahagia, kerana belum tentu kita boleh hidup selepas daripada saat ini. Itulah rezeki Tuan yang telah ditetapkan olehNYA, sekarang. Itulah hasil kerja yang Tuan dapat daripada usaha Tuan selama ini.

Berapa ramai lagi insan lain yang tidak mempunyai kerja, tidak mempunyai motosikal, hatta tidak mempunyai kaki sekalipun utuk berjalan, TETAPI adakah Tuan tahu/yakin bahawa esok rezeki Tuan juga akan sebanyak RM800? Mungkin jumlahnya akan meningkat menjadi RM8000 ataupun RM80 000 ataupun menurun jadi RM0

S: Macammana boleh jadi begitu Tuan?
J: Saat-saat yang telah berlalu tidak akan berulang kembali. Saat-saat yang akan datang adalah tidak pasti dan tidak ketahuan. Jadi usahakanlah sekuat mungkin untuk mengubah kehidupan Tuan itu kearah kebaikan dan kearah kecemerlangan.

S: Tuan bercakap senanglah, Tuan belajar tinggi, kerja senang, pangkat besar, mungkin telah menghampiri keluar daripada zon rate race?
J: Kawan........berkali-kali telah saya katakan TIADA SESUATU YANG SENANG DALAM HIDUP INI http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/10/kenapa-perlu-kuat-berkerja-sehingga.html. Jika ada, percayalah itu suatu tipu muslihat yang nyata, yang akan lebih memporak perandakan kehidupan Tuan. Tiada perkara yang senang dalam hidup ini dan TIADA JUGA SESUATU YANG MUSTAHIL DALAM HIDUP INI. Apa yang pasti kuatkan usaha, perbanyakkan doa dan selebihnya tawakkal lah kepadaNYA.

Moga kehidupan Tuan dan kehidupan kita semua lebih baik daripada semalam. Usahlah ditangguhkan bahagia, kerana belum tentu esok milik kita.

Read more...

Waja vs Mercz

Friday, October 23, 2009

Salam, satu lagi artikel selepas isya' dan sebelum saya dijemput pulang sementara olehNYA........Minggu lepas saya menjumpai sebuah kereta yang saya lihat kali pertama adalah waja........bila saya lihat kali kedua, rupanya bertukar menjadi Mercedez Benz dan sah ada logo Mercedez Benz pada keretanya.................Kali ketiga saya lihat (bila saya semakin hampir dengan kereta itu) sah kereta ini adalah Waja yang diubahsuai menyerupai Mercedez Benz....

Dunia, dunia......Kawan jika anda inginkan kebahagiaan....kebahagiaan itu ada dalam diri Tuan Puan semua. Usahlah menangguh-nagguhkan kebahagiaan. Jika anda mampu beli Waja, maka terimalah Waja seadanya. Usahlah merendah-rendahkan martabat kereta anda itu (dan juga martabat anda sendiri sebenarnya) dengan meletakkan hanya simbolnya sahaja pada kereta anda itu.........terimalah diri anda dan kereta anda itu seadanya buat masa ini. Buat masa depan usahalah sekuat mungkin agar anda juga boleh memandu dan memiliki kereta Mercedez Benz dan bukan hanya memiliki logonya sahaja

Bila kita mula menerima diri kita seadanya, bila kita mula merasa tanggungjawab terhadap apa saja yang kita lakukan, inshaAllah kita akan terus meningkat maju kedepan....

Jadi usahlah ditangguh-tangguhkan kebahagian, kerana kebahagiaan itu sebenarnya ada dalam diri kita sendiri.......Carilah ia.......dan untuk masa depan usahalah sekuat mungkin agar hari ini lebih baik daripada semalam dan agar semua impian dan cita-cita kita diperolehi dan dikabulkanNYA inshaAllah

Read more...

Banyaknya Duit Perompak?

Salam kawan, cuba layan gambar di atas tu, banyak betul saya dapat duit. Semalam/khamis ada 2, rabu 2 & selasa 3…..


Sebenarnya saya tgh mengurangkan beban load email saya…..Email2 kekayaan ini saya dah divert ke spam, tapi bila nak clear/empty kena tengok juga spamnya kot2 ada email kawan-kawan yang ter divert / termasuk ke dlm spam……

Biasalah kawan……..Terlalu ramai orang dalam dunia ini yang mencari kekayaan dengan cara yang mudah dan senang.......…Delate je lah…usahlah membuang masa2 berharga kita ini dengan melayan benda-yang tidak berfaedah ini……..kerna KU SEKALI-KALI (dulu, kini dan inshaAllah selama-lamanya) TIDAK MEMPERCAYAI SESUATU YANG MUDAH DAN SENANG…….

Harapnya email saya xde masalah loading lagi selepas ini inshaAllah

Read more...

Usahlah Mencuba

Salam

S: Soalan
J: Jawapan

S: Salam Tuan, cubalah rokok ini. Ianya bagus untuk ketenangan dan kesihatan Tuan
J: :) Betulkah begitu, tapi setahu saya merokok itu merbahayakan kesihatan, lagipun fatwa menyatakannya haram

S: Sapa yang kata begitu? Ianya menenangkan fikiran saya dan membuatkan diri saya lebih cergas
J: Buktikan?

S: Tidak perlulah saya membuktikannya. TUAN CUBALAH DAN RASAILAH SENDIRI kelebihan itu
J: Haha :)

Sambungannya pun...Tuan Puan sambunglah sendiri jugak yee........

Adakah Tuan Puan faham apa yang ingin saya sampaikan???? :) Xfaham yeee..........Saya simpulkan seperti di bawah:

1. Jika Tuan Puan tahu sesuatu perkara/perniagaan/pelaburan itu tidak bagus untuk kesihatan kewangan Tuan, maka usahlah mencuba-cuba

2. Jika sesorang datang kepada Tuan Puan dan menggunakan ayat 'CUBALAH DULU, cubalah dulu, nanti Tuan akan tahu/dapat hasilnya'. Larilah juga sejauh-jauhnya dan rujuklah juga artikel ini untuk tindakan selanjutnya http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/10/melaburlah-dengan-saya.html

3. Jika Tuan Puan telah terbelit/tidak mampu keluar daripada belitan itu, usahlah membelit orang lain lagi. Usahakanlah agar Tuan Puan dapat keluar daripada belitan itu, dan peringatkanlah tentang bahaya belitan itu kepada orang ramai

4. Jika Tuan Puan tidak mampu untuk berbuat kebaikan, usahlah Tuan Puan menambahkan beban dengan berbuat kejahatan

5. Jika Tuan Puan tidak mampu mempengaruhi orang lain untuk berbuat kebaikan, usahlah Tuan Puan mempengaruhi orang lain untuk berbuat kejahatan

Ingat sajalah kawan. Setiap amal perbuatan kita akan dihitung olehNYA. Setiap amal perbuatan kita akan menerima sahamnya di sana kelak. Penat lelah kita di sini semuanya akan hilang, tetapi saham (pahala/dosa) amalan kita itu akan kekal selamanya di sana

Soalan: Macam mana utk menentukan perbuatan kita itu memberikan dosa ataupun pahala
Jawapan: Belajar dan cari sajalah kawan, jangan terkhilaf yang mana satu pahala yang mana satu dosa.............kerana pahala dan dosa itu bukan boleh dibuat-buat mengikut persangkaan kita/makhluk

Jadi pastikanlah kita semua berbuat sesuatu di dunia ini yang juga akan memberikan keuntungan dan kebahagiaan di akhirat kelak

Jika kita ingin kaya, tidak mengapa.....usahakanlah agar diri kita semua kaya....tapi pastikanlah kekayaan kita itu memberikan kita kebahagiaan dunia dan juga memberikan kebahagaiaan di akhirat..........

p/s: 1. Saya MC hari ini. Sedikit kurang cergas fizikal ku.....namun alhamdulillah 'aku yang bukan fizikal begitu sihat dan segar bugar'.......Aku yang fizikal akan kembali kepada tempat asalnya, namun aku yang bukan fizikal akan kekal selama-salamnya

2. Jadi sama-samalah kita menjaga fizikal kita yang sementara ini (yang ada awal dan ada akhirnya) & menjaga juga diri kita yang bukan fizikal itu (yang ada awal dan tiada akhirnya). Siapakah 'aku yang bukan fizikal itu'.......Saya tinggalkan sebagai homework pertama

3. Jangan risau kawan. Saya telahpun pergi ke klinik, berjumpa Dr dan makan ubat.....
Soalan: Adakah Tuan bergantung pada Dr, klinik dan ubat?
Jawapan: :) Saya tinggalkan soalan ini sebagai assingment kedua. Submit minggu depan (key wordnya rujuk sajalah artikel-artikel saya sebelum ini)

Read more...

Melaburlah Dengan Saya

Thursday, October 22, 2009

Salam

S: Soalan
J: Jawapan
(jawapan sebenar)

S: Tuan melaburlah/berniagalah dengan saya. Pulangannya adalah 30% setahun (saya akan dapat komisen 20%)
J: Betulkah begitu?

S: Betul Tuan. Inilah pelaburan terbaik di pasaran sekarang (kerana bila Tuan melabur je saya akan dapat komisen 20%)
J: Hmmmm...Agak menarik....Tapi saya rasa ada lagi pelaburan lain yang lebih baik dari ini

S: Memang menarik Tuan (kerana saya akan dapat kosimen 20%)..........Setakat hari ini inilah pelaburan yg terbaik di pasaran
J: Saya pun berfikiran seperti Tuan.......tapi kita kan negara demokrasi. Memilih pemimpin pun kita diberi kebebasan, inikan pula untuk melabur dan berniaga

S: Memang betul Tuan. Memilih pemimpin kita bebas, untuk melabur pun kita bebas.....tapi pelaburan inilah yang terbaik buat masa ini (kerana bila Tuan melabur je saya akan dapat komisen 20%)

sambungannya Tuan Puan sambunglah sendiri yee.........Kadang-kadang saya pun tak sampai hati nak bersembang lama-lama dengan insan-insan sebegini. Jawapan yang diberikan semuanya tetap sama 'pelaburan/perniagaan inilah yang terhebat dan terbaik (kerana saya akan dapat komisen daripadanya bila Tuan Puan masuk/melabur)'

Satu tips dari saya....Jika Tuan Puan ingin melabur ataupun berniaga, dan jika ada sesiapa pun datang kepada Tuan Puan dan menyatakan pelaburan/perniagaan mereka adalah yang terbaik dan terhebat...........Tuan Puan larilah sejauh-jauh nya (kemudian kalau nak gelak pun , gelaklah sepuas-puas hati Tuan Puan di tempat yang tidak kedengaran oleh orang tadi (kalau dia dengar kot terasa hati pula))

Pelaburan dan perniagaan mesti disertakan dengan KEBEBASAN. Jika Tuan Puan tidak bebas melabur, tidak bebas berniaga, tidak bebas membuat keputusan, tidak bebas MEMILIH, percayalah itulah tanda-tanda Tuan Puan akan kehilangan wang di suatu lubuk yang amat dalam.

Read more...

1218 vs 1215

Salam, sedikit makluman kepada semua; jika Tuan Puan berurusan dengan CIMB, no akaun yang bermula dengan 1218 adalah no akaun CIMB konventional dan no akaun yang bermula dengan huruf 1215 adalah no akaun CIMB Islamic

Lagi 1 indicator adalah warna; konventional warna merah dan Islamic warna hijau. Harap membantu dan menambahkan maklumat kepada semua

Read more...

Maid

Sunday, October 18, 2009

Salam

1st maid

{6000 + [ 450 x (24-3) ] + 700 } / 24 = 16150/24 = RM673 average/month

Rujuk http://newmaids.com/

2nd maid

{6000 + [ 500 x (24-3) ] + 700 } / 24 = 17200/24 = RM717 average/month

Rujuk/call 013-3760781 Puan Zura zurazain2005@yahoo.com (maaf tiada website)

Alhamdulillah akhirnya maid kedua kami berjaya diperolehi. Maid pertama dulu average nya adalah RM673/month dan maid kedua ini average nya adalah RM717/month. Harapnya maid kali kedua ini boleh melepasi perkhidmatan maid pertama dulu yang hanya berkhidmat selama 23 bulan (balik Raya di Indonesia tetapi tidak muncul kembali)

Harapnya juga moga kerja-kerjaku dan kerja-kerja kami sekeluarga dapat diselesaikan dengan lebih jayanya dengan pelaburan terbaru yang kami lakukan ini.........inshaAllah

Detail:
6000 = bayaran proses
450 @ 500 = gaji bulanan maid
24-3 = 2 tahun @ 24 bulan tolak 3 bulan gaji waive/tidak di bayar (kerana gaji tiga bulan pertama telah ditolak daripada bayaran proses)
700 = bayaran perbaharui permit & fomema (medical check up) untuk tahun kedua
24 = 24 bulan @ 2 tahun kontrak perjanjian pekerjaan (majikan-pekerja/maid)
warranty = 3 bulan berkerja (dalam tempoh 3 bulan jika mutu kerja maid tidak memuaskan, boleh minta ganti dengan maid baru-secara teorinya lah.......Secara praktikalnya melanggut la nak tunggu maid baru. Jadi pilihlah maid yang betul2 Tuan rasakan berkualiti, kemudian TAWAKKALTUALALLAH

Read more...

RHB Islamic, best package in town?

Friday, October 16, 2009

Salam,

RHB Islamic package (Property RM200k and above)

With FMC:
- First 2 years = Fixed 3.25 %
- Thereafter = BFR-2.1 %

NFMC
- First 2 years = Fixed 2.95%
- Thereafter = BFR-2.3 %
- MOF = 90 %
- Ceiling rate = 10.25 %

CIMB Islamic home flexi package (Property RM150k and above)

With FMC
- Whole tenure = BFR-2.05%
- Homeflexi package

NFMC
- Whole tenure = BFR-2.15%
- Homeflexi package
- MOF = 90 %
- Ceiling rate = 10.75 %


Which one is the best package my friend? Which one is suit for your need……….For me, the answer is BOTH

CIMB homeflexi bagus untuk tools pelaburan dan RHB Islamic bagus untuk lowest rate in town now…

Sapa-sapa yang ada info tambahan tentang lowest Islamic financing in town currently bolehlah kongsi-kongsikan di sini yee…..

RHB Islamic sapa-sapa yang berminat bolehlah hubungi Puan Anita Alias di talian 03-2171 5149 ataupun 017-6909356, email anita_alias@rhbislamicbank.com.my

CIMB Islamic pula bolehlah berhubung dengan Mr Jack Low di talian 03-9132 7402 atau 012-2529137

Saya hanya recommend banker-banker yang berkualiti sahaja yang saya temui setakat ini. Mungkin Tuan Puan juga boleh kongsikan banker-banker yang Tuan Puan rasakan berkualiti untuk berurusan terutamanya dalam Islamic financing.

p/s: Alhamdulillah dan InshaAllah kami sedang dan akan menggunakan kedua-dua pakej ini. Mengapa perlu pilih kalau kedua-duanya/semuanya bagus dan bermanfaat :). Rujuk http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/08/mengapa-perlu-pilih.html dan http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/10/islamic-flexi-home-loan.html

Read more...

PhD dan CIFP

Wednesday, October 14, 2009

Salam, saya ingin berkongsi 2 maklumat dengan pengunjung semua

1. MARA telah membuka semula permohonan pangajian postgraduate untuk local sahaja. Jadi sesiapa yang ingin menyambung pengajian Master atau PhD cepat-cepatlah hantar permohonan Tuan Puan kepada MARA. Maklumat lanjut sila hubungi pegawai tindikan MARA Puan Junaidah di talian 03-2690 3629 (Dah ada 9 permohonan local yang dah keluar dan approved)

2. Sesiapa yang merancang untuk mengambil CIFP, Tuan Puan bolehlah melawat ke website ini http://www.inceif.org/ Elaun pengajian sebanyak RM2200 akan diberikan kepada sesiapa yang layak selama 1 tahun pengajian secara full time sahaja (Sekiranya Ijazah anda bukan secara English IELTS band 6 diperlukan sebagai syarat pengajian). Pengajian secara part time/online juga akan diberikan scholarship tetapi untuk yuran sahaja (tak perlu bayar yuran tetapi tiada elaun). Jadi jika Tuan Puan adalah lepasan Ijazah dan masih mencari-cari peluang kerjaya, mungkin kerjaya CIFP adalah satu pilihan yang ideal untuk Tuan Puan

Saya??????? :) Nak tahu ke???

1. To be frank, sekarang saya sedang berurusan dengan University of Stratchlyde, Glasgow untuk permohonan scholarship di sana

2. Saya juga sedang berurusan dengan pihak UM. InshaAllah kalau UK ada masalah saya akan proceed PhD di UM untuk kemasukkan Dec 09 ataupun July 10

3. CIFP/CFP/ChFC :) Ada dalam perancangan. Yang ni kita cerita lain kali yee........... Tengok kemampuan diriku nanti. Terlalu banyak yang ingin kulakukan dalam kehidupan ini, tetapi kemampuan kita kadang-kadang terhad. Jadi buatlah sesuatu secara berkeutamaan. Buat yang utama dahulu, yang kemudian kita kemudiankan.....

Adakah saya semakin menemui hikmah yang banyak apabila MARA membekukan penajaan pengajian postgrade nya ke overseas????????? YA saya semakin banyak menemui hikmah-hikmah itu.

Harap Tuan Puan juga semakin menemui hikmah yang banyak disebalik setiap peristiwa dan kejadian yang berlaku dalam kehidupan Tuan Puan. Bersangka baiklah denganNYA dan bersangka baiklah dengan setiap kejadianNYA

Read more...

Kuliah 'Kecelakaan Riba' (malam ini)

Tuesday, October 13, 2009

Salam, mohon maaf kerana lambat memasukkan maklumat ini.

Sedikit maklumat kepada sesiapa yang ingin mendengar kuliah/tazkirah daripada Ustaz Hafiz Fauzi (Ketua Jabatan Syariah, Bank Mualamat) berkenaan Kewangan Islam ataupun spesifiknya adalah Kecelakaan Riba, Tuan Puan semua dijemput menghadirkan diri dan mengimarahkan program ceramah ini di Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi, selepas Magrib hari ini (Selasa: 13.10.2009).

Harap maklum dan lagi sekali mohon maaf kerana terlambat memasukkan informasi berguna ini.

Read more...

Prinsip, Keutamaan dan Amal

Sunday, October 11, 2009

Salam, ada 3 perkara yang ingin saya kongsikan yang inshaAllah akan memberikan kita kebahagiaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat:

1. Prinsip: Hidup ini perlu berprinsip. Setiap amal perbuatan yang kita lakukan mesti bersebab. Ciptakan sebab dan carikan alasan bagi setiap perlakuan kita. Jangan perbuat sesuatu tanpa sesuatu alasan dan sebab yang kukuh dan munasabah.

Prinsip-prinsip kehidupan dan alasan selalunya berlandaskan kepada
(a) Agama
(b) Budaya
(c) Bangsa
(d) Negara
(e) Taraf sosial
(f) Taraf ekonomi
dan sebagainya

2. Keutamaan: Hidup kita terlalu banyak matlamat dan cita-cita yang ingin kita capai. Ambillah semuanya, tidak mengapa. Kalaupun semua orang di dunia ini kaya dan jutawan, ia sedikit pun tidak menjejaskan khazanah Allah.

Namun, apakah keutamaan kita dalam mencapai impian tersebut? Buat sesuatu biar berkeutamaan.

Sebagai pelajar, dapatkanlah Sijil, ataupun Diploma ataupun Ijazah anda dahulu sekurang-kurangnya. Ianya penting bukan saja untuk kehidupan anda, tetapi juga untuk ibu bapa anda yang begitu mengharapkan anda, adik beradik, sanak saudara dan negara juga memerlukan insan-insan yang terpelajar seperti anda.

Namun jika anda sanggup menghadapi ujian dan cabaran di sini tanpa Sijil, Diploma atapun Ijazah.........buat sajalah kawan dan usahlah menyesal di kemudian hari dan bertanggungjawablah atas semua keputusan dan tindakan anda itu.

3. Dan yang ketiga adalah AMAL: Beramallah dengan setiap ILMU BERMANFAAT yang anda perolehi, beramallah dengan setiap ILMU BERMANFAAT yang anda perolehi, dan beramallah dengan setiap ILMU BERMANFAAT yang anda perolehi.

Telalu banyak maklumat yang boleh anda perolehi dan terlalu banyak ilmu yang boleh anda perolehi dengan mudah. Tugas penting anda adalah untuk memilih dan menentukan yang mana satukah antaranya adalah ILMU-ILMU YANG BERMANFAAT ataupun ilmu-ilmu mudharat, ataupun sekadar maklumat yang bersifat hiburan dan penyedap halwa telinga sahaja.

InshaAllah, jika anda beramal dengan setiap ilmu-ilmu bermanfaat yang anda perolehi, anda akan mendapat banyak ilmu baru tanpa anda sedari. Amalkanlah lagi ilmu-ilmu ini dan ulang sajalah langkah di atas sampai anda dapat apa yang anda inginkan.

Selamat BERPRINSIP, selamat BERKEUTAMAAN, dan selamat BERAMAL. Moga kita semua sentiasa beroleh kemenangan, kebahagian dan kejayaan dunia dan akhirat, inshaAllah.

Read more...

HomeFlexi vs HomeFlexi

Saturday, October 10, 2009

Salam, jika anda ada dua ataupun lebih hartanah dan kedua-duanya (ataupun kesemuanya) anda ingin menggunakan pakej Islamic Home Flexi Loan, anda perlu:

1. Ada 2 ataupun lebih CA (1 CA hanya boleh digunakan untuk 1 homeflexi)

Contoh, katakanlah:
1. Rumah pertama anda adalah atas nama anda dan isteri. Pinjaman sebanyak RM400 000. Rate IBR-2.2%
2. Rumah kedua anda adalah atas nama anda sahaja. Pinjaman sebanyak RM100 000. Rate IBR-1.6% dan
3. Rumah ketiga anda adalah atas nama isteri sahaja. Pinjaman sebanyak RM 100 000. Rate IBR-1.6%.

Penyelesaiannya.
1. Homeflexi/CA yang pertama adalah atas nama anda dan isteri. Anda dan isteri dua-dua mempunyai kuasa untuk menandatangani cek dan mengeluarkan duit daripada kaunter (ATM sapa-sapa pun boleh keluarkan duit jika tahu no pin nya)

2. Homeflexi/CA kedua adalah atas nama anda sahaja. Jadi hanya anda yang boleh mengeluarkan cek dan mengeluarkan duit daripada kaunter.

3. Rumah ke tiga pun sama. Hanya isteri anda sahaja yang mempunyai kuasa itu.

Pendapat peribadi saya, agak kurang bagus jika semua kita ingin menggunakan pakej yang sama. Risiko perlu diagihkan dan perlu diminimumkan. Jika IBR/BLR naik, tempoh pembayaran boleh dipanjangkan (bergantung kepada arahan daripada bank negara) tetapi berapa lama mahu panjang tu? :)

(Maaf nantikan sambungan dan huraiannya seterusnya inshaAllah) Ada hal sikit. Salam

Read more...

Mengapa Perlu RM20 000?

Friday, October 09, 2009

Salam, mengapa perlu memulakan sesuatu perniagaan dengan menggunakan modal yang besar? Mengapa perlu memulakan perniagaan A dengan modal sebanyak RM20 000? Mengapa perlu memulakan perniagaan B dengan modal sebanyak RM30 000? Mengapa perlu memulakan perniagaan C dengan modal sebanyak RM40 000?

Tidak bolehkah perniagaan itu dijalankan secara kecil-kecilan? Tidak bolehkah hati-hati insan ini di ajar dengan sistem perniagaan yang berperingkat-peringkat? Tidak bolehkah hati-hati insan ini di didik dengan perniagaan yang lebih telus dan tidak rakus?

Mengapa agen-agen dan penjual-penjual ini diberikan semua barang yang kadang-kadang tidak diperlukan dan susah untuk di jual? Tidak bolehkah kita sebagai pengguna memilih barang-barang yang berkualiti dan hanya diperlukan sahaja untuk dijual? Mengapa barang-barang yang susah untuk dijual juga diberikan kepada kita?

Jawapannya adalah, itulah STRATEGI PERNIAGAAN. Pemilik-pemilik perniagaan ini ingin cepat untung. Semuanya inginkan kejayaan dan kekayaan dengan cara yang mudah dan cepat. Caranya, carilah individu-individu yang berduit untuk menjadi agen mereka, ataupun lebih tepatnya pembeli kepada barangan keluaran mereka.

Belilah sedozen ataupun lebih. Belilah sebanyak mungkin barangan yang tidak anda perlukan. Kalaupun tidak berduit akan dicadangkan juga agar mencari duit secara paksa, melalui pinjaman-pinjaman peribadi. Lagi banyak anda beli, lagi cepat untung pemilik perniagaan ini.

Aduh kawan. Tidakkah anda nampak siapakah yang mencipta sistem perniagaan ini? Siapakah pemilik kepada sistem perniagaan ini? Siapakah yang mendapat begitu banyak laba daripada sistem yang diciptakan ini?

Tiada salahnya berniaga. Tiada salahnya berjual beli. Cuma salahnya adalah sistem. Sistem yang mengajar insan berniaga dengan menggunakan modal yang begitu besar. Sistem yang memaksa agen membeli banyak barang yang kadang-kadang tidak diperlukan. Sistem yang diciptakan oleh pemilik-pemilik perniagaan yang ingin membuatkan diri mereka cepat untung dan cepat kaya.

Sekadar renungan bersama untuk sama-sama kita fikirkan.

Read more...

Rempit

Salam, jika motosikal anda telah dikunci dan dirantai dengan elok, jika motosikal anda adalah motosikal lama dan buruk, jika motosikal anda telah ditempatkan ditempat-tempat yang terang dan tidak tersorok, tetapi masih juga hilang, BERSANGKA BAIK sajalah kawan.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNYA dan DIA tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

Mungkin DIA
1. Ingin membuang sifat pergantungan anda kepada motosikal itu
2. Ingin menghapuskan dosa-dosa lama anda dengan musibah itu
3. Ingin memberikan peringatan kepada anda agar usahlah lagi menghabiskan masa-masa berharga anda itu dengan mencantikkan motosikal dan merempit dengan motosikal itu, kerana hidup dunia ini amatlah singkat dan perjalanan ini amatlah jauh lagi untuk ditempuhi
4. Ingin menggantikan motosikal anda dengan kereta, agar anda berkerja lebih kuat dan tekun untuk mendapatkan kereta bagi kemudahan, keselesaan dan keselamatan anda dan keluarga inshaAllah

Apa yang pasti, apapun yang berlaku dalam hidup ini, ucapkanlah selalu ALHAMDULILLAH dan BERSANGKA BAIKLAH DENGAN SETIAP APA YANG BERLAKU. Buanglah persangkaan-persangkaan negatif dan perkataan-perkataan negatif dari kamus hidup anda. Kita perlu sentiasa bergerak pantas dan tangkas kearah kebaikan dan kearah kesejahteraan dunia dan akhirat.

Basahkanlah selalu bibir kita dengan ASTAGFIRULLAH HAL AZIM. Moga dosa-dosa semalam diampunkanNYA.

Read more...

Bertanggungjawablah

Thursday, October 08, 2009

Salam, jika kereta anda dilanggar dari belakang, siapakah yang akan anda persalahkan? Jika anak anda dipukul di sekolah, siapakah yang akan anda cari dan marah? Jika motosikal anda di curi, siapakah yang akan anda maki dan caci?

Sebelum kita memarahi orang lain, ingatlah orang lain juga boleh memarahi kita. Sebelum kita memaki orang lain, ingatlah orang lain juga boleh memaki kita. Jadi sampai bilakah kita ingin begini?

Kenapa kita bawa kereta perlahan sangat? Kenapa kita bawa kereta waktu jalan sesak? Kenapa kita tidak rancang perjalanan kita dengan betul? Kenapa kita tidak gunakan jalanraya sewaktu jalan lapang dan lengang?

Kenapa kita tidak didik anak kita sedari kecil agar anak kita pandai berkawan dan pandai bertolak ansur? Kenapa kita tidak hantar anak kita ke sekolah lain yang hanya terdiri daripada kanak-kanak yang baik dan tidak nakal? Kenapa kita tidak hantar anak kita ke sekolah lain yang mempunyai bilangan guru yang lebih ramai dan mampu mengawal semua muridnya?

Kenapa kita tidak kunci motosikal kita dengan betul? Kenapa kita membeli dan menggunakan motosikal yang baru dan cantik? Kenapa kita tinggalkan motosikal kita di tempat-tempat yang terlindung dan tersorok?

Hidup ini usahlah kita menyalahkan orang lain. Hidup ini usahlah kita menuding jari kepada orang lain. BERTANGGUNGJAWABLAH atas semua perkara yang berlaku terhadap diri kita, keluarga kita dan orang-orang di sekeliling kita.

Buatlah kerja-kerja dan tanggungjawab kita SEBAIKNYA. Selebihnya panjatkanlah doa kepadaNYA “Ya Allah, aku telah melakukan kerja-kerjaku dengan sebaik mungkin. Semampu kudrat dan akalku. Aku memohon kepadaMU ya Allah, janganlah Engkau uji aku dengan sesuatu ujian yang tidak sanggup aku hadapi. Janganlah Engkau uji aku dengan sesuatu ujian yang tidak sanggup aku hadapi. Janganlah Engkau uji aku dengan sesuatu ujian yang tidak sanggup aku hadapi. Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”

Read more...

Repetition

Salam, kali ini saya ingin berkongsi sedikit cara kehidupan kita yang berulang2/repetition yang banyak mempengaruhi cara pemikiran dan perjalanan hidup kita sama ada kita sedari ataupun tidak.

Kemudian, cuba kita bandingkan kegiatan berulang ini dengan kehidupan anak2 kecil dan anak2 remaja kita sekarang.

Kehidupan Anak-anak kecil kita sekarang/kita masa kecil dahulu
Perbuatan Berulang/Repetition: Akibat/Kesannya
1. Selalu bawa basikal: Pandai naik basikal
2. Tengok ultraman: Akan sedikit ganas dan suka pukul adik2
3. Tengok wonderpet: Akan ada sedikit sifat tolong menolong & menyanyi dengan girang
4. Tengok tom & jerry: Akan terbit sifat suka trick & kadang2 sedikit nakal
5. Selalu dimarahi ibu bapa: Akan menjadi sedikit pasif dan takut mencuba
6. Selalu di bawa ke surau: Akan suka berkawan, bergaul dengan kawan2 & org dewasa & kenal erti berjamaah & bermaaf2an/bersalam2an
7. Selalu diajar menderma: Akan bertanya ‘mengapa bagi duit kepada org lain/tabung’. Ajar sajalah
8. Selalu melihat ibu bapa bertengkar: Akan suka bertengkar dan kurang sabar

Kehidupan Pelajar/Kita masa kita belajar dulu
Perbuatan Berulang/Repetition:Akibat/Kesannya
1. Suka buat latihan Add Mate & Mode Mate: Dapat A1 Addmate & Mode Mate
2. Suka baca cerpen/novel/majalah. Suka buat karangan BM/BI: Dapat A1 BM/BI
3. Suka bercouple: Pelajaran entah ke mana, couple entah ke mana
4. Suka ponteng & hisap rokok: Pelajaran entah ke mana, duit habis buat beli rokok
5. Suka solat jemaah, ke surau: Akan mempunyai ramai kawan dan kenalan. Cikgu pun sayang

Kehidupan kita sekarang/Dewasa
Perbuatan Berulang/Repetition:Akibat/Kesannya
1. Selalu bawa kereta: Akan pandai dan mahir bawa kereta dan selok belok jalan
2. Selalu pergi ke surau, solat berjemaah & mendengar ceramah: Akan ramai kenalan dan kawan. Ilmu2 baru sentiasa bertambah
3. Selalu dengar tape RD & main CF101: Akan mahir hal2 kewangan, CF dan pelaburan (small deal/big deal, good deal/bad deal, doodads, market, gift etc)
4. Selalu dengar kuliah2 agama: Hati akan sentiasa hidup utk sentiasa mencari
5. Selalu main rumah lelong: Akan mahir hal2 berkaitan rumah lelong
6. Selalu bershopping: Akan mendapat baju2/alatan2 baru. Mungkin juga hutang2 CC akan bertambah
7. Selalu memikirkan idea2 baru/berkongsikan idea2/bercakap ttg idea dgn isteri/rakan2: Akan sentiasa dapat banyak idea baru lain
8. Selalu membaca buku dan menghadiri seminar: Akan sentiasa mendapat ilmu2 baru dan kawan2 baru

Tidak kira sama ada kita kanak-kanak, pelajar ataupun dewasa, apa saja yang kita nak kita PERLU LAKUKANNYA SECARA BERULANG/REPETITION. Practice makes it perfect. Semua peringkat zaman membuktikan bahawa repetition akan menjadikan kita mahir tentang sesuatu hal. Lihat sajalah bukti2 disekeliling kita (Ada juga utk certain case, perkara sebaliknya berlaku tetapi jarang2 & kadang2. Sunnatullah/Normal case nya kita buat sesuatu dengan berulang2/banyak kali kita akan mahir/dipengaruhi dengan cara hidup itu).

Kesimpulannya apa saja yang kita NAK, lakukanlah ia SECARA BERULANG, dan jangan mudah berputus asa jika belum berjaya. Tiada istilah gagal dalam kehidupan ini, yang ada hanyalah BERJAYA ataupun belum berjaya. Lakukanlah ia lagi dan lagi. Fikirkan cara baru lagi dan lagi. Cuba perkara2 baru lagi dan lagi. InshaAllah kita semua akan dapat apa yang KITA NAK.

Moga ada manfaatnya dan sampai jumpa lagi inshaAllah

Read more...

Perkataan/Tulisan vs Perbuatan

Wednesday, October 07, 2009

Salam, sampai satu tahap dalam kehidupan, kita akan mula mengabaikan percakapan-percakapan dan tulisan-tulisan orang, tetapi kita akan mula melihat kepada setiap TINGKAH LAKU dan AMAL PERBUATANNYA, sepertimana anak-anak kecil kita yang sesekali tidak akan mendengar tegahan dan larangan kita, kerana mereka juga bertindak mengikut amal dan perbuatan kita sebagai penjaga mereka.

Sebagai contoh usahlah melarang anak-anak remaja anda daripada menghisap rokok jika anda sendiri berkepuk-kepuk menghisap rokok bagai tak ingat dunia. Bertindaklah sepertimana yang anda cakap dan tuliskan (please act what you speak and what you write)

Kesimpulannya, PILIH sajalah kawan yang mana yang anda nak; sama ada kembali menjadi ANAK-ANAK KECIL ataupun mempertingkat diri menjadi pelabur-pelabur berhemah (INTELLIGENT INVESTOR) dan INSAN-INSAN BERHEMAH yang bertindak bukan berdasarkan kepada cakap-cakap dan tulisan-tulisan orang; cakap-cakap dan tulisan orang politik, cakap-cakap dan tulisan orang ekonomi, cakap-cakap dan tulisan para ahli agama, cakap-cakap dan tulisan para perunding, cakap-cakap dan tulisan para agen, cakap-cakap dan tulisan para penganalisis, tetapi lebih daripada itu; yang bertindak berasaskan kepada TINGKAH LAKU dan PERBUATAN ORANG YANG BERCAKAP dan MENULIS itu sendiri.

So dear all fellow friends; politician, economist, writers, agamawan, dermawan, pakar motivasi, pakar runding, agen-agen, pakar segala pakar; PLEASE ACT WHAT YOU SPEAK AND PLEASE ACT WHAT YOU WRITE. You will be asking about that by GOD. Anda akan dihitung setiap pergerakan dan amalan anda. Anda akan ditanya apakah anda telah perbuat apa yang telah anda cakap dan apa yang anda tuliskan itu. Please take your fast action within your strength, and all of us have our own strength. Believe it and just do it. The rest leave it to ALLAH to Judge

Moga ada manfaatnya dan sampai jumpa lagi, inshaAllah

Read more...

Hijrah

Tuesday, October 06, 2009

Salam, alhamdulillah beberapa hijrah telah dilakukan:

1. Pemindahan dari http://www.ylukeman.blogspot.com/ ke http://www.jutawanduniaakhirat.com/
2. Perubahan layout daripada layout asal kepada layout sekarang (mungkin saja akan ada penambahbaikan lain pada layout ini)
3. Artikel-artikel lama yang tidak berkaitan telah saya buang
4. Artikel-artikel lama (yang berkaitan dengan ilmu dan informasi) saya kekalkan. Ada yang memerlukan sedikit pengubahsuaian untuk menjadikannya lebih berinformasi dan berinteraktif
5. Artikel-artikel informasi seperti CF101, 202, e-game akan saya masukkan kembali dengan info yang lebih jelas dan memudahkan pemahaman, inshaAllah
6. Komen-komen yang masuk ke sini akan saya tapis dan approve terlebih dahulu
7. InshaAllah saya akan menulis secara konsisten 'saya-anda' untuk artikel, 'saya/aku-Tuan/Puan/awak/anda' untuk personal respond/coaching/consultation
8. Moga penulisan dan artikel-artikel di sini memberikan manfaat kepada saya sebagai penulis dan anda semua sebagai pembaca
9. Moga hijrah ini juga memberikan manfaat yang banyak kepada saya dan anda semua
10. Ambillah apa yang baik untuk dijadikan teladan, yang buruk tinggalkanlah ia sebagai sempadan. Yang baik adalah daripadaNYA.
11. Sama-samalah kita memakmurkan kehidupan ini sebagai khalifahNYA di muka bumi,inshaAllah.

Sampai jumpa lagi, inshaAllah

Read more...

Otak kiri vs otak kanan

Saturday, October 03, 2009

Salam, kali ini saya ingin berkongsi sedikit keistimewaan kita (saya, anda dan semua manusia), ALHAMDULILLAH. Sebagai makluman semua (mungkin juga ramai yang dah tahu, cuma mungkin kita kadang2 hanya tahu tetapi tidak begitu mengamalkannya. Jadi, bila terbaca lagi di sini harapnya lepas ini sama2 kita mengamalkannya ye), otak kita terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

1. Otak KIRI: Digunakan untuk tujuan AKADEMIK, contoh mengingati ilmu, data, fakta, logik akal, bahasa, matematik, analisis, menghafal
2. Otak KANAN: Melibatkan aktiviti2 imaginasi, khayalan, bermonolog, berkreatif, irama, emosi, ilham, gerak hati, warna muzik, membaca/menulis cerpen, novel dsb

Sebagaimana tangan, kaki, mata dan telinga yang perlu digunakan kedua-duanya untuk bergerak PANTAS dan TANGKAS. Maka otak kita juga perlu dirangsang dan digunakan kedua2nya bagi membolehkan kita mencapai apa yang KITA NAK dengan lebih CEPAT dan tangkas, inshaAllah.

Kebanyakkan dari kita hanya menggunakan OTAK KIRI sahaja dan otak kanan diabaikan meyebabkan hidup kita kurang TANGKAS dan kurang harmoni. Untuk mengaktifkan otak kanan, selalulah BERCAKAP DENGAN DIRI SENDIRI/bermonolog, selalu2lah bertanya pada diri sendiri untuk mencari jawapan dan BERKREATIF kepada setiap cabaran yang timbul, selalu2lah berfikir MENGAPA, mengapa, mengapa????

Dan jika anda seorang penulis/pembaca cuba2lah juga berimaginasi dengan menulis cerpen2/novel2 ILMIAH yang ada nilai tambah. Usahlah membuang masa2 berharga kita ini dengan menulis/membaca cerpen2/novel2 yang mengandungi NILAI TOLAK, hehe

Semoga hidup kita semua lebih tangkas dan pantas inshaAllah. Moga ada banyak manfaat untuk saya dan untuk anda semua. Sampai jumpa lagi inshaAllah

p/s: Rujukan yang berkaitan. Cuba2 cari buku Dr HM Tuah Iskandar alHaj yang banyak di pasaran. Jika anda adalah orang baru dalam melabur untuk ilmu/buku, dapatkanlah dahulu 2 buku keluarannya yg pertama tahun 2001 (sekarang mungkin ada edisi baru) MEMBINA IMAGINASI CEMERLANG dan yg kedua (2004) MEMBINA JATIDIRI GEMILANG.

Read more...

Islamic Flexi Home Loan vs ODASB

Thursday, October 01, 2009



BFR = Base Financing Rate = 5.55 % now
LO = Letter of Offer
ODASB = Overdraf bercagarkan ASB
CA = Current account

Salam seperti yang dijanjikan, saya akan menerangkan bagaimanakah CIMB Islamic Flexi Home Loan ini dapat digunakan bagi menggantikan ODASB.

Maklumat di sini adalah berdasarkan kepada:

(1) LO yang diperolehi drp CIMB Islamic,
(2) http://www.money3.com.my/
(3) Perbincangan lisan dengan CIMB Home Loan Officer (012-2529137) & juga bersandarkan blank & white LO
(4) Perbincangan lisan dengan CIMB Home Loan HQ Officer (1300-8809-00) Bahagian Marketing dan sambungan 2-2-7 untuk meyakinkan lagi cara :)

Berdasarkan kepada keempat2 sumber di atas, tiada caj akan dikenakan terhadap sebarang kemasukan, pengeluaran dan penyelenggaraan akaun (setup, maintenance, payment & withdrawal)

Katakanlah anda membuat pinjaman perumahan daripada CIMB Islamic sebanyak RM 200 000 seperti di atas (termasuk Mortgage Takaful Plan), anda perlu bayar RM 798.27 kepada bank. Katakanlah kita bundarkan kepada RM800 untuk memudahkan pengiraan.

RM800 ini adalah monthly installment / minimun payment. Maknanya tiap2 bulan kita kena bayar sebanyak RM800 dengan interest yang dikenakan sebanyak BFR-2.15 = 5.55 – 2.15 = 3.4 % daily rest culculation

Katakanlah kita ada modal sebanyak RM20 000, maka kita masukkanlah RM 20 000 ini ke dalam akaun home flexi islamic ini (CA CIMB Islamic, yang kad ATM nya warna hijau). So RM 20 000 ini akan mengurangkan interest loan kita tadi.

Setiap bulan, katakanlah gaji anda & isteri adalah RM4000, masukkanlah RM4000 ini direct ke dalam akaun CA CIMB Islamic ini utk serve interest loan. Bila sampai masa bayar bil (air, elektrik, astro, kete, moto, personal loan, CC), gunakanlah saja CIMBclicks utk buat pembayaran direct drp CA td. Bayarlah betul2 sebelum due date, buffer 2-3 hari berkerja untuk pembayaran ke bank2 lain.

Untuk CC islamic, apply lah saja CIMB Islamic CC, ataupun CIMB Islamic Petronas free for life fees (with 2% rebate for petronas fuel & kiosk). 2 produk terbaru keluaran CIMB Islamic

Loan rumah settle, kete settle, bil2 settle, gaji settle dengan cara Islamic banking

Untuk gaji pulak pilihlah cara yang paling mudah. Kalau boleh mintalah HR office anda masukkan terus gaji ke dlm CA CIMB Islamic td. Kalau xboleh, bila gaji masuk je teruslah divert ke dlm CA CIMB Islamic tadi utk serve interest, kemudian manage lah dari 1 akaun ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin bertukar kepada islamic & sesiapa yang mencari alternatif kepada OD ASB inilah caranya.

RM20 000 yang dimasukkan awal-awal td, konsepnya samalah macam ODASB, untuk serve interest & ambillah bila2 masa anda perlukan sebagai pelaburan, dengan syarat bulan2 tinggalkan baki minimum/installment adalam RM800. Harap dapat membantu

Interest comparison. Home flexi BFR-2.15 = 5.55-2.15 = 3.4%
ODASB = BLR = 5.55% @ BLR-1.25 = 4.3%

So in term of interest calculation homeflexi lagi untung sebab lagi rendah, tetapi interest ODASB di cover oleh dividen tahunan ASB iaitu sekitar 7-12% (tetapi halalan nya boleh dipertikaikan, fatwa kebangsaan kata harus, fatwa negeri selangor kata haram & saya kata tengoklah dalil2 & hujah2nya mengapa ada fatwa kata halal dan ada fatwa kata haram (fatwa yang begitu contradic halal vs haram.........kalau halal vs harus vs sunat boleh tahan lagi........xpun kalau haram vs makruh pun still considerable if the hujjah is strong enough to convince people). Tengoklah pada hujjah2nya di sini http://www.zaharuddin.net/content/view/224/95 yang mana yang mana LEBIH KUAT & bertangungjawablah sepenuhnya atas pilihan anda itu).
Adakah alternatifnya utk mendapatkan keuntungan 7-12% yang ASB bagi itu? Ada kawan, lebih dari itu pun anda boleh dapat. Nak berapa? 20%? 40%? 100%? Semua boleh inshaAllah, yang penting mulakanlah USAHA sekarang, mulakanlah PERNIAGAAN SENDIRI. Berniagalah mengikut kepakaran & minat anda. Kerana minat + kepakaran = KEUNTUNGAN. Jangan meniaga ikut-ikut orang & jangan buat sesuatu ikut2 orang. Buat sesuatu dengan ILMU, inshaAllah anda akan mendapat apa yang anda idamkan.

Apa yang pasti kedua2 cara ini; Home Flexi dan juga ODASB kena ada saving dulu. ODASB pun kena ada duit saving dulu yang diletakkan dalam ASB & homeflexi juga kena ada saving dulu untuk park dalam CA & juga untuk 10% DP beli rumah.

Beza islamic dengan konventional adalah pada akadnya, dan akad juga yang akan menentukan sama ada anda mendapat anak halal ataupun anak haram (iaitu akad nikah)

Kesimpulannya:
(1) pilih sajalah kawan yang mana yang terbaik & bertanggungjawablah sepenuhnya atas pilihan anda tadi kerana hidup ini adalah pilihan dan kita akan ditanya dengan setiap pilihan dan keputusan hidup yang kita lakukan.

(2) Mulalah menabung dari sekarang kerana pelaburan hanya boleh dilakukan dengan MODAL @ duit & modal paling banyak & paling cepat boleh diperolehi dengan berniaga & berniaga tidak memerlukan modal yang besar. Berniaga adalah skill & art menggandakan duit dari RM1 menjadi RM2 menjadi RM5 menjadi RM10 dan seterusnya mengikut kemahiran & seni anda. Itu sahaja.

(3) Sekarang bank banyak offer rate yg rendah BFR-2 etc, jadi rebut2lah peluang ini. Kalau ada rumah yang dah habis lock in period (biasanya 5 tahun) cuba2lah tanya banker/valuer berapa value rumah anda sekarang & berapa fully settlement rumah anda (utk existing loan)

(4) Checklah juga EPF 2nd accound mana tau dah ada banyak ke kat dlm tu (online checking pun boleh, kat kiosk pun boleh-bawa mykad anda. Online lg senang kalau dah ada login ID & password. Semuanya di hujung jari sahaja). Keluarkanlah dulu utk topup current homeloan, bagi principle kurang & lepas tu refinance sajalah kawan.

(5) Cepat2lah tinggalkan sisa2 riba’ dengan bertukar kepada islamic banking & mohonlah doa kepadaNYA agar dosa2 semalam diampunkanNYA dan tinggalkanlah sisa2 riba itu sepenuhnya & usahlah lagi terlibat dengan riba’

(6) Apa akan jadi kepada sistem kewangan negara kalau semua org bertukar kepada islamic banking? Mungkin islamic banking akan menjadi lebih kompetatif dengan sokongan kita & konventinal banking akan kepanasan utk menarik pelanggan. So biarlah mereka (islamic & konventional) saling bersaing. Kerana persaingan yg sihat itu AMAT BAGUS untuk kita sebagai customer huhu.

(7) Yang terlebih pentingnya carilah yang HALAL dalam kehidupan ini kerana kita mempunyai banyak pilihan & pilih lah sesuatu yang menguntungkan kita bukan saja di sini, tetapi juga lebih2 lagi menguntungkan kita di sana. Fikir2kanlah juga apa akan jadi pada kehidupan kita di sana kalau kita tidak sempat membebaskan diri drp perangkap riba’ & shubahat ini.

(8) InshaAllah setiap masalah dan halangan dan cabaran, ada jalan penyelesaiannya. Jadi, jadilah PENYELESAI MASALAH, bukannya pembuat/pencipta masalah :)
(9) InshaAllah kalau KITA NAK berubah akan ada caranya. Carilah saja & mohonlah padaNYA agar dipermudahkan jalan2 kehidupan ini menuju keredhaanNYA inshaAllah.
Sekadar berkongsi ilmu hasil kajian yang x seberapa. Moga ada manfaatnya diri sendiri dan untuk semua & sampai jumpa lagi inshaAllah.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP