tag:blogger.com,1999:blog-48306635965504779502024-03-07T04:03:03.286+08:00DUNIA DAN AKHIRAT'Sesiapa yang inginkan DUNIA hendaklah dengan ILMU, sesiapa yang inginkan AKHIRAT hendaklah dengan ILMU, dan sesiapa yang inginkan DUNIA DAN AKHIRAT juga hendaklah dengan ILMU'Adminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.comBlogger188125tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-35127665885216525122010-10-28T10:36:00.003+08:002010-10-28T10:39:32.123+08:00Smart Caliph Open DaySalam, Sabtu ini Smart Caliph Enrichment Centre akan mengadakan hari terbuka di Taman Tropika Bangi. Maklumat lanjut boleh rujuk di sini dan siniAdminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-59303345396430260652010-10-25T09:59:00.006+08:002010-10-25T10:06:00.619+08:00'When I was Young''When I was young, I used to think that money was the most important thing in life; now that I am old, I know it is' -Oscar Wilde

Open for discussion :)Adminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-68435099978678389542010-10-21T17:09:00.002+08:002010-10-21T17:23:13.773+08:00Maksud Hidup dan SerasiAssalamualaikum

1. Orang yang mempunyai maksud hidup yang jelas, iaitu bagi mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa, biasanya tidak akan mudah putus asa ataupun putus harapan atas apa yang berlaku kepadanya.

2. Kerana dia tahu semua yang berlaku adalah atas kehendakNya. Semua cabaran yang datang adalah daripadaNya, dan yang menyelesaikanNya juga sebenarnya adalah Dia. Kita hanya bahan ujian bagi mengukur sejauh mana kesabaran dan keimanan kita kepadanya.

3. Ketika diuji kita sabar, ketika diberikan nikmat kita bersyukur

4. Moga setiap apa yang kita lakukan, setiap langkah, setiap nafas, setiap detik kita berada dalam rahmatNya dan moga setiap perlakuan kita dikira ibadah olehNya

5. Dalam apa yang kita lakukan, faktor serasi amat perlu dititik beratkan. Contoh (a) kerja: Jika serasi, kita akan berkerja dengan penuh seronok dan minat, (b) kahwin/pasangan: Jika serasi kita akan melayari bahtera perkahwinan dengan penuh kebahagian dan kenikmatan, (c) penyelidikan: Jika serasi kita akan melakukan penyelidikan dengan penuh minat, sampai lupa siang dan malam :) (d) perniagaan: Jika bisnes yang kita lakukan serasi kita akan lakukan dengan penuh minat tanpa rasa penat dan lelah........dan seribu satu macam lagi perlakuan yang kita lakukan, jika ianya serasi insya'Allah kejayaan akan jadi milik kita...

Kesimpulan, (1) sama-sama kita tanamkan dalam jiwa tentang maksud kehidupan yang sebenar, (2) carilah sesuatu yang serasi dalam apa yang kita lakukan, insya'Allah ianya akan membuahkan hasil dan (3) bersabarlah dengan setiap apa yang berlaku kerana buah daripada kesabaran itu manis rasanya. Sampai jumpa lagiAdminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-20885477393998482882010-08-12T08:37:00.005+08:002010-08-12T09:12:38.691+08:00Selamat BeramalAssalamualaikum warahmatullah kepada semua pengunjung; pengunjung lama, pengunjung baru, pengunjung setia, pengunjung sekali sekali dan sebagainya. Agak lama saya menyepikan diri kerana; pindah rumah, pindah pejabat dan pindah mental :)

Pindah mental? :) ataupun tukar mindset dan tukar fokus. Tahun 2010 banyak perubahan yang berlaku. Perubahan yang memerlukan lebih fokus dan lebih cabaran dalam kehidupan.

Selamat menyambut Ramadhan untuk semua. Moga Ramadhan kali ini memberikan kita lebih rahmat dan keberkatan daripadaNya. Moga amalan kita sempena Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sudah, inshaAllah. Selamat beribadah dan sama-sama kita jadikan seluruh aktiviti kehidupan kita ini sebagai ibadah

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

(Surah 2; Al Baqarah, ayat 214-216)Adminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-77526824056313241562010-07-20T08:35:00.003+08:002010-08-17T08:34:39.041+08:00...adanya Kesenangan'[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).'Adminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-10999124366976960832010-05-21T22:16:00.002+08:002010-05-21T22:42:45.874+08:00Exit Strategi1. Setelah dapat SPM, Sijil, Diploma, BSc, BEng, BEdu (ataupun yang semakna dengannya), ke mana lagi kita nak pergi?
2. Setelah dapat MSc, MBA, MEng (ataupun yang semakna dengannya), ke mana lagi kita nak pergi?
3. Setelah dapat DBA, PhD (ataupun yang semakna dengannya), ke mana lagi kita nak pergi?
4. Setelah dapat Dr, Dr Pakar, ke mana lagi kita nak pergi?
5. Setelah dapat Prof Ir Dr, ke mana lagi kita nak pergi?
6. Setelah dapat Haji, Hafiz, Tok Guru, ke mana lagi kita nak pergi?
7. Setelah dapat Jusa A, Jusa B, Jusa C, ke mana lagi kita nak pergi?
8. Setelah dapat Dato’, Dato’ Seri, Tan Sri, Tun, ke mana lagi kita nak pergi?
9. Setelah dapat pendapatan pasif melebihi perbelanjaan, ke mana lagi kita nak pergi?
10. Setelah dapat melancong ke serata dunia, ke mana lagi kita nak pergi?
11. Setelah dapat status jutawan, ke mana lagi kita nak pergi?
12. Setelah dapat status billionair, ke mana lagi kita nak pergi?
13. Katakanlah segala apa yang kita impikan di dunia ini semuanya telah kita perolehi, ke mana lagi kita nak pergi?

Saya percaya, ada di antara perkara-perkara di atas yang menjadi IDAMAN kita. Mungkin ada yang TELAH kita perolehi, ada yang SEDANG tekun diusahakan, dan mungkin juga ada yang masih JAUH daripada jangkauan

Soalan-soalan ini bukan tujuan untuk diperdebatkan. Sekadar renungan dan REKREASI MINDA, agar kita sama-sama berfikir ke mana lagi kita nak pergi selepas apa yang kita IMPIKAN itu diperolehi. Ke mana lagi kita nak tuju selepas ini? Ke mana destinasi kehidupan kita yang sebenar?Adminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-36550197263317372292010-05-20T06:59:00.000+08:002010-05-20T10:11:35.426+08:00Selepas Kesusahan1. InshaAllah selepas kesusahan akan adanya kesenangan

2. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian. Bersakit-sakit dahulu (bukannya sakit teruk sangat pun), bersenang-senang kemudian

3. Jika anda makan tengahari secara percuma, bersiap sedialah untuk makan malam yang mahal. Jika anda makan tengahari yang mahal, peluang untuk anda dapat makan malam yang percuma adalah lebih tinggi (belajar daripada pengalaman dan kematangan kan...)

4. Allah tidak akan menguji kita melainkan sesuai dengan kesanggupan kita untuk menghadapinya

5. Allah adalah menurut persangkaan hambaNya. Jadi sama-samalah kita sentiasa bersangka baik kepadaNya atas setiap apa yang telah berlaku kepada kita

6. Kita merancang, berfikir dan bertindak dan Dia adalah Sebaik-baik Perancang.

7. Hidup ini terlalu singkat untuk kita berduka. Jadi sama-samalah kita bergembira

8. DaripadaNya kita datang, keranaNya kita ada di sini dan kepadaNya kita semua akan kembali.

9. Setiap amalan, gerak hati pasti semuanya akan terhitung. Ada baiknya kita menghitung-hitungnya terlebih dahulu sebelum kita menjalani penghitungan yang panjang di sana.

10. Ingatlah kepada kejahatan yang telah kita lakukan agar kita sentiasa menginsafi diri dan lupakanlah segala kebaikan yang telah dilakukan kerana belum tentu kebaikan itu diterimaNyaAdminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-2093018147853629852010-05-19T18:32:00.001+08:002010-05-19T15:58:15.236+08:00Kos Membesarkan AnakAnak adalah ASET yang tidak ternilai harganya. Dialah penawar tika berduka. Senyum dan gelak tawa mereka menjadi pengubat tika luka

Jom sama-sama kita buat kira-kira berapakah jumlah kos membesarkan anak-anak khususnya di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya sekarang. Harap ianya boleh dijadikan panduan kepada mereka yang:

a) Merancang untuk berkahwin dan tentunya inginkan zuriat
b) Telah berkahwin dan sedang menantikan kelahiran insan tersayang
c) Ingin menambah bilangan anak

1. Kos Sebelum Kelahiran: RM 2000 (Seluar, baju, tilam, katil, susu bagi ibu mengandung, susu bayi, lampin, kos rawatan ibu dan sebagainya)

2. Kos Semasa Melahirkan: RM 2500 (Kos kelahiran secara normal sekitar RM1500 dan kos ceaser sekitar RM3500. Kita ambil KOS PERTENGAHAN = RM 2500)

3. Kos 3 Tahun Pertama: RM 18 000 = susu RM50 + lampin RM50 + bayaran pengasuh RM250 + takaful RM 100 + lain-lain RM 50 = RM500 x 12 bulan = RM6000 x 3 tahun = RM 18 000

4. Kos tahun ke 4 – 17 = tadika/sekolah RM300 + takaful RM100 + lain-lain RM200 = RM600 x 12 bulan = RM7 200 x 14 tahun = RM100 800

5. Kos 18-22 tahun di Universiti = Anggarkan tambahan kos keseluruhan sekitar RM50 000 untuk kursus Ijazah di dalam negeri (selain simpanan takaful sekitar RM20 400)

Kos keseluruhan adalah = 2000 + 2500 + 18 000 + 100 800 + 50 000 = RM173 300

Kos Purata untuk 22 tahun adalah RM 173 300 / 22 / 12 = RM 656.4. Kita bundarkan kepada RM 657 untuk seorang anak/sebulan. (Pengiraan ini belum mengambil kira faktor inflasi)

Jadi sesiapa yang ada rancangan ingin tambah bilangan keluarga, sama-samalah kita sediakan bajet tambahan untuk mereka.

Anak-anak adalah aset yang tidak ternilai harganya. Sama-samalah kita menjaga amanah dan tanggungan kita ini agar mereka menjadi ASET dan bukannya LIABILITI.

Liabiliti di dunia masih boleh diperbetulkan. Liabiliti di akhirat; menarik kita ke lembah kehinaan (nauzubillah) tiada penghujungnya.

Aset perlu diusahakan agar mereka menjadi penyejuk mata ayah dan bonda. Sama-sama sediakan kemudahan dan kelengkapan untuk tanggungan dan sama-sama kita sediakan payung sebelum hujanAdminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-46929063708044242662010-05-18T20:08:00.003+08:002010-05-18T20:08:00.154+08:00Duit Bukan Segala-galanya?Sambungan siri diskusi beberapa orang murid dengan gurunya.
G: Guru
M1: Murid 1
M2: Murid 2
M3: Murid 3

M1: Cikgu, betulkah 'duit bukan segala-galanya (DBS)' dalam hidup ini?
G: Betul anakku! Kita perlukan duit sebagai asbab pemudah kehidupan, tetapi duit bukanlah segala-galanya dalam kehidupan ini.

M2: Tapi cikgu. Banyak perkara dalam hidup ini yang perlukan duit.

G: Betul! Banyak perkara perlukan duit

M3: Cikgu, saya selalu dengar ungkapan 'DBS' itu, tetapi.......kebanyakan yang berkata demikian adalah mereka yang tidak berduit. Jadi memanglah duit bukan segala-galanya bagi mereka sebab memang mereka tidak berduit

G: Betul, anak-anakku. Jadi pengajarannya adalah...pastikan anak-anak punya duit yang banyak dahulu. Kemudian baru anak-anak kata 'DBS' kerana ketika itu tiada siapa yang akan mempertikaikan kredibiliti anak-anak semua.

Sama juga, bila anak-anak kata 'pelajaran bukan segala-galanya' ataupun 'amalan bukan segala-galanya' ataupun 'anak-anak bukan segala-galanya'

Setakat berkata-kata...sedangkan kita tidak punya perkara yang kita katakan itu, memanglah mudah. Cuba anak-anak dapatkan dahulu perkara-perkara itu (harta yang banyak, pendidikan yang tinggi, amalan yang bagus-bagus, anak-anak yang ramai), kemudian baru katakan sebaliknya, nescaya orang tidak akan mempertikaikannya kerana anak-anak telah terbukti

M1: Kesimpulan cikgu, buat dahulu baru cakap, buktikan dahulu baru cakap?
G: BetulAdminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-74949215323143256152010-05-18T13:38:00.001+08:002010-05-18T10:26:57.474+08:00Ramadhan Tiba LagiAssalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung

Ramadhan 1431H/2010M bakal tiba tidak lama lagi. Ikut perkiraan, 1 Ramadhan 1431H adalah bersamaan dengan 12 Ogos 2010; iaitu kira-kira kurang 2 bulan daripada sekarang. Segala puji bagi Allah, moga kita dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk sama-sama bertemu dengan bulan penuh rahmat, berkat dan keampunan ini.

Sempena dengan sambutan Ramadhan kali ini, pihak Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar, Kajang telah melancarkan tabung derma surau bagi memberi peluang kepada para dermawan yang sama-sama ingin menyumbang; khususnya kepada penduduk Taman Universiti dan sekitar. Sumbangan ini bertujuan, khususnya bagi melakukan pembaikan dan penambahan ruangan solat bagi menampung bilangan penduduk yang semakin bertambah

Sumbangan Tuan/Puan boleh disalurkan melalui:

(a) Ketua Lorong masing-masing,
(b) Bendahari Surau; Tuan Haji Jasmali (jasmy63@yahoo.com), ataupun
(c) Terus kepada tabung/akaun surau bank Muamalah Surau An-Najah: 1207-0004648-71-9 (Resit bagi tujuan pemotongan cukai pendapatan 2011 boleh diperolehi melalui Bendahari Surau seperti di atas)

Sumbangan Tuan/Puan semua amat dialu-alukan. Moga Ramadhan kali ini akan memberikan lebih rahmat, keberkatan dan keampunan kepada kita semua.Adminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-634630583453738062010-05-15T21:58:00.003+08:002010-05-17T11:36:40.969+08:00Dunia Kita Berbeza?Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua

Setiap dari kita punya kehidupan yang berbeza. Visi, misi, matlamat dan target kita berbeza-beza. Contoh:

1. Kehidupan
a. Ada orang mengutamakan kehidupan dunia
b. Ada orang mengutamakan kehidupan akhirat

2. Pendidikan
a. Ada orang mengutamakan pendidikan sekolah
b. Ada orang mengutamakan pendidikan jalanan

3. Pelaburan
a. Ada orang mengutamakan hartanah, emas dan perak
b. Ada orang mengutamakan amanah saham dan pasaran hadapan

4. Perniagaan
a. Ada orang fikir keuntungan segera
b. Ada orang fikir keuntungan jangka panjang

5. Pendekatan
a. Ada orang suka 1 nada, intonasi dan cara
b. Ada orang sukakan kepelbagaian

Setiap dari kita pasti tidak akan sama, hatta kembar siam sekalipun akan ada bezanya. Apapun pendekatan, cara, strategi dan matlamat; harapnya ia tidak bercanggah dengan matlamatNya menciptakan kita, sebagai hamba dan khalifahNya di muka bumi. Apa yang disuruh, sama-sama kita buat. Apa yang ditegah sama-sama kita tinggalkan, inshaAllah.

Moga kepelbagaian kita ini akan lebih menceriakan kehidupan dan lebih memakmurkan kehidupan ini inshaAllah

Nota kaki 1: Esok (Ahad 16 Mei 2010) ada ceramah agama bulanan di Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar Sungai Tangkas, selepas solat maghrib. Tajuk: Bahaya Pengaruh Kristian. Sesiapa yang berkelapangan dijemput hadir untuk memeriahkannyaAdminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-26244208055160315342010-05-02T23:20:00.006+08:002010-05-03T16:35:42.284+08:00Dana Akademi Imam Syafie Kemboja1. Hari ini (Ahad) pagi teman anak-anak ke sukan tahunan anak sulong di padang UKM. Ada beberapa gambar menarik ingin dikongsikan bersama, tetapi broadband dah makin slow. Upload gambar punya lama. Lain kali ya

2. Ceramah 'Insuran dan Takaful'. Rasanya ramai dah tahu kenapa insuran haram dan takaful halal/harus.

3. Penceramah, Ustaz Mohd Zamerey adalah Timbalan Presiden/Ketua Syariah Asia Finance Bank, kali kedua datang kesurau kami. Kali pertama dulu, cerita tentang 'Riba' dan Kewangan Islam'

Penceramah baru balik daripada kemboja sebagai NGO yang menyumbang untuk dana pendidikan Islam di Kemboja. Sesiapa yang ingin menyumbang untuk saham akhirat, amat-amat dialukan. Butirannya seperti di bawah

Dana Kemboja Akademi Imam Syafie:
Maybank 553083023763
Pengerusi Dana: Ustaz Mohd Zamerey

Dana bertujuan bagi membiayai kelas pengajian Islam di sana; bayar gaji guru, membina madrasah/sekolah, surau, asrama dan sebagainya. Ustaz sebagai pengerusi dana sendiri. Jadi saluran derma inshaAllah sampai kepada golongan sasaran. Sama-sama kita membantu saudara sesama Islam di dalam Malaysia khususnya dan seluruh nusantara dan dunia amnya.

Moga hidup bertambah berkat, aminAdminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-12122392258616858112010-04-30T21:34:00.008+08:002010-05-01T22:06:23.750+08:00Siapa Agaknya Curi Speaker Surau?Ketika ramai orang membanyakkan amal sempena jumaat; penghulu segala hari, ada segelintir masyarakat MEMILIH melakukan kegiatan tidak bermoral, hingga tergamak mencuri harta orang ramai, lebih-lebih lagi harta itu berada di rumah Allah

Petang tadi, sekitar waktu solat jumaat, 2 pembesar suara (speaker) dan stand mikrofon di surau kami hilang. Ironinya semua speaker bahagian luar surau tak terusik, yang hilang adalah speaker di dalam surau. Mungkin fikirnya ‘mengambil speaker di luar surau nampak dek orang’.

Dengan orang takut, dengan Pemilik orang tak pula rasa takut, dunia oh dunia.

Sama-sama kita doakan agar pencuri itu tergerak hatinya untuk memulangkan kembali barang-barang yang dicurinya.

Di dunia mungkin boleh lari, tapi di akhirat? Bagaimana agaknya ingin melarikan diri di sana, apabila semua anggota badan; kaki, tangan, mata, telinga semuanya bersaksi atas apa yang telah dilakukan.

Miskin, sakit, di timpa bala, bencana, teruk macam mana sekalipun, apabila mati semua penderitaan dunia itu akan berakhir. Mungkin 5, 10 tahun sahaja menderita, tetapi penderitaan akhirat?

‘Apabila kita seronok melakukan KEJAHATAN, ingatlah bahawa keseronokan itu akan hilang, tetapi dosa kejahatan itu akan kekal selamanya’

‘Apabila kita merasa penat melakukan KEBAIKAN, ingatlah bahawa penat itu akan hilang, tetapi pahala kebaikan akan kekal selamanya’

Apabila mati, kehidupan kita yang sebenar baru bermula. Segala yang terhijab akan tersingkap.

Sama-sama kita mendoakan agar kejadian ini tidak berulang. Harap sahabat-sahabat dapat kongsikan pandangan dan cadangan, jika ada, cara untuk mengelakkan kejadian ini daripada berulang.

Info lain:

1. Kuliah subuh esok (Sabtu, 1 Mei 2010) Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar, tajuk: Hati Orang-orang yang Yakin oleh Tuan Haji Ustaz Zainal Arifin

2. Kuliah bulanan lusa (Ahad, 2 Mei 2010) Surau An Najah, selepas magrib, tajuk: Insuran dan Takaful oleh Ustaz Zamerey

3. Pakcik Khalib, siak Surau An Najah ditimpa kemalangan. Sekarang berada di hospital Kajang, wad 1.

Harap maklum. Sama-sama kita doakan moga pakcik Khalib cepat sembuh, dan jika berkelapangan sama-sama kita meriahkan jadual surau yang telah diatur.

JazakallahAdminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-85999198193997543082010-04-29T19:17:00.001+08:002010-04-29T17:32:15.264+08:00RM1 Juta di Dunia; di Akhirat?‘Rakyat Malaysia memerlukan simpanan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk memastikan kehidupan yang selesa selepas bersara, kata Pengarah Kanan Hubungan Pelanggan ReMark Malaysia. Kajian itu, menurutnya, turut menunjukkan bahawa simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikumpul bertahun-tahun lamanya hanya mampu bertahan dalam tempoh tiga tahun sahaja.’

Boleh baca di sini untuk maklumat lanjut.

Ulasan

Kehidupan selepas bersara, memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk hidup selesa. Bersara daripada umur 55 tahun, katakanlah hidup sehingga 80 tahun, iaitu 25 tahun. 25 tahun (ataupun lebih, ataupun kurang) memerlukan wang kira-kira RM1 juta.

Agak-agak berapa banyak ‘RM’ diperlukan untuk kehidupan yang kekal abadi? Ironinya RM ataupun matawang tidak laku di ‘sana’, yang laku adalah pahala amal kebaikan. Jadi sama-sama kita mencari RM1 juta (sekurang-kurangnya) untuk kehidupan selepas bersara, dan sama-sama juga kita melakukan sebanyak-banyak AMAL untuk kehidupan akhirat kita yang kekal abadi.

Dengan kata lain, sama-sama kita cari RM1 juta dengan cara yang HALAL dan belanjakan RM1 juta tadi juga dengan cara yang HALAL. Rugi jika kita hanya fikir 1. kehidupan sekarang dan 2. kehidupan selepas bersara sahaja.

Kesimpulan, sama-sama juga kita fikirkan 3. kehidupan 'selepas' selepas bersara, iaitu kehidupan di alam yang kekal abadi. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu bekal kehidupan di sana perlu dikumpulkan.

“Daripada Abu Hurairah r.a. katanya ‘Rasullullah s.a.w. bersabda: ‘Apabila seseorang manusia telah meninggal dunia, terputuslah segala amalnya, kecuali 3 perkara; 1. Sedekah jariah, 2. Ilmu yang diambil orang manfaatnya dan 3. Doa daripada anak yang soleh”
Sahih Muslim, jilid 3, hadis 1614 halaman 208

Sama-sama kita fikir, usaha dan sebarkan. Moga bermanfaat

ps: Perlukah kita bersara daripada melakukan perkara yang kita suka? :)Adminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-48713101748229310362010-04-29T07:31:00.000+08:002010-04-29T17:18:50.533+08:00Ingat Allah Waktu SenangTazkirah Isya' Surau AnNajah, Taman Universiti oleh Ustaz Dr Haji Abdul Rahman Mahmood

'Ingatlah Allah waktu senang, nescaya Allah akan mengingati (menolong) kita waktu susah'

Ulasan
1. Ingat Allah waktu kita senang, bukan tunggu waktu susah baru nak ingat Allah

2. Ingat Allah waktu susah sahaja sebenarnya bukan kita ingat Allah, tetapi kita ingat kesakitan/kesusahan yang kita sedang hadapi. Buktinya, apabila sihat/senang kita lupa Allah

3. Waktu senang, ingat Allah. Waktu susah/sakit, lebih-lebih lagi perlu kita ingat Allah. Mungkin kesusahan/kesakitan yang sedang kita alami itu adalah asbab kafarah sebahagian dosa-dosa kita yang telah laluAdminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-7769071325895758702010-04-29T00:10:00.004+08:002010-04-29T00:27:15.494+08:00Orang Cerdik Tidak Merokok2 ayat yang selalu digunakan oleh cikgu disiplin sekolah saya dahulu adalah

1. Orang cerdik tidak merokok
2. Awak banyak dosa

Ayat pertama digunakan ketika menangani masalah disiplin pelajar berkaitan dengan rokok, dan ada segelintir pelajar yang akan menjawab ‘itu ada orang yang merokok jadi pengurus, jadi pegawai dan sebagainya’

Jawapan cikgu tadi adalah
‘Mereka TERLEBIH DAHULU JADI ORANG PANDAI. Tiada orang yang PANDAI DISEBABKAN OLEH ROKOK'
Hasilnya tiada lagi soalan tambahan

Ayat yang kedua selalu digunakan apabila pelajar melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya. Tambah tertukar dengan tolak, punca kuasa tertukar dengan kuasa dua.
‘Silap sikit saja cikgu’
Jawapannya adalah
‘Awak banyak dosa. Cuba semak apa dosa awak’
Saya ingat sampai sekarang. Itulah ayat power cikgu saya yang banyak mencorakkan kehidupan dan pemikiran anak muridnya ini. Saya percaya semua daripada kita ada ayat-ayat power yang masih melekat di minda sama ada daripada cikgu, bapa, ibu ataupun sesiapa saja yang biasanya lebih tua daripada kita.

Tersilap langkah sikit kita akan beringat, apa dosa kita hari ini
Bukan apa, sebenarnya balik daripada pejabat tadi, saya singgah kedai, beli sedikit kelengkapan dapur. Tengah buat bayaran, tiba-tiba datang seseorang ‘rokok sebatang’. Jurujual ’70 sen’

70 sen sebatang. Macam tak percaya. Sebatang rokok yang menjadi asbab makin pudar kesihatan badan terpaksa dibayar dengan harganya RM0.70. Makin sahih ayat power cikgu saya
'Orang cerdik tidak merokok’
Adminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-44780625938911412652010-04-27T19:58:00.009+08:002010-04-27T21:25:01.784+08:00GemaSeorang anak kecil bertengkar dengan abangnya, lalu berlari keluar rumah sambil menangis. Tiba di kawasan lapang anak kecil tadi berteriak dengan sekuat hatinya
'saya benci awak, saya benci awak, saya benci awak'

Tidak semena-mena anak kecil tadi berlari semula masuk ke dalam rumah dengan KETAKUTAN, memeluk ibunya dan berkata 'Ibu, saya takut. Ada seseorang di luar rumah tadi berkata 'saya benci awak, saya benci awak, saya benci awak'

Sambil tersenyum, ibunya menjawab, 'pergi kembali ke kawasan lapang tadi sayang dan katakan
saya sayang awak, saya sayang awak, saya sayang awak'

Anak tadi keluar lagi sekali, dan buat seperti yang dikatakan ibunya. Sambil TERSENYUM dia kembali ke rumah 'Betul ibu. Orang tadi sudah sayang saya. Terima kasih ibu'

Hidup ini umpama GEMA. Apa yang kita cakap, itu yang kita dengar. Apa yang kita tulis, itu yang kita baca. Apa yang kita fikir, itu yang kita amal. Apa yang kita bagi, itu yang kita dapat.

Awalnya, mungkin kita akan rasa kehilangan. Hujungnya, kita akan dapat sesuatu, yang kadang-kadang kita sendiri tidak dapat pastikan apakah sesuatu itu.

Apa yang pasti IA ADA dan KITA DAPAT RASAKANNYA.
Adminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-45906846490080047342010-04-27T15:33:00.003+08:002010-04-27T15:48:26.031+08:00SC List of Islamic FundList of fund (* for Islamic Fund) as stated in Security Commission (Suruhanjaya Sekuriti) Malaysia as at 31 March 2010

Item no 41, 42, 43 & 46 for ASN, ASB, ASW & ASDAdminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-18030565114963622562010-04-26T19:08:00.000+08:002010-04-26T15:16:29.456+08:00Bank PersatuanSedikit info tentang bank persatuan.

Alamat di Lembah Klang/Shah Alam
No 2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah D9/D,
Seksyen 9,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55117650
Faks : 03-55107650
Pengurus : Encik Saifuddin bin Sulaiman.
Email : shahalam@bankpstn.com.my

http://www.bankpstn.com.my/

3 borang perlu di isi untuk tujuan pelaburan
1. Borang maklumat pelanggan (individu)
2. Borang permohonan keanggotaan individu
3. Permohonan Pelan Takaful Tabarru'

Borang-borang boleh diperolehi di sini
http://www.bankpstn.com.my/old/borangpermohonan.html

Minimum pelaburan RM500. Maximum RM10 000 (sehingga hari ini @ 26 April 2010). Bayaran proses sebanyak RM47.50. Bayaran pelaburan dan proses boleh dibuat secara tunai ataupun cek bank.

Pulangan purata setakat ini adalah 10% selepas tolak zakat dan ada panel syariah. Selamat melaburAdminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-75016623149496490042010-04-26T07:00:00.002+08:002010-04-26T11:36:23.384+08:00Cikgu Memang HebatSalah satu faktor penting dalam menentukan kejayaan seseorang adalah cikgu/mentor, dan mentor biasanya jarang menunjukkan kehebatan dirinya melainkan apabila DITANYA. Jadi rajin-rajinlah bertanya, sebab HARIMAU JARANG MENUNJUKKAN TARINGNYA KECUALI APABILA DIASAK hehe.

Cikgu juga akan membuatkan benda yang biasanya nampak susah menjadi lebih senang dan mudah. Wow! cikgu memang hebat. Salute. Banyak yang mentee/anak murid kena belajar.

ps: Lagi satu, cikgu ni biasanya sukar untuk dikenali :)Adminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-10786207393285306912010-04-25T15:42:00.004+08:002010-04-25T16:17:51.531+08:00Jalan-Jalan Hujung Minggu1. Hujung minggu, jalan-jalan melihat projek baru MCTHomes dan juga projek rumah banglo jiran yang dah nak siap. Laju progres, dah naik pagar depan, wow :). Bulan 6 boleh siap tu.

2. Mentelaah buku-buku best seller of the year hehe. Seronok baca buku daripada penulis-penulis hebat. Waktu lapang baca buku, di dalam kereta dengar CD. Cukup ilmu, pengalaman dan modal kita rembat hehe

3. Gotong royong surau hari ini. Lama tak jumpa dengan kariah ramai-ramai. Kelas semester ini sampai ke malam, huhu

4. Mentelaah sedikit sebanyak tentang stock dan market. Macam menarik je. Tengah study lagi

5. Esok, pelajar mula exam. Selamat maju jaya untuk semua pelajar. Usaha, doa dan tawakkal ya. InshaAllah anda semua mampu melakukannya. Jika berkesempatan inshaAllah kita akan jumpa lagi di lain kelas. Good luck!Adminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-13263236572927816172010-04-23T18:07:00.007+08:002010-04-23T20:14:00.474+08:00HPA dan KowahidaHari ini HPA Industries dan Kowahida datang ke kampus, memberikan penerangan tentang perniagaan, produk, pemasaran dan pelaburan mereka kepada ahli koperasi kampus. Dividen setakat 3 tahun lepas adalah sebanyak 10% (2007), 15% (2008) dan 10% (2009) selepas tolak zakat dan fully shariah. Minimum share pelaburan adalah RM200 dan maksimum adalah RM100 000.

Maklumat lebih lanjut berkenaan kowahida, boleh berurusan dengan pejabat HPA di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi

HPA CAWANGAN BANGI
2-G-1, Jln Medan PB/4A Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
TEL:017-6218304 – FAX: -
Email: -

Maklumat lanjut boleh juga layari http://www.hpa.com.my/, http://kowahida.blogspot.com/ dan juga http://www.groupsahabatnetwork.blogspot.com/

Harap maklum dan harap dapat war-warkan pada sahabat handai. Sama-sama kita menyokong produk keluaran Muslim dan koperasi fully shariahAdminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-18034841134753096682010-04-23T07:46:00.004+08:002010-04-23T20:12:07.719+08:00Lilin/Pelita Menghiasi BilikSempena hari Jumaat, saya ingin mencadangkan kepada diri saya sendiri dan semua agar kita sama-sama letakkan lilin/pelita di dalam bilik bacaan/bilik kerja kita.

Tujuannya adalah; jika sesekali ada lintasan-lintasan jahat; umpamanya:
1. Lintasan ingin terlibat dengan riba' / harta haram / harta syubahat
2. Lintasan untuk melakukan rasuah, claim tak betul, melakukan perkara zalim, menipu dll
3. Lintasan untuk melakukan maksiat dll

Maka, kita nyalakan lilin/pelita tadi, dan letakkan tangan kita di atas lilin/pelita tersebut. Tengok berapa lama tangan kita boleh bertahan di dalam panas api lilit/pelita tadi.

Jika kita tidak mampu bertahan dengan kepanasan api dunia yang sedikit ini, sama-samalah kita bertaubat dan berikrar untuk tidak terlibat dengan maksiat dan dosa lagi, kerana 'jika hanya setitis daripada api neraka jatuh ke dunia ini pasti akan hancur lebur dunia ini'.

Jom, kita beli pelita/lilin untuk diletakkan di dalam bilik/rumah/pejabat sebagai peringatan untuk kita semua. Lagipun waktu blackout senang. 2 in 1Adminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-11865686362235859422010-04-22T13:01:00.000+08:002010-04-22T16:15:09.710+08:00Saidina Ali Abi Talib dan Imam Abu HanifahSaya sedang mencari buku berkenaan dengan 2 tokoh hebat ini. Sesiapa yang ada maklumat harap dapat kongsikan di sini. Terima kasihAdminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-4830663596550477950.post-1334403157407379132010-04-18T13:39:00.006+08:002010-04-18T14:39:26.938+08:00SemiD, Town & Link; 3 TingkatSabtu dan Ahad, hari membeli belah. Ada yang membeli barang dapur dan kelengkapan rumah. Ada yang memborong keperluan anak-anak. Ada juga yang membeli tanah-tanih, kebun dan rumah :)

Kepada peminat rumah; Taman Tropika 2 Sungai Tangkas Kajang akan dilancarkan pada 24 April 2010 (Sabtu ini) di pejabat mereka:

No 9 Jalan Tropika 1A
Taman Tropika
Kampung Sungai Tangkas
43000 Kajang Selangor

Pemaju adalah MCTHomes
www.mct.com.my

3 jenis rumah yang dibuka adalah
1. Semi D 3 tingkat
2. Town Villa 3 tingkat
3. Super Link 3 tingkat

Harga dari RM688k, 138k dan 470k bagi setiap jenis. Unit yang ada adalah 126, 96 dan 48 unit. Sebelum ini mereka sudah menjual teres 2 tingkat, apartment 5 tingat dan apartment 15 tingkat di lokasi yang sama.

Sesiapa yang bercadang ingin bermastautin/melabur/flipping di Bangi/Kajang, lokasi ini boleh dipertimbangkan. Walking distance ke Stesen Komuter UKM. Selamat membeli belah :)

ps: Sambil-sambil memborong barang dapur, apa salahnya memborong hartanah sama :DAdminhttp://www.blogger.com/profile/12599220244527693387noreply@blogger.com4