2-3

Monday, December 28, 2009

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Jika pun Cik Puan Tuan score 2 gol, tapi dalam masa yang sama Cik Puan Tuan bolos 3 gol, Cik Puan Tuan masih lagi belum di kira menang.

Membuat keuntungan 20% tapi dalam masa yang sama mencipta kerugian 30% masih tidak memberikan keuntungan, malahan masih lagi kerugian 10% (your total gain is -10%).

Jadi untuk menjadi sebuah pasukan yang kuat; pasukan itu mestilah bukan sahaja terdiri daripada penyerang yang licik, pantas dan tangkas; yang boleh menjaringkan gol daripada sudut-sudut sukar dan di luar jangkaan (unpredictable and invisible seeing), tetapi juga perlu mempunyai jurulatih, penjaga gol, pertahanan dan perancang yang hebat dan mampu memberikan sepenuh komitmen dan berperanan dengan baik.

Jikapun Cik Puan Tuan adalah satu jaringan pertahanan yang utuh, jangan sesekali meninggalkan posisi dan jangan sesekali menyalah dan memarahi penyerang hanya semata-mata mereka belum berjaya mencipta jaringan. Jika berkesempatan dan berpeluang, sesekali bantulah mereka dengan melakukan serangan balas dari setiap penjuru padang.

Penyerang dan perancang juga sama, sesekali bantulah pertahanan di bawah. Jangan dibiarkan pertahanan diasak bertubi-tubi oleh pihak lawan. Bantu pertahanan dan penjaga gol daripada dibolosi dan sebaik-baik pertahanan adalah dengan menyerang :)

p/s: Tidakkah kita tahu/terfikir betapa kecewanya Lothar Matthaus dan pasukannya
Jerman Barat apabila dikalahkan oleh Maradona dan pasukannya Argetina 2-3 pada perlawanan akhir bolasepak Piala Dunia 1986 di Mexico City :)

Dimanakah Cik Puan Tuan ketika itu? :) :) :)

1 comments:

2bz4money said...

Gagal sekali tidak bererti gagal selama-lamanya. Sukan Sea Laos 2009, Pasukan bolasepak Malaysia berjaya menewaskan Vietnam di perlawanan akhir dengan keputusan 1-0; walaupun pada peringkat kumpulan, kita tewas 1-3. Keputusan jaringan keseluruhan antara Malaysia & Vietnam adalah 2-3. Tetapi Malaysia Juara :)

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP