Bahaya Penyakit 'Aku Hebat'

Sunday, December 13, 2009

Salam buat pengunjung yang dihormati sekalian. Sesiapa yang inginkan CF101 boleh rujuk entry ini http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/10/rich-dad-cf101-202-e-game.html. Ada seorang pengunjung yang menjualnya. Boleh berhubung terus dengan pengunjung tersebut, Tuan Izhar namanya, ada no telefon dan email diletakkan oleh beliau....

To be frank saya tidak mengenali Tuan Izhar, tetapi saya mengenali CF101, dan CF101 adalah salah satu tools ASAS kewangan dan pelaburan yang cukup baik untuk dijadikan panduan dan rujukan seisi keluarga. Nasihat saya jika Tuan Puan adalah pelabur ataupun perunding kewangan, ataupun individu yang meminati dan terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak dengan kewangan dan pelaburan.....BELILAH GAME INI....beli, explore dan main sendiri. Kalau modal tak cukup, beli e-game dahulu pun tak apa..Dah cukup modal, dah tahu selok belok game nya nanti bolehlah beli gameboard nya pula...

Maximum player adalah 7 orang termasuk banker...Boleh rujuk 2 artikel ini sebagai panduan dan rujukan http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/07/cahflow-e-game-2_28.html dan
http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/08/cahflow-101-boardgame-5-jemputan.html

Sebagai panduan pengunjung juga, jika Tuan Puan berurusan dengan pembelian secara online, berurusanlah dengan BIJAK.....Pastikan term & condition nya dipatuhi...To be frank juga, saya tidak pernah berurusan dengan Tuan Izhar, tetapi harap saya harga yang ditawarkan itu adalah harga yang termasuk semua sekali item yang terdapat dalam CF101....Sebagai makluman, gameboard CF101 itu mempunyai:

1. gameboard/papan permainan
2. 3 biji dadu
3. 6 sets of rate, cheese and coins (10 coins)
4. 3 CDs
5. 1 manual
6. 1 set of money (dari $1 hingga ke $1 000 000)
7. 1 set of balance sheet and income statement
8. 4 sets of cards (small deals, big deals, the market and doodad cards)
9. 1 set of profession (janitor, doctor, teacher etc)
10. pencils

Sebenarnya tajuk hujung minggu ini adalah 'bahaya penyakit 'aku hebat''......bukannya pasal CF101.........CF101 telah saya tinggalkan, e-game ada seorang kawan yang pinjam, gameboard ada di sini untuk digunakan oleh sesiapa yang ingin menggunakannya. Setakat hari ini saya belum berkesempatan untuk menganjurkan permainannya kembali.......

Moral of the story...ketika orang anjur percuma tu datanglah beramai-ramai, kerana KEHIDUPAN KITA AKAN SENTIASA BERUBAH DAN SENTIASA BERGERAK PANTAS......Saya telahpun meninggalkan CF101, sekarang saya memasuki fasa lain kehidupan, tetapi jika berkelapangan saya cuba luangkan waktu untuk anjurkannya, inshaAllah....

Apa yang ingin saya kongsikan hari ini adalah........Di dalam sesuatu organisasi; apa saja nama organisasi itu; koperasi, IPT, persatuan, pertubuhan, badan berkanun dan sebagainya, jika ada sesiapa yang merasakan 'dia hebat dan pandai' maka organisasi itu akan lingkup dan bungkus...(orang itu sudah pasti akan lingkup dan bungkus)........

Alasannya:

1. Hanya DIA yang Maha Hebat dan Pandai
2. Selagi kita namanya makhluk; kebolehan, kemampuan, kebijaksanaan dan apa saja yang ada pada kita adalah TERBATAS.......Kita tidak akan sesekali boleh mahir dalam semua benda
3. Apa saja yang ada pada kita ini juga adalah bersifat PINJAMAN yang sementara. Bila-bila masa saja TUANNYA boleh ambil balik....
4. Hati-hati kita ini juga dan semua yang ada pada kita juga adalah hak dan milikNYA...Bila-bila masa saja DIA boleh ambil balik dan bila-bila masa saja DIA boleh bolak-balik kan hati-hati ini........

Sebelum saya akhiri artikel ini.....Saya ingin bertanya......

1. Sebelum Cik Puan Tuan dilahirkan ke dunia ini, pernahkah Cik Puan Tuan memohon/berdoa/meminta kepadaNYA untuk dilahirkan di sini sebagai seorang yang mempunyai.....mungkin seperti di bawah:
(a) Akal yang pantas dan tangkas
(b) Dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya dan harmoni
(c) Dilahirkan dalam keturunan yang baik-baik dan dihormati

Apa yang saya ingin tegaskan adalah........sebelum dilahirkan TIADA SEORANG PUN DI DUNIA INI YANG MEMOHON KEPADANYA UNTUK DILAHIRKAN DALAM KEHINAAN, KEAIBAN DAN KEKURANGAN....hatta bayi/anak luar nikah itu juga kalau diberikan pilihan, tidak mahu dia lahir daripada rahim ibu penzina.............dan sebelum dilahirkan juga KITA TIDAK PERNAH MEMINTA KEPADANYA UNTUK DILAHIRKAN SEBAGAI KAUM/BANGSA APA....dan juga AGAMA APA......

Semuanya telah ditentukan olehNYA....Jadi bersyukurlah dengan setiap pemberianNYA..dan HORMATILAH SEMUA ORANG walau apa agama, bangsa dan keturunannya sekalipun....hatta anak luar nikah yang Cik Tuan Puan atau masyarakat kita ini rasa kotor sekalipun...kerana bayi itu juga adalah seperti kita...tidak pernah memohon/meminta kepadaNYA untuk dilahirkan daripada rahim ibu/keturunan yang sebegitu...

Kesimpulannya.....

1. Lagi sekali (telah berkali-kali saya sebutkan dalam artikel yang lepas-lepas)....TOLONG HORMATI SEMUA ORANG...walau apapun agama, bangsa, keturunan, taraf hidup, pekerjaan, warna kulit, taraf pemikiran, taraf sosial orang tadi......kerana KITA SEMUA ADALAH MAKHLUK/HAMBANYA.....Kita semua adalah sama disiniNYA, yang membezakan kita adalah amalan-amalan hidup kita dan ketakwaan kita kepadaNYA sahaja

2. Hormatilah semua orang kerana setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri......dan setiap orang ada prinsip-prinsip kehidupannya yang tersendiri yang perlu kita hormati dan patuhi...

3. Hormati juga semua mahluk ciptaanNYA yang lain seperti haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan.........kerana mereka juga adalah makluk seperti kita (malahan mungkin mereka lebih baik daripada kita kerana mereka sentiasa bertasbih dan mengingatiNYA, mereka tidak pernah ingkar kepada perintahNYA, hujan dan panas mereka (pokok-pokok) tetap juga di situ...kita???)

di sana nanti juga belum tentu kita akan lebih baik daripada makhluk-makhluk ini yang kita sangkakan lebih rendah darjatnya di sini......

4. Makmurkan kehidupan kita di sini sebaik-baiknya....Tolong hormati semua orang dan tolong hormati dan sayangi mahkluk lain juga.......Jangan sesekali lakukan kerosakan di muka bumi ini, jangan sesekali kutuk binatang dan tumbuh-tumbuhan, jangan sesekali sengaja patah-patahkan ranting-ranting pokok tanpa sesuatu alasan yang munasabah.....

5. HORMATI DAN SAYANGILAH SEMUA ORANG, hormatilah dan sayangilah semua makhluk lain...moga kita juga akan dihormati dan disayangi oleh orang lain dan makhluk lain inshaAllah

14 comments:

Hafiz Zawawi said...

Man,
Kenapa tak sewakan saja CF101 tu?

Admin said...

Hafiz, nak main/pinjam ke? Jemputlah datang rumah aku, tinggalkan deposit cukup...xpayah sewa...Aku beli RM300, tinggalkan deposit RM400 (bukan duit yang aku kisahkan tetapi gameboard ini yang aku kisahkan. RM100 adalah masa untuk aku membeli gameboard baru jika gameboard ini tidak dipulangkan)....

Dah siap main (seminggu cukup?), harap pulangkan balik seperti sediakala dan deposit Tuan akan saya kembalikan semuanya inshaAllah.... Kalau nak dtg boleh call/sms dahulu

deli said...

mey,
penah dgr pasal catur bestari keluaran KFC tu? agak2 sesuai x? ke utk budak2 je tu? murah skit + versi malaysia.
refer : http://caturbistari.com.my/Produk.html

Admin said...

Maaf Lie, belum pernah main/buat kajian lagi pasal catur bestari. Kalau ikut pada website tu nampak macam ada 3 fasa; makan gaji/rate race, bisnes kecil, bisnes besar...Kena tanya org yang pernah main dua-dua tu (CF101 & catur bestari) utk compare/dptkan input yg lebih detail.

So far CF101 memang aku fully recommended for the whole family for real life financial/investment simulation. Kalau kurang modal maybe boleh mula dengan e-game dahulu. E-game dulu boleh main/guna x?

deli said...

e-game dulu bleh je main...byk kali menang dah..hehe. main time ada masa jela...bukan sokmo pun

fadzli.ibrahim said...

pasal catur bestari tu, aku tgk antara objektif dia adalah utk memberi pendedahan kepada ilmu dan amalan bisnes berlandaskan nilai-nilai Islam, sebab aku tgk dia ada 3 fasa yg mcm islamic skit la. pastu ada kad barakah, pembayaran zakat dsb. tp kalu tgk list xtvt tu byk melibatkan student skolah & IPT je. xpela, maybe somebody yg penah guna/main bleh bg komen...

Admin said...

Lie..kalau nak lagi hebat beli & main dua2 :)..(Apapun DIA yang Maha Hebat)....

Personal opinion aku rasa dua-dua akan ada pro & con (semua benda dlm hidup pun akan ada pro & con)

Anak-anak sihat ke?

deli said...

hehe...anak2 sihat je, cuma isnin lepas mcm panas/demam skit. lening ok dah. ayah dia yg x brape sihat lening. batuk...

2bz4money said...

Tidak salah menjadi hebat..Anda memang hebat..Terhebat diantara mereka yg hebat....Keyakinan untuk menjadi hebat perlu ada..Persaingan, Kemajuan, pembangunan dll. Ini fitrah manusia utk menjadi yg terbaik di kalangan yg baik..Namun jgn sampai menyamakan diri seperti Tuhan..

Admin said...

Tidak Tuan...Saya tidak hebat dan tidak akan menjadi hebat; kerana biasanya 'orang hebat tidak mahu lagi belajar dan tidak boleh ditegur dan dinasihati..'

Saya masih lagi belajar, inshaAllah boleh ditegur dan boleh dinasihati (dengan hujjah yang jelas dan lebih kuat), dan inshaAllah saya akan terus belajar walaupun mungkin ketika itu saya telahpun mempunyai PhD/Prof/JUSA/TURUS/mempunyai perniagaan yang multinasional/multibillionneir inshaAllah

Semuanya bermula dengan IMPIAN dan semakin banyak kita belajar semakin banyak kita rasa kekurangan dan kekerdilan diri...

ajahar said...

terima kasih tuan atas pembelian CF101 tadi walaupun bg pihak sedara tuan...

thanks again utk minum+makan petang td...sedap...he3

Admin said...

Terima kasih kembali kepada Tuan kerana fast delivery & hingga ke depan pintu rumah, memang perniagaan semacam itulah yang saya cari :)

Kalau Tuan boleh supply/dapatkan CD/book richdad.com dengan harga yang lebih murah drp pasaran, saya rasa permintaannya juga akan tinggi.

Harga di pasaran (di Amcorp Mall) untuk buku-buku dan CD-CD richdad.com adalah sekitar rm30-rm35/sebuah @ 1set tape = 2@3 keping CD

Anonymous said...

salam tuan tanah,

tumpang tanya. di mana saya boleh dapatkan e-cf101. Macam perasan orang sebut di ampang park, tapi tak pasti di mana? besar ampang park tu.

tq.

Admin said...

Salam Tuan yang dihormati, saya beli e-game CF101 di Amcorp Mall, RM45, setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja. Rujuk http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/10/rich-dad-cf101-202-e-game.html untuk hubungi penjualnya

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP