RM8000 menjadi RM1 200 000?

Wednesday, December 23, 2009

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Telah berulang kali saya nyatakan dalam artikel terdahulu, bahawa dalam dunia ini tiada seorang manusia pun yang nak kita kaya.

Saya ulang lagi sekali di sini, 'dalam dunia yang indah dan permai ini tiada seorang insan pun yang nak saya, cik, puan, tuan kaya melainkan diri kita sendiri'.

Saya dapat permintaan daripada seorang sahabat yang minta saya ulas isu ini. Mari kita kira berapakah pulangan pelaburannya/return on investment (ROI).

Modal = RM 8000
Tempoh = 2 tahun
Pulangan = RM1 200 000

ROI = (pendapatan setahun / modal yang dikeluarkan) 100% = [(1 200 000/2) / 8000] 100%
= 7 500 % setahun ataupun 625 % sebulan

Dengan kata lain, dalam masa sebulan bukan saja Cik Puan Tuan dapat balik modal, malah dapat keuntungan sebanyak 525%. Hebat memang hebat :) tetapi semua keuntungan itu hanya akan diperolehi dalam tempoh 2 tahun, bukannya dalam masa sebulan.

Persoalannya:

1. Adakah anda yakin bahawa syarikat yang menjalankan pelaburan tersebut akan lagi wujud di bumi ini selepas 2 tahun, ataupun sebaik sahaja 10 orang melabur (=RM80 000) syarikat tersebut terus hilang dari pandangan?

2. Adakah orang-orang bijak pandai di dunia ini tidak tahu pelaburan ini, sehingga mereka semua tidak dapat peluang untuk melabur di dalamnya?

3. Adakah anda seorang insan terpilih untuk mendapatkan keuntungan tersebut ataupun anda adalah insan terpilih yang bakal kehilangan wang di dalam suatu lubuk yang amat dalam hanya kerana sifat tamak dan ingin cepat kaya dengan mudah?

Cuba kita ambil contoh seorang staf sokongan dengan simpanan bulanan sebanyak RM200, berapa lamakah diperlukan untuk mendapatkan jumlah sebanyak RM8000?

= 8000/200 = 40 bulan = 3.33 tahun. Jika simpanan bulanannya adalah RM100, maka 6.66 tahun diperlukan untuk mendapatkan jumlah itu.

Tidakkah kita pernah terfikir, 6.66 tahun kita simpan duit sebanyak itu, tiba-tiba dalam tempoh tak sampai pun seminggu, dengan bermodalkan lidah yang tidak bertulang, kita sanggup menyerahkan wang sebanyak itu kepada orang yang tidak kita kenali hanya semata-mata kerana janji-janjinya yang bak kata seorang sahabat saya, 'ibarat menunggang kambing untuk naik ke langit'

Kesimpulannya, ingatlah bahawa dalam dunia ini:
(1) Tiada perkara yang senang dan mudah untuk diperolehi
(2) Tiada juga perkara yang mustahil untuk diperolehi, dan
(3) Tiada seorang pun yang nak kita kaya dan berjaya melainkan diri kita sendiri

Akhirnya, itu adalah duit dan kehidupan anda. Pilih sajalah mana yang terbaik kerana impian dan jalan-jalan kehidupan kita memang akan sentiasa berbeza. Jangan nanti cakap 'saya tidak maklumkan anda tentang hal ini' ataupun cakap 'kambing sakti anda itu patah sayap' sudahlah.

6 comments:

engkubujal2211 said...

salam bro luke...
mmg betul apa yg di tuan kata kn,..
bukan mudah nk kaya,bukan susuah nk susah...

tima kasih atas pandangan tuan.sy akan kerah kn kwn2 mbaca tulisan tuan,wassalam

PG said...

Tiada siapa yang nak kita berjaya...mmm...kita sendiri yang perlu berjaya..huhuhu

PG
pgcare.blogspot.com

Admin said...

salam jal & PG, ramai org kita nak kaya dengan senang dan cepat; defand kena kuat dulu, baru boleh attack. Kalau attack kuat pun, bolos banyak, still kalah jugak :)

Admin said...

pg..'mmm' panjang tu semacam ada sesuatu yang tersekat di dalam dan tidak terluah dengan perkataan :) Ku semacam dapat membaca gundahan hatimu itu kawan hehe.....

Ini penyelesaiannya. Insan ini perlu dididik agar:

1. Sukar/tidak mempercayai orang lain terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan kewangan

2. Percaya dan berani dengan diri sendiri. Percaya dan berani ini hanya akan datang dengan ILMU, inshaAllah.

3. Percaya pada network/rakan-rakan yang boleh dipercayai.

Contoh 1, nak beli rumah kena buat loan & kena percaya pada lawyer dan banker, tapi tak semua banker dan lawyer boleh dipercayai.

Sama juga tak semua rakan yang kita kenal dan berurusan itu boleh dipercayai.

Semuanya perlukan pembuktian. Sesiapa yang 'terbukti boleh dipercayai' / 'proven' inshaAllah akan dipercayai dan vise versa.

PG said...

Luke: mmmmm...ada makna tu..hehe

PG
pgcare.blogspot.com

Admin said...

Harapnya semua aktiviti kehidupan kita ini ada 'makna' dan dinilai 'bermakna' olehNYA inshaAllah

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP