Nasib baik vs Nasib Kurang baik

Sunday, December 20, 2009

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Harap maaf, di dalam kamus hidup saya juga tiada istilah 'nasib kurang baik', yang ada hanyalah 'nasib baik'. Contoh:

1. Nasib baik saya tidak dapat pergi UK, kerana orang yang kat UK sekarang ramai yang terganggu pelajarannya kerana elaun pengajian lambat masuk

2. Nasib baik saya kemalangan ketika saya memandu sendirian, kerana jika saya kemalangan ketika saya membawa keluarga pasti akibatnya lebih buruk

3. Nasib baik saya tertipu ketika deal bernilai RM100, kerana jika saya tertipu ketika deal bernilai RM1 000 000 pasti akibatnya lebih buruk

4. Naib baik saya anak seorang petani, kerana saya tahu betapa sukarnya kehidupan bermula dari bawah

5. Nasib baik tangan saya luka terkena pisau, kerana baru saya tahu betapa berharganya nikmat ibu jari

6. Nasib baik gigi saya sakit, baru saya tahu betapa bernilainya nikmat sebatang gigi

7. Nasib baik saya sakit ketika kecil, kerana apabila dewasa antibodi diri saya menjadi lebih kuat untuk melawan penyakit-penyakit kehidupan ini

Ada di antara contoh-contoh di atas memang yang berlaku pada saya dan Cik Puan Tuan pembaca semua juga.

Apa yang ingin saya kongsikan adalah selalulah bersangka baik denganNYA kerana DIA adalah menurut persangkaan kita. Jika kita merasakan buruk, maka buruklah yang akan kita dapat. Jika kita merasakan baik, maka baiklah juga yang akan kita dapat untuk kehidupan kita ini.

Jaga lidah dan tulisan-tulisan kita ini jangan sesekali diajar memarahi orang lain dan makhluk lain kerana semuanya ini adalah ciptaanNYA. Mengapa harus mempersalahkan orang lain dan mengapa harus memarahi orang lain sedangkan semuanya adalah datang daripadaNYA.

Ya betul, melalui asbab makhlukNYA. Siapa pula yang membuat makhluk dan asbab-asbab itu?

Ucapkanlah selalu di bibir 'nasib baik' ataupun 'mujur' ataupun dengan menggunakan bahasa yang akan memberatkan lagi nilai timbangan amal kita iaitu 'Alhamdulillah', ke atas setiap apa saja yang berlaku dalam hidup kita ini.

Bersyukurlah nescaya DIA akan tambahkan nikmat-nikmatnya yang banyak kepada kita inshaAllah

2 comments:

Fatin Pauzi said...

"Jaga lidah dan tulisan-tulisan kita ini jangan sesekali diajar memarahi orang lain dan makhluk lain kerana semuanya ini adalah ciptaanNYA. Mengapa harus mempersalahkan orang lain dan mengapa harus memarahi orang lain sedangkan semuanya adalah datang daripadaNYA."

About this quote, you've thought me about something. Pengajaran yang sangat berharga. Thanks.

Admin said...

Terima kasih kembali kepada CikPuan yang menziarahi. Sama-samalah kita berpesan kepada kebenaran dan kesabaran.

'Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran [1-3 103:Al-Asr]

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP