Kereta vs Motosikal
Sunday, December 20, 2009
Assalamualaikum warohmatullahhi wabarokatuh
Dalam kehidupan ini, kita mempunyai banyak jalan kehidupan yang boleh kita tempuhi bergantung kepada apakah niat dan matlamat kita.
Sebagai contoh, sekiranya kita sekarang berada di Johor Bahru dan ingin melawat KLCC di Kuala Lumpur, jalan-jalan ataupun cara-cara yang boleh kita lalui adalah seperti berikut:
1. Flight: Jika kita ingin cepat sampai dan cepat kembali
2. Kereta: Jika kita ingin membawa bersama keluarga dan sanak saudara
3. Bas: Jika kita berseorangan dan ingin melihat ragam-ragam manusia
4. Keretapi: Jika kita ingin melancong dan melihat pemandangan Malaysia
5. Motosikal: Jika kita ingin melawat tempat-tempat lain di sekitar Kuala Lumpur yang jalannya selalu sesak dan jem
6. Basikal: Jika kita bercita-cita ingin menyertai sukan Le Tour de Langkawi
7. Berjalan kaki: Jika kita ingin berhijrah terus ke KLCC dan tidak mempunyai sebarang harta untuk menaiki dan membeli 'kenderaan' di atas
Semua 'cara' ataupun 'kenderaan' itu akan menyampaikan kita ke KLCC inshaAllah. Setiap orang ada 'cita-cita' dan 'matlamat'nya yang tersendiri; kenapa mereka naik flight, kereta, bas, keretapi, motosikal, basikal mahupun berjalan kaki.
Jadi kenapa harus kita menyalah-yalahkan orang yang ingin menaiki kereta ataupun 'kenderaan' selain daripada 'kenderaan' yang kita naiki? Kenapa kita hanya menyatakan menaiki motosikal sahaja cara yang terbaik?
Lebih teruk lagi kenapa dalam banyak-banyak motosikal yang ada dalam pasaran ini, kita hanya mencadangkan motosikal Yamaha RXZ (bukan nama sebenar) sahaja, hanya semata-mata kerana kita adalah penjual ataupun agen motosikal Yamaha RXZ tadi.
Tidakkah kita mahu berfikir dan tahu berfikir?
0 comments:
Post a Comment