Hati Yang Takutkan Allah

Saturday, December 26, 2009

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Di sini ingin saya nukilkan catatan 'nota peribadi' yang bertajuk 'Hati Orang Yang Takutkan Allah'. Seperti namanya 'nota peribadi' jadi pasti akan ada banyak kekurangan dan kesilapan. Jadi ambillah mana-mana yang bermanfaat dan tinggalkanlah mana-mana yang memudharatkan dan letakkan sentiasa dalam hati 'aku ingin belajar' dan 'aku ingin mencari kebenaran', inshaAllah moga kehidupan kita ini akan sentiasa terpandu olehNYA.

Hati Orang Yang Takut Allah : Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar Kajang Selangor (26.12.09) Ustaz Haji Zainal Aripin Sharbini

1. Jagalah dirimu dan keluargamu daripada azab api neraka

2. Sesiapa yang takutkan Allah dan azabnya adalah termasuk dalam kalangan ahli syurga. Kedudukan ini adalah bagi sesiapa yang takut pada Allah dan ancaman-ancamanNYA

3. Ibrahim Adham 'Nafsu itu menghinakan seseorang dan rasa takut pada Allah itu boleh merawat hati'

4. Ibrahim Syuiban 'Perasaan takut ini dalam hati akan membakar/menghapuskan semua tempat hawa nafsu. Rasa takut ini akan hilangkan rasa keduniaan (dan akan timbulnya rasa zuhud'

5. Zuhud: Adanya dunia ataupun hilangnya dunia tidak memberikan apa-apa kesan pada hati kita

6. Allah ciptakan hati-hati manusia ini sebagai tempat untuk manusia mengingati Allah, tetapi sayangnya ada yang menjadikan hati itu sebagai tempat untuk mengikut hawa nafsu. Nafsu ini membinasakan manusia dan menghapuskan harta. Nafsu itu tidak akan dapat dihapuskan kecuali adanya rasa takut yang mencemaskan dan rasa rindu balasan baik daripada Allah.

7. Kiamat itu pasti datang dan tiada keraguaan padanya

8. Isikan hatimu dengan rasa dukacita/sedih dan takut dan dua sifat ini akan menghilangkan rasa kemaksiatan kepada Allah. Sifat ini juga akan menjauhkan kamu dari azab neraka

9. Sedikit rasa takut itu disebabkan sedikit rasa dukacita. Hati manusia yang sedikit rasa takut akan runtuh

10. Sesungguhnya Allah suka pada hati yang sedih

11. Jangan kamu rasa sedih dan hina diri kerana sesungguhnya kamu orang yang beriman

12. Junaid 'Sesiapa yang cita-citanya adalah Allah akan sedih berpanjangan'

13. Syibli 'Sesiapa yang cita-citanya adalah Allah akan hilang sedihnya'

14. Baihaqi 'Kata-kata Junaid berhubung keduniaan dan kata-kata Syibli merujuk kepada akhirat'. Junaid melihat kepada kecuaian diri dan Syibli melihat kepada kebaikan Allah

15. Seseorang yang tidak sedih/dukacita, patut rasa sedih dan dukacita, takut-takut ia tidak termasuk dalam ahli syurga.

16. Mereka (ahli-ahli syurga) menyatakan 'Alhamdulillah, yang telah melenyapkan rasa sedih dan dukacita'

17. Sesungguhnya kami sebelum ini (di dunia) di kalangan golongan yang terlalu takut dan cemas (kepada Allah)

18. Abu Sufian Uyaina 'Orang yang paling sedikit dosanya adalah orang yang paling sedikit dosanya kepada Allah'

19. Hakikat takut 'Jangan ada rasa takut selain kepada Allah Taala'. Takut dalam perkara-perkara yang Allah boleh lakukan tetapi manusia tidak boleh lakukan

20. Ujian: Dosa nak dihapuskan, darjat ingin dinaikkan

21. Takut untuk lakukan maksiat dan dan sedih bila tinggalkan suruhanNYA

22. Bagi orang yang ikhlas, ujian/bala adalah hukuman daripada Allah

23. Umar Al Khattab 'Takut itu umpama pelita dalam hati, dengan adanya pelita, hati dapat melihat kebaikan dan dapat melihat keburukan. Manusia ini jika kita takut kita akan lari, tetapi Allah jika kita takut kepadaNYA kita akan lebih dekat kepadaNYA (dengan melakukan ketaatan dan suruhan dan menjauhi/meninggalkan tegahan dan laranganNYA)

24. Tanpa rasa takut manusia akan binasa

25. Ibrahim Sufian 'Takut itu akan menghapuskan tempat-tempat nafsu dan menghindarkan kecintaan kepada dunia'

26. Manusia ini akan sentiasa di jalan yang benar bila adanya rasa takut dalam hati. Bila rasa takut itu hilang , dia akan sesat jalan

27. Bagi kami, cukuplah Allah sebagai pelindung dan Allah adalah sebaik-baik pelindung

28. Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk kita hambaNYA. Urusan Allah jangan kita campuri, urusan kita bertanyalah jika tidak tahu

29. Jika semua orang di dunia ini masuk syurga dan hanya seorang saja yang masuk neraka, takutlah, takut-takut yang seorang itu adalah kita (nauzubillah-moga dijauhkan Allah daripadanya), dan jika semua orang di dunia ini masuk neraka dan hanya seorang sahaja yang masuk syurga, haraplah, harap-harap yang seorang itu adalah kita (inshaAllah). Takutlah kepadaNYA dengan sepenuh hati dan harapkanlah juga kepadaNYA dengan sepenuh hati

2 comments:

PG said...

Salam Bro Luke the Dude..
Zaman sekarang ni kita dengar azan pun hati kita tak menangis..Sungguh keras hati kita..

PG
pgcare.blogspot.com

LUKEMAN YUSOFF said...

Salam Bakal Tuan Dr Pakar, sama-samalah kita sirami hati kita selalu

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP