Cepat vs Lambat, Cerdik vs Kurang Cerdik, Kaya vs Miskin

Sunday, December 20, 2009

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Harap maaf, di dalam kamus hidup saya tiada istilah 'siapa cepat' dan 'siapa lambat', yang ada hanyalah 'you do it now or you will left behind' dan juga 'keutamaan'. Ada orang mengutamakan menunaikan Haji daripada melabur, ada orang mengutamakan pelajaran daripada pelaburan, ada orang mengutamakan sahabat-sahabat daripada dirinya sendiri.

Harap maaf, di dalam kamus hidup saya juga tiada istilah 'siapa cerdik' dan 'siapa kurang cerdik', yang ada adalah semuanya cerdik dan semuanya pandai kerana setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri

Harap maaf, di dalam kamus hidup saya juga tiada istilah 'siapa kaya' dan 'siapa miskin', kerana setiap orang adalah 'kaya'. Ada orang kaya iman, akhlak dan budi, ada orang kaya ilmu dan amal, ada orang kaya harta dan wang ringgit, ada orang kaya kawan dan sahabat, ada orang kaya anak dan saudara, dan kekayaan harta yang sebenar adalah merasa cukup dengan apa yang kita ada.

Kesimpulan, kepada pengunjung-pengunjung yang merasakan dirinya 'terlambat', 'belum pandai' ataupun 'belum kaya' nasihat saya, buang semua persangkaan-persangkaan negatif itu ke tepi kerana kita adalah sepertimana yang kita sangkakan.

Jika kita sangka kita lemah, maka lemahlah kita. Jika kita rasa kita kurang, maka kuranglah kita. Jika kita rasa kita hebat dan tangkas, maka hebat dan tangkaslah kita.

Sentiasalah bersangka baik dengan setiap kurniaanNYA yang ada pada kita ini. Saya mendoakan agar kita semua sentiasa beroleh kejayaan dan kebahagian dunia dan akhirat.

4 comments:

2bz4money said...

Sdr pintar, saya cerdik..Pasti sdr pun memperakuinya kerana sesama kita sudah memahami maksudnya. Cuma bila tiada persefahaman, mulah timbul perbezaan.
Cepat/Lambat diukur masa, Cerdik/Kurang Cerdik diukur IQ atau tahap pendidikan dan Kaya/Miskin diukur dengan gaji bulanan..Itu standard yg dipersetujui umum.

Admin said...

Saya melihat dari sudut untuk menggerakkan semua orang kearah kebaikan dan kecemerlangan, terutamanya mereka yang sebangsa dan seagama dengan saya, inshaAllah

Admin said...

Sebenarnya setiap orang ada 'kamus kehidupannya' yang tersendiri. Kamus Dewan menyebut 'adil' adalah sama rata, sama banyak. Kamus Islam pula menyebut 'adil' meletakkan sesuatu pada tempatnya dan saya memilih kamus Islam kerana ianya lebih tepat

Admin said...

dan pendapat saya biasanya akan selalu berlawanan dengan pendapat umum :)

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP