2-3

Monday, December 28, 2009

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Jika pun Cik Puan Tuan score 2 gol, tapi dalam masa yang sama Cik Puan Tuan bolos 3 gol, Cik Puan Tuan masih lagi belum di kira menang.

Membuat keuntungan 20% tapi dalam masa yang sama mencipta kerugian 30% masih tidak memberikan keuntungan, malahan masih lagi kerugian 10% (your total gain is -10%).

Jadi untuk menjadi sebuah pasukan yang kuat; pasukan itu mestilah bukan sahaja terdiri daripada penyerang yang licik, pantas dan tangkas; yang boleh menjaringkan gol daripada sudut-sudut sukar dan di luar jangkaan (unpredictable and invisible seeing), tetapi juga perlu mempunyai jurulatih, penjaga gol, pertahanan dan perancang yang hebat dan mampu memberikan sepenuh komitmen dan berperanan dengan baik.

Jikapun Cik Puan Tuan adalah satu jaringan pertahanan yang utuh, jangan sesekali meninggalkan posisi dan jangan sesekali menyalah dan memarahi penyerang hanya semata-mata mereka belum berjaya mencipta jaringan. Jika berkesempatan dan berpeluang, sesekali bantulah mereka dengan melakukan serangan balas dari setiap penjuru padang.

Penyerang dan perancang juga sama, sesekali bantulah pertahanan di bawah. Jangan dibiarkan pertahanan diasak bertubi-tubi oleh pihak lawan. Bantu pertahanan dan penjaga gol daripada dibolosi dan sebaik-baik pertahanan adalah dengan menyerang :)

p/s: Tidakkah kita tahu/terfikir betapa kecewanya Lothar Matthaus dan pasukannya
Jerman Barat apabila dikalahkan oleh Maradona dan pasukannya Argetina 2-3 pada perlawanan akhir bolasepak Piala Dunia 1986 di Mexico City :)

Dimanakah Cik Puan Tuan ketika itu? :) :) :)

Read more...

Hati Yang Takutkan Allah

Saturday, December 26, 2009

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Di sini ingin saya nukilkan catatan 'nota peribadi' yang bertajuk 'Hati Orang Yang Takutkan Allah'. Seperti namanya 'nota peribadi' jadi pasti akan ada banyak kekurangan dan kesilapan. Jadi ambillah mana-mana yang bermanfaat dan tinggalkanlah mana-mana yang memudharatkan dan letakkan sentiasa dalam hati 'aku ingin belajar' dan 'aku ingin mencari kebenaran', inshaAllah moga kehidupan kita ini akan sentiasa terpandu olehNYA.

Hati Orang Yang Takut Allah : Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar Kajang Selangor (26.12.09) Ustaz Haji Zainal Aripin Sharbini

1. Jagalah dirimu dan keluargamu daripada azab api neraka

2. Sesiapa yang takutkan Allah dan azabnya adalah termasuk dalam kalangan ahli syurga. Kedudukan ini adalah bagi sesiapa yang takut pada Allah dan ancaman-ancamanNYA

3. Ibrahim Adham 'Nafsu itu menghinakan seseorang dan rasa takut pada Allah itu boleh merawat hati'

4. Ibrahim Syuiban 'Perasaan takut ini dalam hati akan membakar/menghapuskan semua tempat hawa nafsu. Rasa takut ini akan hilangkan rasa keduniaan (dan akan timbulnya rasa zuhud'

5. Zuhud: Adanya dunia ataupun hilangnya dunia tidak memberikan apa-apa kesan pada hati kita

6. Allah ciptakan hati-hati manusia ini sebagai tempat untuk manusia mengingati Allah, tetapi sayangnya ada yang menjadikan hati itu sebagai tempat untuk mengikut hawa nafsu. Nafsu ini membinasakan manusia dan menghapuskan harta. Nafsu itu tidak akan dapat dihapuskan kecuali adanya rasa takut yang mencemaskan dan rasa rindu balasan baik daripada Allah.

7. Kiamat itu pasti datang dan tiada keraguaan padanya

8. Isikan hatimu dengan rasa dukacita/sedih dan takut dan dua sifat ini akan menghilangkan rasa kemaksiatan kepada Allah. Sifat ini juga akan menjauhkan kamu dari azab neraka

9. Sedikit rasa takut itu disebabkan sedikit rasa dukacita. Hati manusia yang sedikit rasa takut akan runtuh

10. Sesungguhnya Allah suka pada hati yang sedih

11. Jangan kamu rasa sedih dan hina diri kerana sesungguhnya kamu orang yang beriman

12. Junaid 'Sesiapa yang cita-citanya adalah Allah akan sedih berpanjangan'

13. Syibli 'Sesiapa yang cita-citanya adalah Allah akan hilang sedihnya'

14. Baihaqi 'Kata-kata Junaid berhubung keduniaan dan kata-kata Syibli merujuk kepada akhirat'. Junaid melihat kepada kecuaian diri dan Syibli melihat kepada kebaikan Allah

15. Seseorang yang tidak sedih/dukacita, patut rasa sedih dan dukacita, takut-takut ia tidak termasuk dalam ahli syurga.

16. Mereka (ahli-ahli syurga) menyatakan 'Alhamdulillah, yang telah melenyapkan rasa sedih dan dukacita'

17. Sesungguhnya kami sebelum ini (di dunia) di kalangan golongan yang terlalu takut dan cemas (kepada Allah)

18. Abu Sufian Uyaina 'Orang yang paling sedikit dosanya adalah orang yang paling sedikit dosanya kepada Allah'

19. Hakikat takut 'Jangan ada rasa takut selain kepada Allah Taala'. Takut dalam perkara-perkara yang Allah boleh lakukan tetapi manusia tidak boleh lakukan

20. Ujian: Dosa nak dihapuskan, darjat ingin dinaikkan

21. Takut untuk lakukan maksiat dan dan sedih bila tinggalkan suruhanNYA

22. Bagi orang yang ikhlas, ujian/bala adalah hukuman daripada Allah

23. Umar Al Khattab 'Takut itu umpama pelita dalam hati, dengan adanya pelita, hati dapat melihat kebaikan dan dapat melihat keburukan. Manusia ini jika kita takut kita akan lari, tetapi Allah jika kita takut kepadaNYA kita akan lebih dekat kepadaNYA (dengan melakukan ketaatan dan suruhan dan menjauhi/meninggalkan tegahan dan laranganNYA)

24. Tanpa rasa takut manusia akan binasa

25. Ibrahim Sufian 'Takut itu akan menghapuskan tempat-tempat nafsu dan menghindarkan kecintaan kepada dunia'

26. Manusia ini akan sentiasa di jalan yang benar bila adanya rasa takut dalam hati. Bila rasa takut itu hilang , dia akan sesat jalan

27. Bagi kami, cukuplah Allah sebagai pelindung dan Allah adalah sebaik-baik pelindung

28. Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk kita hambaNYA. Urusan Allah jangan kita campuri, urusan kita bertanyalah jika tidak tahu

29. Jika semua orang di dunia ini masuk syurga dan hanya seorang saja yang masuk neraka, takutlah, takut-takut yang seorang itu adalah kita (nauzubillah-moga dijauhkan Allah daripadanya), dan jika semua orang di dunia ini masuk neraka dan hanya seorang sahaja yang masuk syurga, haraplah, harap-harap yang seorang itu adalah kita (inshaAllah). Takutlah kepadaNYA dengan sepenuh hati dan harapkanlah juga kepadaNYA dengan sepenuh hati

Read more...

RM8000 menjadi RM1 200 000?

Wednesday, December 23, 2009

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Telah berulang kali saya nyatakan dalam artikel terdahulu, bahawa dalam dunia ini tiada seorang manusia pun yang nak kita kaya.

Saya ulang lagi sekali di sini, 'dalam dunia yang indah dan permai ini tiada seorang insan pun yang nak saya, cik, puan, tuan kaya melainkan diri kita sendiri'.

Saya dapat permintaan daripada seorang sahabat yang minta saya ulas isu ini. Mari kita kira berapakah pulangan pelaburannya/return on investment (ROI).

Modal = RM 8000
Tempoh = 2 tahun
Pulangan = RM1 200 000

ROI = (pendapatan setahun / modal yang dikeluarkan) 100% = [(1 200 000/2) / 8000] 100%
= 7 500 % setahun ataupun 625 % sebulan

Dengan kata lain, dalam masa sebulan bukan saja Cik Puan Tuan dapat balik modal, malah dapat keuntungan sebanyak 525%. Hebat memang hebat :) tetapi semua keuntungan itu hanya akan diperolehi dalam tempoh 2 tahun, bukannya dalam masa sebulan.

Persoalannya:

1. Adakah anda yakin bahawa syarikat yang menjalankan pelaburan tersebut akan lagi wujud di bumi ini selepas 2 tahun, ataupun sebaik sahaja 10 orang melabur (=RM80 000) syarikat tersebut terus hilang dari pandangan?

2. Adakah orang-orang bijak pandai di dunia ini tidak tahu pelaburan ini, sehingga mereka semua tidak dapat peluang untuk melabur di dalamnya?

3. Adakah anda seorang insan terpilih untuk mendapatkan keuntungan tersebut ataupun anda adalah insan terpilih yang bakal kehilangan wang di dalam suatu lubuk yang amat dalam hanya kerana sifat tamak dan ingin cepat kaya dengan mudah?

Cuba kita ambil contoh seorang staf sokongan dengan simpanan bulanan sebanyak RM200, berapa lamakah diperlukan untuk mendapatkan jumlah sebanyak RM8000?

= 8000/200 = 40 bulan = 3.33 tahun. Jika simpanan bulanannya adalah RM100, maka 6.66 tahun diperlukan untuk mendapatkan jumlah itu.

Tidakkah kita pernah terfikir, 6.66 tahun kita simpan duit sebanyak itu, tiba-tiba dalam tempoh tak sampai pun seminggu, dengan bermodalkan lidah yang tidak bertulang, kita sanggup menyerahkan wang sebanyak itu kepada orang yang tidak kita kenali hanya semata-mata kerana janji-janjinya yang bak kata seorang sahabat saya, 'ibarat menunggang kambing untuk naik ke langit'

Kesimpulannya, ingatlah bahawa dalam dunia ini:
(1) Tiada perkara yang senang dan mudah untuk diperolehi
(2) Tiada juga perkara yang mustahil untuk diperolehi, dan
(3) Tiada seorang pun yang nak kita kaya dan berjaya melainkan diri kita sendiri

Akhirnya, itu adalah duit dan kehidupan anda. Pilih sajalah mana yang terbaik kerana impian dan jalan-jalan kehidupan kita memang akan sentiasa berbeza. Jangan nanti cakap 'saya tidak maklumkan anda tentang hal ini' ataupun cakap 'kambing sakti anda itu patah sayap' sudahlah.

Read more...

admin@JutawanDuniaAkhirat.com

Tuesday, December 22, 2009

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Sebagai makluman, sebarang urusan dengan admin www.JutawanDuniaAkhirat.com bolehlah menggunakan email ini; admin@JutawanDuniaAkhirat.com

Terima kasih

Read more...

Majoriti vs Minoriti

Sunday, December 20, 2009

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

90% daripada kekayaan bumi dimiliki oleh 10% manusia (bilangan minoriti) dan 10% kekayaan bumi dimiliki oleh 90% manusia (bilangan majoriti)

Itu sahaja yang ingin saya kongsikan :) Jadi lagi sekali saya nasihatkan diri saya dan pengunjung semua; jika kita ingin berjaya dalam bidang ekonomi khususnya; kewangan, pelaburan dan perniagaan dan apa juga bidang umumnya; pendidikan, penulisan, politik, pemakanan, perhotelan, pemasaran, perbankan, pelajar, pensyarah, cikgu, ahli badan berkanun dan sebagainya; 'jangan jadi orang kebanyakan' dan 'jangan ikut rentak orang kebanyakan'.

Baca artikel saya ini http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/09/dont-be-average.html, http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/10/mengapa-perlu-rm20-000.html dan http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/12/kereta-vs-motosikal.html untuk lebih memahami apakah maksudnya, dan saya memang bermaksud demikian.

Read more...

Nasib baik vs Nasib Kurang baik

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Harap maaf, di dalam kamus hidup saya juga tiada istilah 'nasib kurang baik', yang ada hanyalah 'nasib baik'. Contoh:

1. Nasib baik saya tidak dapat pergi UK, kerana orang yang kat UK sekarang ramai yang terganggu pelajarannya kerana elaun pengajian lambat masuk

2. Nasib baik saya kemalangan ketika saya memandu sendirian, kerana jika saya kemalangan ketika saya membawa keluarga pasti akibatnya lebih buruk

3. Nasib baik saya tertipu ketika deal bernilai RM100, kerana jika saya tertipu ketika deal bernilai RM1 000 000 pasti akibatnya lebih buruk

4. Naib baik saya anak seorang petani, kerana saya tahu betapa sukarnya kehidupan bermula dari bawah

5. Nasib baik tangan saya luka terkena pisau, kerana baru saya tahu betapa berharganya nikmat ibu jari

6. Nasib baik gigi saya sakit, baru saya tahu betapa bernilainya nikmat sebatang gigi

7. Nasib baik saya sakit ketika kecil, kerana apabila dewasa antibodi diri saya menjadi lebih kuat untuk melawan penyakit-penyakit kehidupan ini

Ada di antara contoh-contoh di atas memang yang berlaku pada saya dan Cik Puan Tuan pembaca semua juga.

Apa yang ingin saya kongsikan adalah selalulah bersangka baik denganNYA kerana DIA adalah menurut persangkaan kita. Jika kita merasakan buruk, maka buruklah yang akan kita dapat. Jika kita merasakan baik, maka baiklah juga yang akan kita dapat untuk kehidupan kita ini.

Jaga lidah dan tulisan-tulisan kita ini jangan sesekali diajar memarahi orang lain dan makhluk lain kerana semuanya ini adalah ciptaanNYA. Mengapa harus mempersalahkan orang lain dan mengapa harus memarahi orang lain sedangkan semuanya adalah datang daripadaNYA.

Ya betul, melalui asbab makhlukNYA. Siapa pula yang membuat makhluk dan asbab-asbab itu?

Ucapkanlah selalu di bibir 'nasib baik' ataupun 'mujur' ataupun dengan menggunakan bahasa yang akan memberatkan lagi nilai timbangan amal kita iaitu 'Alhamdulillah', ke atas setiap apa saja yang berlaku dalam hidup kita ini.

Bersyukurlah nescaya DIA akan tambahkan nikmat-nikmatnya yang banyak kepada kita inshaAllah

Read more...

Cepat vs Lambat, Cerdik vs Kurang Cerdik, Kaya vs Miskin

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Harap maaf, di dalam kamus hidup saya tiada istilah 'siapa cepat' dan 'siapa lambat', yang ada hanyalah 'you do it now or you will left behind' dan juga 'keutamaan'. Ada orang mengutamakan menunaikan Haji daripada melabur, ada orang mengutamakan pelajaran daripada pelaburan, ada orang mengutamakan sahabat-sahabat daripada dirinya sendiri.

Harap maaf, di dalam kamus hidup saya juga tiada istilah 'siapa cerdik' dan 'siapa kurang cerdik', yang ada adalah semuanya cerdik dan semuanya pandai kerana setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri

Harap maaf, di dalam kamus hidup saya juga tiada istilah 'siapa kaya' dan 'siapa miskin', kerana setiap orang adalah 'kaya'. Ada orang kaya iman, akhlak dan budi, ada orang kaya ilmu dan amal, ada orang kaya harta dan wang ringgit, ada orang kaya kawan dan sahabat, ada orang kaya anak dan saudara, dan kekayaan harta yang sebenar adalah merasa cukup dengan apa yang kita ada.

Kesimpulan, kepada pengunjung-pengunjung yang merasakan dirinya 'terlambat', 'belum pandai' ataupun 'belum kaya' nasihat saya, buang semua persangkaan-persangkaan negatif itu ke tepi kerana kita adalah sepertimana yang kita sangkakan.

Jika kita sangka kita lemah, maka lemahlah kita. Jika kita rasa kita kurang, maka kuranglah kita. Jika kita rasa kita hebat dan tangkas, maka hebat dan tangkaslah kita.

Sentiasalah bersangka baik dengan setiap kurniaanNYA yang ada pada kita ini. Saya mendoakan agar kita semua sentiasa beroleh kejayaan dan kebahagian dunia dan akhirat.

Read more...

Kereta vs Motosikal

Assalamualaikum warohmatullahhi wabarokatuh

Dalam kehidupan ini, kita mempunyai banyak jalan kehidupan yang boleh kita tempuhi bergantung kepada apakah niat dan matlamat kita.

Sebagai contoh, sekiranya kita sekarang berada di Johor Bahru dan ingin melawat KLCC di Kuala Lumpur, jalan-jalan ataupun cara-cara yang boleh kita lalui adalah seperti berikut:

1. Flight: Jika kita ingin cepat sampai dan cepat kembali
2. Kereta: Jika kita ingin membawa bersama keluarga dan sanak saudara
3. Bas: Jika kita berseorangan dan ingin melihat ragam-ragam manusia
4. Keretapi: Jika kita ingin melancong dan melihat pemandangan Malaysia
5. Motosikal: Jika kita ingin melawat tempat-tempat lain di sekitar Kuala Lumpur yang jalannya selalu sesak dan jem
6. Basikal: Jika kita bercita-cita ingin menyertai sukan Le Tour de Langkawi
7. Berjalan kaki: Jika kita ingin berhijrah terus ke KLCC dan tidak mempunyai sebarang harta untuk menaiki dan membeli 'kenderaan' di atas

Semua 'cara' ataupun 'kenderaan' itu akan menyampaikan kita ke KLCC inshaAllah. Setiap orang ada 'cita-cita' dan 'matlamat'nya yang tersendiri; kenapa mereka naik flight, kereta, bas, keretapi, motosikal, basikal mahupun berjalan kaki.

Jadi kenapa harus kita menyalah-yalahkan orang yang ingin menaiki kereta ataupun 'kenderaan' selain daripada 'kenderaan' yang kita naiki? Kenapa kita hanya menyatakan menaiki motosikal sahaja cara yang terbaik?

Lebih teruk lagi kenapa dalam banyak-banyak motosikal yang ada dalam pasaran ini, kita hanya mencadangkan motosikal Yamaha RXZ (bukan nama sebenar) sahaja, hanya semata-mata kerana kita adalah penjual ataupun agen motosikal Yamaha RXZ tadi.

Tidakkah kita mahu berfikir dan tahu berfikir?

Read more...

Jutawan Dunia vs Jutawan Akhirat

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Matlamat dan impian kita terlalu banyak dan selalunya berbeza-beza antara satu sama lain. Ada yang ingin menjadi jutawan dunia, ada yang ingin menjadi jutawan akhirat, dan ada juga yang ingin menjadi jutawan dunia dan jutawan akhirat. Ada yang ingin bahagia di dunia, ada yang ingin bahagia di akhirat dan ada juga yang ingin bahagia di dunia dan bahagia di akhirat.

Definasi 'jutawan' dan 'bahagia' bagi kita juga mungkin akan berbeza-beza. Ada orang bahagia dengan 'cukup-cukup makan', ada orang bahagia 'dengan rumah besar dan kereta besar', ada orang bahagia dengan 'isteri solehah dan anak-anak yang ramai', ada orang bahagia 'dengan berbakti kepada ibu dan keluarganya', ada orang bahagia 'dengan berbakti kepada masyarakat', dan ada juga orang yang berbahagia 'dengan mentaati perintahNYA, menjauhi laranganNYA dan berbakti kepada agamaNYA'

Walau apa pun impian dan matlamat kita, letakkanlah matlamat dan impian ini di depan; 'mencari redhaNYA dunia dan akhirat'. Harus juga di ingat, tidak semua perkara yang 'bersifat dunia' itu adalah dunia dan tidak semua perkara yang 'bersifat akhirat' itu adalah akhirat.

Sebagai contoh; 'menderma' adalah 'bersifat akhirat' tetapi jika kita menderma semata-mata untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk maka sifatnya akan menjadi 'dunia'. Belajar bahasa mandarin 'sifatnya adalah dunia' tetapi ia juga boleh manjadi akhirat seperti yang telah dijelaskan di http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/11/mandarin-language.html

Jadi jauhkanlah sebarang perlakuan yang bersangka-sangka kerana 'dunia ataupun akhirat', 'dosa ataupun pahala', 'ikhlas ataupun tidak' itu tidak boleh dibuat-buat mengikut persangkaan kita; makhlukNYA yang dhaif, lemah dan hina dina ini. Sama-samalah kita belajar dan terus mencari apakah kriteria-kriteria yang telah ditetapkan untuk sifat-sifat itu.

Di dalam perjalanan menggapai impian, mungkin kita akan sesekali bertemu dengan persimpangan; antara kepentingan 'dunia' dan kepentingan 'akhirat'. Nasihat saya untuk diri saya sendiri dan untuk pengunjung semua, pilihlah jalan 'akhirat' kerana dunia ini sementara cuma dan akhirat itu kekal abadi.

Kebahagian dan kesenangan dunia ini sementara cuma, namun kebahagian dan kesenangan akhirat adalah kekal abadi. Jutawan dunia adalah sementara cuma, namun jutawan akhirat adalah kekal abadi. Mungkin esok lusa kita akan meninggalkan dunia yang fana ini, mungkin selepas saya menulis artikel ini, saya akan meninggal Cik Puan Tuan semua, mungkin selepas Cik Puan Tuan baca artikel ini Cik Puan Tuan yang akan mendahului saya.

Selalulah mengingati 'mati' kerana sebijak-bijak manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan berusaha keras untuk kehidupan selepas kematiannya. Berusahalah untuk dunia seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya, dan berusahalah untuk akhirat seolah-olah kita akan mati esok.

Read more...

Duit Tak Pernah Cukup?

Saturday, December 19, 2009

Assalamualaikum warahmatullah, kali ini saya ingin berkongsi sedikit sebab kenapa kebanyakan masyarakat kekurangan wang. Belum pun masuk minggu ke tiga, kadang-kadang duit dalam akaun sudahpun kering.

Saya ambil contoh satu keluarga kecil, dengan jumlah gaji adalah RM2000 dan seorang bayi, dan masih menyewa. Katakanlah jumlah perbelanjaannya sebulan adalah:

1. Rumah sewa: RM500
2. Ansuran kereta: RM400
3. Belanja kereta (minyak, penyelenggaraan dsb): RM200
4. Barang-barang dapur (ayam, ikan, sayur, susu, gula, kicap dan sebagainya): RM200
5. Keperluan bayi (lampin, susu dll): RM150
6. Bil-bil: RM100
7. Insurans: RM100
8. Simpanan: RM200
9. Lain-lain (tabung percutian, beli buku dan majalah, balik kampung, sumbangan kepada ibubapa/keluarga: RM150

Jumlah = 500+400+200+200+150+100+100+200+150 = RM2000

Soalan saya, kenapa kadang-kadang belumpun masuk minggu ke 3, duit-duit ini telahpun habis digunakan, sampaikan duit simpanan dan lain-lain pun dikorek keluarkan juga????

Jawapannya adalah KITA BERKERJA UNTUK ORANG LAIN........Kita berkerja siang dan malam, tetapi at the end of the day duit yang kita dapat itu kita bagi pada orang:

1. Kita bagi pada makcik kantin di pejabat sebagai sarapan pagi
2. Kita bagi pada stesen minyak ketika mengisi minyak kereta
3. Kita bagi pada pemilik pasaraya ketika membeli keperluan dapur dan bayi
4. Kita bagi pada pemilik hotel ketika bercuti sekali setahun
5. Kita bagi pada penjual pasar malam ketika membeli sayur dan ikan
6. Kita bagi pada tuan rumah sebagai bayaran sewa rumah
7. Kita bagi pada pemilik bil elektrik, air dan telefon sebagai bayaran perkhidmatan
dan sebagainya.......

Persoalannya.........Kenapa kita boleh berkerja siang dan malam tetapi at the end of the day kita bagi duit-duit kita tadi pada orang sedangkan sebenarnya kita juga boleh menciptakan sesuatu AGAR ORANG LAIN PULA YANG MEMBERIKAN DUIT-DUIT MEREKA KEPADA KITA?????

Contoh (berdasarkan contoh di atas):
1. Kenapa kita tidak cipta perniagaan makanan agar duit-duit orang lain pula yang dapat masuk kepada akaun kita?
2. Kenapa kita tidak ciptakan stesen minyak sendiri agar duit-duit pemilik kereta orang lain pula masuk ke kantung kita?
3. Kenapa kita tidak ciptakan pasaraya sendiri untuk menjual produk-produk kita agar orang lain pula memberikan duit mereka pada kita dengan membeli produk yang kita jual?
4. Kenapa kita tidak ciptakan/hasilkan hotel/homestay sendiri agar duit pelancong-pelancong lain pula yang kita dapat?
5. Kenapa kita tidak menjadi penjual pasar malam?
6. Kenapa kita tidak menjadi pemilik rumah?
7. Kenapa kita tidak memiliki perkhidmatan air, elektrik, telefon, menjadi penulis yang menghasilkan karya-karyanya agar orang juga memberikan kita wang-wang mereka?

Kesimpulannya......masyarakat kita selalu kekurangan wang kerana kita berkerja UNTUK orang lain. Kita kerja mencari duit, tetapi akhirnya duit-duit kita itu kita serahkan pada orang....Kenapa kita tak cipta SATU PERNIAGAAN (PRODUK/PERKHIDMATAN) bagi membolehkan orang lain pula memberikan duit-duit mereka itu kepada kita????

Sama-samalah kita fikirkan dan mulakanlah sekarang. Carilah apa kelebihan yang ada pada kita dan ciptakanlah sesuatu produk ataupun perkhidmatan yang mana dengan adanya produk dan perkhidmatan kita itu KEHIDUPAN MASYARAKAT INI MENJADI LEBIH MUDAH DAN SENANG......InshaAllah akan ada orang yang akan membeli/menggunakannya dan sumber kewangan kita juga akan menjadi bertambah baik......

Read more...

Ilmu Isi vs Ilmu Kulit?

Assalamualaikum warahmatullah, pagi ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai KLASIFIKASI ILMU ataupun bahasa mudahnya pengkelasan ilmu/jenis-jenis ilmu. Secara umumnya (apa sahaja ilmu) akan terbahagi kepada 3 iaitu; ILMU KULIT, ILMU ISI DAN ILMU BIJI.....

Secara peribadi, sebenarnya saya kurang bersetuju dengan pengkelasan ilmu ini, tetapi mungkin orang-orang terdahulu melihat kelas-kelas manusia/tahap-tahap pemikiran manusia yang berbeza-beza ( contohnya.........1. kanak-kanak/permulaan/kulit, 2. remaja/pertengahan/isi, 2. dewasa/kematangan/biji), maka mereka mengkelaskan ilmu-ilmu tertentu untuk golongan sasaran tertentu sahaja walaupun hakikat sebenarnya adalah ILMU ITU SATU kerana semuanya bersumberkan daripadaNYA; Al-Quran dan Sunnah RasulNYA..

Contoh 1 (Dividen dan Inflasi)

Ilmu kulit....Jika Cik Puan Tuan balik ke kampung halaman dan ingin bercerita mengenai dividen dan inflasi kepada orang kampung; maka ilmu/bahasa yang perlu digunakan bagi menggantikan perkataan 'dividen' adalah DUIT ITU AKAN MENINGKAT NILAINYA.....dan kata ganti untuk 'inflasi' adalah DUIT ITU AKAN MENYUSUT NILAINYA......Mengapa dan kenapa? Usahalah dibicarakan lebih detail kerana itu akan lebih menyulitkan pemahaman mereka nanti.....kecuali mereka memang boleh memahami bahasa-bahasa ekonomi yang digunakan...

Ilmu isi....adalah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan 'dividen' dan 'inflasi' itu sendiri...Apa maksud dividen dan inflasi? Kenapa adanya dividen dan inflasi? Bagaimana ingin meningkatkan dividen dan mengurangkan inflasi dan sebagainya....

Ilmu biji pula adalah...bagaimana kita boleh mencipta/mengawal sendiri permainan 'dividen' dan 'inflasi' ini. Bagaimanakah caranya? Bolehkah kita mengawal dividen dan inflasi? Boleh kawan....Ada caranya, saya tinggalkan dulu persoalan 'cara' ini?

Contoh 2 (Perkataan 'hebat')

Ilmu kulit.....Jika Cik Puan Tuan bercakap dengan anak-anak kecil ataupun budak-budak sekolah, selalulah memuji-muji mereka dengan menyatakan mereka hebat, bijak, pandai, tangkas dan sebagainya......kerana kanak-kanak memang suka dipuji, mereka akan lebih bermotivasi dan akan lebih bersemangat untuk menerokai kehidupan ini, inshaAllah....

Ilmu isi.....Apabila kanak-kanak ataupun anak-anak sekolah ini telah meningkat dewasa, dan mulai mengenal hakikat kehidupan ini...maka katakanlah DIA YANG MAHA HEBAT....kita; saya cik puan tuan pembaca semua tidak hebat...Dia yang Maha Hebat...Jadi bergeraklah dengan kehebatan yang dikurniakanNYA ini....

Lagi sekali saya ulang.....Kita memang tidak hebat dan tidak akan sesekali hebat, tetapi DIA lah yang Maha Hebat yang memberikan kita akal fikiran, kesihatan tubuh badan, kecerdasan mental dan fizikal, udara yang menyegarkan dan seribu satu macam kenikmatan daripadaNYA ini....Jadi bergeraklah dengan kehebatan kurniaanNYA ini, dan bukannya dengan kehebatan kita...kerana kita memang tidak hebat...tetapi DIA yang Maha Hebat...

Ilmu biji.....berapa ramai orang yang mempunyai akal, tetapi tidak mahu berfikir....Siapakah yang menggerakkan kita untuk berfikir??? DIA....berapa ramai orang yang mempunyai kaki seperti kita tetapi tidakpun boleh berjalan...siapakah yang membolehlah kita berjalan??? DIA...berapa ramai orang yang mempunyai mata seperti kita, tetapi tidakpun boleh melihat dan memandang seperti kita. Siapakah yang membolehkan kita melihat dan memandang??? DIA

(Tolong baca artikel dan ulasan-ulasan saya sebelum ini untuk lebih memahamkan konsep ini)http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/11/you-get-some-you-lose-some.html

Dan akan ada orang yang akan berkata....'Ada lagi Tuan, ilmu 'biji dalam biji' dan sebagainya'... Cukuplah jika saya katakan semakin banyak kita belajar SEMAKIN BANYAK KITA AKAN RASA KEKURANGAN DAN KEKERDILAN DIRI, dan

semakin banyak kita belajar SEMAKIN BANYAK KITA RASA KENIKMATAN-KENIKMATAN YANG DIKURNIAKANNYA INI DAN KEHEBATAN-KEHEBATAN-NYA INI..........dan ilmu itu hanyalah bersumberkan daripadaNYA melalui perantara kitab-kitabNYA dan rasul-rasulNYA........

Jadi nasihat saya kepada diri saya sendiri dan kepada pembaca semua, jika kita ingin berhujjah/bersembang/berbual-bual dengan seseorang ataupun ingin menjawab persoalan-persoalan seseorang, lihatlah dimana/setakat mana KEMAMPUAN AKALNYA UNTUK MENERIMANYA.......

Jika anak-anak kecil bertanya daripada mana 'dia datang'...Usahlah diceritakan tentang persenyawaan sperma daripada testis+ovum daripada ovari....kerana mereka sesekali tidak akan memahaminya. Ajarkanlah setakat mana akal mereka mampu menerimanya.....

Dan sebelum mengajar orang/sebelum berkongsi ilmu dengan seseorang, sudah pastinya........KITA SENDIRI YANG PERLU BELAJAR DAN PERLU TAHU TERLEBIH DAHULU ILMU-ILMU itu.....Kesimpulannya:

1. Sama-samalah kita belajar dan terus belajar walaupun di mana kita berada sekarang; walaupun mungkin kita sekarang adalah Tun Tan Sri Dato Sri Prof Emiritus Ir Engr Dr AlHafiz AlHaj/TURUS/multibilloinnair businessman...kerana semakin banyak kita belajar semakin kita rasa kekurangan dan kekerdilan diri ini.......dan

2. Sama-samalah kita mengajar/menyampaikan (walau dengan apa cara/medium sekalipun). Orang kampung dengan cara kampung, orang bandar dengan cara bandar, orang hulu dengan cara hulu...tiada salahnya kerana itu hanyalah MEDIUM ataupun perantaranya sahaja... kerana semakin banyak kita mengajar dan menyampaikan inshaAllah semakin KUAT PEMAHAMAN kita....dan SEMAKIN BANYAK KITA MENGAMALKAN ILMU-ILMU YANG KITA TAHU, SEMAKIN BANYAK ILMU-ILMU BARU YANG AKAN SAMPAI kepada kita, inshaAllah

3. Selalulah bersangka baik padaNYA dengan setiap apa yang berlaku; telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku...kerana DIA MAHA MENGETAHUI dan Lebih Mengetahui apakah yang terbaik untuk kita, hambaNYA ini....

Moga ada manfaatnya dan sampai jumpa lagi inshaAllah

Read more...

Insurans bukan untuk agen

Friday, December 18, 2009

Assalamualaikum warahmatullah; kepada semua pengunjung yang dihormati sekalian dan juga kepada semua penduduk alam ini. Terlebih dahulu SELAMAT TAHUN BARU 1431 HIJRAH saya ucapkan kepada semua. Moga tahun baru hijrah ini memberikan lebih sinar dan kebahagian kepada kita dan umat-umat ini inshaAllah

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai tips memilih insurans....

1 saja tip penting yang ingin saya kongsikan bersama adalah INSURANS BUKAN UNTUK AGEN...insurans adalah untuk pemilik polisi insuran tersebut, ataupun dengan kata lain untuk kita semua ini lah...

Jadi jangan sesekali mengambil ataupun membeli polisi insurans hanya semata-mata kerana saudara mara ataupun kenalan rapat Cik Puan Tuan yang menjadi agennya......tetapi ambillah insurans sebab MEMANG CIK PUAN TUAN PERLUKANNYA..........Jangan buat sesuatu kerana orang; kerana agen, kerana orang lain dan kerana selain daripadaNYA, tetapi buatlah sesuatu kerana memang Cik Puan Tuan perlukannya dan juga keranaNYA....

Jika KEBETULAN agen tersebut adalah saudara ataupun kenalan rapat Cik Puan Tuan....maka tiada salahnya membeli polisi dengan mereka......tetapi jika mereka menjual polisi ataupun menjadi agen hanya semata-mata SEBAGAI KERJA SEMENTARA SEBELUM MENDAPAT KERJA TETAP YANG LAIN....ataupun sebelum mendapat kerja lain yang lebih baik untuk dirinya....nasihat saya jangan ambil polisi tadi dengannya, ambillah polisi dengan agen insuran lain yang lebih komited, yang memang menjadi agen insurans secara PROFESIONAL......

Jika Cik Puan Tuan ingin membantu saudara ataupun kenalan rapat tadi....bantulah ia dengan cara lain yang lebih sesuai; mungkin dengan memberikan modal ataupun sumbangan peribadi kepadanya sebagai persediaan untuk dirinya mencari kerja tetap/kerja lain yang dirasakan lebih baik dan lebih sesuai untuk dirinya............dan bukannya dengan cara membeli insurans dengannya yang hanya semata-mata untuk memberikannya komisen agen.

Itu hanya akan meletakkan dirimu dalam risiko apabila dia memperolehi kerja lain dan tidak mahu lagi menjadi agen insurans.........Ya betul boleh saja polisi itu dijaga dan dipindahkan kepada agen lain, tetapi mengapa tidak mengambil dan berurusan dengan agen lain yang memang lebih komited dan lebih profesional sedari awal???

Kesimpulannya.....lagi sekali INSURANS BUKANLAH UNTUK AGEN...tetapi insurans adalah untuk dirimu kawan.....insurans adalah untuk kita; pemilik-pemilik polisi insurans ini.......Jadi pilihlah perlindungan macam mana yang kita perlukan untuk melindungi diri kita, keluarga dan harta-harta yang dipinjamkan kepada kita ini.....dan ingatlah juga SEBAIK-BAIK PERLINDUNGAN ADALAH PERLINDUNGAN DARIPADANYA.....

Moga ada manfaatnya dan sama-samalah kita tingkatkan jumlah perlindungan selari dengan pertambahan ahli keluarga, tanggungan dan juga 'pinjaman' daripadaNYA ini.

Sama-samalah juga kita perbaharui azam dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Moga tahun baru 1431Hijrah ini memberikan lebih rahmat dan keberkatan kepada kita dan juga alam ini, khususnya kepada negara yang kita cintai ini......sampai jumpa lagi inshaAllah

Read more...

Bahaya Penyakit 'Aku Hebat'

Sunday, December 13, 2009

Salam buat pengunjung yang dihormati sekalian. Sesiapa yang inginkan CF101 boleh rujuk entry ini http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/10/rich-dad-cf101-202-e-game.html. Ada seorang pengunjung yang menjualnya. Boleh berhubung terus dengan pengunjung tersebut, Tuan Izhar namanya, ada no telefon dan email diletakkan oleh beliau....

To be frank saya tidak mengenali Tuan Izhar, tetapi saya mengenali CF101, dan CF101 adalah salah satu tools ASAS kewangan dan pelaburan yang cukup baik untuk dijadikan panduan dan rujukan seisi keluarga. Nasihat saya jika Tuan Puan adalah pelabur ataupun perunding kewangan, ataupun individu yang meminati dan terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak dengan kewangan dan pelaburan.....BELILAH GAME INI....beli, explore dan main sendiri. Kalau modal tak cukup, beli e-game dahulu pun tak apa..Dah cukup modal, dah tahu selok belok game nya nanti bolehlah beli gameboard nya pula...

Maximum player adalah 7 orang termasuk banker...Boleh rujuk 2 artikel ini sebagai panduan dan rujukan http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/07/cahflow-e-game-2_28.html dan
http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/08/cahflow-101-boardgame-5-jemputan.html

Sebagai panduan pengunjung juga, jika Tuan Puan berurusan dengan pembelian secara online, berurusanlah dengan BIJAK.....Pastikan term & condition nya dipatuhi...To be frank juga, saya tidak pernah berurusan dengan Tuan Izhar, tetapi harap saya harga yang ditawarkan itu adalah harga yang termasuk semua sekali item yang terdapat dalam CF101....Sebagai makluman, gameboard CF101 itu mempunyai:

1. gameboard/papan permainan
2. 3 biji dadu
3. 6 sets of rate, cheese and coins (10 coins)
4. 3 CDs
5. 1 manual
6. 1 set of money (dari $1 hingga ke $1 000 000)
7. 1 set of balance sheet and income statement
8. 4 sets of cards (small deals, big deals, the market and doodad cards)
9. 1 set of profession (janitor, doctor, teacher etc)
10. pencils

Sebenarnya tajuk hujung minggu ini adalah 'bahaya penyakit 'aku hebat''......bukannya pasal CF101.........CF101 telah saya tinggalkan, e-game ada seorang kawan yang pinjam, gameboard ada di sini untuk digunakan oleh sesiapa yang ingin menggunakannya. Setakat hari ini saya belum berkesempatan untuk menganjurkan permainannya kembali.......

Moral of the story...ketika orang anjur percuma tu datanglah beramai-ramai, kerana KEHIDUPAN KITA AKAN SENTIASA BERUBAH DAN SENTIASA BERGERAK PANTAS......Saya telahpun meninggalkan CF101, sekarang saya memasuki fasa lain kehidupan, tetapi jika berkelapangan saya cuba luangkan waktu untuk anjurkannya, inshaAllah....

Apa yang ingin saya kongsikan hari ini adalah........Di dalam sesuatu organisasi; apa saja nama organisasi itu; koperasi, IPT, persatuan, pertubuhan, badan berkanun dan sebagainya, jika ada sesiapa yang merasakan 'dia hebat dan pandai' maka organisasi itu akan lingkup dan bungkus...(orang itu sudah pasti akan lingkup dan bungkus)........

Alasannya:

1. Hanya DIA yang Maha Hebat dan Pandai
2. Selagi kita namanya makhluk; kebolehan, kemampuan, kebijaksanaan dan apa saja yang ada pada kita adalah TERBATAS.......Kita tidak akan sesekali boleh mahir dalam semua benda
3. Apa saja yang ada pada kita ini juga adalah bersifat PINJAMAN yang sementara. Bila-bila masa saja TUANNYA boleh ambil balik....
4. Hati-hati kita ini juga dan semua yang ada pada kita juga adalah hak dan milikNYA...Bila-bila masa saja DIA boleh ambil balik dan bila-bila masa saja DIA boleh bolak-balik kan hati-hati ini........

Sebelum saya akhiri artikel ini.....Saya ingin bertanya......

1. Sebelum Cik Puan Tuan dilahirkan ke dunia ini, pernahkah Cik Puan Tuan memohon/berdoa/meminta kepadaNYA untuk dilahirkan di sini sebagai seorang yang mempunyai.....mungkin seperti di bawah:
(a) Akal yang pantas dan tangkas
(b) Dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya dan harmoni
(c) Dilahirkan dalam keturunan yang baik-baik dan dihormati

Apa yang saya ingin tegaskan adalah........sebelum dilahirkan TIADA SEORANG PUN DI DUNIA INI YANG MEMOHON KEPADANYA UNTUK DILAHIRKAN DALAM KEHINAAN, KEAIBAN DAN KEKURANGAN....hatta bayi/anak luar nikah itu juga kalau diberikan pilihan, tidak mahu dia lahir daripada rahim ibu penzina.............dan sebelum dilahirkan juga KITA TIDAK PERNAH MEMINTA KEPADANYA UNTUK DILAHIRKAN SEBAGAI KAUM/BANGSA APA....dan juga AGAMA APA......

Semuanya telah ditentukan olehNYA....Jadi bersyukurlah dengan setiap pemberianNYA..dan HORMATILAH SEMUA ORANG walau apa agama, bangsa dan keturunannya sekalipun....hatta anak luar nikah yang Cik Tuan Puan atau masyarakat kita ini rasa kotor sekalipun...kerana bayi itu juga adalah seperti kita...tidak pernah memohon/meminta kepadaNYA untuk dilahirkan daripada rahim ibu/keturunan yang sebegitu...

Kesimpulannya.....

1. Lagi sekali (telah berkali-kali saya sebutkan dalam artikel yang lepas-lepas)....TOLONG HORMATI SEMUA ORANG...walau apapun agama, bangsa, keturunan, taraf hidup, pekerjaan, warna kulit, taraf pemikiran, taraf sosial orang tadi......kerana KITA SEMUA ADALAH MAKHLUK/HAMBANYA.....Kita semua adalah sama disiniNYA, yang membezakan kita adalah amalan-amalan hidup kita dan ketakwaan kita kepadaNYA sahaja

2. Hormatilah semua orang kerana setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri......dan setiap orang ada prinsip-prinsip kehidupannya yang tersendiri yang perlu kita hormati dan patuhi...

3. Hormati juga semua mahluk ciptaanNYA yang lain seperti haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan.........kerana mereka juga adalah makluk seperti kita (malahan mungkin mereka lebih baik daripada kita kerana mereka sentiasa bertasbih dan mengingatiNYA, mereka tidak pernah ingkar kepada perintahNYA, hujan dan panas mereka (pokok-pokok) tetap juga di situ...kita???)

di sana nanti juga belum tentu kita akan lebih baik daripada makhluk-makhluk ini yang kita sangkakan lebih rendah darjatnya di sini......

4. Makmurkan kehidupan kita di sini sebaik-baiknya....Tolong hormati semua orang dan tolong hormati dan sayangi mahkluk lain juga.......Jangan sesekali lakukan kerosakan di muka bumi ini, jangan sesekali kutuk binatang dan tumbuh-tumbuhan, jangan sesekali sengaja patah-patahkan ranting-ranting pokok tanpa sesuatu alasan yang munasabah.....

5. HORMATI DAN SAYANGILAH SEMUA ORANG, hormatilah dan sayangilah semua makhluk lain...moga kita juga akan dihormati dan disayangi oleh orang lain dan makhluk lain inshaAllah

Read more...

Nasihat Buat Orang Kebanyakan

Friday, December 11, 2009

Salam

'Tuan, apakah nasihat terbaik untuk orang kebanyakan?'

'Nasihat terbaik untuk orang kebanyakan adalah JANGAN JADI ORANG KEBANYAKAN....'

Baca artikel ini untuk lebih memahaminya maksudnya http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/09/dont-be-average.html

Read more...

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP