Mengapa Perlu Pilih?
Saturday, August 29, 2009
Salam, mungkin anda pernah dengar soalan/ungkapan ini, ‘Manakah yang lebih bagus antara wang dan bahagia?’ ataupun ‘Manakah yg lebih baik antara keluarga dan kerjaya?’ ataupun ‘Susahnya nak pilih antara ibu dan isteri’
Ok, persoalannya kenapa anda PERLU PILIH??? Kalau dua2 perkara itu bagus & baik utk anda, kenapa anda tidak ambil kedua2nya sekali. Kenapa perlu pilih sedangkan anda mampu mendapatkan keduanya. Contoh:
1. Wang dan bahagia: Kenapa perlu pilih? Ambil lah keduanya. M/mana caranya? Carilah wang/harta dengan cara yang HALAL & belanjakan dengan cara yang HALAL. Insya’Allah anda akan bahagia. Kenapa orang yang ada banyak harta/wang x bahagia?? Kerana diperolehi dan dibelanjakan dengan cara yang tidak halal/was2
2. Keluarga dan kerjaya: Mengapa perlu pilih. Bukan ke kedua2 bagus & bermanfaat utk anda. Caranya pilihlah kerjaya yang tidak mengabaikan keluarga anda sebagai contoh mungkin home business, online business, pensyarah, mungkin juga cikgu, kerja sendiri (businessman), PTD, pengarah @ kerja2 lain yang anda fikirkan bagus untuk anda dan keluarga anda.
3. Ibu dan isteri/pasangan (bagi yang belum/sedang merancang utk berkahwin): Lagi sekali mengapa perlu pilih??? Keduanya membahagiakan anda. Jadi cari/pilihlah pasangan yang direstui ibu & keluarga anda.
Contoh ke 4. Contoh ini agak popular sewaktu temuduga:
4. Katakanlah anda ada 1 tugasan yang perlu diselesaikan dipejabat (projek juta2) & dalam masa yang sama anda mendapat panggilan telefon dari kg menyatakan ibu @ ahli keluarga anda sedang sakit. So, apa yang anda patut buat???? Selesaikan tugasan (kerjaya) ataupun kembali ke kg (keluarga)......Jeng3 (ni killer soalan ni masa temuduga-utk adik2 yg masih belajar @ sedang mencari pekerjaan. Ini jawapannya ye)......................Jawap kat penemuduga tu, anda nak KEDUA2NYA. Caranya? Caranya tengok keadaan. Kalau keluarga anda tenat, then cari org lain gantikan tugasan anda. Kalau boleh tunggu, then selesaikan tugasan anda dulu, kemudian baliklah ke kg. Kalau dia tanya lagi ‘kalau dua2 perlu selesaikan segera, tugasan tak ada pengganti & keluarga tenat’................Disini perlunya kebijaksanaan anda dlm memberikan jawapan........Kalau tiada pilihan, then pilihlah SESUATU YANG MEMANG ANDA TIADA PILIHAN (hehe, xfaham yeee, baca sambungannya lagi...)
Ibu, bapa & keluarga anda bukan pilihan anda. Anda tidak boleh MEMILIH MEREKA. Mereka dan anda ditakdirkan untuk bersama. Manakala kerjaya, bos, pangkat adalah pilihan. Anda boleh pilih kerjaya yang anda suka & minat, bos & pangkat juga boleh bertukar ganti. Jadi pilihlah 1. SESUATU YANG ANDA TIDAK BOLEH PILIH, dan 2. Sudah tentunya perkara2 lain yang boleh dipilih & sentiasa berubah.........(Sebenarnya penemuduga ni bukannya nak tahu jawapan anda BETUL ataupun SALAH, yang dia nak tahu adalah apa PENDIRIAN dan PRINSIP anda, dan bagaimana ANDA MEMPERTAHANKAN PRINSIP TERSEBUT)
Ok, cukuplah setakat itu yee....Ini teorinya. Apa pula praktikal utk action plan aku???? Hehe...Mau tau ke??? Ok aku share skit untuk situasi aku
1. Mengapa aku perlu pilih antara Senior Lecturer dan PhD, sedangkan aku mampu buat & dapatkan kedua2nya. So aku merencanakan untuk mendapatkan keduanya. 1 dah dapat ALHAMDULILLAH & 1 kena hold, xpe.... Aku akan teruskan perancangan lain (plan C, plan D dsb)
2. Mengapa aku perlu pilih antara Prof Dr Lukeman dan passive income, sedangkan aku mampu memperolehi keduanya. Rancangan sedang dibuat ke arah itu. Apa keutamaanya?? Sudah tentunya PhD sebab PhD aku bergantung pada banyak pihak; penaja, majikan dsb. Passive income bila2 boleh bermula. Ada ILMU, MODAL, MASA, PELUANG then bermulalah, anytime, anywhere. (lagi cepat bermula, lagi cepat capai bebas kewangan). Bijak2kanlah diri mengambil peluang. Mungkin ada yang akan tanya aku, kenapa perlu kedua2nya, kenapa xambil satu je??? Jawapannya adalah KEPUASAN. Kepuasan dalam berkerjaya, kepuasan dalam memanfaatkan kelebihan diri, kepuasan dalam memanfaatkan peluang, kepuasan dalam memberikan manfaat kepada masyarakat, kepuasan dalam kehidupan dan kepuasan dalam membuat sesuatu yang kita suka....
3. Passive income: Mengapa aku perlu pilih antara TANAH, EMAS, RUMAH & SAHAM sedangkan aku boleh dapatkan kesemuanya, haha..macammana tu?? Rakusnya bunyi?? :).....Disinilah perlunya kebijaksanaan merancang KEUTAMAAN. Apa yang lebih utama bagi anda? Apa yang lebih utama bagi aku? Yang ini perlu kelas tambahan lain...
Kesimpulannya, mengapa perlu pilih sedangkan anda mampu mendapatkan kedua2nya/semuanya. YAKINLAH dengan potensi dan kehebatan diri anda. Insya'Allah anda/kita semua mampu menggapai awan.
Sampai di sini dulu, moga dapat manfaat, Insya’Allah jumpa lagi & selamat meneruskan ibadah di bulan puasa
6 comments:
Salam Luke.Very good article.Agar dapat membuka banyak minda.
PG
pgtlr.blogspot.com
20rejab.blogspot.com
Artikel yang menarik.... saya mesti pileyyy.... teruskan berkarya....
good info prof...
ayip, amin....cdan, tq for visit
yg mana satu pilihan kalbu~~~
p.ramlee pandai nasihat
belajar tetap belajar man... PHD mesti dicapai....
demi masa depan..
Post a Comment