phd & Kesihatan

Thursday, August 13, 2009

Salam, bila dah start menulis @ berblog ni, banyak betul keluar idea yang nak dikongsi bersama. Aku macam memerahkan otak aku agar berfikir, berfikir & berfikir. Antara yang aku dah dapat solution & nak share dengan semua adalah.

1. Kenapa orang kita @ orang melayu begitu sinonim dengan perasaan hasad dengki (phd). Antara sebab utama yang aku dah kenal pasti adalah kerana kebayakan antara kita adalah kerja makan gaji, xkiralaah swasta ke gomen......Maaf ye orang2 yang makan gaji semua, aku bukan nak cari gaduh @ nak cari musuh......Aku nak cari kawan, nak bina network & nak bina kekuatan ekonomi antara kita, nak orang2 kita sama2 mempunyai sumber ekonomi yang kukuh dan mampu bersaing, mampu berada di puncak kejayaan, bukannya seorang, bukannya 2 orang, tapi semua antara kita.....ya semua sekali antara kita yang ada di sini, sebab peluang itu ada & terbuka luas utk semua & aku dah nampak & insya'Allah aku juga akan grab & aku nak semua orang ambil peluang ini, sebab itu aku nak share......

Selain attack; main propertis, business emas, makanan, pakaian dsb......kita juga perlu defend, menghapuskan sifat2 yang tidak baik yang ada dalam diri & utk mengubah/menghapuskannya kita perlu tau sebab2 nya......Bila dah tau sebab baru senang nak ubah & insya'Allah benda2 yang xelok boleh digantikan dengan benda2 yang elok & bermanfaat...

Bila attack & defend sama kuat baru kita gain goal & xbolos....Itu target aku...Bukannya kita nak gain goal jek, kita nak goal & at the same time kita xnak bolos, xnak ada orang dengki...baru dipanggil menang bergaya...tol x???

So sapa2 yang dah rasa panas. Jangan rasa panas dulu. Nanti aku cite detail bila free nanti apa kaitan phd & makan gaji. Jgn panas2 yeee, aku pun makan gaji cam korang jugak, hehe..

2. Yang ke 2 aku nak share adalah pasal kesihatan. Post aku sebelum ini @ mungkin ramai pun orang dah tahu, pelaburan yg paling penting adalah ILMU. Bila dah ada ilmu macam2 kita boleh buat & ILMU boleh dicari @ dibentuk dengan MINAT. Bila kita minat, kita akan cari & insya'Allah kita akan dapat ilmu yang kita nak & bila dah ada ilmu maka macam2 kita boleh buat & akan cepatlah kita meningkat naik...insya'Allah

Kalau ILMU adalah pelaburan yang paling penting, maka KESIHATAN adalah aset yang paling penting selepas IMAN. Kalau duit berkepuk2 sekalipun dalam bank, rumah bertingkat2, emas berkilo2 xguna jugak kalau kita sakit (adalaa guna tapi berguna utk orang lain yang sihatlaa ie keluarga kita, tapi kalau at the same time kita pun sihat & cergas, maka itu sebaiknya). Nanti aku cite detail di lain kali. Intro pun dah panjang ni, bila masuk isi & point sure lagi panjang nanti. So selalulah jenguk di sini yee....sampai jumpa lagi insya'Allah....

3 comments:

pokli said...

paling penting adalah kesihatan.jom kita bersenam.keluarkan peluh.berlari di taman..jutawan sihat

Anonymous said...

Nice Intro...kita tunggu sambungannya :)

Admin said...

ya2 PokLi...jutawan yg sihat, panjang umur, murah rezeki & sentiasa berbahagia dunia & akhirat, insya'Allah....

Sambungan dah di post, boleh komen& bagi pendapat, xsalah berdiskusi utk kebaikan bersama....

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP