Solid Defend

Tuesday, August 18, 2009

Salam, aku ingatkan nak slow down skit update blog sbb nak banyak2 kan invest utk diri sendiri, tapi tiba2 lak dapat idea baru & kalau xshare, takut idea ni lari lak. So utk kebaikan diri aku (agar sentiasa lekat & dapat amalkan) & juga untuk kebaikan semua baik aku share & tulis.....

Selain kita nak buat duit, nak dapat banyak untung & kaya (samada drp earn income, pasif income, ataupun portfolio income).....kita juga xnak diri kita jatuh miskin & rugi. Ataupun dengan kata lain selain attack for gain, kita juga kena ada strong defend utk protect diri kita & duit kita.....

Contoh...katakanlah anda ada RM10 000 yang anda khaskan utk pelaburan. Then sebagai pelabur berhati2, anda pun melaburlah RM5k dalam unit trust dan lagi RM5k dalam emas. Alhamdulillah pilihan anda tepat selain diversify....Katakanlah emas anda dapat gain 30% (alhamdulillah), tetapi unit trust anda loss 40%........So you are still losing man by 10%....Itu maksud aku selain attact kena bagus, defend pun kena strong....

So camna nak defend yang bagus.....Ini 2 tips penting yang anda perlu ingat & lekatkan dalam MINDA anda kuat2:

1. Tiada orang di dalam dunia ini yang nak anda kaya selain daripada DIRI ANDA SENDIRI, dan yang ke
2. Dalam banyak2 DEAL yang ada, hanya 10% sahaja deal yang akan membuatkan anda kaya & untung, selebihnya akan membuatkan anda rugi & menangis di tengah malam....

Ok, cukuplah pelajaran hari ini yee..Esok kita sambung bab baru pulak...........Apa??? nak contoh lagi, xpuas hati lagi yee....

Ok, contoh real yang anda nampak hari2.....Kajian menunjukkan berapa lama pesara dapat bertahan dengan duit KWSP mereka???? Cuba jawab?? 2-3 tahun sahaja kan....Kenapa:

1. Sebab xde basic financial management: Dapat duit KSWP pegi beli kereta besar & buat rumah besar. Alhamdulillah inilah hasil penat lelah abah kerja 30 tahun dapat juga merasa naik rumah baru & naik kereta baru...Xsampai 5 bulan meninggal dunia sebab sakit jantung & Haji pun xsempat nak pergi.......xdapatlaah nak tolong.........(contohnya sahaja yeee, tiada kaitan dengan yg hidup ataupun yg mati)

2. Ada basic financial planning & ada keinginan nak menggandakan wang tersebut, tapi xde solid defend..... Orang cakap kat SINI bagus labur, dia pun masukkanlah duit, kat SITU pun bagus labur, dia pun masukkan lagi duit.....kat SANA pun bagus jugak labur, masukkan duit lagi........

Adus.....kesedaran kewangan tu dah bagus, tapi kesedaran sahaja tanpa homework akan membuatkan anda RUGI & RUGI & RUGI........percayalah........

Sebab tu kalau agen unit trust datang, agen MLM datang, agen emas datang, agen hartanah datang, agen saham datang (apa2 agen sahajalah)....Cakap pelaburan mereka bagus. Jawapannya yang terbaik dan selayaknya utk anda adalah MUNGKIN BAGUS & MUNGKIN JUGA TIDAK. (Yang pastinya BAGUS untuk kesihatan kewangan agen tersebut, tetapi BELUM TENTU BAGUS utk kesihatan kewangan diri anda)....So m/mana nak tau bagus ke x, pasti ke x?????? Itulah gunanya DIRI anda @ OTAK/AKAL yang Allah kurnikan kepada anda....Sebab tu anda kena ingat dalam dunia ini hanya ANDA sahaja yang nak ANDA KAYA (Adakah anda rasa agen tersebut akan share peluang ini jika dia tidak mendapat apa2 manfaat daipadanya, hahahaha....Mungkin ada, tapi hmmm...susah nak jumpa tuuu, kalau jumpa tu bersyukurlah).............

Agen tersebut xleh gerenti & anda sendiri pun xleh nak gerenti. Tapi anda buatlah homework & kajian. Kaji sepuas2nya, betul ke kalau anda melabur kat sini anda akan dapat return sebanyak itu, belajar & belajar lagi & lagi........Bila anda dah puas hati, dah dan buat kajian secukupnya & anda yakin akan memberikan pulangan seperti yang diharapkan, so melaburlah dengan senang hati.......(bukannya anda melabur kerana agen tu cakap bagus SAHAJA, tetapi yang lebih pentingnya anda telah MEMBUAT KAJIAN DAN HOMEWORK yang selayaknya....So anda nak bagi share/komisen kepada agen tu pun xde masalah, sebab anda yakin return yang anda akan dapat lebih besar drp itu....So, bagilah dengan senang hati untuk kerja2 @ sharing info yang telah mereka lakukan, anda kan kaya & sedang menambahkan kekayaan anda & sedang menuju ke planet jutawan :)...

Contoh lain adalah pemenang loteri...tengok berapa lama dia boleh pegang duit tu???? Orang2 yang mendapat duit dengan mudah, contohnya terima harta pusaka, tanah kena pampasan dengan kerajaan dsb (Memang bukan semuanya & anda pun BUKAN salah seorang darinya, sudah pasti, kerana anda mempunyai protection @ defend yang kuat :) Bagus tu)

Ok, rasanya anda pun boleh tengok contoh2 yang ada disekeliling anda......So, 2 key words untuk membentuk defend kewangan yang kuat adalah, ingat bahawa:

1. Dalam dunia ini tiada yang inginkan anda kaya kecuali DIRI ANDA SENDIRI
2. Dalam banyak2 deal yang ada, hanya 10% sahaja yang akan membuatkan anda KAYA & UNTUNG, so berhati2lah & cari & belajarlah....

p/s:
1. Sebab tu kalau aku dapat email/SMS dari sapa2 yang aku xkenal cakap aku dapat duit ke bonus ke, untung ke....aku delate je....jangan buang masa buat benda2 yang xberfaedah & mengarut. Banyak lagi benda lain yang lebih berfaedah yang perlu anda manfaatkan dengan masa tersebut.......

2. Kalau anda tidak mempunyai modal yang banyak untuk menjadi ACCREDITED INVESTOR, maka jadilah SOPHISTICATED/INTELIGGENT INVESTOR.......Insya'Allah selari dengan pertambahan ilmu, kematangan & modal anda, anda akan naik perlahan2 tetapi dengan KUAT & MANTAP...Sampai jumpa lagi, insya'Allah

2 comments:

~tuah.rimbun~ said...

entry ni mmg bagus... 2 thumbs up.
protect your monies& properties with insurance, ada berani?
do you agree?
insurance for protection, not for investment, believe it...

PG said...

Salam.
Very good info.

`Sharing is caring.
The more you give,the more you get.`

PGTLR
20rejab.blogspot.com

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP