Comfort Zone/Zon Selesa

Sunday, August 16, 2009

Salam, alhamdulillah hasil daripada memaksa/memerah otak untuk berfikir-berfikir & berfikir, maka macam2 masalah dapat diselesaikan. Hebatnya orang2 yang terlebih dahulu menggunakan kapasiti otak mereka sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah dan memajukan diri masing2. Kat sini aku nak share kenapa orang2 yang berjaya (dalam erti kata sehingga kejayaannya boleh dikongsikan dengan orang ramai yang memerlukan/kurang bernasib baik seperti anak2 yatim, orang2 miskin, balu, muallaf dsb...sehingga dapat menubuhkan yayasan, tabungan dsb), seperti Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari (local) & Bill Gate (international).......

Salah 1 sebab utama yang aku kenal pasti adalah COMFORT ZONE/Zon Selesa :) :), believe it or not? Just believe it. I will share with you why comfort zone menyebabkan kita berhenti berfikir & berhenti memajukan diri sendiri & berhenti memberikan manfaat kepada masyarakat...sedangkan kapasiti diri kita boleh pergi jauh lebih hebat dan cemerlang drp sekarang, jauhhhh.........sehingga menjangkau/memberikan manfaat bukan saja pada diri, malahan keluarga, teman2, jiran2, masyarakat, negara & alam keseluruhannya......

Yup, kalau inginkan kejayaan setakat utk diri & keluarga (COMFORT ZONE), ramai orang boleh buat & kejayaan itu xbanyak yg kita boleh dikongsikan dgn masyarakat. Paling banyak pun hari jumaat bolehlaa hulur RM50-RM100 dalam tabung surau (itupun dah banyak tu, biasanya yg aku nampak dlm RM1, Rm5 @ RM10 jee)....Apa kata kalau tiap2 minggu kita boleh sumbangkan RM1000 dalam tabung surau, ada yayasan yg dapat bantu anak2 yatim lagi, dapat menubuhkan sekolah/maktab/institut lagi utk orang2 yang xberkempuan utk belajar di luar......Bukankan hebat namanya tu???...........Adakah anda tidak mempunyai cita2 itu??? Xyakin boleh melakukannya?? baca sampai habis, aku yakin satu hari nanti aku juga akan ada 1 yayasan yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat seluruhnya, insya'Allah & Ya ALLAH kabulkanlah permintaan hambaMU yang dhaif ini......

Ok, balik pada tajuk utama. Apa kaitan comfort zone dengan kejayaan. Kalau kita tengok ramai org yang berjaya bukan terdiri daripada mereka yg scorer masa sekolah dulu (tengoklah member2 disekeliling anda). Sebab apa? Sebabnya mereka yg scorer masa sekolah dulu (A1 addmate, A1 fizik & A1 kimia: kalau 3 ni A1 subjek lain anda rasa dapat berapa :) ), dapat masuk U & scorer lagi kat U & masuk industri/makan gaji (government/private), gaji rm5-rm10k starting, lompat 2-3 kali dapatlah rm15-rm20k gaji, alhamdulillah berjaya juga akhirnya anak emak ini......

Kemudian ada 1 @ 2 biji rumah @ 1 lot banglo yang tunggu masa pencen baru nak pacak naikkan rumah, ada 2 biji kereta (1 MPV sudah tentunya), 4-5 orang anak....yeehaaa...aku sudah selesa, gaji aku cukup utk aku dan keluarga, anak2 aku ada insurance pendidikan, dioarang dapat pergi sekolah dengan baik & alhamdulillah semuanya seperti yang dirancang.....cukup bulan, duitku habis bayar hutang & tiada apa2 tunggakan & circle of the rate race ini pun berulang2 hinggalah kita perturunkan ilmu yang sama kepada anak2 kita & diorg pun repeat.......pusing2 laa kat sini selamanya....

Ok, itu excellent students......Yang average/low student lak camna. Sekolah xpandai, selalu kena kutuk ngan kawan2 & cikgu & selalu kena buli dlm kelas. Masuk U nasib baik dapat grad, itupun 3 sem entend.....Mintak kerja dengan pointer cukup2 makan mmg susahlaa org nak panggil interview.........ada yg terkandas di tengah jalan & yang betul2 ada kesedaran akan memulakan langkah bijak dengan memulakan perniagaan sendiri, mula kecil2an sesuai dengan minat, ilmu & sumber kewangan (nak mintak loan-confirm xdapat), so bermulalah dari bawah...............menggunakan sepenuhnya kapasiti otak yang dikurniakan ALLAH sehingga akhirnya alhamdulillah bukan sahaja dapat memberikan manfaat kepada diri & keluarga, malah dapat berkongsikannya dengan masyarakat........(memang bukan semua yang berjaya, hanya mereka yang terpilih, yg berhati waja & semangat kental sahaja)...

Kesimpulannya, kepada sahabat2 ku yang berada dalam comfort zone, seperti lawyer, accountant, engineer, PTD, banker, lecturer, DR, Prof, Ass. Prof, manager, director (tetapi still kategori makan gaji), xde masalah kalau anda nak stay macam tu....pegi kerja-balik kerja, cukup bulan, bayar bil, anak2 dapat pergi sekolah dengan senang hati, dapat bagi mak kat kg rm500, protection insurance pun cukup...................xde masalah, itu pun dah cukup bagus, excellant & marvellous............tetapi jika anda berhenti setakat itu, anda akan rugi... kerana kapasiti otak anda sebenarnya boleh pergi JAUH, JAUH & JAUH lebih hebat daripada diri anda sekarang (sekiranya anda memanfaatkan nikmat Allah ini sepenuhnya)........percayalah......manfaat yang akan anda perolehi itu akan tersebar luas sehingga melimpah kepada masyarakat...

p/s: Tan Sri Syed Moktar Bukhari kata, kalau dia nak balik kg....berehat....xjadi masalah, duit & harta dia dah cukup banyak & dah xhabis nak makan. Tapi kita nak makan sebanyak mana, kita nak dok dalam rumah sebesar mana & kita nak bawa kereta sebesar mana. Sampai satu tahap, kita akan rasa cukuplah dengan apa yang kita dah ada..............Tapi kalau kita berhenti berkerja & balik kg, rehat, alangkah ruginya, sedangkan manfaat yang kita dapat sumbangkan (kalau kita masih teruskan berkerja & berfikir), dapat dinikmati hasilnya oleh orang ramai yang masih memerlukan...........ruginya kalau xmanfaatkan sepenuhnya kapasiti & kebolehan diri masing2...

8 comments:

Kembara Insan said...

Bagus. Teruskan usaha anda.

pokli said...

kawe suko entry demo kali ni.superb.

Rohaniah Noor said...

bukan golongan professional je yg berada dlm comfort zone.
ramai juga pekerja kilang dan kakitangan kerajaan bawahan yg macamtu..ia lebih kepada sikap individu sendiri dan persekitaran mereka.
kepada mereka, golongan yg sentiasa berusaha menambah pendapatan macam lukeman dan kawan2 ni dipandang serong. mereka kata, "duit bukan bawa ke mati. ada duit banyak2 buat apa.. org kaya tu tak semstinya gembira".

kalau mcm kami perempuan yg sibuk berusaha ni kena kutuk lagi teruk.
"sibuk nak kaya, untungla suami nanti.. just cuci kaki".
please, sori la..

~tuah.rimbun~ said...

comfort zone aku dah berlalu..
hehe....
aku dalam usaha nak keluar dr comfort zone & rat race...

Admin said...

tq semua..rohaniah minta diorg visit http://ylukeman.blogspot.com/ :)....

Aku sebenarnya post entry ini sebab nak bakar semangat:
1. Aku sendiri
2. Abang2 aku
3. Sahabat2 aku & dan
4. Semua yang ada dlm comfort zone
supaya semuanya sedar dan bangkit bangun memajukan diri masing2...

Katakanlah bulan ni kita boleh bagi RM10 tiap2 kali jumaat kepada masjid. So kita target nextmonth kita nak bagi RM20, next 2 month kita nak up lagi RM30....dan seterusnya sampailah boleh bagi RM1000/minggu & sampai boleh tubuhkan yayasan (katakanlah yayasan Lukeman Yusoff, amin)....

So m/mana nak buat?? M/mana nak menggandakan duit tadi? Kalau harapkan gaji confirm xleh increment 100% camtu :)....Tentulah kena melabur & pelaburan macam mana yg boleh bagi return sebanyak itu?? Interested?? Nak tau jawapannya?? Tunggu & baca next entry aku "RM100K, di mana harus dilaburkan" :) hasil daripada kajian & pemikiran hamba yg dhaif ini

asraz said...

Bagus artikel2 ni...semua ttg ilmu mcm post sebelum ni...aku rasa betul mcm ko cakap x rugi beli buku untuk tambah ilmu...kalau setakat 10% utk beli buku menambah ilmu (bukan setakat novel je tau) dari gaji bulanan, apa la sgt demi dapatkan pendapatan tambahan...

Admin said...

Zul, tq for visit. Balik Kelate x raya nanti?

PokLi, entry demo lagi superb :)

Tuah rimbun sedang merencanakan utk keluar drp rat race...wow, moga anda berjaya, biar cepat asalkan selamat :), nanti free2 kita layan CF101 lagi :)

asraz betul tu..kena cari ilmu banyak2, baru kita akan superb & pantas bertindak. Masalah kebanyakan org kita sebelum ni itulaa, nak kaya cepat & pantas, tapi xnak keluar duit utk belajar @ beli buku..akhirnya terbabas...Harap2 moga kita semua akan back on track & moga lebih maju.....

liza said...

wow...interesting ;)...well done my dear.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP