Azizi Ali vs ChefLi

Wednesday, August 26, 2009

Salam, kalau anda baca artikel sebelum ni ‘Comfort Zone’ dan juga ‘RM100K, dimana harus dilaburkan?’, ianya lebih fokus kepada bagaimana jika sekarang anda berada dalam comfort zone ataupun anda yg telah mempunyai modal untuk bermula. Tapi bagaimana jika anda sekarang tidak mempunyai modal? Anda ada kesedaran kewangan dan pelaburan, tapi modal yang anda ada adalah terhad & +CF anda bulan2 juga terhad, kadang2 boleh simpan RM100 je, kadang2 langsung tiada simpanan, contoh yang terdekat adalah students, staff2 sokongan seperti kerani, officeboy, despatch dsb. Anda mempunyai kesedaran kewangan & pelaburan, tapi modal anda terhad???? Baca sampai habis insya’Allah anda pun boleh bergerak sama utk memajukan diri.....

Katakanlah anda student/kerani yang mempunyai modal yg cukup terhad. Apa yang perlu/boleh anda lakukan agar anda juga dapat meningkat naik sama macam org lain?

1. Gandakan modal tersebut. Cari modal banyak2 dulu, kemudian baru invest/laburkan

Macam mana nak cari/gandakan modal? BERNIAGA. Ya berniaga kerana 9/10 rezeki adalah drp perniagaan:

1. Katakanlah sekarang anda ada RM100 sahaja dalam tangan. Apa yang anda boleh buat (sebagai contoh), anda pergi ke distributor kurma, beli sekotak kurma RM50 (yg 5kg-harga dulu, sekarang mungkin dah naik). Kemudian anda beli plastik putih & stapler, anda paketkan kecil2 & jual balik di taman anda/hostel. Katalah di cafe dijual RM5/ paket, anda jual yg anda punya RM4.5/1 paket. Nak lebih menarik, jual RM4.5/1 paket & tambahkan lagi 1 paket (contohnya ada 3 biji kurma) sebagai free gift/hadiah. Beli 1, hadiah 1..... ;)

Kawan, perniagaan bukannya memerlukan modal yang besar. Perniagaan adalah SENI. Seni bagaimana nak menggandakan RM1 kepada RM2, RM2 kepada RM4, RM10 kepada RM100 dan seterusnya. Jangan anda ingat hanya orang yang modal besar sahaja boleh berniaga...Contoh lain:

2. Katakanlah anda seorang yang pemalu, tapi anda pandai membuat kek ataupun roti. Then belilah 1 oven & belajar cara m/mana nak buat roti. Katakanlah 1 mlm anda boleh buat 3 roti & OTW pergi kerja anda letakkan roti anda itu di cafe/di stesen minyak/di kedai runcit depan rumah (buatkan roti anda itu special drp org lain punya). Balik office anda collect lah hasilnya. Discuss dengan tuan kedai elok2 m/mana nak share untung. Bila anda dah start buat untung sikit2, then letaklah branding pada roti tersebut & kalau permintaan semakin tinggi tingkatkan pengeluaran anda...

2 contoh di atas adalah contoh utk skala kecil, ataupun bagaimana hendak bermula. Katalah anda dah lalui proses tersebut & nak kan untung yang lebih besar. Maka, bukalah gerai sendiri contohnya di bulan Ramadhan ini, pasar Ramadhan, pasar pagi, pasar malam, pasar tani dsb......MALU????? Anda nak berjaya ataupun tidak? Kalau anda selesa dengan kehidupan sekarang, then berhentilah membaca, tips ini tidak sesuai utk anda. NANTI APA PULA ORANG KATA??? Kawan, sejak bila orang yang berkata2/bercakap belakang/mengutuk anda itu membayar bil2 rumah anda, membayar kereta anda & membayar lampin pakai buang anak anda...

Yang aku nak tekankan di sini adalah berniaga TIDAK SEMESTINYA MEMERLUKAN MODAL YANG BESAR. Berniaga adalah seni untuk menggandakan duit/keuntungan. Contoh lain ye:

3. X-bos aku, pesara kerajaan. Memulakan business dengan mengeluarkan semua duit KWSP. Kemudian terpaksa kembali berkerja kerana modal perniagaan tersebut HABIS/HANGUS. TERPAKSA KEMBALI BERKERJA untuk meneruskan kesinambungan kehidupan. Anda rasa apa pangkat dia dlm active income????????????? Dato’ Prof Dr..... Yup, Dato’ Prof Dr.....So anda bayangkan berapa banyak modal KWSP yang dia ada & betapa terbuktinya dia hebat sebelum ini......tetapi belum tentu hebat dalam perniagaan kalau JUMP the normal step..

So, kesimpulannya, untuk berjaya dalam perniagaan tidak semestinya memerlukan modal yang besar, tetapi burning desire (keinginan utk berjaya yg meluap2) & skill menggandakan duit tersebut......Anda yang membuat pilihan dan menentukan jalan hidup anda..

Apa pula kaitan antara Azizi Ali dan ChefLi? Buku2 Azizi Ali lebih kepada orang2 dalam ‘comfort zone’ utk bergerak & buku2 ChefLi pula lebih kepada macammana nak memulakan perniagaan @ menjadi usahawan. Kedua2nya hebat, tp utk golongan sasaran yg berbeza. So bacalah kedua2nya & dapatkan idea sebanyak2nya daripada mereka berdua. Insya’Allah moga anda & kita semua bertambah maju & berjaya dari hari ke hari. Moga dapat manfaat & sampai jumpa lagi, insya’Allah...

7 comments:

juruukur said...

man.. aku setuju sangat.. niaga nii adalah seni..

bagi aku laa.. niaga nii sebijik macam belajar naik basikal.. mula-mula tuu kita jatuh laa... luka sini luka sana..

tp lepas tuu.. dah bole meluncur laju..

Admin said...

bila dah boleh meluncur laju tu yg best tu, siap boleh cilok2 lagi :)

tapi kita xleh/xkan dapat meluncur laju jika kita tidak melalui proses luka sana & luka sini itu ;)

ayip said...

aku pong stuju..perniagaan itu satu seni...

mcm aku...aku tak leh meniaga...sbb aku 'buta' seni..

penah aku try meniaga...separuh daripada brg tu..aku sedekahkan..malas nak meniaga...pasai dah cepat boring..

hehehehehe...

ayip said...
This comment has been removed by the author.
pokli said...

hebat ulasan demo...sungguh bermakna
pada pendapat kawe la......setiap org ada dikurniakan BAKAT..kebolehan semulajadi untuk berniaga...tapi kalau tak pandai kita boleh belajar....cerita pasal naik basikal kawe tergelak sbb kawe pernah berniaga apa yg demo tulis masa Di UTM...takkan kawe nak buat balik benda2 yg kawe dah buat dulu....contoh jual nasi lemak RM1....so komisen RM0.20....

so sbb pembacaan..pergaulan...dan mcm2....menyebabkan banyak lagi benda lain untuk buat duit lagi mudah (aka berniaga) ibarat kawe kongsi dengan demo....buat apa kita naik tangga padahal kita boleh naik LIF.....

gunakanlah kebolehan demo untuk "Unlock ur Potential"

bergaul dgn org yg berjaya sedikit sebanyak demo akan berjaya....mcm sifu Juru Ukur....Pie...demo tgk orang yang lebih baik daripada kita....sama mcm kawe.......sapa2 yg lagi HEBAT kawe pergi belajar.....Invest for ILMU

demo jgk tulis...Utk dapat Dunia perlukan ....nak dapat Akhirat pun kena ada ILMU...so....Kuasai Ilmu.....dan kuasai..demo praktikkan...

Admin said...

pokli, demo hebat sebab demo dah jatuh basikal masa kat UTM dulu :p

Tujuan kawe masukkan entry ni sbb ada pembaca/follower kawe yg dlm situasi ini. So kawe nak balance kan antara low/middle/high class agar semuanya sedar bahawa semua orang boleh meningkat maju xkira apa situasi ekonomi dia sekarang, yg penting nak

Admin said...

ayip, meniaga adalah seni & keserasian..Kadang2 kita ada seni tu tp xserasi dengan produk/cara..Mungkin boleh try produk lain, ataupun cara lain...xsemestinya cara konventional, mungkin boleh try cara online. Banyak option yang boleh dicuba sekarang

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP