Mengapa Perlu Pilih?

Saturday, August 29, 2009

Salam, mungkin anda pernah dengar soalan/ungkapan ini, ‘Manakah yang lebih bagus antara wang dan bahagia?’ ataupun ‘Manakah yg lebih baik antara keluarga dan kerjaya?’ ataupun ‘Susahnya nak pilih antara ibu dan isteri’

Ok, persoalannya kenapa anda PERLU PILIH??? Kalau dua2 perkara itu bagus & baik utk anda, kenapa anda tidak ambil kedua2nya sekali. Kenapa perlu pilih sedangkan anda mampu mendapatkan keduanya. Contoh:

1. Wang dan bahagia: Kenapa perlu pilih? Ambil lah keduanya. M/mana caranya? Carilah wang/harta dengan cara yang HALAL & belanjakan dengan cara yang HALAL. Insya’Allah anda akan bahagia. Kenapa orang yang ada banyak harta/wang x bahagia?? Kerana diperolehi dan dibelanjakan dengan cara yang tidak halal/was2

2. Keluarga dan kerjaya: Mengapa perlu pilih. Bukan ke kedua2 bagus & bermanfaat utk anda. Caranya pilihlah kerjaya yang tidak mengabaikan keluarga anda sebagai contoh mungkin home business, online business, pensyarah, mungkin juga cikgu, kerja sendiri (businessman), PTD, pengarah @ kerja2 lain yang anda fikirkan bagus untuk anda dan keluarga anda.

3. Ibu dan isteri/pasangan (bagi yang belum/sedang merancang utk berkahwin): Lagi sekali mengapa perlu pilih??? Keduanya membahagiakan anda. Jadi cari/pilihlah pasangan yang direstui ibu & keluarga anda.

Contoh ke 4. Contoh ini agak popular sewaktu temuduga:

4. Katakanlah anda ada 1 tugasan yang perlu diselesaikan dipejabat (projek juta2) & dalam masa yang sama anda mendapat panggilan telefon dari kg menyatakan ibu @ ahli keluarga anda sedang sakit. So, apa yang anda patut buat???? Selesaikan tugasan (kerjaya) ataupun kembali ke kg (keluarga)......Jeng3 (ni killer soalan ni masa temuduga-utk adik2 yg masih belajar @ sedang mencari pekerjaan. Ini jawapannya ye)......................Jawap kat penemuduga tu, anda nak KEDUA2NYA. Caranya? Caranya tengok keadaan. Kalau keluarga anda tenat, then cari org lain gantikan tugasan anda. Kalau boleh tunggu, then selesaikan tugasan anda dulu, kemudian baliklah ke kg. Kalau dia tanya lagi ‘kalau dua2 perlu selesaikan segera, tugasan tak ada pengganti & keluarga tenat’................Disini perlunya kebijaksanaan anda dlm memberikan jawapan........Kalau tiada pilihan, then pilihlah SESUATU YANG MEMANG ANDA TIADA PILIHAN (hehe, xfaham yeee, baca sambungannya lagi...)

Ibu, bapa & keluarga anda bukan pilihan anda. Anda tidak boleh MEMILIH MEREKA. Mereka dan anda ditakdirkan untuk bersama. Manakala kerjaya, bos, pangkat adalah pilihan. Anda boleh pilih kerjaya yang anda suka & minat, bos & pangkat juga boleh bertukar ganti. Jadi pilihlah 1. SESUATU YANG ANDA TIDAK BOLEH PILIH, dan 2. Sudah tentunya perkara2 lain yang boleh dipilih & sentiasa berubah.........(Sebenarnya penemuduga ni bukannya nak tahu jawapan anda BETUL ataupun SALAH, yang dia nak tahu adalah apa PENDIRIAN dan PRINSIP anda, dan bagaimana ANDA MEMPERTAHANKAN PRINSIP TERSEBUT)

Ok, cukuplah setakat itu yee....Ini teorinya. Apa pula praktikal utk action plan aku???? Hehe...Mau tau ke??? Ok aku share skit untuk situasi aku

1. Mengapa aku perlu pilih antara Senior Lecturer dan PhD, sedangkan aku mampu buat & dapatkan kedua2nya. So aku merencanakan untuk mendapatkan keduanya. 1 dah dapat ALHAMDULILLAH & 1 kena hold, xpe.... Aku akan teruskan perancangan lain (plan C, plan D dsb)

2. Mengapa aku perlu pilih antara Prof Dr Lukeman dan passive income, sedangkan aku mampu memperolehi keduanya. Rancangan sedang dibuat ke arah itu. Apa keutamaanya?? Sudah tentunya PhD sebab PhD aku bergantung pada banyak pihak; penaja, majikan dsb. Passive income bila2 boleh bermula. Ada ILMU, MODAL, MASA, PELUANG then bermulalah, anytime, anywhere. (lagi cepat bermula, lagi cepat capai bebas kewangan). Bijak2kanlah diri mengambil peluang. Mungkin ada yang akan tanya aku, kenapa perlu kedua2nya, kenapa xambil satu je??? Jawapannya adalah KEPUASAN. Kepuasan dalam berkerjaya, kepuasan dalam memanfaatkan kelebihan diri, kepuasan dalam memanfaatkan peluang, kepuasan dalam memberikan manfaat kepada masyarakat, kepuasan dalam kehidupan dan kepuasan dalam membuat sesuatu yang kita suka....

3. Passive income: Mengapa aku perlu pilih antara TANAH, EMAS, RUMAH & SAHAM sedangkan aku boleh dapatkan kesemuanya, haha..macammana tu?? Rakusnya bunyi?? :).....Disinilah perlunya kebijaksanaan merancang KEUTAMAAN. Apa yang lebih utama bagi anda? Apa yang lebih utama bagi aku? Yang ini perlu kelas tambahan lain...

Kesimpulannya, mengapa perlu pilih sedangkan anda mampu mendapatkan kedua2nya/semuanya. YAKINLAH dengan potensi dan kehebatan diri anda. Insya'Allah anda/kita semua mampu menggapai awan.

Sampai di sini dulu, moga dapat manfaat, Insya’Allah jumpa lagi & selamat meneruskan ibadah di bulan puasa

Read more...

Azizi Ali vs ChefLi

Wednesday, August 26, 2009

Salam, kalau anda baca artikel sebelum ni ‘Comfort Zone’ dan juga ‘RM100K, dimana harus dilaburkan?’, ianya lebih fokus kepada bagaimana jika sekarang anda berada dalam comfort zone ataupun anda yg telah mempunyai modal untuk bermula. Tapi bagaimana jika anda sekarang tidak mempunyai modal? Anda ada kesedaran kewangan dan pelaburan, tapi modal yang anda ada adalah terhad & +CF anda bulan2 juga terhad, kadang2 boleh simpan RM100 je, kadang2 langsung tiada simpanan, contoh yang terdekat adalah students, staff2 sokongan seperti kerani, officeboy, despatch dsb. Anda mempunyai kesedaran kewangan & pelaburan, tapi modal anda terhad???? Baca sampai habis insya’Allah anda pun boleh bergerak sama utk memajukan diri.....

Katakanlah anda student/kerani yang mempunyai modal yg cukup terhad. Apa yang perlu/boleh anda lakukan agar anda juga dapat meningkat naik sama macam org lain?

1. Gandakan modal tersebut. Cari modal banyak2 dulu, kemudian baru invest/laburkan

Macam mana nak cari/gandakan modal? BERNIAGA. Ya berniaga kerana 9/10 rezeki adalah drp perniagaan:

1. Katakanlah sekarang anda ada RM100 sahaja dalam tangan. Apa yang anda boleh buat (sebagai contoh), anda pergi ke distributor kurma, beli sekotak kurma RM50 (yg 5kg-harga dulu, sekarang mungkin dah naik). Kemudian anda beli plastik putih & stapler, anda paketkan kecil2 & jual balik di taman anda/hostel. Katalah di cafe dijual RM5/ paket, anda jual yg anda punya RM4.5/1 paket. Nak lebih menarik, jual RM4.5/1 paket & tambahkan lagi 1 paket (contohnya ada 3 biji kurma) sebagai free gift/hadiah. Beli 1, hadiah 1..... ;)

Kawan, perniagaan bukannya memerlukan modal yang besar. Perniagaan adalah SENI. Seni bagaimana nak menggandakan RM1 kepada RM2, RM2 kepada RM4, RM10 kepada RM100 dan seterusnya. Jangan anda ingat hanya orang yang modal besar sahaja boleh berniaga...Contoh lain:

2. Katakanlah anda seorang yang pemalu, tapi anda pandai membuat kek ataupun roti. Then belilah 1 oven & belajar cara m/mana nak buat roti. Katakanlah 1 mlm anda boleh buat 3 roti & OTW pergi kerja anda letakkan roti anda itu di cafe/di stesen minyak/di kedai runcit depan rumah (buatkan roti anda itu special drp org lain punya). Balik office anda collect lah hasilnya. Discuss dengan tuan kedai elok2 m/mana nak share untung. Bila anda dah start buat untung sikit2, then letaklah branding pada roti tersebut & kalau permintaan semakin tinggi tingkatkan pengeluaran anda...

2 contoh di atas adalah contoh utk skala kecil, ataupun bagaimana hendak bermula. Katalah anda dah lalui proses tersebut & nak kan untung yang lebih besar. Maka, bukalah gerai sendiri contohnya di bulan Ramadhan ini, pasar Ramadhan, pasar pagi, pasar malam, pasar tani dsb......MALU????? Anda nak berjaya ataupun tidak? Kalau anda selesa dengan kehidupan sekarang, then berhentilah membaca, tips ini tidak sesuai utk anda. NANTI APA PULA ORANG KATA??? Kawan, sejak bila orang yang berkata2/bercakap belakang/mengutuk anda itu membayar bil2 rumah anda, membayar kereta anda & membayar lampin pakai buang anak anda...

Yang aku nak tekankan di sini adalah berniaga TIDAK SEMESTINYA MEMERLUKAN MODAL YANG BESAR. Berniaga adalah seni untuk menggandakan duit/keuntungan. Contoh lain ye:

3. X-bos aku, pesara kerajaan. Memulakan business dengan mengeluarkan semua duit KWSP. Kemudian terpaksa kembali berkerja kerana modal perniagaan tersebut HABIS/HANGUS. TERPAKSA KEMBALI BERKERJA untuk meneruskan kesinambungan kehidupan. Anda rasa apa pangkat dia dlm active income????????????? Dato’ Prof Dr..... Yup, Dato’ Prof Dr.....So anda bayangkan berapa banyak modal KWSP yang dia ada & betapa terbuktinya dia hebat sebelum ini......tetapi belum tentu hebat dalam perniagaan kalau JUMP the normal step..

So, kesimpulannya, untuk berjaya dalam perniagaan tidak semestinya memerlukan modal yang besar, tetapi burning desire (keinginan utk berjaya yg meluap2) & skill menggandakan duit tersebut......Anda yang membuat pilihan dan menentukan jalan hidup anda..

Apa pula kaitan antara Azizi Ali dan ChefLi? Buku2 Azizi Ali lebih kepada orang2 dalam ‘comfort zone’ utk bergerak & buku2 ChefLi pula lebih kepada macammana nak memulakan perniagaan @ menjadi usahawan. Kedua2nya hebat, tp utk golongan sasaran yg berbeza. So bacalah kedua2nya & dapatkan idea sebanyak2nya daripada mereka berdua. Insya’Allah moga anda & kita semua bertambah maju & berjaya dari hari ke hari. Moga dapat manfaat & sampai jumpa lagi, insya’Allah...

Read more...

LCCT-UK Flight Ticket for Sale (50% Discount)

Monday, August 24, 2009

Salam, AirAsia ticket for sale (50% discount). Detail as below:

1. Date: 27 Sept 2009 (CHANGEABLE)
2. Destination: LCCT, Kuala Lumpur to Stansted London UK (one way ONLY)
3. Guest: 4 adults (2 years old and above ) and 1 child (below 2 years old) (CHANGEABLE)
4. Normal/Booked Price (on the Nov 2008): RM4396 (including booked seat, meals, luggage, goinsure, surchages, fees and taxes (ALL INCLUDED & NO HIDDEN CHARGES)

SPECIAL OFFER: DISCOUNT 50% (Just pay RM2198 and all the packages will be yours). If interested just call me, Lukeman Yusoff (013-2299319) or email me at ylukeman@yahoo.com for confirmation & detail changing.








Read more...

Rich and Stay Rich vs Rich

Thursday, August 20, 2009

Salam, kalau anda tanya kepada orang kebanyakan, adakah anda ingin kaya? Jawapan yg anda akan terima adalah sudah tentu YA..Kalau anda tanya lagi, adakah anda ingin kaya & kekal kaya? Jawapanya...mungkin separuh @ 1/4 yang akan jawab YA & selebihnya akan DIAM :). Kenapa diam:

1. Mungkin sebab xfaham soalan
2. Mungkin faham soalan tapi xtahu jawapan yg sesuai/sepatutnya.

So, untuk jawap soalan ini, ada kena tahu apa beza antara KAYA DAN KEKAL KAYA, dan juga KAYA.

Ok, kita start dengan KAYA. Anda boleh jadi KAYA dengan banyak cara, antaranya:
1. Anda dilahirkan dalam keluarga yg kaya
2. Anda berkahwin dengan orang kaya :)
3. Anda menang loteri/menang apa2 peraduan
4. Anda menang Akademi Fantasia, OIAM dsb :)
5. Anda menjual harta pusaka (tanah, kebun, rumah dsb)
6. Anda mendapat pampasan daripada kerajaan kerana mengambil tanah anda utk buat jalan dsb

Dan banyak lagi cara lain yang boleh menyebabkan anda kaya, tapi persoalannya adakah ANDA AKAN KEKAL KAYA???? :)

1. Kalau keluarga anda kembali MISKIN, so anda pun akan jadi MISKIN
2. Kalau anda bercerai, anda akan menjadi BEKAS ORANG KAYA :)
3, 4, 5 & 6. Kalau anda JOLI/xmanage duit dengan betul/xde solid defand, anda juga akan jadi BEKAS ORANG KAYA (mungkin dalam masa xsampai seminggu :) )

Kalau setakat untuk menjadi KAYA, itu perkara senang. Jika anda driver lori security sekalipun, anda juga orang KAYA, tapi sekejap jelaa, sebelum duit orang yang anda bawa itu pindahkan ke dalam bank :) :) :)

Kawan , jika anda ingin KAYA cepat & anda berjaya KAYA dengan cepat, jangan risau kerana 1 hari nanti anda juga mungkin akan MISKIN dengan cepat (sepertimana anda kaya dengan cepat tadi). Kenapa jadi macam tu???? Kerana anda kaya dengan cepatlaaah. Kalau CEPAT KAYA tidak mustahil (&memang pun ramai orang yang cepat kaya), so tidak mustahil lah juga anda akan CEPAT MISKIN :) :) :) .............itu saja SIFIR kehidupan ini......

So, macamnama nak JADI KAYA DAN KEKAL KAYA???? :) @ m/mana nak mengelakkan diri anda daripada menjadi BEKAS ORANG KAYA/BEKAS JUTAWAN :)???...........

Mudah sahaja. Jadilah jutawan/orang kaya dengan cara yang betul. Jangan jadi jutawan segera. M/mana nak jadi JUTAWAN dengan cara yang betul??? Follow lah step yang betul, don't JUMP the step......(Nak JUMP pun boleh, xde masalah, kalau lompatan anda berjaya anda akan jadi JUTAWAN segera, kalau lompatan anda gagal, anda mungkin akan masuk ICU 2 bulan, itu sahaja)

So, kesimpulannya terpulanglah kepada diri anda. Jika anda ingin menjadi jutawan/orang kaya kerana dekat hendak raya ni (contohnya sahaja), boleh, xde masalah, tetapi tidak mustahil lepas raya nanti anda akan jadi bekas jutawan............Terpulanglah pada diri masing2 & financial planning masing2, kerana setiap orang ada prinsip hidupnya sendiri & jalan yang ingin dipilihnya & jangan silap membuat pilihan :) :) :) Sampai jumpa lagi, insya'Allah

p/s: Sebenarnya setiap posting aku, ada maksudnya tersendiri dalam kehidupan & action plan aku......Memang rich & stay rich adalah satu proses yang boring & lambat...........& rich adalah satu proses yang cepat & pantas.............TERPULANG, sebab anda ada AKAL masing2....Aku nak RICH & STAY RICH, kaya di sini dan kaya juga di sana, itulah jutawan dunia & akhirat, insya'Allah........

Read more...

Today's quote

Wednesday, August 19, 2009

Salam, semoga setiap hari anda semakin bertambah ilmu, iman & juga amal, insya'Allah. Today's qoute adalah:

"Be greedy when others are fearful and be fearful when others are greedy" :) :) :), tambahan dari aku, sudah semestinya setelah anda buat HOMEWORKS :)

Read more...

Solid Defend

Tuesday, August 18, 2009

Salam, aku ingatkan nak slow down skit update blog sbb nak banyak2 kan invest utk diri sendiri, tapi tiba2 lak dapat idea baru & kalau xshare, takut idea ni lari lak. So utk kebaikan diri aku (agar sentiasa lekat & dapat amalkan) & juga untuk kebaikan semua baik aku share & tulis.....

Selain kita nak buat duit, nak dapat banyak untung & kaya (samada drp earn income, pasif income, ataupun portfolio income).....kita juga xnak diri kita jatuh miskin & rugi. Ataupun dengan kata lain selain attack for gain, kita juga kena ada strong defend utk protect diri kita & duit kita.....

Contoh...katakanlah anda ada RM10 000 yang anda khaskan utk pelaburan. Then sebagai pelabur berhati2, anda pun melaburlah RM5k dalam unit trust dan lagi RM5k dalam emas. Alhamdulillah pilihan anda tepat selain diversify....Katakanlah emas anda dapat gain 30% (alhamdulillah), tetapi unit trust anda loss 40%........So you are still losing man by 10%....Itu maksud aku selain attact kena bagus, defend pun kena strong....

So camna nak defend yang bagus.....Ini 2 tips penting yang anda perlu ingat & lekatkan dalam MINDA anda kuat2:

1. Tiada orang di dalam dunia ini yang nak anda kaya selain daripada DIRI ANDA SENDIRI, dan yang ke
2. Dalam banyak2 DEAL yang ada, hanya 10% sahaja deal yang akan membuatkan anda kaya & untung, selebihnya akan membuatkan anda rugi & menangis di tengah malam....

Ok, cukuplah pelajaran hari ini yee..Esok kita sambung bab baru pulak...........Apa??? nak contoh lagi, xpuas hati lagi yee....

Ok, contoh real yang anda nampak hari2.....Kajian menunjukkan berapa lama pesara dapat bertahan dengan duit KWSP mereka???? Cuba jawab?? 2-3 tahun sahaja kan....Kenapa:

1. Sebab xde basic financial management: Dapat duit KSWP pegi beli kereta besar & buat rumah besar. Alhamdulillah inilah hasil penat lelah abah kerja 30 tahun dapat juga merasa naik rumah baru & naik kereta baru...Xsampai 5 bulan meninggal dunia sebab sakit jantung & Haji pun xsempat nak pergi.......xdapatlaah nak tolong.........(contohnya sahaja yeee, tiada kaitan dengan yg hidup ataupun yg mati)

2. Ada basic financial planning & ada keinginan nak menggandakan wang tersebut, tapi xde solid defend..... Orang cakap kat SINI bagus labur, dia pun masukkanlah duit, kat SITU pun bagus labur, dia pun masukkan lagi duit.....kat SANA pun bagus jugak labur, masukkan duit lagi........

Adus.....kesedaran kewangan tu dah bagus, tapi kesedaran sahaja tanpa homework akan membuatkan anda RUGI & RUGI & RUGI........percayalah........

Sebab tu kalau agen unit trust datang, agen MLM datang, agen emas datang, agen hartanah datang, agen saham datang (apa2 agen sahajalah)....Cakap pelaburan mereka bagus. Jawapannya yang terbaik dan selayaknya utk anda adalah MUNGKIN BAGUS & MUNGKIN JUGA TIDAK. (Yang pastinya BAGUS untuk kesihatan kewangan agen tersebut, tetapi BELUM TENTU BAGUS utk kesihatan kewangan diri anda)....So m/mana nak tau bagus ke x, pasti ke x?????? Itulah gunanya DIRI anda @ OTAK/AKAL yang Allah kurnikan kepada anda....Sebab tu anda kena ingat dalam dunia ini hanya ANDA sahaja yang nak ANDA KAYA (Adakah anda rasa agen tersebut akan share peluang ini jika dia tidak mendapat apa2 manfaat daipadanya, hahahaha....Mungkin ada, tapi hmmm...susah nak jumpa tuuu, kalau jumpa tu bersyukurlah).............

Agen tersebut xleh gerenti & anda sendiri pun xleh nak gerenti. Tapi anda buatlah homework & kajian. Kaji sepuas2nya, betul ke kalau anda melabur kat sini anda akan dapat return sebanyak itu, belajar & belajar lagi & lagi........Bila anda dah puas hati, dah dan buat kajian secukupnya & anda yakin akan memberikan pulangan seperti yang diharapkan, so melaburlah dengan senang hati.......(bukannya anda melabur kerana agen tu cakap bagus SAHAJA, tetapi yang lebih pentingnya anda telah MEMBUAT KAJIAN DAN HOMEWORK yang selayaknya....So anda nak bagi share/komisen kepada agen tu pun xde masalah, sebab anda yakin return yang anda akan dapat lebih besar drp itu....So, bagilah dengan senang hati untuk kerja2 @ sharing info yang telah mereka lakukan, anda kan kaya & sedang menambahkan kekayaan anda & sedang menuju ke planet jutawan :)...

Contoh lain adalah pemenang loteri...tengok berapa lama dia boleh pegang duit tu???? Orang2 yang mendapat duit dengan mudah, contohnya terima harta pusaka, tanah kena pampasan dengan kerajaan dsb (Memang bukan semuanya & anda pun BUKAN salah seorang darinya, sudah pasti, kerana anda mempunyai protection @ defend yang kuat :) Bagus tu)

Ok, rasanya anda pun boleh tengok contoh2 yang ada disekeliling anda......So, 2 key words untuk membentuk defend kewangan yang kuat adalah, ingat bahawa:

1. Dalam dunia ini tiada yang inginkan anda kaya kecuali DIRI ANDA SENDIRI
2. Dalam banyak2 deal yang ada, hanya 10% sahaja yang akan membuatkan anda KAYA & UNTUNG, so berhati2lah & cari & belajarlah....

p/s:
1. Sebab tu kalau aku dapat email/SMS dari sapa2 yang aku xkenal cakap aku dapat duit ke bonus ke, untung ke....aku delate je....jangan buang masa buat benda2 yang xberfaedah & mengarut. Banyak lagi benda lain yang lebih berfaedah yang perlu anda manfaatkan dengan masa tersebut.......

2. Kalau anda tidak mempunyai modal yang banyak untuk menjadi ACCREDITED INVESTOR, maka jadilah SOPHISTICATED/INTELIGGENT INVESTOR.......Insya'Allah selari dengan pertambahan ilmu, kematangan & modal anda, anda akan naik perlahan2 tetapi dengan KUAT & MANTAP...Sampai jumpa lagi, insya'Allah

Read more...

RM100k, dimana harus dilaburkan?

Monday, August 17, 2009

Sekiranya anda mempunyai RM100 000 dan anda mempunyai kesedaran kewangan, dimanakah sepatutnya anda harus laburkan. Biasanya jika kali pertama anda pegang duit sebanyak ini, maka akan ramailah orang yang akan approach anda :) dan banyak juga anda akan terima email drp overseas ie Newzeland, Ghana & banyak lagilah dari negara2 asing lain (mintak jadi agen @ jual produk2 mereka-senang betul diorg nak buat duit ye-ingatkan agen credit card & personal loan je yang main dengan telefon/email sekarang).

1. Kes pertama: Datanglaa agen unit trust, approach anda kata return unit trust ini adalah 20%setahun untuk 5 tahun yg lepas........Wow, anda begitu teruja....
2. Datang lagi agen MLM: Anda laburkan RM30k, anda akan dapat return RM3k sebulan + pakej tabung kereta dan perlancongan...Wow, return anda 120% setahun (xtermasuk tabung kereta dan perlancongan)
3. Datang lagi agen hartanah: Melaburlah dalam projek terbaru kami, DP nya cuma serendah RM1000 (kos2 lain semua free-lowyer fees & legal fees) dan kadar sewanya lagi 3 tahun (apabila projek ini siap) adalah RM1000 dengan mortgage adalah RM150k (installment + maintenance adalah RM700)...Wow ROI nya mencecah 360% setahun....
4. Datang agen emas: Belilah emas sekarang. Harga emas tengah trend menaik sekarang. Xrugi kalau anda melabur. Return boleh mencecah 30% setahun...Wow...
5. Datang lagi agen amanah saham: Laburlah dalam saham kami, sekarang nilainya 0.2 sen seunit. Mungkin lagi 5 tahun nilainya akan mencecah 0.7 sen...Wow pakej yang menarik..
6. Datang jutawan peniaga pasar malam: Mulakanlah perniagaan pasar malam, anda akan dapat keuntungan RM10-RM15 k sebulan....wow

Wowowo semuanya begitu hebat dan mengujakan, sampai anda sendiri tidak tahu nak buat pilihan, semuanya memberikan pulangan yang menarik & hebat. Memandangkan anda mempunyai modal yang banyak, jadi mengapa tidak anda ambil semua sekali & diversify :) :) :).....Boleh ke macam tu?? Boleh, xde masalah, tapi risiko nya anda tanggunglah sendiri..... :)

Bagi orang2 yang berkecuali & tidak berkepentingan & tentunya inginkan return seperti yang diharapkan dan juga tidak mahu kehilangan duit sudah tentunya tidak akan TERUS membuat keputusan. Anda akan berfikir, berfikir & berfikir & mengkaji & study kenapa sampai banyak tu return. Betul ke apa yg agen2 tu cakap. Ataupun diorang sekadar nak kan duit aku, lepas tu lesap entah ke mana........

Hmmm.....so yang mana yang paling baik dan yang paling untung dan paling selamat (secure)... Pada aku semuanya selamat dan untung jika anda TAHU kenapa return banyak tu 5 tahun lepas & bolehkan 5 tahun akan datang returnnya akan sama jugak. Ataupun at the time u masuk jek, terus share anda akan drop 50%.......hahaha meraunglaa anda jawabnya.....

Dan lagi 1 sebagai contoh, xsemestinya jika member anda masuk unit trust 5 tahun lepas, dia dapat return 20% setahun...Bila anda masuk tahun ini anda juga akan dapat return yang sama utk 5 tahun akan datang.......XSEMESTINYA, sebab tu anda kena study, kenapa 5 tahun lepas returnnya 20% & bolehke 5 tahun akan datang memberikan pulangan yg sama........Lebih2 lagi kalau member anda itu memang agen unit trust....Itu lagi merbahaya / BIAS. Sudah tentu ianya TIDAK SEMESTINYA baik utk kesihatan wang anda, tapi SEMESTINYA baik utk kesihatan kewangan kawan anda/egen tersebut :) (anda faham maksud saya disini)..........

Sama juga dengan MLM, rumah, emas & pasar malam dan apa2 saja pelaburan. Mengapa ada org buat berjaya & ada org buat xberjaya???? Anda kena study & anda kena follow track org yang berjaya. M/mana nak study??? Carilah mereka yang telah berjaya, belajarlah dengan mereka. Kalau mereka murah hati & bagi ilmu free, alhamdulillah ambillah sebanyak2nya & apply kan dalam kehidupan anda. Kalau mereka charge, bayarlah, sebab mereka dah terbukti berjaya & anda ingin follow step mereka. Laburkanlah utk diri anda dahulu............Kalau anda takut pandangan sebelah pihak BIAS, anda mindalah juga pandangan daripada orang2 yang xberjaya, mengapa mereka xberjaya??? tentu ada sebabnya.......study & jadikan sempadan & jangan follow track mereka..... & lagi 1 utk elakkan BIAS, minta pandangan mereka2 yang BERKECUALI. Tanya mereka, kenapa xmasuk pelaburan ini, sedangkan mereka ada duit/modal.......Dah dapat 3 pandangan, so compare lah & buat lah keputusan dengan bijak.............Jika anda berjaya, anda repeat, jika anda belum lagi berjaya, jangan putus asa, sebab anda dah memang study, cuma ada perkara2 yang tak dapat dielakkan yng membuatkan anda belum berjaya (Anda tidak gagal, cuma anda belum berjaya)

Contohnya sekarang...mengapa stock rumah lelong overflow/overheated??? Anda kajilaa..Mungkin orang dah ramai ada kesedaran untuk jadi kaya (tapi dengan cara yg mudah dan cepat-Mana ada kaya dengan mudah, semua perlukan susah payah & usaha yang berterusan). So, ambil keputusan masuk auction tanpa buat kajian/homework, lastly dapatlah rumah tp breakeven (pulang modal sahaja) & xdapat untung.......So anda jgn follow trend ini, biarlah mereka yg semangat ni masuk dulu, lama2 mereka akan kehabisan modal sebab xbuat kajian.......Tunggu masa yang sesuai (jangan risau kawan....hari2 ada rumah lelong, apa yg nak gaduh2, tunggu je masa & peluang yang sesuai). Bila jumpa masa @ timing yg sesuai & anda buat homework yg tepat, maka sudah tentu anda juga akan buat untung.....

MLM contoh lain, kenapa ada org buat berjaya, kenapa ada yg tidak??? Yang berjaya sebab buat homework & buat kerja..Yang xberjaya sebab nak kaya cepat, nak bagi duit/modal & bulan2 nak kutip hasil jek....Dalam dunia yg indah ini, mana ada orang nak bagi anda return @ duit mudah2. Kalau ada mereka terlebih dahulu akan bagi kat keluarga & adik beradik mereka sudah tentunya...Lagi 1 aku xsuka MLM, kenapa nak buat marketing perlu bawa kete Mercz / BMW??? Baru 6 bulan join MLM, dah bawa kete besar sebab nak attract customer.....Kenapa perlu kereta besar utk attract customer/downline??? Kalau anda sendiri xpercaya dengan product anda sehingga anda perlu bawa kereta besar utk attarack org, m/mana anda boleh percaya yg orang akan percaya dengan produck anda......simple je kan......Bawalah kete besar camna pun kalau produck xbagus org still xkan join/beli..................................Kalau betul skim MLM bagus, kenapa orang2 yang baru2 dapat dividen ni xpergi laburkan kat rumah @ emas yang terbukti memberikan pulangan yg baik. Kenapa perlu kejar skim kereta dahulu???? (lainlah kalau rumah anda sudah berpuluh2 biji)........Itu maknanya anda sendiri pun xyakin dengan produk anda. Pada aku lebih baik org tu jual produk dengan naik motor cub, tapi dia dapat prove kan produck itu berkualiti & itu lebih menampakkan yg dia betul2 sincere utk jual barang yg berkualiti.........contohnya sahaja....kalau produck anda betul2 berkualiti so xpayahlah terasa.....

Sama juga emas... Emas bagus & trend nya juga menaik sekarang. Tapi adakah anda yakin bila anda beli & simpan trend harganya akan terus menaik??? Anda kena study kenapa sekarang dia menaik, kenapa sebelum ni ada trend dia menurun? Apa kaitannya dengan market US? mengapa sekarang orang beralih kepada emas????

Semuanya anda kena cari information.....So nak dapatkan info belajarlah.......& rancanglah strategi sesuai dengan kesanggupan, komitment anda sekarang & masa yang anda anda......Dah dapat ilmu, apply & share. Lagi banyak anda apply & share, lagi banyak ilmu2 baru yang anda akan dapat & lagi bertambah baik sumber kewangan anda..........Jika anda xde masa, apply kan setakat mana yang anda tahu dahulu, kerana mencegah duit anda daripada HILANG itu lebih penting daripada membuatkannya bertambah

So, kesimpulannya, melaburlah di tempat yang anda dah tahu akan memberikan pulangan yg paling baik. Carilah ilmu sebanyak2nya sebelum melabur. Katakanlah anda ada RM100k, tadi.....carilah buku2 yang berkaitan dengan pelaburan, spendkan dlm 5% (=Rm5ribu lagi banyak lagi bagus) untuk memperkayakan minda & skill anda dahulu. Pergilaah belajar....insya'Allah return yang anda dapat akan berlipat kali ganda....Jangan percaya dengan skim yang mudah dan senang....Percayalah dalam dunia yang indah ini, tiada perkara yang senang untuk kaya :) (Sebab tu ramai org yg kaya cepat, tapi jatuhpun cepat)

Kalau modal anda kecil, katakanlah anda ada RM10 000 yang anda khaskan untuk pelaburan, spendlah dalam 5% = rm500 ataupun lebih untuk mencari ilmu dahulu. Belilah CF101 untuk master dlm financial planning/cashflow, beli buku2, attend seminar dan sebagainya....berkawanlah dengan mereka yang sekepala dengan anda...itu sudah semestinya, share ilmu dengan mereka...

Bila anda dah master, dah puas hati belajar, baru anda boleh melabur dengan senang hati & pulangan yg anda dapat akan berpadanan dengan usaha anda.......So untuk dapat menggadakan sumbangan anda kepada tabung surau dari RM10 kepada RM20, kepada RM30.........kepada RM1000...........kepada yayasan kebajikan adalah dengan ilmu....Jangan tergopoh gapah, cari ilmu secukupnya, kemudian cepat2lah bertindak dengan terancang & teratur. Mahirkan diri dengan perancangan kewangan dan pelaburan. Insya'Allah anda dan kita semua boleh berjaya.........

Read more...

Comfort Zone/Zon Selesa

Sunday, August 16, 2009

Salam, alhamdulillah hasil daripada memaksa/memerah otak untuk berfikir-berfikir & berfikir, maka macam2 masalah dapat diselesaikan. Hebatnya orang2 yang terlebih dahulu menggunakan kapasiti otak mereka sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah dan memajukan diri masing2. Kat sini aku nak share kenapa orang2 yang berjaya (dalam erti kata sehingga kejayaannya boleh dikongsikan dengan orang ramai yang memerlukan/kurang bernasib baik seperti anak2 yatim, orang2 miskin, balu, muallaf dsb...sehingga dapat menubuhkan yayasan, tabungan dsb), seperti Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari (local) & Bill Gate (international).......

Salah 1 sebab utama yang aku kenal pasti adalah COMFORT ZONE/Zon Selesa :) :), believe it or not? Just believe it. I will share with you why comfort zone menyebabkan kita berhenti berfikir & berhenti memajukan diri sendiri & berhenti memberikan manfaat kepada masyarakat...sedangkan kapasiti diri kita boleh pergi jauh lebih hebat dan cemerlang drp sekarang, jauhhhh.........sehingga menjangkau/memberikan manfaat bukan saja pada diri, malahan keluarga, teman2, jiran2, masyarakat, negara & alam keseluruhannya......

Yup, kalau inginkan kejayaan setakat utk diri & keluarga (COMFORT ZONE), ramai orang boleh buat & kejayaan itu xbanyak yg kita boleh dikongsikan dgn masyarakat. Paling banyak pun hari jumaat bolehlaa hulur RM50-RM100 dalam tabung surau (itupun dah banyak tu, biasanya yg aku nampak dlm RM1, Rm5 @ RM10 jee)....Apa kata kalau tiap2 minggu kita boleh sumbangkan RM1000 dalam tabung surau, ada yayasan yg dapat bantu anak2 yatim lagi, dapat menubuhkan sekolah/maktab/institut lagi utk orang2 yang xberkempuan utk belajar di luar......Bukankan hebat namanya tu???...........Adakah anda tidak mempunyai cita2 itu??? Xyakin boleh melakukannya?? baca sampai habis, aku yakin satu hari nanti aku juga akan ada 1 yayasan yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat seluruhnya, insya'Allah & Ya ALLAH kabulkanlah permintaan hambaMU yang dhaif ini......

Ok, balik pada tajuk utama. Apa kaitan comfort zone dengan kejayaan. Kalau kita tengok ramai org yang berjaya bukan terdiri daripada mereka yg scorer masa sekolah dulu (tengoklah member2 disekeliling anda). Sebab apa? Sebabnya mereka yg scorer masa sekolah dulu (A1 addmate, A1 fizik & A1 kimia: kalau 3 ni A1 subjek lain anda rasa dapat berapa :) ), dapat masuk U & scorer lagi kat U & masuk industri/makan gaji (government/private), gaji rm5-rm10k starting, lompat 2-3 kali dapatlah rm15-rm20k gaji, alhamdulillah berjaya juga akhirnya anak emak ini......

Kemudian ada 1 @ 2 biji rumah @ 1 lot banglo yang tunggu masa pencen baru nak pacak naikkan rumah, ada 2 biji kereta (1 MPV sudah tentunya), 4-5 orang anak....yeehaaa...aku sudah selesa, gaji aku cukup utk aku dan keluarga, anak2 aku ada insurance pendidikan, dioarang dapat pergi sekolah dengan baik & alhamdulillah semuanya seperti yang dirancang.....cukup bulan, duitku habis bayar hutang & tiada apa2 tunggakan & circle of the rate race ini pun berulang2 hinggalah kita perturunkan ilmu yang sama kepada anak2 kita & diorg pun repeat.......pusing2 laa kat sini selamanya....

Ok, itu excellent students......Yang average/low student lak camna. Sekolah xpandai, selalu kena kutuk ngan kawan2 & cikgu & selalu kena buli dlm kelas. Masuk U nasib baik dapat grad, itupun 3 sem entend.....Mintak kerja dengan pointer cukup2 makan mmg susahlaa org nak panggil interview.........ada yg terkandas di tengah jalan & yang betul2 ada kesedaran akan memulakan langkah bijak dengan memulakan perniagaan sendiri, mula kecil2an sesuai dengan minat, ilmu & sumber kewangan (nak mintak loan-confirm xdapat), so bermulalah dari bawah...............menggunakan sepenuhnya kapasiti otak yang dikurniakan ALLAH sehingga akhirnya alhamdulillah bukan sahaja dapat memberikan manfaat kepada diri & keluarga, malah dapat berkongsikannya dengan masyarakat........(memang bukan semua yang berjaya, hanya mereka yang terpilih, yg berhati waja & semangat kental sahaja)...

Kesimpulannya, kepada sahabat2 ku yang berada dalam comfort zone, seperti lawyer, accountant, engineer, PTD, banker, lecturer, DR, Prof, Ass. Prof, manager, director (tetapi still kategori makan gaji), xde masalah kalau anda nak stay macam tu....pegi kerja-balik kerja, cukup bulan, bayar bil, anak2 dapat pergi sekolah dengan senang hati, dapat bagi mak kat kg rm500, protection insurance pun cukup...................xde masalah, itu pun dah cukup bagus, excellant & marvellous............tetapi jika anda berhenti setakat itu, anda akan rugi... kerana kapasiti otak anda sebenarnya boleh pergi JAUH, JAUH & JAUH lebih hebat daripada diri anda sekarang (sekiranya anda memanfaatkan nikmat Allah ini sepenuhnya)........percayalah......manfaat yang akan anda perolehi itu akan tersebar luas sehingga melimpah kepada masyarakat...

p/s: Tan Sri Syed Moktar Bukhari kata, kalau dia nak balik kg....berehat....xjadi masalah, duit & harta dia dah cukup banyak & dah xhabis nak makan. Tapi kita nak makan sebanyak mana, kita nak dok dalam rumah sebesar mana & kita nak bawa kereta sebesar mana. Sampai satu tahap, kita akan rasa cukuplah dengan apa yang kita dah ada..............Tapi kalau kita berhenti berkerja & balik kg, rehat, alangkah ruginya, sedangkan manfaat yang kita dapat sumbangkan (kalau kita masih teruskan berkerja & berfikir), dapat dinikmati hasilnya oleh orang ramai yang masih memerlukan...........ruginya kalau xmanfaatkan sepenuhnya kapasiti & kebolehan diri masing2...

Read more...

Jagalah Kesihatan Anda

Thursday, August 13, 2009

Salam, ok lagi 1 aku nak share pasal kesihatan, berdasarkan pengalaman aku sendiri......Dah 1-2 minggu tekak aku sakit, aku dah pegi jumpa Dr & Dr dah bagi ubat, tapi xjugak baik2. Risau gak aku, apalaa sakitnya ni....

Kemudian semalam aku call agen water filter datang rumah aku utk tukar water filter sbb dah hampir 2 tahun & aku xpernah lagi tukar filter dia. So semalam dia datang, tukar 3 filter sekali gus...

Malam aku minum air energy water tu, pagi ni aku bangun tido....alhamdulillah tekak aku dah xrasa pedih2 lagi...Laaaa sebab air rupanya, aku ingatkan sebab apa.....

Kemudian aku terfikir/terbaca ada orang suggest belilah stok meggi/sardin banyak2 utk saving/cari modal pusingan. Aku pun pelik jugak, nak invest, tapi makan meggi/sardin utk cari modal.....

Ok aku share.....katakanlah kita dapat save RM500 sebulan dengan markan sardin/meggi. Sekarang kita umur 20-30 an, alhamdulillah sihat sejahtera. Kemudian 3-4 tahun kita pun dapat modal utk melabur, kita pun laburlaaa...dapatlaaa untung 5-6 ratus ribu, masa ni dah xmakan sardin/meggi dah sebab dah kaya.......

Yang aku nak share, agak2 bila dah masuk 40-50 tahun nanti kita boleh sihat/sesegar sekarang x, kalau sekarang kita makan meggi/sardin 2-3 kali seminggu dengan senang hati, dengan langsung xde rasa bersalah....Dengan senang hati yeee, sebabnya nak saving, bukan sebab terpaksa kerana xde duit...Kalau sebab terpaksa tu, maknanya sesekali je....Kalau dengan senang hati maknanya tiap2 hari/habit....

Meggi, sardin, rokok adalah proven mendatangkan penyakit. Search laa kat mana2 pun, mmg 3 ni terbukti mendatangkan penyakit.......Ok, itu anda faham.....Yang mungkin akan tanya balik adalah.......alah, kalau Allah dah tetapkan umur 40 tahun mati, mati jugak.....Kalau Allah dah tetapkan umur 20 tahun mati, mati jugak.........(ni soalan famous ni, hehe)....

Ok fine, aku xnak jawab soalan ni, cuma aku nak tanya balik......Kalau Allah kata anda kaya????? Anda akan kaya x? Kalau Allah kata anda kenyang???? Anda akan kenyang x????...........Ok then, anda tahu jawapannya. So, xyahlaah pegi kerja, lepak je lah kat rumah....xyahlah makan nasi, makan angin jelaa....

Ehhhh.....nape kena gi kerja lak? nape kena makan lak?? Yang tu tau, yang nak jaga kesihatan xtau........hehe kan dah kantoi......

Itu maknanya kita xtau apa nasib kita pada masa akan datang. So usahalah, sebab kita xtau kita sakit ke sihat, usahalah biar sihat....kita xtahu kita kaya ke miskin, so usahalah biar kaya, kita xtau kita kenyang ke lapar, so makanlah.....

Sama jugak perokok2.........jangan anda merokok dengan senang hati, itu semua proven sumber penyakit. Merokoklah dengan terpaksa, sebab dah ketagih, sebab dulu xtau, ikut2 kawan & letakkan aim dalam hati satu hari nanti aku nak berhenti merokok (maaf yee para2 perokok, aku just nak ubah mentaliti daripada yg negatif kepada yg positif, daripada lemau & lesu kepada cergas & cerdas).....

So, kesimpulannya..ASET yang paling penting adalah DIRI KITA...Jaga lah kesihatan diri kita sebaiknya, jaga makan minum, pastikan makan minum kita berkhasiat, bukannya lazat macam pizza/kfc, tapi berkhasiat & berzat........kalau modal xde nak melabur, bukan caranya anda makan meggi/sardin semata2 nak kumpul duit (lebih teruk lagi kalau anda makan meggi/sardin sebab nak beli liabiliti seperti kereta.......student yg kekurangan duit sesekali time terdesak @ loan xmasuk lagi mungkin boleh dimaafkan )......

Ada banyak lagi cara lain yang boleh bagi anda kaya & sihat, boleh makan ulam-ulaman sendiri yg ditanam, boleh beli sayur2 segar kat pasar letak dlm peti, boleh beli beras & periuk masak sendiri... & Air salah 1 unsur yang paling banyak dalam badan, pastikan minum air2 yg berzat...xkisahlaa, air mineral ke energy water ke, beli penapis air tu letak kat rumah, nak2 kalau sapa2 yg ada anak2 kecik, nak buat susu pun senang & diaorg pun susah nak dapat penyakit, insya'Allah.......air masak/air mati bukannya xboleh, tapi kurang elok utk kesihatan, korg google lee sebab apa???

Kalau xcukup modal beli jek penapis air yang biasa tu RM50-RM100.. Dah ada modal, dah nikah & anak2 pun dah ramai, belilaa penapis air energy water tu pulak, xkisahlaa brand apa pun, cari yg customer satisfaction paling tinggi & yg harga berpatutan........yang penting jagalah aset kesihatan anda....kerana aset rumah anda yg bertingkat2, aset emas anda yang berkilo2, aset kebun/ladang anda yg berekar2 tidak akan dapat membeli ASET KESIHATAN anda (sekiranya anda ditimpa penyakit)

Read more...

Perasaan Hasad Dengki (phd)

Salam, ok aku sambung....Kenapa aku kaitkan perasaan hasad dengki dengan orang makan gaji, xkisahlaa gomen ke swasta ke, janji makan gaji.......

1. Government servant/makan gaji paling ramai adalah orang melayu....betul?
2. Post2 penting dalam government servant/makan gaji xbanyak, betul? Contohnya 1 jabatan ada berapa pengarah? 1 je kan
3. Katakanlah ada 3 orang penolong pengarah yg nak apply pengarah..........sama qualification & experience??? so camna nak buat?? compete each other, betul?
4. Kalau yg think positive oklaa, kalau yg think negative camna?
5. Kalau yg memang itu je sumber income dia, mmg xde passive income lain, camna, memang dia akan bermatian2 nak kan pangkat itu, tol x?? boleh angkat kete baru.....

Ok, kita tengok lak orang lain/bangsa lain yg bukan government servant/makan gaji, yg buat business.....

1. Ada x diorang dengki, mendengki??? Ada jugak kalau diorg jual product yang sama, tapi lebih kepada networking bukannya competitor/sabotaj/dengki.....masing2 berusaha utk meningkatkan kualiti & product biar costomer ramai2 datang kedai diorang..
2. Kalau diaorg xde stock?? Diorang akan amik stok drp network diorang & dividen/untung share....so xde & xperlu pun dengki2, betul x??
3. Kalau 3 orang penolong pengarah tadi & sorang je yg dapat naik jadi pengarah, anda rasa dia akan share x elaun pengarah dia tu dengan penolong pengarah 2 orang tadi yang xdapat jadi pengarah??? hehehe

So, solution camna???
1. Tingkatkan pasif income. Katakanlah kita xleh naik jadi pengarah td sebab rakan sebaya kita dah amik.....Apa yg kita perlu buat? jangan dengki, itu dah memang rezeki dia, nanti akan sampai turn/rezeki kita..........
2. Ok katakanlah pengarah td dapat beza gaji rm5k drp penolong pengarah tadi, anda rasa penolong pengarah tadi akan bising x kalau kata dia dah ada passife income ataupun income luar yg dah rm50k.........
3. Buat apa nak bising2/dengki2 nak rebut yg rm5k tu.....baik dok senyap2 amik yang rm50k kat luar tu & doublekan jadi RM100k
4. So, apalah sangat RM5k compare dengan RM100k....

So, lagi sekali kesimpulannya yg menyebabkan manusia dengki-mendengki adalah duit & duit akan dapat bila ada pangkat. Itu mentaliti kebanyakkan kita yang terperangkap dalam rate race. So bebaskanlah minda kita semua, keluarlah daripada rate race. Kerjalah makan gaji sebagai government servant, ataupun pivet, xde masalah......tapi kalau member naik dulu, jgn risau, jgn dengki, nanti turn anda akan sampai.....

Xyahlaaa rebut2 yg ciput tu, rebutlaah yg berkepuk2 kat luar tu, passive income, properties, share, business & sebagainya, binalah networking antara kita, tolong menolonglah sesama kita, share kalau ada sesuatu ilmu yang bermanfaat...Insya'Allah lagi banyak kita share lagi banyak kita dapat. Kita bagi duit, kita akan dapat duit, kita bagi masa kita akan dapat masa, kita bagi ilmu, kita akan dapat ilmu.... insya'Allah kita semua akan lebih maju ke depan.......Adakah minda anda telah terbuka?????

Read more...

phd & Kesihatan

Salam, bila dah start menulis @ berblog ni, banyak betul keluar idea yang nak dikongsi bersama. Aku macam memerahkan otak aku agar berfikir, berfikir & berfikir. Antara yang aku dah dapat solution & nak share dengan semua adalah.

1. Kenapa orang kita @ orang melayu begitu sinonim dengan perasaan hasad dengki (phd). Antara sebab utama yang aku dah kenal pasti adalah kerana kebayakan antara kita adalah kerja makan gaji, xkiralaah swasta ke gomen......Maaf ye orang2 yang makan gaji semua, aku bukan nak cari gaduh @ nak cari musuh......Aku nak cari kawan, nak bina network & nak bina kekuatan ekonomi antara kita, nak orang2 kita sama2 mempunyai sumber ekonomi yang kukuh dan mampu bersaing, mampu berada di puncak kejayaan, bukannya seorang, bukannya 2 orang, tapi semua antara kita.....ya semua sekali antara kita yang ada di sini, sebab peluang itu ada & terbuka luas utk semua & aku dah nampak & insya'Allah aku juga akan grab & aku nak semua orang ambil peluang ini, sebab itu aku nak share......

Selain attack; main propertis, business emas, makanan, pakaian dsb......kita juga perlu defend, menghapuskan sifat2 yang tidak baik yang ada dalam diri & utk mengubah/menghapuskannya kita perlu tau sebab2 nya......Bila dah tau sebab baru senang nak ubah & insya'Allah benda2 yang xelok boleh digantikan dengan benda2 yang elok & bermanfaat...

Bila attack & defend sama kuat baru kita gain goal & xbolos....Itu target aku...Bukannya kita nak gain goal jek, kita nak goal & at the same time kita xnak bolos, xnak ada orang dengki...baru dipanggil menang bergaya...tol x???

So sapa2 yang dah rasa panas. Jangan rasa panas dulu. Nanti aku cite detail bila free nanti apa kaitan phd & makan gaji. Jgn panas2 yeee, aku pun makan gaji cam korang jugak, hehe..

2. Yang ke 2 aku nak share adalah pasal kesihatan. Post aku sebelum ini @ mungkin ramai pun orang dah tahu, pelaburan yg paling penting adalah ILMU. Bila dah ada ilmu macam2 kita boleh buat & ILMU boleh dicari @ dibentuk dengan MINAT. Bila kita minat, kita akan cari & insya'Allah kita akan dapat ilmu yang kita nak & bila dah ada ilmu maka macam2 kita boleh buat & akan cepatlah kita meningkat naik...insya'Allah

Kalau ILMU adalah pelaburan yang paling penting, maka KESIHATAN adalah aset yang paling penting selepas IMAN. Kalau duit berkepuk2 sekalipun dalam bank, rumah bertingkat2, emas berkilo2 xguna jugak kalau kita sakit (adalaa guna tapi berguna utk orang lain yang sihatlaa ie keluarga kita, tapi kalau at the same time kita pun sihat & cergas, maka itu sebaiknya). Nanti aku cite detail di lain kali. Intro pun dah panjang ni, bila masuk isi & point sure lagi panjang nanti. So selalulah jenguk di sini yee....sampai jumpa lagi insya'Allah....

Read more...

Save, Protect & Invest

Tuesday, August 11, 2009

Salam, kat sini aku nak share skit tentang basic financial management.

1. Saving: Basic financial management yang pertama adalah saving. Apa2 hal pun kena saving dulu, dan asingkan saving utk kecemasan sekurang2 6 bulan expenses (lagi banyak lagi bagus), dan yang lain2 adalah saving utk dilupakan (save your saving) dan saving utk pelaburan/saving yang akan dilaburkan kembali utk memberikan pulangan yang lebih banyak.

2. Protection: Selepas saving, pastikan kita ada protection. Contohnya insuran/takaful utk kita & keluarga & pastikan insuran itu mampu menampung segala perbelanjaan jika berlaku perkara2 yg tidak diigini kepada kita. Dan juga jgn lupa saving protection td 6 utk bulan expenses. Pastinya kita tidak mahu menjadi miskin/papa kedana kerana tidak mempunyai protection/defend yang cukup. Menjaga diri&keluarga agar tidak miskin adalah lebih penting drp membuatkan diri kita kaya.....

3. Investment: Selepas ada saving, ada protection barulah boleh start invest, dan investment yang paling penting & yang perlu didahulukan adalah investment utk ILMU....Tak kiralah minat anda kepada hartanah ie rumah, rumah kedai, tanah lot, tanah pertanian, emas, saham, forex, unit trust etc. Pastikan sebelum melabur anda mempunyai ilmu yang secukupnya tentang perkara/pelaburan tersebut.....Ilmu yang anda memang puas hatilaa kata orang @ bila orang tanya anda pasal sesuatu, anda boleh jawab sampai org tu puas hati. Itu maknanya kita betul2 faham.......

Ilmu ada macam2 ilmu, ada yang percuma dan ada yang berbayar. Yang percuma banyak boleh didapati di blog2 & internet (perlu belajar & buat kajian) & yang berbayar boleh didapati daripada buku2, menghadiri seminar, perundangan, kelas dsb....Jadi melaburlah dulu untuk ILMU sampai anda betul2 faham sebelum anda melabur dalam hartanah, emas dsb...

Read more...

Kitchen Kabinet

Tuesday, August 04, 2009








Salam, atas permintaan seorang sahabat yang sedang mencari idea & ingin buat kitchen kabinet di rumah yang akan didudukinya sendiri, maka di sini saya postkan gambar kitchen kabinet rumah aku. Harapnya dapatlah skit idea m/mana nak design kitchen utk kegunaan sendiri.
Butir2 kitchen kabinet:
1. Luas: 12.5 kaki panjang x 12 kaki tinggi x 2 kaki lebar sebelah bawah @ 1 kaki lebar atas
2. Material: table top-simen & tile, kabinet: solid nyatoh
3. Kos: RM6000 tak termasuk dapur, hood & exzos fan. 3 barang ni aku beli sendiri ikut design yg suka, kos tambahan beli barang RM1000 lebih kurang (Total: RM 7000)
4. Competitor: Masa nak buat tu aku amik 3 quotation; 1. YKL nak RM6k utk cipboard & rm9k untuk solid nyatoh, lagi 1 quot pun lebih kurang YKL
5. Masa pembinaan: Yang ni leceh skit nak menunggu. Hampir 3 bulan aku rasa baru siap sepenuhnya....Table top tu dlm 2 minggu. Pastu nak tunggu kabinet tu yg lambat, datang pasang sekejap jee dlm 2-3 hari
6. Kontraktor: En Mansor, orang utara & dok di Kajang. Sapa2 yang berminat bolehlaa contact dia utk visit rumah, mintak design & bagi quotation 013-3226684

Kos table top lebih kurang rm1k bergantung pada size; dalam rm90-100/1feet. Harap dapat manfaat

Read more...

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP