Beli RM100 guna RM10

Tuesday, April 06, 2010

Pernah tak anda rasa tertipu bila beli barang RM100, tapi harga sebenarnya adalah RM10? Apa rasa? Nak marah, tak nak datang lagi kedai tu.....semua ada kan

Apa pula anda rasa bila beli barang yang harganya RM100 tapi gunanya hanya RM10 sahaja?

Contoh:

1. Beli kalkulator saintifik yang harganya RM50-RM100, tapi guna hanya RM10 untuk 'tambah, tolak, darab dan bahagi' sahaja

2. Beli HP harga RM500 tapi guna RM100, untuk 'telefon dan SMS sahaja'

Tiada masalah nak beli barang mahal, tapi pastikan guna sepadan dengan harganya. Beli RM100, pastikan guna RM100 ataupun lebih. Kalau kalkulator guna untuk '+ - x dan \' sahaja kalkulator harga RM10 pun sudah cukup. Kalau HP guna untuk 'call dan SMS' sahaja HP harga RM100 pun dah cukup.

Sama juga untuk barang-barang dan contoh lain. Beli barang harga mahal tidak mengapa, tetapi PASTIKAN GUNA SEPADAN DENGAN HARGANYA. Jika yang harga murah sudah memenuhi kreteria yang dikehendaki, mengapa perlu belanja lebih?

4 comments:

treec00l said...

tentulah sebab ego dan rasa ingin menunjuk-nunjuk :)

dunia-dunia.

Kopi Suam said...

itulah yang patut kita praktikkan beli barang mesti value for your money.

contohnya beli baju anak2 yang berjenama semasa clearence sale 70-90%..beli barang dapur buat comparison dulu antara hypermarket.Kena ambik tahu jugak market price berapa baru leh berjimat

kalau dapat harga murah buat stok untuk 3-4 bulan cthnya beli drypers M84 dapat 29.90 market price 38.90 so stock up sampai 5 pek...brp banyak dah jimatkan..

tapi knowing orang kita...tak pe poket melelas asal ada kelasss...

Matjoe said...

nice entry. met yg inform. rileks bro kalau dh mampu dia pedulik apa?? tgk pie2020, 2 bijik superbike.

Admin said...

Treec: Ada yang beli memang guna/perlu

Kopi Suam: Betul tu

Motjoe: Superbike buat duit tu :)

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP