Bahaya Riba'

Friday, March 12, 2010

Surah 2 Al-Baqarah Juz 3 Ayat 275 hingga 281

275: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya.

276: Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.

277: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

278: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.

279: Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

280: Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).

281: Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

5 comments:

-tuanbri- said...

mm..

kena elaborate sikit..

http://tuanbri.com/blog/2009/08/riba-jenis-al-fadhl-dan-an-nasiah/

Lukeman Yusoff said...

Hari selasa ni ada kuliah 'Bahaya Riba' lagi kat Surau AnNur Bandar Baru Bangi oleh Ketua Jabatan Syariah Bank Muamalat. Mungkin segala kemuskilan boleh ditanya padanya/orang yang lebih arif

PG said...

Selamatkanlah kami dari riba dan debu2 riba..Bahaya nya riba sehingga Allah dan Rasul ishtiharkan perang atas RIBA

Anonymous said...

YA ALLAH...
"selamatkn la kami dari riba & debu2 riba"
bantu la kami memperoleh kekayaan dunia dgn tanpa ada sebrg unsur riba agar kami memperoleh kekayaan sebenar di akhirat kelak...
semoga kami memperoleh rezeki yg halal tnpa ada unsur syubhah..
AMIIN..

(nk tnya - adakah od asb tu bnr2 halal..??)
(jika x keberratan, boleh kah saudara kongsi pengisian dari kuliah 'Bahaya Riba' tu)

Lukeman Yusoff said...

Tuan Anon, 1. (a) ASB sendiri ada 2 pendapat, ada yang kata HALAL/HARUS dan ada yang kata HARAM (boleh rujuk entri sebelum ini & rujuk hujjah-hujjah dan alasannya).

Pendapat peribadi saya hujjah haram lebih kuat daripada hujjah harus. Saya tidak melihat kepada siapa yang berhujjah, tapi saya melihat kepada dalil apa yang digunakan sebagai hujjahnya. Mungkin kita akan berbeza pendapat di sini

(b) Jika Tuan berpendapat ASB halal/harus, Tuan boleh buat ODASB di Maybank(i). Setahu saya Maybank(i) ada offer ODASB

(c) Jika ambil konventional loan untuk ASB/ODASB, tiada khilaf tentang riba' nya

2. Pengisian kuliah 'Bahaya Riba' inshaAllah saya akan masukkan sedikit masa nanti

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP