Usahawan
Tuesday, November 10, 2009
Berniaga / Melabur: Untung belum tentu, RUGI ADALAH PASTI (semuanya dengan izinNYA sudah pasti)
Salam, jika Tuan Puan ingin berniaga ataupun melabur, ingatlah ayat di atas itu; RUGI ADALAH PASTI dan untung belum tentu. Jika duit yang Tuan Puan gunakan sebagai modal untuk berniaga / melabur itu hangus, Tuan Puan boleh berlapang dada, tiada gundah gulana, tiada keluh kesah, tiada tagisan di tengah malam, nasihat saya berniaga / melaburlah dengan senang hati.................tetapi jika modal perniagaan / pelaburan Tuan Puan tadi hangus ataupun Tuan Puan tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada modal perniagaan yang Tuan Puan laburkan itu dan ianya menyebabkan Tuan Puan menangis di tengah malam ataupun Tuan Puan tiada back up planning nasihat saya usahlah berniaga / melabur.
Melabur dan berniaga mesti dengan KEBEBASAN DAN SENANG HATI. Jika duit / modal pelaburan Tuan Puan tadi hangus Tuan Puan boleh lagi bergelak ketawa, bersenyum riang, tiada masalah yang membingitkan minda.............yaaa melaburlah dan berniagalah.....
Dengan kata lain jangan sesekali memulakan perniagaan dengan menggunakan modal yang besar. Jika Tuan Shamsuddin Kadir mencadangkan jangan melebihi RM100 ringgit, saya up kan sikit RM400 menjadikan jumlah minimum perniagaan / pelaburan Tuan adalah RM500. Jika lebih RM500 dan kehilangan RM500 ini membuatkan anda tidak boleh tidur malam, usahlah melabur ataupun berniaga.
Dengan kata lain juga, usahlah memulakan perniagaan dengan menggunakan duit PINJAMAN, kerana PERNIAGAAN DAN PELABURAN BELUM TENTU UNTUNG TAPI PASTI GAGAL, dan perniagaan dan pelaburan MESTILAH DENGAN KEBEBASAN.
Usahlah dipercayai dengan skim-skim yang mengubah wajah kereta Kancil anda bulan ini kepada kereta Waja bulan depan. Usahlah juga dipercayai dengan skim-skim yang mengubah kereta Iswara anda bulan ini kepada kereta Honda 3 bulan akan datang. Tiada benda yang senang dan mudah dalam hidup ini, tiada juga benda yang mustahil dalam hidup ini.
Sejujurnya, saya tidak begitu risaukan golongan pertengahan dan golongan atasan, tetapi saya lebih risaukan golongan sokongan; yang mudah sangat terperangkap dengan skim-skim yang mengubah wajah. Modal tiada tapi buat personal loan. Dapat return 3 bulan, bulan ke empat skim-skim mengubah wajah ini telah diserbu BNM.
Kalau Tuan Puan tiada duit untuk melabur, belajarlah dulu untuk menyimpan duit dari sekarang, dan jika duit simpanan Tuan Puan itu hangus dengan pelaburan / perniagaan Tuan Puan itu.....dan Tuan Puan masih boleh tersenyum riang.....yaa melaburlah dan berniagalah dengan senang hati.............Belajarlah dulu macam mana susahnya cara untuk menabung dan menyimpan.........Mulalah dari bawah......Jika halangan dan cabaran menabung dan menyimpan (ataupun pengurusan aliran kewangan) ini Tuan Puan boleh atasi, masuklah ke liga seterusnya......
Elakkanlah daripada mereka yang menggunakan ayat-ayat ini:
1. Saya akan tolong awak, saya akan bantu awak
2. Kitakan sekampung dan kawan sekolah semenjak kecil lagi
3. Kitakan sebangsa dan seagama
Mereka yang selalu menggunakan ayat inilah yang perlu Tuan Puan jauhi terutamanya apabila melibatkan duit dan kewangan, terutamanya dalam jumlah yang agak besar.
Jika Tuan Puan betul-betul ingin berniaga, berniagalah dalam bidang kepakaran sendiri. Usah berniaga ikut-ikut orang, usah berniaga ikut gelombang, kelaknya anda akan sesal di tengah jalan.
Sebagai panduan, carilah buku-buku ini di pasaran:
1. Menjejaki Jutawan Senyap: Dr Rusly Abdullah (ChefLi), Ameen, RM17 (fully recommended)
2. Memulakan Bisnes Sendiri: Puan Ainon, PTS, RM29
3. Petunjuk Jalan Kekayaan: ChefLi, Ameen, RM29
4. Biar Kecil Asalkan Berhasil Daripada Besar Tapi Bubar, ChefLi, Ameen, RM29
5. OKB: Orang Kaya Bertakwa: Ameen, Chefli, RM29
Jika Tuan Puan serius untuk menjadi usahawan; usahawan terbilang, usahawan dalam bidang sendiri, usahawan yang bukannya berubah mengikut angin dan musim, usahawan tanpa modal yang besar, usahawan yang sentiasa terpandu olehNYA..............nasihat saya carilah buku pertama ChefLi; Menjejaki Jutawan Senyap. Banyak ilmu dan rahsia-rahsia perniagaan didalamnya. Jika ada modal tambahan carilah buku-buku selebihnya. Tahun diterbitkan / masa saya beli adalah buku 1(2005), 2(2009), 3(2004), 4(2005) dan 5(2006).........mungkin sekarang ada edisi terkini
Melabur dan berniaga pasti gagal tetapi berjaya belum tentu...kecuali melabur untuk ILMU pasti berjaya jika Tuan Puan mengamalkan apa yang terkandung dalam ilmu/ilmu tersebut, inshaAllah. Usahlah lokek untuk melabur untuk ILMU, kerana pulangan / ROI nya memang tak terjangkau oleh mindamu kawan.........percayalah..........dan saya juga tidak mendapat apa-apa komisen daripada promosi ini. Saya hanya mencadangkan buku-buku yang inshaAllah lebih membuka minda Tuan Puan itu sahaja, kerana saya begitu kasihan melihat ramai orang di luar sana yang senang-senang je kena tipu; sama ada tertipu ataupun di tipu oleh pelaburan dan perniagaan yang kadang-kadang menjanjikan pulangan yang tak masuk akal...........
Usahlah lagi dibazirkan masa berhargamu kawan membuat perniagaan dan pelaburan sebegitu. Kita perlu bergerak pantas, dan masa-masa kita perlu dimanfaatkan sepenuhnya........
Berapa ramai orang-orang di kampung yang tercicir dalam pelajaran kerana masalah kewangan yang perlu kita bantu dan tolong, berapa banyak lagi rumah-rumah anak yatim yang kekurangan bekalan makanan, pakaian dan kewangan yang patut kita tolong dan bantu, berapa banyak lagi surau-surau di pusat pengajian Islam yang masih berhutang dengan kontraktor yang patut kita tolong dan bantu, berapa banyak lagi pusat-pusat pengajian tahfiz yang kekurangan dana untuk menghantar pelajar-pelajarnya ke luar negeri yang patut kita tolong dan bantu...........
Jika bukan kita orang di bandar (saya tinggal di bandar sekarang, asal orang kampung juga, anak petani juga), jika bukan kita orang yang mempunyai sedikit kelebihan yang diberikanNYA ini, yang di dalam comfort zone, yang mempunyai sedikit kelebihan; pendidikan, pengalaman dan harta ini membantu...siapa lagi yang nak kita harapkan.................
Sebesar mana rumah kita nak tinggal, sebanyak mana makanan kita nak makan, semewah mana kereta kita nak naik...........sampai masanya semua kemewahan ini kita akan tinggalkan juga............tetapi jika kita berhenti berusaha, berhenti berkerja, berhenti mencari wang dan kekayaan....ruginya masyarakat dan umat-umat ini kerana tidak dapat manfaat yang melimpah daripada kita, sedangkan jika kita tambahkan usaha sedikit je lagi, ramai orang akan dapat manfaat daripada kita......Sama-samalah kita kembali betulkan niat...kenapa kita nak sangat kaya, berharta dan jutawan ini.......
Penat lelah kita di sini semuanya akan hilang (kerna ku juga kadang-kadang terasa cukup penat dan lelah melayan karenah-karenah kehidupan ini), tetapi ingat sajalah ganjaran besar daripadaNYA inshaAllah menanti kita di sana, mengantuk kita ini juga akan hilang tetapi inshaAllah ganjaran daripadaNYA akan terus berkekalan, sakit pedih dicerca dan di maki juga akan hilang, tetapi inshaAllah ganjaran daripadaNYA akan berkekalan..........Tiada apa yang kita perlu harapkan daripada kehidupan ini kecuali redha daripadaNYA dunia dan akhirat, sama-samalah kita mencarinya...

7 comments:
salam bro luke...
sy slalu mikuti blog anda & buku yg anda rekomen kn....
Sgt bguna buat org beginner sperti saya...
Salam jal, carilah buku tu, nt your burning desire akan membuak-buak :). Jangan sampai terbakar diri sudah lah. Aku kalau baca lagi, jam-jam tu jugak nak berbisnes, tapi bisnes lah dalam bidang sendiri & jangan ikut orang dan ikut gelombang, kelak sesal di tengah jalan.
Hasil tangan ChefLi memang aku fully recommended & sekarangpun masih menanti hasil tangan terbarunya. Lagi 1 kalau baca buku dia memang tak nak berhenti, nak baca sampai habis terus sebab nak tahu apa jadi seterusnya. Selamat menuntut ilmu
Salam Bro Luke the Duke,
Terima kasih atas nasihat dan cadangan2 dari tuan.
`Sharing is Caring`.TQ so much.
PG
20rejab.blogspot.com
Sapa yang berminat untuk mentelaah buku-buku Jutawan Senyap, Petunjuk Jalan Kekayaan, Biar Kecil Asalkan Berhasil Daripada Besar Tapi Bubar dan Orang Kaya Bertakwa boleh masuk ke sini http://shop.ameenbooks.com.my/index.php?c=25
Baca dan galilah ilmu sebanyak-banyaknya daripada penulisan Dato' Dr Rusly Abdullah ini; seorang bekas banker yang kemudiannya menjalankan business burger dan hampir bankrup.....Kemudian beliau bangkit balik dengan membina perniagaan berasaskan pendidikan dan latihan....4 bisnes yang inshaAllah akan terus ada pembeli/customer adalah 1. pendidikan 2. kesihatan 3. pakaian dan perlindungan 4.makanan....
Carilah bidang perniagaan yang sesuai/serasi dengan jiwa kita iaitu KITA TIDAK MERASA PENAT MALAH SERONOK BILA MEMBUATNYA.....Itu keywordnya, sampai lupa makan minum pun takpe sebab buat kerja...Cari3 :)
tq.. mmg tgh cari buku camnih..nanti boleh buat list kat blog aku....
saya sudah pun mempunyai semua buku dan telah membacanya.. Mungkin perlu membaca banyak kali untuk mendapat aura ilmunya.. hehe
Ya Tuan, baca banyak kali untuk dapatkan aura ILMUnya dan terlebih penting mulalah mencipta perniagaan sendiri yang mana Tuan adalah tokeynya. Jika sudah businessmaan, TAHNIAH saya ucapkan
Post a Comment