Manis Jua
Monday, November 23, 2009
Walau sepahit mana pun mulanya
Walau seramai mana pun mendustainya
Namun kebenaran tetap muncul jua
Menjengah hati dan nurani sang pencinta
Setiap gerak langkahmu diperhatikan
Disoroti rakan dan taulan
Dicemburui musuh dan lawan
Dinilai DIA Penunjuk Jalan
Berhati-hatilah ketika melangkah
Kerana semuanya pasti berbalas
Tersilap jalan membawa padah
Mencari redhaNYA mestilah diatas
Manisnya erti sebuah persahabatan
Yang didasari DIA melebihi segalanya
Indahnya hidup dalam kerahmatan
Semoga kekal berbahagia hendaknya
2 comments:
Salam Tuan.
Masam-masam manis :)
PG
-Dr.Hafizi Abdullah
20rejab.blogspot.com
Salam Tuan Dr, kalau manis-manis-manis kot kena penyakit pula :) Asam garam kehidupan begitulah, lagipun kita bukannya sempurna, jauh sekali maksum, tak gitu...
Post a Comment