Keep the Change

Tuesday, September 29, 2009

Salam, mungkin ramai antara kita yang telah apply kan dlm kehidupan seharian. Kepada yang belum lg apply, cuba2lah apply kan nya, anda akan menemui kepuasan dan kenikmatannya.....

Contoh jika anda pergi ke kedai runcit belakang rumah & barang yg anda beli adalah RM5.90, anda bagi RM6 dan anda cakap....'xpelah bang, ambillah baki tu' anda pun berlalu dan melupakannya mungkin kerana anda betul2 ingin niatkan sedekah/hadiah ataupun memang anda seorang yg busy hingga nak tunggu orang bagi balance pun xsempat....huhu

Tiba2 anda beli lagi di kedai yg sama & bayaran kali ini adalah RM8.10 & anda mencari2 duit RM0.10 tu dalam poket tapi xjumpa2 & pekedai tu ckp kat anda balik 'xpelah bang RM8 je'.......anda pun ckp 'betul ke? duit kecil ada, nanti saya ambilkan dalam kete ye'........dia ckp balik 'xpe bang RM8 je'......Anda pun bayar RM8 dan berlalu.....

Anda akan rasa kepuasannya bila anda BERBUDI TANPA MENGHARAPKAN BALASAN.....tetapi jika anda kata kat pekedai itu 'Dulu kan saya dah bagi lebih RM0.10, xkan yang ni xleh kurang', maka kepuasan dlm bermualah itu akan hilang & NIAT ANDA MASA ANDA bagi dulu pun dah berubah....

Kesimpulannya, jika anda ingin memberi....BERIKANLAH DENGAN SEIKHLAS HATI & LUPAKANLAH IA....Jika pun pekedai itu masih meminta RM8.10, maka bayarlah RM8.10, kerana budi anda itu usahlah diminta balasan daripada pekedai tadi..Biarlah DIA saja yang membalasnya...

Moga ada manfaatnya & sampai jumpa lagi, inshaAllah

p/s: Mungkin anda juga ada pengalaman yang sama yang boleh dikongsikan dengan pembaca yang lain di sini

5 comments:

semut said...

ikhlas susah kita nak lihat... datang darii hati ....
ramaii yang berpura pura ikhlas darii segi zahir nye.. tetapii hati nye tidakk seperti itu ...

Admin said...

Oleh sebab kita tidak dapat menilai keikhlasan itu, maka BAGI & LUPAKANLAH IA...Itu saja petuanya, selebihnya serahkanlah pada DIA...

Admin said...

Saya share skit lagi pasal org memberi kita merasa & kita memberi org merasa. Pernah dulu waktu kami blk kg, kami singgah bf di 1 kedai tepi jln & waktu nak bayar makcik tu bg roti kat anak2 saya. Saya nak bayar tp makcik tu ckp xpelah, bagi utk anak2....

Kami pun berlalu & sampai sekarang bila kami balik kg & lalu lagi di kedai itu & kebetulan waktu makan (bf/lunch) inshaAllah kami akan singgah mkn lg (dengan berbayar ye..bukan percuma & bukan juga sebab nak dpt roti percuma lg-lagipun masakannya boleh tahan sedap :), kalau xsedap mungkin juga xsinggah lagi), wpun mungkin makcik itu xpernah pun mengharap agar kami singgah mkn di kedainya lagi....sekadar berkongsi pengalaman yg xseberapa

Anonymous said...

salam

biasanya saya membeli barang memang tak mintak diskaun(kurang), kerana jika saya minta kurang, penjual tak beri, rasa macam sia-sia aje...macam2 alasan...harga kos la, untung sikit la dan yang paling pelik siapa kata TAK UNTUNG...

tapi, kawan saya pesan, minta kurang tu perlu kerana ia adalah sunnah...

lagipun tak salah kan ...

-putat-

liza said...

:) teringat kedai mak cik tu kat Merapoh. Tepi jalan keretapi :) dlm suasana kampung.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP