Ca$hflow 101 boardgame (6) Jemputan (1)

Friday, May 29, 2009



Salam, di sini saya ingin menjemput sesiapa yang berkelapangan untuk main Ca$hflow 101 boardgame. Butir2 aktiviti adalah seperti berikut:
1. Tarikh: 15.8.2009 (Sabtu)
2. Masa: 9 pagi hingga 12.00 t/hari (9-9.15 briefing m/mana nak main, rules & regulation & goals, 9.15-12 main, 12 stop, xkiralah berapa orang dah keluar rate race & dah masuk fast track & win, 12-12.30 discussion, m/mana application utk real life, what next, discuss real life cashflow, OD, OPM etc sambil minum2, 12.30 bersurai)
3. Lokasi: seperti gambar di atas. Tu gambar simulasi utk location game CF ini nanti
4. Participant: Sapa2 boleh join, first come first serve. Maximum player adalah 6 orang+1 banker. Banker kita letak otai2, kalau otai xde insya'Allah aku akan jadi banker (wpun aku bukan otai). Minimum player adalah 2 org + 1 banker. Kalau tengok gambar atas tu, tempat tu sesuai utk 3 player+1 banker, tapi kalau 6 orang datang maximum, kerusi2 batu tu kita boleh rapatkan & tambahkan dengan kerusi plastik...Masih lagi boleh main maximum player tp agak rapat2...Xpe boleh merapatkan silaturrahim :)
5. Cost: FOC
Alat2 yang perlu di bawa adalah:
1. Pensil
2. Kalkulator (kalau xde kalkulator...HP pun boleh jadi kalkulator..Tapi kalau ada kalkulator lagi bagus, lagi cepat & cergas nak kira gaji, asset, passive income etc)
3. Pemadam (bawa pemadam sekali yee, sebab nak padam gaji kecik & nak gantikan dengan gaji besar + passive income :) )
Konsep game adalah perkongsian ilmu. Insya'Allah makin banyak kita kongsi ilmu, makin banyak ilmu2 baru yang akan kita dapat.
So notis jemputan ini adalah selama 6 hari bermula hari ini hingga Sabtu. Maximum player adalah 6 orang first come basis, xde maximum participant, sapa2 pun boleh datang utk sembang2/kenal2/bertukar2 pendapat. Harapnya semua orang dapat maklumat & sapa2 yang berminat untuk berkongsi ilmu bolehlaa bagi nama & no HP ke 013-2299319 ataupun emailkan ke ylukeman@yahoo.com. Nanti saya akan msg/emailkan alamat & direction ke rumah saya, insya'Allah. Lokasi Taman Universiti, BBBangi...

Read more...

I am a SENIOR??? jeng3

Salam, banyak benda happening laa yg berlaku 2-3 bulan ni, yang membingitkan, yg menghangatkan & xkurang juga yg menggiurkan, hehe.......Aku dah ada tajuk kat atas tu, tp nak mengolah idea tu belum boleh lagi. Nantikan sambungan yee, bila idea ku lebih tersusun, insya'Allah

(sambungan)

Alhamdulillah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Kalau anda baca entry2 sebelum ini esp tajuk 'the Unstoppable Life 2' aku ada ceritakan apa planning aku & mungkin ada juga yg curios nape aku interview tindikan Dec 2007, tapi aku plan utk fly Oct 2009...Inilah sebabnya :)......

Aku plan selain utk start buat PhD bila persiapan aku dah betul2 mantap ie IELTS dah ok, supervisor ok & ada research fund (kalau kena caranya dia siap boleh offer kita allowance lagi, hehe), destination & member2 UK pun ok & the main factor kenapa aku plan utk fly Oct 2009 adalah kerana aku nak fly bila aku dah dapat SENIOR :) :) :)...Kenapa??

Sebabnya, bila aku balik PhD nanti, katakanlah lagi 5 tahun (+ buffer, correction etc), aku dah boleh start apply Assoc Prof pula (dlm lingkungan umur 35 tahun) & lagi 5 tahun boleh lah aku apply full Prof Dr Lukeman (dalam umur 40-45 tahun, WOW).....Perancangan dah baik, tp itulaah sesuatu yang kita xdapat nak elakkan berlaku....Dapat 1 & kena hold 1.....Apapun DIA lebih mengetahui, mungkin kalau dia bagi aku dua2 sekaligus, takut aku terlalai, so DIA bagi aku satu2 sesuai dengan usaha & kesanggupan diri ini....

Internel memo dah keluar. Aku pun dah call 2-3 kali utk confirm kan betul ke nama aku ada. Official surat pun dah sampai, ada ngan DEAN, tunggu masa nak distribute saja....Berapa increment nih?? hehe aku pun xtahu.......Main goal aku untuk active income ni sebenarnya bukan increment, tapi utk dapat Prof Dr ketika aku umur 40-45 tahun. So, at that time, aku ada masa lagi 10-15 tahun untuk terus menongkah arus sehingga sampai ke peringkat tertinggi IPT ie Presiden (P), TP, DTP @ Naib Canselor (NC), TNC @ DTNC........Yeaah, kita mesti ada cita2 itu, xkiralah apa bidang kita sekalipun..Impikan jawatan tertinggi, bukan utk bersaing, tapi utk memotivasikan diri. Jikapun xdapat tertinggi, dapat 2nd highest pun dah cukup bagus......Contoh 1. jika sekarang anda kerja kilang, then tanamkan dalam hati 1 hari anda nak jadi manager/owner of that factory. 2. Jika sekarang anda DJ, then tanamkan dalam hati yg 1 hari anda nak jadi CEO syarikat tersebut..

Kepada adik2 yang masih belajar juga, bidang pendidikan adalah satu bidang yang begitu mengujakan untuk dijadikan kerjaya pilihan. Hidup kita sentiasa bergerak pantas, selari dengan pertambahan teknologi. Ilmu kita juga sentiasa up to date (kepada yg MAHU sahaja, ada juga yg xmahu up to date) & masa kita juga flexible & insya'Allah kita juga boleh mengenali tempat orang sambil2 membentangkan paper :)......So buat adik2 rancanglah kerjaya masing2. Bila dah dapat apa yg anda mahukan, jgn berhenti setakat itu, teruskan berfikir & berusaha utk memajukan DIRI (jangan terperangkap dengan comfort zone), teruskan berlari........sehingga apa yg kita lakukan itu melimpah kepada masyarakat, insya'Allah...ya Allah permudahkanlah perjalanan hambaMU yg dhaif ini....

p/s:
1. Tahun lepas aku dah try sekali, tapi mungkin masa tu I'm not senior enough to become a senior.....

2. Sebenarnya dalam line education xbanyak perasaaan hasad dengki (phd-entry aku sebelum ini), kerana POST2 penting education adalah rotational basis, subject to renew...biasanya 2 tahun contract, so Dean, Department Head, NC, TNC semenya rotational basis. Senior-Prof Madya-Prof pula adalah base on performance. Insya'Allah kalau kita buat kerja dengan elok, teaching & learning, research & consulatation seme smove, insya'Allah benda itu semua xmustahil untuk dicapai.......think big and think positive....

3. Moral of the story: 1. Jangan berhenti berharap&teruskan berusaha 2. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, 3. Jangan rakus2 & 4. Ligatkan diri anda mencari peluang/flexibility.......Ada beza ye antara rakus & flexibility. Rakus maksudnya kalau kita nak A, so A je yg kita nak, xnak yg lain.....Flexibility means, kalau A xdapat, then go for plan B, kalau B xdapat then go for C & seterusnya.....

Read more...

Rich Dad, CF101, 202 & e-game





Salam, saya sedang bercuti sekarang, menyelesaikan cabaran-cabaran kehidupan yang semakin membahang. Hidup ini akan semakin ceria dan indah bila cabaran-cabaran kehidupan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Saya ingin berkongsi sedikit maklumat dengan sahabat semua yang meminati ilmu-ilmu pengurusan kewangan, pelaburan dan perniagaan.

Tuan Puan semua boleh mendapatkan buku-buku tulisan Robert Kiyosaki seperti Rich Dad Poor Dad, Guide to Investing, CashFlow Quadrant, Retire Rich Retire Young, Increse Your Financial IQ dan lain-lain di;

AMCORP MALL PJ
Ground Floor (sama aras dengan GIANT)
Setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja
Mr Ricky (012-2332356)

Buku-buku tersebut di jual pada harga RM30-RM35 sahaja sebuah. Jika Tuan Puan membelinya di kedai buku biasa, harganya adalah sekitar RM69 sebuah.

E-game CF101 pula dijual pada harga RM45, CF101 boardgame RM300 dan CF202 RM50 (CF202 dimainkan dengan menggunakan board yang sama dengan CF101, cuma itemise nya sahaja yang berbeza).

Harap dapat membantu pencinta-pencinta ilmu yang berada di sekitar Lembah Klang. Apa-apa hal pun lebih baik Tuan Puan telefon dahulu sebelum menyerbu ke sana, kerana stoknya agak terhad. Jadi untuk menjimatkan masa dan tenaga; buatlah temujanji dan homework terlebih dahulu dan buatlah pilihan dan keputusan yang terbaik, dan ukurlah juga baju di badan sendiri. Belilah dan melaburlah untuk ilmu, juga secara berkeutamaan.

Read more...

Memulakan Bisnes Sendiri


Salam, sedikit perkongsian ilmu perniagaan. Sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan, maka dapatkanlah buku ini di pasaran
Tajuk: Memulakan Bisnes Sendiri
Tulisan: Puan Ainon Mohd
Terbitan: PTS Professional
Edisi: Kemaskini 2009 (Cetakan Ketujuh)
Harga: RM29

Saya membelinya semasa berkursus BERBAYAR dengan Tuan SK, dan saya juga melihat buku2 ini ada dijual di MPH Alamanda Putrajaya. Sesiapa yang berada di area Bangi, Kajang, Putrajaya pergilah serbu kedai buku itu…….dan juga kalau Tuan ada bajet lebih, dapatkanlah juga buku2 Irfan Khairi ini

1. Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar (RM39.90)
2. Nota Jutawan Nota Motivasi (RM39.90)
3. Nota Jutawan Nota Perniagaan (RM30)

Suka ditegaskan

1. Saya tidak mendapat apa2 komisen daripada maklumat ini
2. Ilmu-ilmu ini semuanya perlu anda bayar dengan DUIT RM anda
3. Puan Ainon & Irfan Khairi & publisher tidak akan memberikannya secara percuma kepada saya dan juga kepada anda (melainkan untuk kes2 tertentu)
4. Keuntungan2 daripada penjualan buku Puan Ainon ini, MUNGKIN akan disedekahkan kepada anak2 yatim dan mereka yang memerlukan, kerana selain mempunyai anak sendiri 1 orang, Puan Ainon juga memelihara anak angkat seramai 40 orang yang terdiri daripada anak2 yatim & mereka yang tidak berkemampuan….

Semoga anda semua mendapat manfaat yang banyak dari perkongsian ini. Semoga Puan Ainon & Tuan Irfan Khairi juga mendapat manfaat yang banyak daripada ilmu2 yang disebarkannya ini walaupun ilmunya perlu dibayar dengan RM :).
Semoga Puan Ainon juga mendapat kerahmatan & sihat tubuh badan yang berpanjangan bagi meneruskan khidmat bakti kepada orang2 yang memerlukan....InshaAllah saya juga akan mengikut jejak langkah Puan Ainon. Doakan saya & saya sedang berusaha keras ke arah itu, inshaAllah moga saya juga dapat mengikut jejak2 yang telah dilaluinya ini.......
Moga ada manfaat dan sampai jumpa lagi, inshaAllah

Read more...

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP