Memulakan Bisnes Sendiri

Friday, May 29, 2009


Salam, sedikit perkongsian ilmu perniagaan. Sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan, maka dapatkanlah buku ini di pasaran
Tajuk: Memulakan Bisnes Sendiri
Tulisan: Puan Ainon Mohd
Terbitan: PTS Professional
Edisi: Kemaskini 2009 (Cetakan Ketujuh)
Harga: RM29

Saya membelinya semasa berkursus BERBAYAR dengan Tuan SK, dan saya juga melihat buku2 ini ada dijual di MPH Alamanda Putrajaya. Sesiapa yang berada di area Bangi, Kajang, Putrajaya pergilah serbu kedai buku itu…….dan juga kalau Tuan ada bajet lebih, dapatkanlah juga buku2 Irfan Khairi ini

1. Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar (RM39.90)
2. Nota Jutawan Nota Motivasi (RM39.90)
3. Nota Jutawan Nota Perniagaan (RM30)

Suka ditegaskan

1. Saya tidak mendapat apa2 komisen daripada maklumat ini
2. Ilmu-ilmu ini semuanya perlu anda bayar dengan DUIT RM anda
3. Puan Ainon & Irfan Khairi & publisher tidak akan memberikannya secara percuma kepada saya dan juga kepada anda (melainkan untuk kes2 tertentu)
4. Keuntungan2 daripada penjualan buku Puan Ainon ini, MUNGKIN akan disedekahkan kepada anak2 yatim dan mereka yang memerlukan, kerana selain mempunyai anak sendiri 1 orang, Puan Ainon juga memelihara anak angkat seramai 40 orang yang terdiri daripada anak2 yatim & mereka yang tidak berkemampuan….

Semoga anda semua mendapat manfaat yang banyak dari perkongsian ini. Semoga Puan Ainon & Tuan Irfan Khairi juga mendapat manfaat yang banyak daripada ilmu2 yang disebarkannya ini walaupun ilmunya perlu dibayar dengan RM :).
Semoga Puan Ainon juga mendapat kerahmatan & sihat tubuh badan yang berpanjangan bagi meneruskan khidmat bakti kepada orang2 yang memerlukan....InshaAllah saya juga akan mengikut jejak langkah Puan Ainon. Doakan saya & saya sedang berusaha keras ke arah itu, inshaAllah moga saya juga dapat mengikut jejak2 yang telah dilaluinya ini.......
Moga ada manfaat dan sampai jumpa lagi, inshaAllah

13 comments:

pak wan said...

salam bro luke.. hmm sabor je le atas komen2 kurang membina tu.. sy pun stuju kengkadang nasihat/komentar membina tu perlu dibayar.. kalu nak bagi free, ade org appreciate .. ade lagi org buang tepi mcm sampah jek.. cz cam no cost no value... ikut masing2...

stuju lagi if bro berazam terbitkan buku... saya pun pelabur buku.. ade buku yg betui2 berbaloi yg saya puas hati membayar.. ade yg mcm hampeh jek.. tapi dah terbeli... takpele rezki masing2...

teruskan usaha... all the best bro.

Anonymous said...

salam

Sekadar perkongsian...saya sedang memikirkan untuk menulis sebuah buku bertajuk MENUJU BAHAGIA...dah terpikir nak jual dengan harga pasaran RM20.00

tapi , harga promosi adalah RM10.00...

sebab itu saya suka membaca blog seperti tuan dan blog lain yang berkaitan, sebagai percambahan ILMU dan PERCUMA :)

tapi, kepada peminat buku ilmiah/motivasi di luar sana ,
harga jualan bukanlah pada ilmu yang ditulis, tapi pada kos penerbitan sahaja... (inilah maksud saya sebelum ini)..

mungkin, dengan izin Allah saya akan berjumpa dengan tuan satu hari nanti untuk perkongsian pintar...

p/s : sedangkan Quran pun kena beli kan kan...

-putat-

Admin said...

Salam Putat, idea yang bagus kerana saya pun sebenarnya tengah menulis buku. InshaAllah saya target bulan 3 tahun depan akan memasuki pasaran.

Saya cadangkan pada Tuan, buatlah blog (percuma) ataupun .com (yg berbayar) utk mencurahkan idea2 Tuan di sana sebagai networking & marketing & branding, agar bila produk Tuan memasuki pasaran nanti tiadalah Tuan/pembaca2 lain culture shock ataupun tertanya2 siapakah putat ini? ataupun buku apakah ini?

Sekadar cadangan yang x seberapa drp hamba yg dhaif ini

Admin said...

Salam Ojah TQ & all the best to Puan Ojah too

Anonymous said...

salam

bagaimana nak mula menulis ? kaedah ? atau rujukan yang berkaitan ?

mohon bantuan dan perkongsian


-putat-

Admin said...

Salam Tuan Putat, soalan yang bagus dari Tuan...Untuk menulis idea2 yang bernas perlulah kita juga mendapat idea2 yg bernas & idea2 yang bernas biasanya datang melalui kelas2 ilmu, sama ada kuliah2 @ buku2 @ seminar2

Setakat ini saya perolehinya drp buku2 & kuliah2 & inshaAllah seminar2 percuma/berbayar akan saya perbanyakkan.

Idea2 drp buku2 & majlis2 ilmu ini, kita olahkanlah sendiri sampai kita betul2 puas hati (&org lain juga puas hati) sbb 1 buku @ 1kuliah @ 1 majlis ilmu saja xkan cukup utk semua ilmu yg lengkap yg boleh memuaskan hati kita & hati semua orang (i mean pembaca2 lain)

Sekadar perkongsian drp hamba yg dhaif. Harap membantu Tuan

Admin said...

Mungkin Tuan boleh masuk ke sini http://www.universitipts.com/

Daftarkanlah diri Tuan di sini & saya juga sebenarnya telah mendaftarkan diri & akan menghadirkan diri dlm kursus2 yg dianjurkan InshaAllah. Ada yg percuma & ada yg berbayar

& Seperti yg telah saya jelaskan sebelum ini sesuatu yg percuma mesti ada something disebaliknya :) Tuan cuba2lah kaji ye kenapa ianya percuma & kenapa ada yg berbayar...

Admin said...

& juga seperti yg telah saya jelaskan sebelum ini, penulisan saya di sini juga adalah percuma utk tujuan marketing, branding & networking....agar apabila produk saya memasuki pasaran nanti, saya & org ramai tidak culture shock / tertanya2 siapakah Lukeman Yusoff & produk apakah ini? InshaAllah

Harap Tuan semakin jelas

Admin said...

Tuan juga boleh masuk ke sini untuk manfaat yang banyak inshaAllah
http://www.shamsuddinkadir.com/v2009/

Anonymous said...

salam

terimakasih diatas respon SEGERA tuan...

Untuk makluman, sebentar tadi saya baru balik dari MPH Putrajaya (beli buku Saudari Ainon)... thanks kerana mewar-warkan didlm blog ini...

Mungkin, saya dah masuk fasa 2 (mula membeli) , sebelum ni fasa 1 (mendengar PERCUMA) :)...

fasa ke-3 nanti , saya nak hadiri kursus2 berbayar lak...

p/s : hopefully fasa ke-4 , saya pulak menjual buku ...hehehe

-putat-

Admin said...

Baguslah kalau Tuan dah nampak fasa2 kehidupan itu. Cumanya kalau buku Tuan nanti harga @ kualitinya adalah RM20, maka juallah RM20, inshaAllah saya akan membayar dengan kualiti RM20 itu

& Untung RM10 itu (selepas di tolak semua kos) usahlah didermakan kpd saya (sebagai pembeli), tetapi dermakanlah kpd orang2 lain yg betul2 lebih memerlukan spt anak2 yatim, org miskin, musafir, muallaf, balu2, pondok2 pengajian dsb.

Harap Tuan lebih jelas konsep perniagaan & derma

RosyFitrah said...

Saya tertarik dgn gaya santai dan mudah penulisan buku oleh Prof Kamil (terbitan PTS Pn Ainon). Penulisan yg diadaptasi drpd pengalaman beliau digarap sehingga menyentuh jiwa...Blog Kehidupan Ringkas tapi Signifikan banyak menghuraikan kisah2 kehidupan yg tersirat...

Admin said...

Salam Tuan RosyFitrah, ingat tak apa tajuk buku Prof Kamil tu? Kalau ada info tolong bagi detail skit. Saya berminat untuk membeli, mentelaah dan menggarap ilmu didalamnya.

Orang menulis buku daripada pengalamannya yang mungkin 30-40 tahun, tetapi kita membaca mungkin sekirar 2-3 minggu dapat pengalaman yang sama. Jadi, sama2lah kita memupuk minat membaca dalam diri sendiri

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP