Candu Kehidupan

Monday, November 30, 2009

Salam

S: Soalan
J: Jawapan

S: Salam Tuan, mengapa harus belajar sehingga ke Diploma, Ijazah, Sarjana dan PhD sedangkan orang yang gagal UPSR pun boleh berjaya?
J: :) Kamu melihat dari MATA NEGATIF dan aku melihat dari MATA POSITIF

S: Tolong Tuan perlihatkan mata positif Tuan itu?
J: Jika orang yang gagal UPSR boleh berjaya dengan cemerlang dalam hidup, dalam perniagaan....SECARA TEORINYA orang yang berjaya dalam UPSR, SRP/PMR, SPM, Sijil, Diploma, Ijazah, Master, PhD sepatutnya lebih berjaya dan lebih cemerlang dalam kehidupannya...

S: Apa maksud Tuan secara teori?
J: Secara teori lah..........secara realitinya kenapa orang yang dilihat berjaya dalam pelajaran ini seringkali kecundang dalam kehidupan (walaupun mungkin bilangan/statistiknya tidaklah begitu ramai)????????????????? Kerana terperangkap dalam COMFORT ZONE lah.....kerana menyangkakan Diploma/Ijazah/Master/PhD adalah penghujung kepada sebuah pelajaran/ilmu /pendidikan...........

Bila kita berhenti belajar, bila kita berhenti mencari ilmu, bila kita berhenti berusaha, bila kita berhenti mengharap..........itulah candu-candu kehidupan yang akan memberhentikan kehidupan kita daripada menuju kearah kebaikan dan kejayaan.......

Yaa....tiada salahnya comfort zone....tetapi jangan berhenti di situ....

Sebenarnya apa yang ingin saya tegaskan dalam artikel ini adalah........1. Jangan kita menjadi CANDU-CANDU KEPADA KEHIDUPAN ORANG LAIN........Jika kita tidak mampu untuk belajar sehingga ke peringkat Diploma/Ijazah/Master/PhD, jangan kita menyalahkan orang lain yang masih ingin belajar dan mencari ilmu-ilmu formal.....

2. Jika kita ingin berjaya dalam hidup (dalam erti kejayaan sebenar) (a) jangan suka melihat sesuatu dari sudut yang negatif.....contoh 1. Jangan melihat orang itu yang 'tidak berjaya' dalam UPSR, tetapi lihatlah macam mana dia bangkit membina empayar perniagaannya sehingga berjaya dan disegani ramai sedangkan dia 'tidak berjaya' UPSR, ataupun dia belajar setakat sekolah rendah sahaja.......contoh 2. Jangan melihat kepada orang itu tiada Ijazah sahaja, tetapi lihatlah bagaimana dia membina empayar perniagaannya sehingga menguasai pasaran dunia........

Jangan suka melihat sesuatu yang negatif yang memberikan kamu nilai NEGATIF...kerana itu akan melambat, memperlahan dan mungkin juga akan memberhentikan perjalanan kehidupan kamu kearah kejayaan....tetapi lihatlah PERKARA POSITIF, PERKARA SUSAH PAYAH yang orang itu lakukan sehinggalah dia berjaya seperti sekarang........

(b) Jangan suka menyalah-yalah kan orang lain atas atas apa yang berlaku dalam kehidupan ini...hatta jika ekonomi negara dan ekonomi dunia menguncup lagi sekali pun salahkanlah diri sendiri......'kenapa kita tidak perbuat sesuatu untuk membantu meningkatkan ekonomi negara dan ekonomi dunia??'.....Jika saya, awak, kamu, kita dan semua orang berusaha sudah tentu keadaan sukar ini mampu dielakkan/diatasi inshaAllah (dengan izinNYA sudah tentu)....

3. Lagi sekali, ku tidak risaukan orang-orang yang berada dalam comfort zone, tetapi ku risaukan orang-orang yang berada di hujung kampung, di hujung negeri, yang keluarganya tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk membiayai kehidupan........(kadang-kadang memang ada duit pun, tapi saja tak nak bagi anak-anak belajar, semata-mata kerana hujjah 'orang gagal SPM pun boleh berjaya')......'Mereka gagal SPM tetapi mereka bangkit melawan, meredah onak dan duri kehidupan......Kamu/Anak kamu/Adik kamu????? Gagal SPM, dan meredah sekatan polis menjadi rempit jalanan......... '

Please lah kawan......Bantulah insan-insan yang memerlukan nasihat dan tunjuk ajar ini..Tunjukkanlah mereka jalan-jalan kehidupan sebenar. Jika betul mereka tidak mampu lagi belajar...Yaaaa ajarkanlah mereka TENTANG KEHIDUPAN.....Ajarkanlah mereka kemahiran, ajarkanlah mereka perniagaan, ajarkanlah mereka erti susah payah dalam membina sebuah kehidupan dan dalam mencari keredhaanNYA...........kerana tidak berjaya/kurang berjaya/ belum berjaya dalam 'pendidikan formal' bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan.....

4. Lagi sekali juga........

(a) Jika kamu memang tidak bermotivasi, janganlah mengajar orang agar menjadi tidak bermotivasi sepertimu.......

(b) Jika kamu 'belum rajin' berusaha, 'belum rajin' berfikir, 'belum rajin' berniaga.....'belum rajin' segala-galanya (hanya pandai tonton TV saja dari pagi sampailah malam), janganlah juga kamu mengajar/memperturunkan ilmu 'belum rajin' kamu itu kepada orang lain.....

(c) Jika kamu tidak mampu untuk perbuat kebaikan, janganlah kamu bebani kehidupan kamu itu dengan perbuat kejahatan....

(d) Jika tidak mampu membantu orang lain...janganlah kamu menyusahkan kehidupan orang lain yang sama-sama ingin membantu kehidupan dan insan-insan lain...

(e) Jika kamu tidak mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit kehidupan ini....janganlah kamu menjadi candu-candu kepada kehidupan ini.......

Sama-samalah kita menolong insan-insan yang memerlukan, kerana kita dilahirkan di dalam 'masyarakat'.......

p/s: 'Kamu' di sini termasuklah 'aku' yang menulis ini...kerana setiap artikel yang ku tulis di sini ku tujukan khas buat diri ku sendiri........

Kenapa ku tulis di sini??? ......Kerana ku suka berkongsi dengan insan-insan yang juga suka berkongsi dengan ku...Itu sahaja....

Read more...

Too ambitious?

Friday, November 27, 2009

Salam, kita perlu mempunyai cita-cita yang tinggi bagi membolehkan kita sentiasa bersemangat menempuh cabaran kehidupan ini. Cita-cita yang melangit akan menggerakkan minda kita untuk mencari jalan bagi mencapainya, dan getaran minda ini akan menggerakkan fizikal dan tubuh badan untuk merealisasikannya.

Tiada salahnya bercita-cita tinggi, malah itulah sebaik-baiknya yang perlu dilakukan dalam hidup ini bagi membolehkan kita mempunyai kekuatan luar biasa dan maha hebat (masih lagi tertakluk sebagai kekuatan hambaNYA). Kita kurang maju bukan kerana kita tidak mendapat sasaran, tetapi KITA MELETAKKAN SASARAN TERLALU RENDAH…..apabila memperolehinya kita rasa kita sudah hebat…….padahal ianya terlalu kecil dan sedikit untuk dijadikan sasaran…..Yaa sebagai permulaan tiada salahnya, kerana setiap yang banyak bermula daripada sedikit dan setiap kejayaan besar bermula dengan kejayaan kecil…..

Sungguh pun begitu UKURLAH JUGA BAJU DI BADAN SENDIRI……..Jangan meletakkan sasaran yang tidak mampu dicapai oleh akalmu kawan…..

Contoh.........jika sekarang anda adalah pelajar yang CGPA nya adalah 2.15 (2.00 adalah syarat minimum untuk graduate) dan anda mempunyai baki 22 kredit lagi untuk dihabiskan (18 kredit adalah nilai maksimum kredit untuk pelajar setiap semester), dan anda merasakan anda perlu mengambil semua mata pelajaran itu sekaligus untuk membolehkan anda grad on time…..tetapi SIKAP ANDA MASIH LAGI SAMA SEPERTI SEBELUM INI…..lambat datang kelas, assignment lambat hantar, kuiz cukup-cukup makan........jadi macammana anda rasa anda mampu bawa 22 kredit sekaligus jika ANDA SENDIRI TIDAK MAHU BERUBAH, dan hanya mengharapkan keajaiban.....

Lagi sekali tiada salahnya bercita-cita tinggi kerana itulah yang diperlukan dalam kehidupan ini, cumanya ukurkan kemampuan akal, fizikal, kewangan, mental dll bagi merialisasikan impian tadi......kerana kita kurang maju bukan kerana kita MENCAPAI APA YANG KITA SASARKAN TETAPI KITA MELETAKKAN SASARAN TERLALU RENDAH DAN KECIL UNTUK DIPEROLEHI.....

Read more...

Salam Eidul Adha

Thursday, November 26, 2009

Salam Eidul Adha kepada semua muslimin dan muslimat walau di mana saja berada

Selamat menjalani ibadah korban bagi sahabat-sahabat yang berkorban (untuk diri sendiri ataupun untuk insan lain). Moga pengorbanan ini dipandang dengan pandangan rahmat olehNYA

Selamat menunaikan ibadah haji bagi sahabat-sahabat yang berada di tanah suci Mekah. Selamat menjadi tetamuNYA dan moga mendapat Haji yang mabrur. Doakan kerahmatan dan kesejahteraan umat sejagat

Selamat mencari redhaNYA kepada semua. Moga kita menjadi umat yang bersyukur inshaAllah. Salam untuk semua

Read more...

Violet

Tuesday, November 24, 2009

Salam, artikel di bawah ini saya nukilkan daripada:

Buku: AURA PERSONALITI WARNA
Penulis: Mir Hazil Azran Ramli
Pengantar: Eric Leong, Pakar Dekorasi Dalaman dan Warna
Terbitan: PTS Millennia
Tahun: Terbitan Pertama 2008
Harga: RM19.50

Secara umumnya buku ini menerangkan tentang 7 warna asas pelangi iaitu merah-jingga (seakan peach)-kuning-hijau-biru-indigo (biru gelap menghampiri ungu)-violet (ungu muda). Susunan ini adalah berdasarkan panjang gelombang iaitu merah paling panjang dan violet paling pendek

Merah-jingga-kuning adalah kumpulan warna panas (gelombang warna panjang), maskulin, garang, pejuang, aktif dsb. Biru-indigo-violet kumpulan warna sejuk (gelombang warna pendek), sejuk, feminin, lembut, cool, pendamai.

Hijau adalah warna keseimbangan @ titik stabil; campuran warna kuning (panas) dan biru (sejuk). Untuk keterangan lanjut bolehlah dapatkan buku ini di pasaran.

Segala ciptaanNYA pasti ada hikmah tersembunyi termasuklah warna. Tidak semestinya betul dan harus salah :) Yaa, boleh saja DIA melakukan sesuatu tanpa sebab kerana DIA Maha Kuasa dan Maha Segala-galanya, dan DIA juga tidak akan melakukan sesuatu secara sia-sia, pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya termasuklah warna-warna yang menceriakan alam ini......

Kenapa pokok warna hijau? Kenapa bunga ada pelbagai warna? Kenapa perlu ada malam dan siang? Kenapa laut warnanya biru? Semuanya ada hikmah tersembunyi bagi insan yang suka mencari dan berfikir. Sama-samalah kita menggali untuk memantap dan memaksimakan keupayaan diri inshaAllah.

Saya nukilkan di sini catatan untuk personaliti Violet di halaman 158-166 untuk tatapan semua.....Lagi sekali juga, buatlah SESUATU SECARA BERKEUTAMAAN, dan melaburlah untuk ILMU juga secara berkeutamaan :). Kalau yang ni pun tak nak baca, tak payah lah beli buku tu yee, baik beli buku lain yang LEBIH memberikan nilai tambah kepada Cik Puan Tuan. Selamat membaca..... ;)


"Personaliti Violet (Halaman 158-166)

Sosial

Personaliti violet adalah personaliti yang dinamik, berkarisma, bervisi dan mempunyai perwatakan yang mantap. Mereka sering berharap dapat membuat sesuatu yang bermakna dalam hidup dan seterusnya dapat memberi inspirasi kepada masyarakat. Kebanyakan individu violet mempunyai harapan memberi sesuatu yang penting untuk disumbangkan dan seterusnya menjadi inspirasi dan motivasi kepada masyarakat.

Mereka menguasai kebijaksanaan mereka serta berupaya menjalinkan kebijaksanaan diri dengan inspirasi serta gerak hati mereka. Mereka mampu mengubah diri dan orang lain. Kombinasi warna merah dan biru yang membentuk violet menjadikan personaliti ini memiliki kegagahan semangat dan daya untuk berhubung yang baik.

Walau bagaimanapun, secara umumnya mereka tidak begitu sukakan aktiviti sosial kerana batasan fizikal dan emosi mereka yang agak sensitif. Mereka mudah terasa hati dan suka mengambil perkara terlalu serius. Ini menyebabkan mereka tidak suka keluar bersama kawan-kawan kerana bagi mereka, ia adalah aktiviti yang membuang masa. Mereka tidak sukakan aktiviti yang tidak bermakna dan kosong sahaja. Mereka lebih gemar berbincang sesuatu yang penting dan berwawasan. Mereka sukakan komunikasi yang mendalam dan bermakna. Mereka suka dan mahu berkongsi visi dan misi cara mereka menilai dan melihat kehidupan walaupun ada kalanya ia sukar diterima oleh orang lain.

Violet berkomunikasi dengan cara yang sopan dan lembut. Mereka berkomunikasi dengan menggunakan perasaan dalaman serta daya imaginasi yang tinggi. Seperti personaliti indigo, mereka banyak menggunakan naluri dalam berinteraksi. Namun begitu mereka juga mempunyai kelebihan melihat sesuatu yang belum terfikir oleh orang lain. Kelebihan berfikir menjangkaui batas pemikiran orang biasa menjadikan mereka sentiasa selangkah di hadapan daripada orang lain. Kelebihan `deria keenam' dan 'mata ketiga' menjadikan mereka perancang yang bagus. Mereka tidak perlu tahu sejauh mana kebenaran mengenai sesuatu yang mereka visualkan kerana mereka mempunyai kelebihan menjiwainya seolah-olah ia benar-benar wujud. Sikap ini menjadi inspirasi kepada orang lain melalui wawasan yang mereka 'nampak' dan ‘rasa’ kan itu. Namun, kadangkala sikap tidak realistik yang berlebihan ini menjadikan orang lain mungkin tidak selesa.

Personaliti ini suka tenggelam dalam dunia mereka sendiri. Mereka hidup dalam alam yang mereka cipta dalam fantasi mereka. Sikap ini ada kalanya menjadikan mereka tidak praktikal atau tidak berpijak di bumi nyata. Imaginasi mereka yang seolah-olah realiti menjadikan personaliti ini sering terperangkap dalam fenomena yang mengelirukan diri dan orang lain. Namun, bagi mereka apa yang mereka fikir dan lakukan tetap benar. Orang lain hanyalah kerana cemburukan mereka atau tidak percaya dengan kata-kata mereka.

Mereka lebih suka berfikir jalan bagi merealisasikan impian mereka. Oleh itu, mereka suka mengekalkan jarak dengan masyarakat walaupun dengan kenalan yang rapat dengan mereka. Maka, bagi sesiapa yang kurang mengenali personaliti in orang itu mungkin menganggap personaliti violet adalah kera sumbang dan tidak pandai bergaul ataupun mementingkan diri. Sikap ini menyebabkan ramai orang menjauhi personaliti violet. Maka, personaliti violet perlu lebih peka dengan respons orang lain pada sikap mereka. Mereka perlu mengekalkan keharmonian sosial supaya mereka mampu memberi inspirasi kepada masyarakat. Mereka tidak perlu menghadkan cara bersosial hanya dengan orang-orang yang mempunyai visi dan misi yang sama sahaja.

Personaliti violet sukakan perubahan. Kebolehan mereka melihat perubahan masa hadapan menyebabkan mereka berupaya memikirkan rancangan menuju ke arahnya. Ini menjadi sebab untuk mereka memberikan khidmat kepada masyarakat. Malah, mereka mempunyai kekuatan melakukan semua itu. Mereka mahukan perubahan yang dapat memberi manfaat yang lebih baik berbanding apa yang ada sekarang.

Personaliti violet suka menyumbang kepada masyarakat. Cara mereka memberi sumbangan adalah dengan memberi tunjuk ajar dan inspirasi kepada masyarakat. Mereka harap masyarakat dapat hidup secara harmoni tanpa sengketa dan peperangan. Cara mereka berinteraksi adalah dengan cara memberi dan membakarkan semangat. Mereka juga berkebolehan menyampaikan bicara secara berkobar-kobar dan penuh semangat bagi merangsang orang lain. Mereka mempunyai magnet yang tersendiri bagi menarik orang lain. Kelebihan kekuatan akal fikiran dan ketenangan dalam tindak tanduk menjadikan mereka idola kepada peminat. Mereka pandai menggunakan kelebihan yang ada ini bagi memenuhi impian mereka. Mereka juga berterus terang dan tidak suka berselindung mengenai sesuatu perkara.

Personaliti violet begitu menghayati muzik. Mereka terangsang dengan getaran ritma bunyi muzik dan dapat merasakan kuasanya. Mereka sukakan muzik yang memberi inspirasi, ketenangan dan semangat. Muzik adalah bahasa universal untuk mereka terhubung dengan alam. Mereka juga memerlukan ruang yang besar, luas dan selesa. Ini menggambarkan kebebasan dan umpama luasnya daya imaginasi mereka. Mereka mudah rasa terperangkap apabila berada di kalangan komuniti yang kecil atau tinggal di bandar-bandar yang kecil. Sempit dan susah bukanlah suatu inspirasi bagi mereka yang mengimpikan kemewahan dan keselesaan. Sikap ini ada kalanya menjadi sikap yang negatif kepada personaliti violet. Ia dapat menjadikan mereka sombong, angkuh dan lupa diri. Sikap ini juga menyebabkan mereka suka memerintah kerana rasa berkuasa. Ini mampu menjauhkan masyarakat dengan mereka dan ia juga mengehadkan sumbangan mereka pada aktiviti sosial.

Perhubungan

Perhubungan, perniagaan atau kerjasama bukanlah suatu keutamaan bagi personaliti violet. Mereka mahukan perhubungan dengan orang-orang yang memahami dan dapat menerima visi dan impian mereka. Mereka lebih sukakan sokongan yang dapat mereka peroleh dari masyarakat. Jika ia bersifat hubungan peribadi; mereka begitu memilih mengikut cita rasa mereka yang tinggi. Hidup mereka yang berinspirasi dan berwawasan menjadikan mereka memilih pasangan yang nampak dan boleh memahami mereka. Mereka senang bersama orang yang dapat membantu dan menyokong usaha mereka menjadi idola dan inspirasi kepada semua. Cita rasa yang tinggi menyebabkan mereka berhati-hati dalam memilih pasangan.

Walaupun mereka sibuk dengan kegiatan memberi inspirasi kepada masyarakat, mereka juga peka dengan pasangan mereka. Reaksi emosi mereka banyak dipengaruhi dengan sifat-sifat sensitif, keghairahan, berdikari dan kecekalan. Personaliti violet sukakan hubungan intim. Mereka mengharapkan kepuasan melalui imaginasi mereka yang tinggi. Mereka impikan kenikmatan melalui perasaan dan fizikal. Bagi mereka, hubungan intim adalah gabungan dua jiwa yang bercantum menjadi satu. Ia bukan sekadar hubungan fizikal tetapi gabungan perasaan yang menjangkaui alam realiti.

Dalam sesuatu perhubungan yang berterusan, personaliti ini mahukan sesuatu yang dapat merangsangkan mereka. Mereka mengharapkan pasangan yang dapat membentuk satu perhubungan menyeronokkan. Sekiranya pasangan tidak dapat memberi perhatian kepada mereka sama seperti yang diberikan oleh mereka, perhubungan mungkin terganggu dan mengalami masalah. Ini menyebabkan ketidakseimbangan dalam perhubungan. Oleh itu, pasangan violet bertanggungjawab memberi perhatian yang lebih pada perkembangan dan keperluan mereka ini.

Pasangan yang bersesuaian dengan personaliti violet adalah biru malah personaliti biru juga suka bersama dengan personaliti violet. Bagi violet, personaliti biru mampu memberi galakkan dan berkongsi emosi dengan mereka. Jika personaliti violet mempunyai pasangan daripada kalangan personaliti jingga, mereka perlu belajar memberi kebebasan kepada pasangan mereka itu. Mereka perlu tahu, pasangan yang mempunyai personaliti demikian tidak suka dikongkong. Personaliti violet juga sukakan kekuasaan yang dimiliki oleh personaliti merah. Bagi mereka, personaliti merah mampu membakar semangat dan memberi dorongan. Pasangan merah mampu memberi motivasi kepada mereka supaya mencapai apa yang diimpikan.

Sifat yang dimiliki oleh personaliti violet adalah bertentangan dengan personaliti kuning. Personaliti violet berdedikasi dan komited apabila melakukan sesuatu. Berbeza dengan personaliti kuning yang mengambil ringan pada sesuatu perkara. Maka, ini adalah satu cabaran kepada pasangan yang terdiri daripada dua warna personaliti ini. Mereka perlu lebih bijak mengawal keadaan dan selalu bertolak ansur dalam menjalin dan mengekalkan perhubungan.

Personaliti violet mempunyai sifat ingin menguasai. Oleh itu mereka suka mengetuai dalam sesuatu perhubungan. Sikap mereka yang agak dominan ini mungkin kadangkala menyebabkan keretakan dalam sesuatu perhubungan. Mereka perlu sedar, jika mereka mahukan perhubungan yang lebih baik dan mendominasikannya dengan cara yang betul, mereka perlulah belajar untuk peka pada emosi dan keperluan pasangan.

Kewangan dan kerjaya

Personaliti violet tahu, wang melambangkan kuasa dan melaluinya mereka mampu mempengaruhi seseorang. Wang juga mampu membantu mereka mencapai impian. Namun begitu, uniknya personaliti ini menggunakan wang dengan sekadarnya dan berhati-hati. Mereka tidak memerlukan terlalu banyak wang untuk keperluan sendiri namun mereka suka dan menghayati kemewahan yang dimiliki.

Bagi personaliti ini, wang juga adalah untuk masyarakat. Mereka menggunakan wang yang ada untuk memberi inspirasi kepada masyarakat. Mereka juga menggunakan wang bagi merealisasikan visi mereka agar dapat mengubah pandangan orang pada mereka. Mereka sanggup berbelanja bagi mencapai visi mereka kerana matlamat mereka lebih penting daripada wang yang diterima.

Personaliti violet adalah seorang yang berwawasan. Mereka sentiasa mampu berfikir dan mencari penyelesaian bagi sesuatu masalah. Mereka melihat sesuatu masalah secara mendalam dan melalui pandangan yang jauh. Hal ini menyebabkan mereka dianggap sebagai seorang ketua yang ideal. Mereka mampu meramal apa yang akan terjadi bagi keputusan yang diambil. Oleh kerana itu, mereka mampu memikirkan langkah apa yang dapat diambil bagi keputusan akan datang. Bagi mereka, fakta dan statistik bukanlah penentu kerana fikiran mereka sentiasa berada di hadapan daripada segi masa. Mereka tidak perlu tahu secara jelas bagaimana ataupun bila sesuatu perkara itu akan dicapai, mereka `tahu' yang mereka mampu mencapainya.

Personaliti violet adalah seorang yang dinamik. Mereka mampu menjadi ketua dalam sesuatu organisasi. Cara mereka memimpin adalah dengan emosi dalaman mereka, bakat pemimpin yang ada secara semula jadi, daya bervisi yang jauh serta semangat mereka. Mereka mempunyai karisma. Dengan karisma inilah, pengikut berasa senang bekerja dengan mereka. Tarikan dan kelebihan yang ada ini menyebabkan pekerja mereka tidak peduli dengan cara kepimpinan personaliti ini yang mungkin kadangkala agak autokratik dan diktator.

Biasanya, personaliti violet sukakan pekerjaan yang melibatkan komunikasi dan hiburan. Ini kerana dalam bidang ini, mereka mampu menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka iaitu kuasa tarikan, imaginasi dan sikap karismatik mereka. Dengan kuasa karisma yang ada, mereka senang berkomunikasi dan menyebabkan ramai orang senang dan kagum dengan mereka. Oleh sebab itu, mereka dapat kekal lama di dalam bidang ini. Namun begitu, personaliti violet perlu ingat mereka tidak boleh terlalu bergantung sahaja kepada kuasa ini. Mereka perlu membuktikan kepada masyarakat yang mereka juga mempunyai kemahiran atau kelebihan yang lain. Gabungan karisma yang dimiliki dan kemahiran yang sentiasa diasah menyebabkan mereka lebih bersinar dalam bidang yang dipilih. Pekerjaan yang bersesuaian dengan personaliti ini adalah ahli muzik, pelakon, pensyarah, pemimpin organisasi, ahli politik, pencipta, pengkarya, ahli perniagaan dan pengurus projek.

Kesihatan dan pertumbuhan

Jika personaliti violet mampu belajar untuk fokus kepada kelebihan mereka, percaya pada visi hidup mereka dan sentiasa berpijak di bumi nyata (grounded); mereka mampu mencapai apa sahaja yang mereka impikan.

Seperti yang kita tahu, personaliti ini selalu berkomunikasi menggunakan emosi dan daya imaginasi. Ini menyebabkan mereka juga seorang yang sensitif dan mudah terguris hati. Oleh itu, personaliti warna ini perlu belajar mengawal emosi mereka. Mereka dinasihatkan tidak terlalu mengambil perhatian dengan kata-kata yang berbentuk jenaka yang mungkin mengguris hati mereka. Mereka perlu sedar, mungkin kawan-kawan sekadar ingin merapatkan lagi perhubungan dan tidak membiarkan mereka tenggelam dengan dunia mereka sendiri.

Kelemahan lain yang ada pada diri personaliti ini adalah kurangnya keyakinan pada naluri mereka. Ada kalanya, mereka mempunyai sifat mengkritik diri mereka sendiri. Walaupun mereka berjaya melakukan sesuatu projek dengan baik, namun mereka sering berasa tidak berpuas hati. Mereka tetap berasa kecewa sekiranya melihat projek mereka tidak dapat dijayakan dengan sempurna seperti apa yang mereka impikan. Mereka terlalu pentingkan kesempurnaan dan mereka menetapkannya pada suatu tahap yang tinggi. Oleh itu, personaliti ini perlu belajar percaya kepada diri mereka, menerima suratan, reda dan berpuas hati dengan pencapaian yang ada. Mereka perlu menerima yang sesuatu perkara itu tidak semestinya terlalu sempurna.

Personaliti violet adalah personaliti yang mempunyai keghairahan yang tinggi dengan kehidupan. Ini menyebabkan mereka sentiasa mempunyai tenaga yang banyak bagi menikmati kehidupan yang mereka impikan. Bagi orang lain, personaliti violet sentiasa dianggap bernasib baik dan mempunyai tuah. Sebenarnya, ia bukanlah hanya nasib atau takdir. Ia kerana mereka mempunyai kemampuan semula jadi bagi menyalurkan tenaga mereka selari dengan aliran tenaga alam ini. Mereka menggunakan kepekaan dan daya visi mereka bagi menentukan tindakan yang sesuai dan kena pada tempatnya. Mereka tidak mahu menongkah arus atau aliran natural alam. Jika mereka kekal begini dan tidak melawan arus, mereka mampu mencipta banyak keajaiban dalam kehidupan mereka.

Senaman yang bersesuaian dengan personaliti violet adalah senaman yang memerlukan kemahiran mental dan fizikal. Contohnya adalah seperti permainan paintball dan tenis. Permainan ini bukan sekadar memerlukan stamina tetapi strategi bagi memenangi lawan. Daya kreatif dan perancangan visi juga memancar sempurna ketika riadah sebegini. Selain itu, mereka dapat berehat dan menjanakan bateri hayat mereka melalui muzik. Muzik membuatkan mereka lebih tenang. Mereka juga menghayati kerehatan secara meditasi, bertafakur, bermuraqabah atau perenungan jiwa yang mendalam. Mereka berasa sempurna dan lengkap tatkala mengaitkan aktiviti kehidupan dengan sesuatu yang bersifat kerohanian."

p/s: 1. Lagi sekali, tidak semestinya betul dan harus salah

2. Sebenarnya saya sedang mencari jawapan kenapa saya suka warna biru, merah dan putih/silver. Kalau long distance driving; balik kampung umpamanya saya suka warna putih/ ketenangan.

3. Semakin kita belajar, semakin banyak kita rasa kita tak tahu....Sama-samalah belajar selalu
4. Penat sebenarnya ni, baru habis lawan badminton pagi tadi (9am-1pm). UniKL buat internal sport carnival. Game yg aim menang, tak menang (takraw), game yang tak diberikan harapan lak yang menang (badminton). Perkara biasa dalam kehidupan, lain yang dirancang lain yang jadi :) kerna DIA adalah sebaik-baik perancang dan sebaik-baik Pemberi

Read more...

Manis Jua

Monday, November 23, 2009

Walau sepahit mana pun mulanya
Walau seramai mana pun mendustainya
Namun kebenaran tetap muncul jua
Menjengah hati dan nurani sang pencinta

Setiap gerak langkahmu diperhatikan
Disoroti rakan dan taulan
Dicemburui musuh dan lawan
Dinilai DIA Penunjuk Jalan

Berhati-hatilah ketika melangkah
Kerana semuanya pasti berbalas
Tersilap jalan membawa padah
Mencari redhaNYA mestilah diatas

Manisnya erti sebuah persahabatan
Yang didasari DIA melebihi segalanya
Indahnya hidup dalam kerahmatan
Semoga kekal berbahagia hendaknya

Read more...

Islamic Credit Card

Salam, sesiapa yang ingin menukarkan CC conventional kepada CC Islamic bolehlah berhubung dengan banker di bawah:

Mas Fadlina binti Mohamed Ali
DBC - Credit Approval (Credit Card)
Tel: 03-20931571
Fax: 03-20949203
masfadlina.ali@cimb.com

telefon boleh, email pun boleh, fax pun boleh...Pilih sajalah cara mana paling senang, cepat dan menjimatkan masa....

Sebagai makluman, CIMB Islamic ada keluarkan 2 produck CC terbaru mereka iaitu:
1. CC Islamic (free for life with point rebate) dan
2. CC Islamic Petronas (free for life with Petronas rebate 2%)

Bermula tahun depan; 2010 setiap principle CC akan dikenakan charge oleh government sebanyak RM50 setahun dan supplimentary CC RM25 setahun. Jadi potong/terminate je lah mana-mana CC yang tak guna. Usah di simpan dan menyemakkan wallet lagi......

Tips penggunaan CC telah saya jelaskan dalam http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/11/buat-adik-adikku-2.html

Saya ulang lagi sekali, CC hanyalah digunakan oleh orang yang berduit sahaja. Jika Cik Puan Tuan tidak mempunyai duit dan tabungan, belanja bulanan cukup-cukup makan sahaja....nasihat saya JANGAN GUNAKAN CC, kerana ianya akan lebih MENYULITKAN KEHIDUPANmu. Gunakanlah seberapapun nilai CC sebulan tidak mengapa (selagi tidak melebihi limitnya), tetapi BAYARLAH FULL PAYMENT SEBELUM DUE DATE NYA....

Read more...

Jalan Dekat vs Jalan Jauh

Sunday, November 22, 2009

Salam

S: 1. Mengapa harus dipusing sehingga ke Kuantan jika kamu ingik ke KLCC dan berangkat dari Seremban?
2. Mengapa harus kamu menggunakan 5-6 kad kredit bagi pusing OD untuk mencipta kekayaan. Jauh sungguh perjalanan mu itu kawan untuk sampai ke destinasi.
Jalan dekat dan mudah kan ada, kenapa harus digunakan jalan jauh dan memenatkan?
J: Tapi Tuan, pemandu saya mengajar saja agar mengikuti jalan jauh ini

S: Siapakah pemandu kamu
J: Perunding kewangan berbayar

S: Kamu membayarnya semata-mata untuk melihat permandangan alam ini dan jauh berjalan? Lagi jauh kamu berjalan lagi banyaklah NILAI TAMBANG yang perlu kamu bayar
J: Bukan kah itu namanya MARKETING STRATEGI juga?????????

S: Kamu semakin bijak dan pandai dalam menilai pemandu/perunding kewangan kamu itu

p/s: Bila kita meletakkan mentaliti apabila kita kaya ataupun kita pandai dan orang lain tak boleh kaya dan tak boleh pandai macam kita.......Itulah yang berlaku, semuanya memikirkan keuntungan PERUT SENDIRI sahaja...........win is only for my own and no need to be win-win situation. As long as i get my payment, as long as i win, as long as i am getting richer and richer, then your financial problem is my opportunity, my business, my salary and my payment....

Tunjukkanlah JALAN MUDAH dan JALAN PALING DEKAT kepada orang ramai dan orang kebanyakan, dan sediakan sekali jawapan kepada persoalan mereka KENAPA? KENAPA? dan KENAPA? Jangan hanya diajar membuta tuli sahaja TANPA SEBARANG ALASAN DAN SEBAB......Jangan sesekali kamu memperkudakan orang lain, kelak kamu juga akan terima balasan yang sama....

Ingat sajalah kawan, semua amalan, nasihat dan pandangan kamu itu (apatah lagi jika kamu dibayar untuk mendapatkan nasihat itu) akan disoal olehNYA. SEDIAKANLAH SEMUA JAWAPANNYA kawan. Di sini kamu boleh berdolak dalik, kamu boleh lari; speed and run........tapi di sana, ke mana kamu mahu LARI, dan DUIT-DUIT KAMU ITU TIDAK AKAN BERNILAI WALAU 1 SEN PUN DI SANA....Apakah yang berharga dan bernilai di sana? Saya tinggalkan soalan ini untuk kamu dan kita sama-sama mencarinya??????.......

Lagi sekali, everything is about money but money is not everything, dan lagi sekali juga ku hanya mengingatkan diriku sendiri dan insan-insan yang berpegang kepada 'walau seramai mana pun orang yang pandai dan kaya di dunia ini, kekayaan dan ilmu-ilmuNYA tetap juga tidak akan habis'.......

Read more...

Tips Berurusan Dengan Bank

Salam, sedikit tips jika Tuan Puan Cik ingin berurusan dengan pihak bank:

1. Tunjukkan bahawa Tuan Puan Cik adalah seorang yang berduit, berharta dan MAMPU MEMBAYAR BALIK SEMUA PINJAMAN/URUSAN dengan bank tersebut kerana

Bank hanyalah berurusan dengan orang kaya. Bank tidak akan memberikan pinjaman kepada orang miskin dan orang yang tidak berduit ataupun orang yang tidak mampu membayar balik semua pinjaman tersebut kerana......

Bank juga adalah PERNIAGAAN yang mencari keuntungan sudah tentu.....Jadi mengapa mereka perlu memberikan pinjaman kepada ORANG YANG TIDAK MAMPU MEMBAYARNYA. Sudah tentu mereka perlu jaga perniagaan dan periuk nasi mereka

Kesimpulannya;
1. Tunjukkanlah payslip anda yang terkini (income bulanan bagi meyakinkan pihak bank)
2. EA form pastikan up to date
3. Potongan KWSP juga up to date
4. Jika tiada payslip, tiada EA form, tiada penyata KWSP (berkerja sendiri contohnya); Tunjukkan harta-hartamu sebagai cagaran; rumah, tanah, sijil ASB (jika PNB membersihkan portion pelaburannya)

Tambahan yang juga CUKUP PENTING. Tunjukkanlah juga bahawa kamu seorang yang BERILMU. Buatlah dulu kajian tentang pakej-pakej yang kamu mahu dan pakej-pakej semasa yang ditawarkan oleh pihak bank, supaya urusan mu itu menjadi lebih cepat, pantas dan tuntas. Banker akan lebih MENGHARGAI pelanggan yang datang dengan ILMU PENUH DI DADA berbanding pelanggan yang datang dan baru menanyakan pakej-pakej yang ditawarkan

Read more...

New Mentor & New Networking

Saturday, November 21, 2009

Salam, mentor baru dan network baru yang mungkin juga boleh memberikan inspirasi kepada pembaca lain

1. Prof Ir Dr (in electrical engineering), PhD in electrical engineering, but he is also doing his MBA and homeopaty certificate at the same time, WOW 3 in 1 at the same time. Currently working as a Professor at IPTA as well as homeopaty owner and founder, and also own his own company and consultation for guiding people in doing business such as agriculture and agrobase business, engineering consulatation etc.........

He is also involving in KOPERASI in order to built and strengthen his network and deliver his expertise in a proper channel......He is an extraordinary and multitasking person. I am lucky to know him and dealing with him.... Banyak benda yang boleh dipelajari daripada mentor terbaru ini

2. Berjumpa dan bertukar pendapat dengan pemilik 2 stesen minyak petronas di Melaka. Juga mempunyai koperasi sendiri yang mana sekarang ini mempunyai 500 ekar tanah di Perak. Tanah ini diusahakan bersama dengan ahli lembaga koperasi yang lain dengan menanam pokok kelapa sawit..........500 ekar tanah untuk ahli koperasi yang tak sampai 100 orang pun WOW WOW WOW....

Inilah mentor terbaru dan network terbaru saya minggu ini. Banyak yang boleh dipelajari dan dijadikan inspirasi daripada mereka. Sama-samalah kita memperbanyakkan guru dan mengembangkan network.

Read more...

Saya Ingin Menderma

Friday, November 20, 2009

S: Soalan
J: Jawapan

S: Salam Tuan, saya ingin menderma tapi saya agak kekurangan wang
J: Salam Tuan/Puan, berapakah gaji kamu sekarang?

S: Kira-kira RM800 sebulan
J: Kamu tidak dermakan walaupun RM1 sebulan?

S: Maaf Tuan, saya tiada kesempatan dan peluang itu
J: Bila kamu ingin mula menderma?

S: InshaAllah apabila gaji saya RM2000, ataupun mungkin apabila ianya RM8000
J: Kawan menderma bukannya kerana duit banyak, ataupun gaji banyak....menderma adalah HABIT/TABIAT...Jika ketika gaji kecil/duit sedikit ini kamu tidak boleh perbuat amal/menderma, maka ketika gaji besar juga kamu akan begitu

S: Betulkah Tuan? Lalu apakah yang harus saya lakukan?
J: Mendermalah dan beramallah semampu kamu. Jikapun gaji kamu adalah RM800 sebulan, peruntukkanlah seberapa yang kamu mampu setiap minggu (setiap hari Jumaat contohnya hari ini), untuk kamu peruntukkan kepada surau, masjid, rumah kebajikan etc.....Yaa SEMAMPU KAMU, hatta RM0.50 pun seminggu...

Rancanglah kewangan kamu sebaiknya, dan lakukanlah sesuatu agar gaji/wang kamu bertambah dan jangan lupa untuk dilaburkan kembali kepada SAHAM DUNIA dan juga SAHAM AKHIRAT...

Jadikan ianya tabiat/habit. Moga rezekimu semakin bertambah. Moga nikmat-nikmat daripadaNYA juga akan bertambah selari dengan rasa syukurmu itu. Moga pahalamu dan rezekimu juga akan dilipat gandakan olehNYA.....Moga-moga tabiatmu itu akan berkekalan sehinggalah kamu bertemu denganNYA nanti

S: Taubat?
J: Sama juga untuk taubat. Jika kamu merasakan kamu bersalah, bertaubatlah segera. Jangan ditangguh-tangguh taubat, kerana belum tentu kamu dapat hidup selepas kamu membaca artikel ini

S: Tapi saya belum mampu untuk menghindari riba'
J: DIA Maha Mengetahui kemampuan kamu. Apa yang penting kamu buatlah SETAKAT YANG KAMU MAMPU mengikut kemampuan yang diberikanNYA dan selebihnya serahkanlah kepadaNYA

S: Lagi Tuan
J: Semoga kamu sentiasa terpandu olehNYA, dan semoga hatimu dan hati saya, dan hati-hati umat ini sentiasa terpandu oleh kebenaran. InshaAllah

S: Terima kasih Tuan
J: Terima kasih kembali kepada kamu yang bertanya. Jika kamu tidak bertanya tiadalah jawapan ini dan tiadalah artikel ini :) Sampai jumpa lagi inshaAllah

Read more...

Invisible Seeing

Thursday, November 19, 2009

Salam, perkara yang membezakan sama ada kita membuat keuntungan ataupun kerugian (good deal or bad deal) dalam sesuatu pelaburan ataupun perniagaan adalah 'invisible seeing'; kemampuan melihat sesuatu yang tidak mampu di lihat oleh orang lain

Read more...

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP