Pemberian dan Balasan

Friday, February 26, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Surah 2 Al-Baqarah Juz 3 Ayat 261 hingga 264

261: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti 1 biji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) KurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya

262: Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita

263: (Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan dan perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.

264: Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah diatasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

Read more...

Cerita Awak Tak Logik

Thursday, February 25, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Suatu ketika dahulu di Mersing (cerita ini rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan orang yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia)….ada sekumpulan katak yang terdiri daripada raja katak dan rakyatnya……Dipendekkan cerita raja katak ini telah menganjurkan satu acara renang bagi memilih bakal menantu kepada puterinya yang cantik molek itu…..

Syarat renang adalah:
1. Sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian
2. Kena berenang dari Mersing ke Tioman
3. Hadiahnya adalah puteri tunggal…dan bakal mewarisi tahta raja katak…

Maka ramailah rakyat katak yang ingin mengadu nasib, dari katak teruna hinggalah ke katak duda…...

Dipendekkan cerita lagi....Tibalah hari yang dinantikan. Ramailah rakyat jelata yang berkumpul untuk menonton siapakah katak yang bertuah itu…Daripada kira-kira seribu katak yang mengambil bahagian…..hanya 1 saja katak bertuah yang sampai ke Pulau Tioman…….Maka dapatlah katak itu menjadi menantu raja dan mewarisi tahta raja katak….Hiduplah mereka bahagia selamanya…..hehehe…tamat cerita….

Soalan

1. Ketika sampai ke garisan penamat…katak itu telah di sambut oleh sekumpulan wartawan….dan bertanyakan apakah rahsia kejayaannya????
J: Katak itu hanya ‘buat-buat tak dengar’

2. Ketika disambut oleh bakal isteri….ie puteri katak……puteri katak juga bertanyakan soalan yang sama….
J: Katak itu juga ‘buat-buat tak dengar’……..Sambil memandang kepada bakal teman hidupnya yang cantik jelita itu…katak bertuah itupun menggeleng-gelengkan kepalanya dan mengeluarkan 1 alat yang dinamakan…..EAR PLUG….. dari kedua-dua belah telinganya....

Hehe…tamat soalan…

Ulasan
1. Ketika saya menceritakan kisah ini kepada teman…..Reaksi spontannya adalah ‘cerita awak tidak logik’
Jawapan spontan dari saya juga adalah ‘Sebab tak logiklah katak itu perlu pakai EAR PLUG…….dan kami ketawa bersama….hahahahaha…….

Tambahan…..dahulu besi terbang di udara tidak logik……besi belayar atas air juga tidak logik…bercakap dari 2 benua yang berbeza juga tidak logik…..sekarang semua benda yang tidak logik itu telahpun logik...…


Kesimpulan…

Sama-samalah kita logikkan perkara yang tidak logik..Sama-samalah kita realisasikan sesuatu yang orang kata ‘tak masuk akal’…….kerana sesuatu yang tidak masuk akal itulah yang akan mengubah dunia……Apabila dah berlaku…’ooooooo logik rupanya, oooo masuk akal rupanya’…..’Dah logik perkara yang tak logik itu, kita realisasikan pula perkara lain yang tak logik'...….

Bestlah ada kawan-kawan sekepala yang tak logik ni…… :) Jom sama-sama kita logikkan perkara yang tak logik itu....

Read more...

Khairat Kematian 2010 (26.2.10)

Sunday, February 21, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Khairat kematian tahun 2009 bagi penduduk Taman Universiti Jalan Pintar, Kajang akan tamat pada Mac 2010.

Oleh yang demikian kutipan sebanyak RM23/rumah bagi khairat kematian tahun 2010 sedang dijalankan, dan bayaran boleh dibuat melalui ketua lorong masing-masing sehingga 26 Feb 2010.

Bagi ahli baru yang ingin menyertai khairat kematian ini, borang khairat boleh diperolehi terus daripada Tuan Halim 013-3935569

Read more...

2 Different Worlds

Friday, February 12, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

1. Sometimes I use cooperation, sometimes I work independently

2. Sometimes I go to the street and meet very smart people in street (eventhough I only have a ‘kapcai’), sometimes I go to school and meet extremely smart people in school to discuss about latest technologies that they have created

3. Sometimes I learn engineering, sometimes I learn financial

4. Sometimes I fly high in the sky to see what other people are doing. Sometimes I go to the street to see what's real happen

5. Sometimes I meet extraordinary rich people to know their perspective view of this life and sometimes I meet very poor and poverty people so that I can appreciated my life

6. Sometimes I am serious, sometimes I am funny (eventhough my students don’t laught & they said that I am a serious lecturer with a serious joke)

7. Sometimes I am angry with my student (You smoke when I gave you 5 minutes break……for sure I chased you out, 'go out and brushed your teeth and your cloths before entering my class. Don’t disturb this class with your bad smell'). Sometimes I am really apprecited them

8. Sometimes I learn newthings from my students. They are coming from different background. Some students are smart enough in academic, and some student are not really smart in academic……But I am sure both of them need to be smart in street; in financial education if they want to be succeed in this real life…

9. Sometimes I ask students to make cooperation (in tutorial) and sometimes I ask them to be independent (in quizzes and tests), because that is real life. Sometimes we need to be independent and sometimes we need to be cooperated…Sometimes we need to give and sometimes we may need to take something….

In conclusion, I love myself, my family, my students, my peer lecturer and all of people around me, and I like much the way I live this life. Thank you to all of them and thank you also to all of visitors and online friends..

Read more...

Hidup Adalah Pilihan

Thursday, February 11, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

1. Hidup ini adalah pilihan. Kita berhak memilih dan menentukan jalan kehidupan mana yang ingin kita lalui

2. Guru selalu berpesan 'Beza antara kita; manusia dengan malaikat dan syaitan adalah.....kita diberikan akal untuk memilih. Malaikat sentiasa mentaati perintah Allah dan syaitan sentiasa melanggar perintah Allah.....Kita diberikan akal untuk memilih sama ada kita ingin taat ataupun kita ingin engkar'

3. Sambung guru lagi 'Jangan ambil semua yang guru sampaikan, tetapi pilihlah. Mana yang anak rasa baik amalkanlah, mana yang anak rasa tidak baik, tidak kena di mana-mana tinggalkanlah, kerana esok anak akan keseorangan di dalam kubur. Tiada siapa yang akan menemani anak di sana kecuali amalan-amalan yang anak bawa. Bertanggungjawablah atas semua yang anak lakukan. Guru hanya menyampaikan, anak yang perlu memilihnya'

4. 'Jangan anak perbuat sesuatu tanpa rasa tanggungjawab. Jangan anak perbuat sesuatu dan menyalahkan orang ataupun bersandarkan pada orang lain. Anak suka makan mihun, cikgu suka makan mee itu perkara biasa. Anak suka naik motosikal, cikgu suka naik kereta...itu juga perkara biasa. Berbeza pendapat itu perkara biasa kerana kita adalah manusia yang mempunyai minat dan citarasa yang berbeza.....tetapi jangan sesekali membiarkan perbezaan pendapat kita itu menyebabkan sehingga kita melanggar perintahNya dan mengabaikan suruhanNya'

5. 'Kita berhak mencorakkan jalan mana yang ingin kita pilih. Anak mahu ke syurga, rintihlah jalan itu segera. Anak mahu ke neraka, jalan itu juga terbentang luas. Syurga atau neraka perlu sentiasa bermain di minda. Rugi, jika anak perbuat sesuatu yang manfaatnya hanya berguna di sini. Kita berhak bahagia di dunia dan kita berhak bahagia di akhirat. Kita berhak kaya di sini dan kita berhak kaya di sana. Moga anak menjadi jutawan di dunia ini dan moga anak juga menjadi jutawan di akhirat kelak inshaAllah.'

'Kuasa mutlak adalah ditanganNya. Anak usahakanlah bersungguh-sungguh, perbanyakkan doa dan tawakkal kepadaNya. InshaAllah anak mampu melakukannya. Guru mendoakannya'.. Terima kasih guru. Pesanan guru ini akan sentiasa saya ingat dan amalkan, inshaAllah

Nota 1: Artikel yang berkaitan
http://www.jutawanduniaakhirat.com/2010/01/pesan-guru.html

Nota 2: Artikel yang bagus untuk dikongsi bersama http://www.zaharuddin.net/content/view/908/72/ dan http://www.zaharuddin.net/content/view/909/72/

Nota 3: Teringat kembali kata-kata Robert 'After some time you will see the invisible'

Read more...

Mencari Sesuatu Yang Hilang

Monday, February 08, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

1 label baru dimasukkan di sini iaitu ‘Nota Buat Diri’. ‘Nota Buat Diri’ mengandungi nota-nota bagi dijadikan panduan dan rujukan diri.....

Suka saya kongsikan 'Nota Buat Diri' ini sebagai panduan....bagi mencari sesuatu yang mungkin telah pudar/hilang dalam hidup .......Sesuatu yang kita rinduinya

Larilah

Kata Ibrahim bin Adham bahawa 6 perkara ini jika dipatuhi maka bolehlah seseorang itu menjadi wali Allah:
1. Jika kamu melakukan dosa, janganlah kamu makan rezeki daripadaNya
2. Jika kamu ingin melakukan dosa, keluarlah daripada kerajaanNya ini
3. Jika kamu ingin melakukan dosa, lakukanlah di tempat yang mana Dia tidak dapat melihat kamu
4. Apabila telah tiba ajalmu, pintalah tangguh daripada malaikat maut untuk bertaubat kepadaNya
5. Di dalam kubur, halanglah malaikat mungkar dan nakir daripada datang kepadamu dan bertanyakan tentang amalanmu yang telah lalu.
6. Apabila kamu hendak dicampakkan ke dalam neraka. Larilah/janganlah kamu mahu

Jika kamu tidak sanggup melakukan perkara-perkara itu, maka bersumpahlah bahawa kamu tidak akan berbuat dosa langsung.


Jangan Sesal dan Jangan Risau

Dzun Nun berkata “Tanda datangnya cinta kepada Allah adalah apabila cinta kepada makhluk hilang. Orang yang hampir kepada Allah tidak pernah meminta tolong kepada makhluk. Jangan sesal perkara yang telah lalu, dan jangan risau kepada perkara yang akan datang. Gunakanlah sepenuhnya masa kini (hidup dalam mengenang/mentaati Allah)

Menyangka

Abdullah Manazil “Orang yang menyangka dirinya telah hampir kepada Allah adalah sebenarnya jauh daripada Allah”

Abu Al-Mughis Hussein berpesan kepada khadamnya “Jangan kamu tunduk kepada nafsumu kerana ia akan mempengaruhi kamu supaya membuat dosa dan maksiat”

Abu Al-Mughis Hussein menasihati anaknya “Dunia ini mencari hidup berakhlak, tetapi kamu carilah hidup ketuhanan. Itu lebih baik. Walaupun sedikit kamu dapat hidup ketuhanan itu, maka ianya lebih baik daripada semua amalan baik yang dilakukan oleh manusia dan malaikat.

Perjalanan Masih Jauh

Selalulah bertafakkur:
1. Umur pendek (70-80 tahun. Itupun jika sempat sampai)
2. Perjalanan masih jauh (Alam kubur, mahsyar, sirat, mizan, syurga atau neraka)
3. Bekalan yang dibawa sedikit
4. Perompak dan pencuri (syaitan, nafsu, hasad, dengki, sombong, bangga diri, riak, ujub) pula ramai

Read more...

Diam atau Bercakap? Belajar atau Mengajar?

Wednesday, February 03, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

1. (a) Kadang-kadang kita perlu bercakap untuk menyelesaikan kekusutan dan untuk menerangkan sesuatu yang gelap dan suram

(b) Kadang-kadang kita perlu berdiam diri untuk mendengar dan memperhalusi pandangan dan pendapat orang lain.

2. (a) Diamlah ketika orang lain sedang bercakap dan sedang memberikan penerangan

(b) Bercakaplah ketika orang lain perlukan penerangan dan penjelasan dalam bidang yang kita arif

3. (a) Kejutkan seorang alim yang tak tahu dia alim agar dia boleh menerangkan dan mengajarkan ilmu-ilmunya itu kepada orang lain. Kejutkan dia agar dia boleh menjadi asbab untuk memberikan manfaat kepada ramai orang.

(b) Ajarkan kepada seseorang yang belum alim, yang belum tahu, yang belum pandai agar dia juga tahu, pandai dan alim, dengan syarat dia ingin. Kita tidak boleh mengajar orang yang tak ingin belajar, tetapi kita boleh mengajar dan berkongsi maklumat dengan orang yang ingin tahu

4. (a) Cakaplah, bila cakap itu diperlukan dan memberikan manfaat

(b) Diamlah bila diam itu lebih memberikan manfaat daripada bercakap

5. Diam atau bercakap? Belajar atau mengajar? Kedua-duanya diperlukan. Kita sendiri yang perlu menentukannya; bila? bagaimana? di mana? kenapa? dan dengan siapa?

Read more...

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP