Hidup Adalah Pilihan

Thursday, February 11, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

1. Hidup ini adalah pilihan. Kita berhak memilih dan menentukan jalan kehidupan mana yang ingin kita lalui

2. Guru selalu berpesan 'Beza antara kita; manusia dengan malaikat dan syaitan adalah.....kita diberikan akal untuk memilih. Malaikat sentiasa mentaati perintah Allah dan syaitan sentiasa melanggar perintah Allah.....Kita diberikan akal untuk memilih sama ada kita ingin taat ataupun kita ingin engkar'

3. Sambung guru lagi 'Jangan ambil semua yang guru sampaikan, tetapi pilihlah. Mana yang anak rasa baik amalkanlah, mana yang anak rasa tidak baik, tidak kena di mana-mana tinggalkanlah, kerana esok anak akan keseorangan di dalam kubur. Tiada siapa yang akan menemani anak di sana kecuali amalan-amalan yang anak bawa. Bertanggungjawablah atas semua yang anak lakukan. Guru hanya menyampaikan, anak yang perlu memilihnya'

4. 'Jangan anak perbuat sesuatu tanpa rasa tanggungjawab. Jangan anak perbuat sesuatu dan menyalahkan orang ataupun bersandarkan pada orang lain. Anak suka makan mihun, cikgu suka makan mee itu perkara biasa. Anak suka naik motosikal, cikgu suka naik kereta...itu juga perkara biasa. Berbeza pendapat itu perkara biasa kerana kita adalah manusia yang mempunyai minat dan citarasa yang berbeza.....tetapi jangan sesekali membiarkan perbezaan pendapat kita itu menyebabkan sehingga kita melanggar perintahNya dan mengabaikan suruhanNya'

5. 'Kita berhak mencorakkan jalan mana yang ingin kita pilih. Anak mahu ke syurga, rintihlah jalan itu segera. Anak mahu ke neraka, jalan itu juga terbentang luas. Syurga atau neraka perlu sentiasa bermain di minda. Rugi, jika anak perbuat sesuatu yang manfaatnya hanya berguna di sini. Kita berhak bahagia di dunia dan kita berhak bahagia di akhirat. Kita berhak kaya di sini dan kita berhak kaya di sana. Moga anak menjadi jutawan di dunia ini dan moga anak juga menjadi jutawan di akhirat kelak inshaAllah.'

'Kuasa mutlak adalah ditanganNya. Anak usahakanlah bersungguh-sungguh, perbanyakkan doa dan tawakkal kepadaNya. InshaAllah anak mampu melakukannya. Guru mendoakannya'.. Terima kasih guru. Pesanan guru ini akan sentiasa saya ingat dan amalkan, inshaAllah

Nota 1: Artikel yang berkaitan
http://www.jutawanduniaakhirat.com/2010/01/pesan-guru.html

Nota 2: Artikel yang bagus untuk dikongsi bersama http://www.zaharuddin.net/content/view/908/72/ dan http://www.zaharuddin.net/content/view/909/72/

Nota 3: Teringat kembali kata-kata Robert 'After some time you will see the invisible'

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP