Pesan Guru
Friday, January 08, 2010
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh
Saya percaya setiap dari kita mempunyai guru/sifu/cikgu/mentor ataupun apa saja 'nama' yang kita panggil kepada orang-orang yang selalu kita jadikan tempat rujukan ini. Setiap guru mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mencorakkan kehidupan, pemikiran dan tindakan-tindakan kita ini.
Kali ini saya ingin berkongsi 3 pesanan guru yang inshaAllah akan memudahkan perjalanan hidup kita dunia dan akhirat.
1. 'Buat sesuatu sebagai ibadah'. Jadikan seluruh aktiviti kehidupan kita ini sebagai ibadah; bangun tidur, mandi, makan, minum, berkerja, naik kereta, balik kampung, bergerak, duduk, baring, bercakap, berbahas, menulis, berfikir, berniaga, melabur, membaca, tidur, bernafas dan apa saja aktiviti kehidupan kita ini usahakan seboleh mungkin agar ianya dikira ibadah olehNYA. Semua sekali, 24 jam sehari usahakan agar di kira ibadah olehNYA
Mungkin 2 artikel ini boleh menambahkan pemahaman
http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/09/kenapa-perlu-kuat-berkerja.html
http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/11/buat-adik-adikku-2.html
2. Pesanan yang ke 2 (bagi menguatkan pesanan yang pertama) adalah, jika kita ingin melakukan sesuatu, tanya dahulu kepada diri kita 'adakah perlakuan kita itu akan membawa kita ke syurga ataupun ke neraka' kerana itulah kesudahan kehidupan kita yang hakiki iaitu 'syurga atau neraka'.
Jadi, jika sesekali kita dibisik oleh godaan yang bersifat maksiat ataupun kejahatan, tanya diri sendiri 'adakah pemikiran/perancangan/percakapan/perbuatan itu akan lebih mendekatkan kita kepada syurga ataupun neraka'. Tanya diri dan jawab dengan hati yang tulus
3. 'Jangan tipu diri sendiri'. Dalam dunia ini, kita boleh ('boleh' di sini bermaksud 'mampu' ataupun 'berkeupayaan', bukannya bermaksud 'dibolehkan') menipu semua orang di dunia ini, tetapi kita tidak mampu/tidak boleh/tidak berkemampuan untuk menipu diri kita sendiri. Hati kecil kita ini tidak boleh di tipu.
Jadi, jangan sesekali diajar diri kita ini untuk menipu diri sendiri apatah lagi untuk menipu orang lain kerana sebenarnya menipu orang lain itu = menipu diri sendiri + menipu orang lain, dan sekali orang tertipu selamanya orang tidak akan mempercayai kita
Jadi apa saja yang kita buat, pastikan ianya di kira sebagai ibadah, bertanyalah selalu kepada diri sendiri adakah perlakuan kita itu akan membawa kita ke syurga ataupun ke neraka dan jangan tipu diri sendiri, kerana kita memang sesekali tidak akan boleh menipu hati kecil kita ini.
Kita tidak akan dapat masuk ke syurgaNYA dengan amalan-amalan kita yang serba dhaif dan sedikit ini, tetapi kita akan masuk ke syurga dengan rahmat daripadaNYA, inshaAllah. Jadi buatlah walaupun sekecil-kecil kebaikan, kerana mungkin amalan yang kecil itu akan menjadi asbab pandangan rahmatNYA, dan tinggalkanlah walau sekecil-kecil kejahatan kerana mungkin kejahatan itu akan menjadi asbab kemurkaanNYA.
Semoga kita semua beroleh kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat inshaAllah
0 comments:
Post a Comment