Buang Duri di Jalanan
Tuesday, September 29, 2009
Salam, jika anda dalam perjalanan sama ada ke taman permainan bersama anak2 ataupun ke surau ataupun ke pasar belakang rumah anda, dan anda melihat ada duri2 di jalanan, ataupun ada batu2 yang membahayakan kanak2, ataupun ada tin2 kemik yang kalau terlanggar boleh jadi luka kaki, maka alihkanlah ia ke tepi..............kerana kita tidak akan dapat masuk ke syurgaNYA kerana hebatnya amalan kita, tetapi kerana BELAS EHSAN dan RAHMAT dariNYA....Jadi buatkanlah amalan wpun sekecil2 amalan kerana mungkin amalan yang kecil itu akan menurunkan rahmat dan belas ehsan dariNYA......dan tinggalkanlah kejahatan walaupun sekecil2 kejahatan kerana mungkin kejahatan itu akan menyebabkan MURKANYA.....Moga ada manfaat utk diri saya dan pembaca semua inshaAllah
Read more...Keep the Change
Salam, mungkin ramai antara kita yang telah apply kan dlm kehidupan seharian. Kepada yang belum lg apply, cuba2lah apply kan nya, anda akan menemui kepuasan dan kenikmatannya.....
Contoh jika anda pergi ke kedai runcit belakang rumah & barang yg anda beli adalah RM5.90, anda bagi RM6 dan anda cakap....'xpelah bang, ambillah baki tu' anda pun berlalu dan melupakannya mungkin kerana anda betul2 ingin niatkan sedekah/hadiah ataupun memang anda seorang yg busy hingga nak tunggu orang bagi balance pun xsempat....huhu
Tiba2 anda beli lagi di kedai yg sama & bayaran kali ini adalah RM8.10 & anda mencari2 duit RM0.10 tu dalam poket tapi xjumpa2 & pekedai tu ckp kat anda balik 'xpelah bang RM8 je'.......anda pun ckp 'betul ke? duit kecil ada, nanti saya ambilkan dalam kete ye'........dia ckp balik 'xpe bang RM8 je'......Anda pun bayar RM8 dan berlalu.....
Anda akan rasa kepuasannya bila anda BERBUDI TANPA MENGHARAPKAN BALASAN.....tetapi jika anda kata kat pekedai itu 'Dulu kan saya dah bagi lebih RM0.10, xkan yang ni xleh kurang', maka kepuasan dlm bermualah itu akan hilang & NIAT ANDA MASA ANDA bagi dulu pun dah berubah....
Kesimpulannya, jika anda ingin memberi....BERIKANLAH DENGAN SEIKHLAS HATI & LUPAKANLAH IA....Jika pun pekedai itu masih meminta RM8.10, maka bayarlah RM8.10, kerana budi anda itu usahlah diminta balasan daripada pekedai tadi..Biarlah DIA saja yang membalasnya...
Moga ada manfaatnya & sampai jumpa lagi, inshaAllah
p/s: Mungkin anda juga ada pengalaman yang sama yang boleh dikongsikan dengan pembaca yang lain di sini
Pustaka Mukmin Putrajaya
Salam, satu lagi perkongsian hari ini, bagi pencinta2 ILMU. Kedai Buku Pustaka Mukmin yang sebelum ini hanya boleh disinggahi di Jalan TAR, KL, sekarang telah membukakan cawanganya di Presint 15 Putrajaya (depan Maidin Putrajaya)
Alamatnya: 55 Jalan Diplomatik, Presint 15, 62050 Putrajaya
Tel/Fax: 03-8890 4701
Artikel berkaitan sebelum ini adalah http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/07/kedai-buku-bagi-diskaun-20.html
Apa-apa pun better call dulu b4 pergi sebab haritu (b4 balik Raya) saya ingin cari buku yang saya nak, semuanya xde stok (kedai baru & stok xbanyak kot)
Moga sama2 dapat manfaat yang banyak darinya & sampai jumpa lagi inshaAllah
Kebahagiaan Apakah yg Anda Cari?
Monday, September 28, 2009
Salam, kenapa kita tidak berkira untuk membayar RM dalam perkara2:
1. Menghantar anak ke tuisyen Bahasa Inggeris
2. Menghantar anak belajar muzik
3. Menghantar anak ke kelas tarian
4. Menghantar anak ke menara gading
5. Menghantar sms utk AF
6. Membayar bil2 elektrik untuk menonton rancangan2 yang melalaikan.....
tetapi mengapa kita begitu berkira untuk membayar RM dalam:
1. Menuntut ilmu2 yang bermanfaat dan berkualiti
Kawan, kebahagian apakah yang anda cari dari kehidupan ini??? Adakah anda merasa anda cukup hebat di sini??? Tidak kah anda terfikir bagaimanakah kehidupan anda di sana nanti?? Adakah sehebat di sini ataupun m/mana??? Janganlah kita hanya pandai mencipta masalah & xhabis2 bercerita tentang masalah..........tapi carilah penyelesaian kepada setiap masalah2 yang datang...........&
hidup ini adalah PILIHAN...Aku tidak akan ditanya apa yang anda semua pilih & lakukan & aku hanya akan ditanya tentang pilihan dan keputusan hidupku....& inshaAllah aku akan sediakan jawapan kepada setiap pilihan & keputusan hidupku......Adakah anda juga bersedia dengan jawapan anda bagi setiap keputusan dan pilihan hidup anda???????
Mengajar Agama vs Mengajar Engineering
Salam aku nak share skit tentang kesalah fahaman pemikiran kebanyakan drp kita
1. Dapatkah pahala mengajar agama dengan BAYARAN RM?
2. Dapatkah pahala dengan mengajar kejuruteraan dengan BAYARAN RM?
3. Dapatkah pahala dengan mengajar Matematik, Bahasas Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin, Sains dengan BAYARAN RM?
4. Dapatkah pahala dengan berkerja sebagai PTD, pengarah, pengurus dengan BAYARAN RM?
5. Dapatkah pahala dengan berkerja sebagai Doktor / jururawat dengan mengubati orang dengan BAYARAN RM?
5. dapatkah pahala dengan berniaga juga dengan BAYARAN RM?
Kawan.....mengapa kita begitu mempersoalkan orang yang mengajar agama dengan BAYARAN RM sahaja? Mengapa tidak kita persoalkan sama orang yang mengajar kejuruteraan, orang yang mengajar matematik, orang yang mengajar akaun, orang yang mengajar bahasa melayu, orang yang merawat orang sakit, orang yang berniaga, orang yang makan gaji dan sebagainya.....
Bukalah pemikiran seluas2nya.......dan carilah jawapan kepada persoalan ini.....moga pemikiran anda lebih terbuka.....
p/s: Sebenarnya persoalan ini aku dah jawab indirectly dlm http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/09/kenapa-perlu-kuat-berkerja.html
Semak2 sajalah & luas2kanlah pemikiran...Jangan hanya melihat dengan mata kasar & satu arah sahaja, lihatlah sama dengan mata hati anda & dengan pelbagai arah pandangan.......
Usahlah
Saturday, September 26, 2009
Salam
1. Usahlah kita mengharapkan anak yang soleh jika sekarang kita tidak menjadi anak yang soleh
2. Usahlah kita mengharapkan doa daripada anak2 yang soleh bila kita meninggal dunia besok, jika sekarang kita tidak mendoakan ibu bapa kita yang telah meninggal dunia...
3. Usahlah kita mengharapkan isteri yang solehah jika sekarang kita tidak menjadi suami yang soleh.......
4. Usahlah kita mengharapkan menantu2 yang baik / menziarahi pusara kita besok, jika sekarang kita tidak menjadi menantu yang baik / selalu menziarahi pusara mertua kita
5. Usahlah kita mengharapkan sahabat2 yang baik, jika sekarang kita tidak menjadi sahabat yang baik
6. Usahlah kita mengharapkan nasihat2 yang baik jika kita tidak memberikan nasihat2 yang baik kepada orang lain.......
7. Usahlah kita mengharapkan anak2 yang tidak merokok, jika sekarang kita merokok bagai x ingat dunia...
8. Usahlah kita mengharapkan syurgaNYA, jika hidup kita sekarang bagai tiada HALAL-HARAM, bagai tiada panduan dan pedoman....
Kesimpulannya......(a) .......kawan....hidup ini janganlah kita terlalu mengharapkan kepada makhluk (insan, haiwan, tumbuh2an dsb). Letakkanlah segala sandaran & pengharapan kepadaNYA.....(b) Jika anda ada sesuatu harapan ataupun target......maka usahakanlah sebaiknya, janganlah hanya mengharapkan sesuatu tanpa usaha dan perancangan.......Lakukanlah kerja kita SEBAIKNYA dan kemudian bergantung HARAPLAH segalanya kepadaNYA......Moga hidup kita lebih tenang, lapang dan teratur
p/s: Ini post terakhir saya di kampung. InshaAllah pagi esok kami akan berangkat ke Bangi. Moga perjalanan kami diberkatiNYA & selamat...inshaAllah
Salam EidulFitri
Sunday, September 20, 2009
Salam EdulFitri kepada semua muslim. Semoga kedatangan Syawal memberikan kita lebih keberkatan & rahmat dariNYA. Moga dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan inshaAllah.........
Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.....Jemputlah datang beraya di rumah kami di Taman Universiti, Kajang...
Sampai jumpa lagi inshaAllah & berhati2lah memandu di musim perayaan ini
Alternatif kpd ODASB
Saturday, September 19, 2009
Salam, kali ni aku nak share alternatif kpd ODASB. Sebelum kita citer detail alternatifnya, ada baiknya kita review dulu apa ODASB & kenapa orang gunakan ODASB?
Apa ODASB?
1. Overdraf bercagarkan sijil ASB, ataupun pinjaman kewangan drp bank dengan menggunakan sijil ASB sebagai cagaran.
2. Rate yang ditawarkan sekarang adalah di antara BLR @ BFR hingga BLR-1.5% bergantung pada bank dan promotion yang ditawarkan
3. Margin OD adalah antara 90-95 % daripada nilai cagaran sijil ASB (juga bergantung pada bank & promotion yang ditawarkan)
4. Tiada had tempoh OD dan annually auto renewal
Kenapa orang gunakan OD?
1. Alat @ tool menggunakan duit bank ataupun duit orang lain (OPM: other people money) untuk tujuan pelaburan. Duit sendiri simpan dalam ASB.
2. Dividen ASB yang diperolehi awal tahun dapat menampung interest ODASB, sebagai contoh kes sekarang dividen ASB adalah sekitar 7-9% dan intereset ODASB adalah antara 4.05% hingga 5.55% (bergantung pada bank & promosition). So margin keuntungan adalah sekitar 2.95% - 3.45%
3. Keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan dimasukkan kembali dalam OD bagi serve interest OD. So margine keuntungan akan menjadi lebih tinggi. Proses ini akan terus dilakukan, diulang2 hinggalah capai target apa yang nak........
4. Tujuan yang keempat adalah untuk membeli masa. Sebagai contoh jika sebelum ini kita boleh save RM1000/bulan & akhir tahun duit saving kita akan jadi RM12000.......Dengan adanya tools ODASB, duit daripada OD boleh terus dikeluarkan dan dimasukkan dalam ASB untuk dapat dividen tahunan ASB.............
Nampaknya tools ini adalah bagus dan begitu cepat untuk membuat keuntungan......Namun memandangkan lebih 30% daripada portion duit ASB yang kita laburkan dalam ASB, dilaburkan kembali pada tempat yang tidak sepatutnya, jadi bagi pelabur2 yang mencari keuntungan dunia & akhirat tentunya kita akan berhati2 ataupun tidak menggunakan pelaburan ASB ini untuk tujuan keuntungan............sehinggalah ASB / PNB membersihkan portion2 pelaburannya ini.......
So, solution alternatif selain ODASB:
1. Homeflexi: ODASB rate BLR @ BFR hingga BLR-1.5% dan homeflexi rate adalah BFR-2 (bergantung pada harga rumah) & aku sendiri dah dapat BFR-2.15% daripada CIMB Islamic untuk MV rumah RM415k.....................Katakan BFR/BLR sekarang adalah 5.55%, so homeflexi rate 3.4% dan ODASB rate 4.05% (BLR-1.5%)............Kesimpulan utk homeflexi vs ODASB, rate homeflexi lagi rendah dan lagi murah.............
2. ASB bagi dividen sekitar 7-15% setahun, tetapi portion pelaburannya melebihi 30% yang syubahat.............Alternatif????????????? Kita study dulu kenapa ASB bagi dividen sebanyak itu???
a. ASB/PNB laburkan duit kita itu dalam perniagaan yang memberikan keuntungan kepada PND
b. Dividen yang diperolehi drp business ini diberikan pada PNB & PNB beri pada pelabur......Contoh business company A untung 50%, so sebagai share holder PNB akan dapat 50% keuntungan juga & sebagai alhi2 pelabur, pelabur2 dlm ASB akan dapatlah 7-15%, selebihnya PNB ambillah haha......
Solution????? Kenapa perlu kita laburkan duit kita dalam pelaburan A, yg kemudian pelabur A ini laburkan kembali dalam perniagaan B (1 labur & 1 business) dan kemudian business B bagi return pada pelabur A 50 % dan pelabur A bagi return pada kita 7-15%.........................sedangkan kita sendiri boleh terus dapatkan return 50% itu (dengan 1 kali labur sahaja)....haha......m/mana caranya tu?????
Teruskanlah buatlah business.......ataupun teruskan labur dalam business samada business sendiri ataupun partnership.........Inikan dah langkau 1 step..........hmmm........nampak macam boleh buat???? tapi bolehkah di buat?????? soalan yang bagus.....
Ianya boleh dibuat dan tiada yg mustahil dalam dunia ini......NAK ataupun xnak aje & SANGGUP buat ataupun tidak sahaja.....Nanti aku sambung lagi dalam next entry inshaAllah....Moga ada manfaatnya setakat ini ye...
p/s: Aku dah sampai di kampung halaman ku, wanginya bau aroma ketupat daun palas :) Selamat berpuasa di hari terakhir & selamat hari raya esok. Maaf zahir & batin kepada semua.....
LCCT-UK Flight SOLD
Thursday, September 17, 2009
Salam alhamdulillah flight ticket LCCT-Stansted UK http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/08/airasia-ticket-for-sale-50-discount.html telah terjual. Harap tiada lagi yang call saya bertanyakan hal ini. Terima kasih juga kepada sahabat2 yg memberikan cadangan utk tujuan pengiklanan. TQ very much
Read more...http://www.JutawanDuniaAkhirat.com/
Wednesday, September 16, 2009
Salam alhamdulillah akhirnya http://www.ylukeman.blogspot.com/ telah berpindah ke http://www.JutawanDuniaAkhirat.com/ Moga hijrah ini memberikan lebih manfaat dan rahmat kepada admin; Lukeman Yusoff dan kepada pembaca semua inshaAllah. Moga kita semua lebih maju dalam setiap apa yang kita lakukan; dari jam ke jam, hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun, sehingga tercapai apa yang kita semua inginkan inshaAllah.
Kenapa http://www.JutawanDuniaAkhirat.com/?
1. Branding @ jenama: Saya akan bergerak dengan jenama ini inshaAllah
2. WOW factor: Apa yang ada disebalik web ini? M/mana caranya utk jadi sepertimana yang terdapat di sini?
3. Doa: Peranan doa dalam kehidupan
Moga Tuan Puan semua juga boleh bergerak dengan branding Tuan Puan sendiri. Please be yourself and dont be average, and please find the greatest strength inside yourself, inshaAllah all of us will be succeed. Moga ada manfaatnya, selamat meneruskan ibadat di bulan puasa, moga bertemu dengan lailatulqadar dan sampai jumpa lagi inshaAllah

