Showing posts with label Jutawan. Show all posts
Showing posts with label Jutawan. Show all posts

Ramadhan Tiba Lagi

Tuesday, May 18, 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung

Ramadhan 1431H/2010M bakal tiba tidak lama lagi. Ikut perkiraan, 1 Ramadhan 1431H adalah bersamaan dengan 12 Ogos 2010; iaitu kira-kira kurang 2 bulan daripada sekarang. Segala puji bagi Allah, moga kita dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk sama-sama bertemu dengan bulan penuh rahmat, berkat dan keampunan ini.

Sempena dengan sambutan Ramadhan kali ini, pihak Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar, Kajang telah melancarkan tabung derma surau bagi memberi peluang kepada para dermawan yang sama-sama ingin menyumbang; khususnya kepada penduduk Taman Universiti dan sekitar. Sumbangan ini bertujuan, khususnya bagi melakukan pembaikan dan penambahan ruangan solat bagi menampung bilangan penduduk yang semakin bertambah

Sumbangan Tuan/Puan boleh disalurkan melalui:

(a) Ketua Lorong masing-masing,
(b) Bendahari Surau; Tuan Haji Jasmali (jasmy63@yahoo.com), ataupun
(c) Terus kepada tabung/akaun surau bank Muamalah Surau An-Najah: 1207-0004648-71-9 (Resit bagi tujuan pemotongan cukai pendapatan 2011 boleh diperolehi melalui Bendahari Surau seperti di atas)

Sumbangan Tuan/Puan semua amat dialu-alukan. Moga Ramadhan kali ini akan memberikan lebih rahmat, keberkatan dan keampunan kepada kita semua.

Read more...

Cikgu Memang Hebat

Monday, April 26, 2010

Salah satu faktor penting dalam menentukan kejayaan seseorang adalah cikgu/mentor, dan mentor biasanya jarang menunjukkan kehebatan dirinya melainkan apabila DITANYA. Jadi rajin-rajinlah bertanya, sebab HARIMAU JARANG MENUNJUKKAN TARINGNYA KECUALI APABILA DIASAK hehe.

Cikgu juga akan membuatkan benda yang biasanya nampak susah menjadi lebih senang dan mudah. Wow! cikgu memang hebat. Salute. Banyak yang mentee/anak murid kena belajar.

ps: Lagi satu, cikgu ni biasanya sukar untuk dikenali :)

Read more...

Mengapa Harus Berlakon?

Tuesday, April 13, 2010

Kadang-kadang aku rasa pelik; mengapa harus kita berlakon untuk menonjolkan sesuatu sedangkan hakikatnya kita bukan seperti yang kita lakonkan:

Contoh
1. Kita beli alat mahal-mahal agar kita nampak kaya, sedangkan duit kita langsung tiada (yang memang duit berlebih-lebih tu apa nak di kata)
2. Berlakon kononnya kita ni baik dan hebat, sedangkan hakikat sebenarnya hanya tuhan yang tahu
3. ................aduh, banyak sebenarnya aku nak bagi contoh tentang lakonan ni, tapi cukuplah 2. Bagi banyak kot ada yang terasa hati lak...

Apa yang aku nampak, sebab orang berlakon adalah:
1. Untuk menonjolkan dirinya agar nampak hebat di mata orang lain.

Itu saja sebabnya...lain-lain sebab mungkin boleh kita bincangkan.....Apapun aku memang tidak suka lakonan; buang masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya

Kepada yang ingin terus berlakon...silakanlah, mungkin itu yang Tuan/Puan rasa terbaik untuk diri Tuan/Puan.....yang ingin real life, teruskan real life. Kita sendiri yang lebih tahu mana yang terbaik untuk diri dan kehidupan kita.

ps: Tahniah kepada Tuan Saiful Rizal & isteri (jiran) dengan kelahiran cahayamata ketiga Sabtu lepas. Moga membesar sebagai anak yang soleh

pps: Takziah kepada Tuan Sanusi Yusoff (abang) & isteri yang baru kehilangan cahaya mata ke6 petang tadi, yang baru berumur 24 hari. Moga allahyarhamah ditempatkan dikalangan hambaNya yang solehah

Read more...

Dateline/Target

Monday, March 15, 2010

Sedikit tekanan ataupun tekanan yang terkawal akan lebih mempercepatkan perjalanan. Contoh

1. Paip air kalau tekanan rendah, apa jadi?

2. Cuba kalau orang pressure/push masa kita tengah bawa kereta, apa jadi?

3. Pelajar, kalau esok ada quiz/test/final exam, apa jadi?

Ini adalah tekanan luar ataupun kita panggil external force. Tenaga luar yang menyebabkan seseorang itu bergerak dengan lebih laju daripada sediakala.

Ada lagi 1 tenaga yang kita panggil internal force ataupun TENAGA DALAMAN. Kedua-dua tenaga ini penting untuk menggerakkan tubuh kita kearah kejayaan. Salah satu daripada cara untuk menggerakkan tenaga dalaman adalah dengan meletakkan duedate/target kepada apa saja kerja yang kita lakukan.

Contoh duedate/target:

1. Katakanlah hari ini kita nak siapkan 5 homework

2. Minggu ini kita nak siapkan baca 1 buah buku

3. Minggu ini kita nak siapkan 2 subtopik tesis

4. Bulan ini kita nak beli 1 lagi aset

5. Tahun ini kita nak ada 2 lagi aset tambahan

Dateline ataupun target kita ini dengan sendirinya akan menggerakkan internal force untuk kita bergerak lebih pantas dan tangkas untuk mencapai apa yang telah kita setkan.

Jadi, sama-samalah bagi tekanan kepada diri sendiri :) Tekanan yang terkawal akan lebih mempercepatkan perjalanan. Tekanan di luar kawalan mungkin bakal membawa rebah. Berpada-padalah ya dalam buat kerja dan mencapai target/dateline ;)

Read more...

About

Thursday, March 04, 2010

www.JutawanDuniaAkhirat.com mengandungi artikel-artikel jutawan dunia dan jutawan akhirat, inshaAllah (jika diizinkan Allah).

Segala yang terdapat di sini adalah pendapat peribadi admin, kecuali yang dinyatakan sumber rujukan ataupun yang bertanda 'ayat'.

Segala yang tertulis adalah betul pada pendapat admin pada masa ini, belum tentu betul pada masa akan datang

Di sini tiada jawapan kepada 'jutawan segera', tiada 'tip panas', tiada 'formula magik' dan tiada juga 'benda mustahil'

Mengamalkan apa yang terdapat di sini adalah tanggungjawab sendiri. Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti sekiranya bertindak tanpa merujuk kepada yang lebih pakar.

Admin boleh dihubungi melalui admin@JutawanDuniaAkhirat.com. Yang baik, sama-sama kita jadikan teladan. Yang buruk sama-sama kita jadikan sempadan. Segala yang baik adalah daripadaNYA, yang lemah dan dhaif adalah daripada hambaNYa ini. Komen membina daripada semua amat dihargai

Read more...

Fast or rush?

Wednesday, January 27, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Fast or rush?
Laju atau tergesa-gesa?

1. Berjalan dengan laju sehingga terlanggar tiang, dinding dan tersepak tangga?
2. Bawa kenderaan (kereta, motosikal, bas, lori) dengan laju sehingga langgar lampu merah dan memotong pada garisan kembar?
3. Melabur dalam 3-4 jenis saham dan hartanah tanpa ada backup planning dan terikut-ikut dengan rentak orang?
4. Bercakap/menulis dengan laju dan perkataan yang keluar di luar kawalan sehingga sukar membezakan yang mana satu teori dan yang mana satu yang dipraktikan, sehingga membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan?
5. Bawa kenderaan dengan laju tetapi masih lagi berhenti pada garisan kuning / garisan belang untuk bagi laluan kepada pejalan kaki dan berhenti pada lampu merah?
6. Melabur dalam 3-4 jenis saham dan hartanah dengan ada backup planning dan rancangan alternatif sekiranya ekonomi merudum?
7. Bercakap/menulis dengan laju tetapi masih di dalam kawalan, perkataan/tulisan yang keluar adalah sepertimana yang dilakukan, dan banyak kebaikan yang diperolehi oleh pendengar/pembaca berbanding keburukan?

Apa yang pasti sesuatu yang laju dan di dalam kawalan itu biasanya menguntungkan......dan sesuatu yang tergesa-gesa itu juga sebenarnya 'nampak laju' tetapi biasanya merugikan.

We need to be fast but we no need to be rush

Read more...

Biar Lebih di Sana

Friday, January 22, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Apa saja yang kita lakukan, fikirkanlah ‘lebih’ di sana. Sebagai contoh:

1. Biar cepat di sini asalkan lebih cepat di sana
2. Biar laju di sini asalkan lebih laju di sana
3. Biar kaya di sini asalkan lebih kaya di sana
4. Biar selamat di sini asalkan lebih selamat di sana
5. Biar bahagia di sini asalkan lebih bahagia di sana
6. Biar berjaya di sini asalkan lebih berjaya di sana
7. Biar sejahtera di sini asalkan lebih sejahtera di sana

Buatlah apa saja yang kita mahu di dunia ini tapi ingatlah bahawa satu hari nanti kita semua akan mati, kita semua akan mengadapNYA dan kita semua akan ditanya tentang apa yang telah kita lakukan dan tentang apa yang telah kita perbuatkan di muka bumi ini.

Semuanya akan diperhitungkan satu persatu dan semuanya akan dihisab satu persatu. Alangkah ruginya jika kita hanya mencari keuntungan dunia tanpa mengambil kira keuntungan akhirat. Alangkah ruginya jika kita hanya mencari kebahagiaan dan kekayaan dunia tanpa kita memikirkan kebahagiaan dan kekayaan akhirat.

Duit, wang ringit, emas, permata, berlian, rumah, tanah dan saham hanya laku di dunia ini sahaja. Ianya tidak laku di sana. Carilah kekayaan itu, tiada salahnya, tapi jangan sesekali membelakangi suruhanNYA dan jangan sesekali melanggar tegahan dan laranganNYA.

Seseorang yang bijak pandai adalah seseorang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa berusaha keras untuk kehidupan selepas kematian.

Tiada salahnya kita mencari kebahagiaan di dunia, tetapi kebahagiaan akhirat lebih perlu diutamakan. Tiada salahnya kita mencari kesenangan di dunia, tetapi kesenangan di akhirat lebih perlu diutamakan. Tidak salahnya kita mencari kekayaan di dunia, tetapi kekayaan akhirat lebih perlu diutamakan……kerana kehidupan dunia ini sementara cuma dan kehidupan akhirat itu kekal abadi.

Lebihkan ‘mencari kehidupan’ di sana dalam setiap apa yang kita lakukan

Read more...

Strong Strategy

Thursday, January 21, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

1. Fairlady 350Z tanpa smart tag akan melambatkan perjalanan

2. Fairlady 350Z dengan smart tag tanpa pemandu yang cekap, yang boleh mengendalikan kenderaan dengan bagus juga akan melambatkan perjalanan

3. Fairlady 350Z dengan smart tag dengan pemandu yang cekap, yang boleh mengendalikan kenderaan dengan bagus, tetapi tidak tahu tentang selok belok jalan mana harus di tuju, arah mana harus diikuti juga akan melambatkan perjalanan

4. Fairlady 350Z dengan smart tag dengan pemandu yang cekap, yang boleh mengendalikan kenderaan dengan bagus dan tahu tentang selok belok jalan mana harus di tuju, arah mana harus diikuti, tetapi pemandu dalam keadaan mengantuk, lemah, tak bermaya juga akan melambatkan perjalanan

5. Fairlady 350Z dengan smart tag dengan pemandu yang cekap, yang boleh mengendalikan kenderaan dengan bagus dan tahu tentang selok belok jalan mana harus di tuju, arah mana harus diikuti, pemandu dalam keadaan sihat, segar dan cerdas, tetapi Fairlady 350Z tidak mempunyai cukup tekanan angin dan tanpa minyak yang cukup, tanpa servis juga akan melambatkan perjalanan

6. Fairlady 350Z dengan smart tag, dengan pemandu yang cekap, yang boleh mengendalikan kenderaan dengan bagus dan tahu tentang selok belok jalan mana harus di tuju, arah mana harus diikuti, pemandu dalam keadaan sihat, segar dan cerdas, Fairlady 350Z juga telah dipastikan cukup tekanan angin dan cukup minyak dan telah di servis, tetapi bergerak ketika jalan jem ataupun ada kemalangan jalan raya juga akan melambatkan perjalanan.

7. Fairlady 350Z dengan smart tag, dengan pemandu yang cekap, yang boleh mengendalikan kenderaan dengan bagus dan tahu tentang selok belok jalan mana harus di tuju, arah mana harus diikuti, pemandu dalam keadaan sihat, segar dan cerdas, Fairlady 350Z juga telah dipastikan cukup tekanan angin dan cukup minyak dan telah di servis (tip top condition), bergerak ketika jalan lapang, tanpa kesesakan jalan raya inshaAllah akan membolehkan kita semua sampai ke destinasi

Read more...

Pencuri Awal Tahun 2010

Friday, January 15, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Maybank2u?
1. Please verify your online account? (picture 1)
2. Jump from the link given (picture 2)
3. Link given: http://............................ @ internet explorer @ thief (picture 3)
4. Maybank2u original website: https://maybank2u/........................... @ maybank2u.com Online…………..) (picture4)

Please be careful with this thief and have a proper wealthy management.

Please refer to this entry for detail.
http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/11/maybank2u-dan-cimbcliks.html



Read more...

Hukum 90/10

Wednesday, January 13, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

1. 90 % daripada kejayaan / kekayaan pelakon hanya dimiliki oleh 10 % pelakon
2. 90 % daripada kejayaan / kekayaan penyanyi hanya dimiliki oleh 10 % penyanyi
3. 90 % daripada kejayaan / kekayaan ahli sukan hanya dimiliki oleh 10 % ahli sukan
4. 90 % daripada kejayaan / kekayaan pelabur hanya dimiliki oleh 10 % pelabur
5. 90 % daripada kejayaan / kekayaan peniaga hanya dimiliki oleh 10 % peniaga
6. 90 % daripada kejayaan / kekayaan penulis hanya dimiliki oleh 10 % penulis
7. 90 % daripada kejayaan / kekayaan bumi hanya dimiliki oleh 10 % manusia

Kesimpulan; (1) Jangan jadi orang kebanyakan dan jangan ikut rentak orang kebanyakan. (2) Jangan jadi golongan 90 % majoriti yang memperolehi 10 % minoriti kejayaan / kekayaan , tetapi jadilah golongan 10 % minoriti yang memperolehi 90 % majoriti kejayaan / kekayaan.

Read more...

Pesan Guru

Friday, January 08, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Saya percaya setiap dari kita mempunyai guru/sifu/cikgu/mentor ataupun apa saja 'nama' yang kita panggil kepada orang-orang yang selalu kita jadikan tempat rujukan ini. Setiap guru mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mencorakkan kehidupan, pemikiran dan tindakan-tindakan kita ini.

Kali ini saya ingin berkongsi 3 pesanan guru yang inshaAllah akan memudahkan perjalanan hidup kita dunia dan akhirat.

1. 'Buat sesuatu sebagai ibadah'. Jadikan seluruh aktiviti kehidupan kita ini sebagai ibadah; bangun tidur, mandi, makan, minum, berkerja, naik kereta, balik kampung, bergerak, duduk, baring, bercakap, berbahas, menulis, berfikir, berniaga, melabur, membaca, tidur, bernafas dan apa saja aktiviti kehidupan kita ini usahakan seboleh mungkin agar ianya dikira ibadah olehNYA. Semua sekali, 24 jam sehari usahakan agar di kira ibadah olehNYA

Mungkin 2 artikel ini boleh menambahkan pemahaman
http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/09/kenapa-perlu-kuat-berkerja.html
http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/11/buat-adik-adikku-2.html

2. Pesanan yang ke 2 (bagi menguatkan pesanan yang pertama) adalah, jika kita ingin melakukan sesuatu, tanya dahulu kepada diri kita 'adakah perlakuan kita itu akan membawa kita ke syurga ataupun ke neraka' kerana itulah kesudahan kehidupan kita yang hakiki iaitu 'syurga atau neraka'.

Jadi, jika sesekali kita dibisik oleh godaan yang bersifat maksiat ataupun kejahatan, tanya diri sendiri 'adakah pemikiran/perancangan/percakapan/perbuatan itu akan lebih mendekatkan kita kepada syurga ataupun neraka'. Tanya diri dan jawab dengan hati yang tulus

3. 'Jangan tipu diri sendiri'. Dalam dunia ini, kita boleh ('boleh' di sini bermaksud 'mampu' ataupun 'berkeupayaan', bukannya bermaksud 'dibolehkan') menipu semua orang di dunia ini, tetapi kita tidak mampu/tidak boleh/tidak berkemampuan untuk menipu diri kita sendiri. Hati kecil kita ini tidak boleh di tipu.

Jadi, jangan sesekali diajar diri kita ini untuk menipu diri sendiri apatah lagi untuk menipu orang lain kerana sebenarnya menipu orang lain itu = menipu diri sendiri + menipu orang lain, dan sekali orang tertipu selamanya orang tidak akan mempercayai kita

Jadi apa saja yang kita buat, pastikan ianya di kira sebagai ibadah, bertanyalah selalu kepada diri sendiri adakah perlakuan kita itu akan membawa kita ke syurga ataupun ke neraka dan jangan tipu diri sendiri, kerana kita memang sesekali tidak akan boleh menipu hati kecil kita ini.

Kita tidak akan dapat masuk ke syurgaNYA dengan amalan-amalan kita yang serba dhaif dan sedikit ini, tetapi kita akan masuk ke syurga dengan rahmat daripadaNYA, inshaAllah. Jadi buatlah walaupun sekecil-kecil kebaikan, kerana mungkin amalan yang kecil itu akan menjadi asbab pandangan rahmatNYA, dan tinggalkanlah walau sekecil-kecil kejahatan kerana mungkin kejahatan itu akan menjadi asbab kemurkaanNYA.

Semoga kita semua beroleh kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat inshaAllah

Read more...

Bisnes Modal Besar

Sunday, January 03, 2010


Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Sekali lagi dimaklumkan....inshaAllah, saya tidak akan terlibat dengan sebarang jenis perniagaan yang menggunakan modal besar....

Yaa, semua jenis perniagaan; intan, berlian, emas, permata, susu, penapis air, pakaian, minuman, makanan dan semua jenis barang yang boleh dijual....yang menggunakan modal besar dan marketing besar untuk menarik pelanggan, pembeli dan agen-agen nya....

1. Tolong baca artikel ini
http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/10/mengapa-perlu-rm20-000.html

2. Tolong lihat gambar HP saya di atas....HP saya tidak boleh memuatkan message panjang anda yang berupa 'jemputan itu' dan 'jemputan ini'.........

3. You......(the owner of the business) are not sincere enough to educate people about business......

Soalan

1. How you measure 'sincere' or 'un-sincere'???? Macam mana Tuan boleh lihat keikhlasan hati orang ataupun tidak????

:) Soalan yang bagus........Hatimu itu tidak boleh ku lihat...tetapi perbuatan dan tindakanmu itu boleh ku lihat.........percakapanmu boleh ku dengar dan tulisanmu juga boleh ku baca.....Bukankah semua yang keluar itu terbit dari hati?????

2. Macam mana kan perniagaan yang sebenar???

Perniagaan yang sebenar adalah skill menggandakan wang dari RM1 kepada RM......(berapa saja nilai yang anda nak..terpulang)...dan tidak semestinya menggunakan modal besar.......Kenapa insan-insan ini harus diajar memulakan perniagaan dengan menggunakan modal besar....

Tolong baca lagi sekali artikel ini.....
http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/10/mengapa-perlu-rm20-000.html

3. Tapi Tuan......Tuan boleh bayarnya secara ansuran
(Saya tidak pasti adakah saya patut ketawa ataupun menangis mendapat soalan ini. Saya rasa saya patut menangis/bersedih kerana inilah mentaliti kebanyakan manusia yang mencari kemenangan)....dan ini jawapan standard saya....'money is not my constrain'........dan soalan susulannya adalah
4. Then Sir, you should pay it cash...
:) :) :) Yaa 3 kali saya akan tersenyum kerana...... 1. Perlukah kamu menjadi rempit di jalanan hanya kerana kamu ada motosikal dan kamu ada masa untuk berbuat demikian??? 2. Perlukah kamu terjun di laut cina selatan hanya kerana semata-mata kamu pandai berenang??? 3. Perlukah kamu beli semua barang yang dijual hanya kerana semata-mata kamu ada duit???
5. Apakah sebenarnya yang Tuan ingin sampaikan di sini???
Tolong jangan dibazirkan masa-masa berharga Cik Puan Tuan di sini kerana di sini tiada istilah 'kemenangan'....yang ada hanyalah 'kebenaran'.......
6. Mengapa Tuan begitu tidak menyukai perniagaan modal besar???
Lagi sekali.....You (the owner of the business) are not sincere enough to educate people about business....
7. Apa yang Tuan ingin nyatakan lagi di sini???
HP saya tidak boleh menerima msg2 panjang yang berupa 'jemputan-jemputan kekayaan' :)
8. Saya boleh sponsor Tuan untuk beli HP mahal
:) :) :) Please do not waste your money....You need to use it to pay all your personal loan and i do not have them (personal loan and all the latest gadget)
9. Tuan menggunakan HP paling murah yang ada dipasaran?
Nilai seorang manusia bukan diukur daripada gadjet apa yang mereka ada.....

Read more...

2-3

Monday, December 28, 2009

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Jika pun Cik Puan Tuan score 2 gol, tapi dalam masa yang sama Cik Puan Tuan bolos 3 gol, Cik Puan Tuan masih lagi belum di kira menang.

Membuat keuntungan 20% tapi dalam masa yang sama mencipta kerugian 30% masih tidak memberikan keuntungan, malahan masih lagi kerugian 10% (your total gain is -10%).

Jadi untuk menjadi sebuah pasukan yang kuat; pasukan itu mestilah bukan sahaja terdiri daripada penyerang yang licik, pantas dan tangkas; yang boleh menjaringkan gol daripada sudut-sudut sukar dan di luar jangkaan (unpredictable and invisible seeing), tetapi juga perlu mempunyai jurulatih, penjaga gol, pertahanan dan perancang yang hebat dan mampu memberikan sepenuh komitmen dan berperanan dengan baik.

Jikapun Cik Puan Tuan adalah satu jaringan pertahanan yang utuh, jangan sesekali meninggalkan posisi dan jangan sesekali menyalah dan memarahi penyerang hanya semata-mata mereka belum berjaya mencipta jaringan. Jika berkesempatan dan berpeluang, sesekali bantulah mereka dengan melakukan serangan balas dari setiap penjuru padang.

Penyerang dan perancang juga sama, sesekali bantulah pertahanan di bawah. Jangan dibiarkan pertahanan diasak bertubi-tubi oleh pihak lawan. Bantu pertahanan dan penjaga gol daripada dibolosi dan sebaik-baik pertahanan adalah dengan menyerang :)

p/s: Tidakkah kita tahu/terfikir betapa kecewanya Lothar Matthaus dan pasukannya
Jerman Barat apabila dikalahkan oleh Maradona dan pasukannya Argetina 2-3 pada perlawanan akhir bolasepak Piala Dunia 1986 di Mexico City :)

Dimanakah Cik Puan Tuan ketika itu? :) :) :)

Read more...

RM8000 menjadi RM1 200 000?

Wednesday, December 23, 2009

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Telah berulang kali saya nyatakan dalam artikel terdahulu, bahawa dalam dunia ini tiada seorang manusia pun yang nak kita kaya.

Saya ulang lagi sekali di sini, 'dalam dunia yang indah dan permai ini tiada seorang insan pun yang nak saya, cik, puan, tuan kaya melainkan diri kita sendiri'.

Saya dapat permintaan daripada seorang sahabat yang minta saya ulas isu ini. Mari kita kira berapakah pulangan pelaburannya/return on investment (ROI).

Modal = RM 8000
Tempoh = 2 tahun
Pulangan = RM1 200 000

ROI = (pendapatan setahun / modal yang dikeluarkan) 100% = [(1 200 000/2) / 8000] 100%
= 7 500 % setahun ataupun 625 % sebulan

Dengan kata lain, dalam masa sebulan bukan saja Cik Puan Tuan dapat balik modal, malah dapat keuntungan sebanyak 525%. Hebat memang hebat :) tetapi semua keuntungan itu hanya akan diperolehi dalam tempoh 2 tahun, bukannya dalam masa sebulan.

Persoalannya:

1. Adakah anda yakin bahawa syarikat yang menjalankan pelaburan tersebut akan lagi wujud di bumi ini selepas 2 tahun, ataupun sebaik sahaja 10 orang melabur (=RM80 000) syarikat tersebut terus hilang dari pandangan?

2. Adakah orang-orang bijak pandai di dunia ini tidak tahu pelaburan ini, sehingga mereka semua tidak dapat peluang untuk melabur di dalamnya?

3. Adakah anda seorang insan terpilih untuk mendapatkan keuntungan tersebut ataupun anda adalah insan terpilih yang bakal kehilangan wang di dalam suatu lubuk yang amat dalam hanya kerana sifat tamak dan ingin cepat kaya dengan mudah?

Cuba kita ambil contoh seorang staf sokongan dengan simpanan bulanan sebanyak RM200, berapa lamakah diperlukan untuk mendapatkan jumlah sebanyak RM8000?

= 8000/200 = 40 bulan = 3.33 tahun. Jika simpanan bulanannya adalah RM100, maka 6.66 tahun diperlukan untuk mendapatkan jumlah itu.

Tidakkah kita pernah terfikir, 6.66 tahun kita simpan duit sebanyak itu, tiba-tiba dalam tempoh tak sampai pun seminggu, dengan bermodalkan lidah yang tidak bertulang, kita sanggup menyerahkan wang sebanyak itu kepada orang yang tidak kita kenali hanya semata-mata kerana janji-janjinya yang bak kata seorang sahabat saya, 'ibarat menunggang kambing untuk naik ke langit'

Kesimpulannya, ingatlah bahawa dalam dunia ini:
(1) Tiada perkara yang senang dan mudah untuk diperolehi
(2) Tiada juga perkara yang mustahil untuk diperolehi, dan
(3) Tiada seorang pun yang nak kita kaya dan berjaya melainkan diri kita sendiri

Akhirnya, itu adalah duit dan kehidupan anda. Pilih sajalah mana yang terbaik kerana impian dan jalan-jalan kehidupan kita memang akan sentiasa berbeza. Jangan nanti cakap 'saya tidak maklumkan anda tentang hal ini' ataupun cakap 'kambing sakti anda itu patah sayap' sudahlah.

Read more...

Majoriti vs Minoriti

Sunday, December 20, 2009

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

90% daripada kekayaan bumi dimiliki oleh 10% manusia (bilangan minoriti) dan 10% kekayaan bumi dimiliki oleh 90% manusia (bilangan majoriti)

Itu sahaja yang ingin saya kongsikan :) Jadi lagi sekali saya nasihatkan diri saya dan pengunjung semua; jika kita ingin berjaya dalam bidang ekonomi khususnya; kewangan, pelaburan dan perniagaan dan apa juga bidang umumnya; pendidikan, penulisan, politik, pemakanan, perhotelan, pemasaran, perbankan, pelajar, pensyarah, cikgu, ahli badan berkanun dan sebagainya; 'jangan jadi orang kebanyakan' dan 'jangan ikut rentak orang kebanyakan'.

Baca artikel saya ini http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/09/dont-be-average.html, http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/10/mengapa-perlu-rm20-000.html dan http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/12/kereta-vs-motosikal.html untuk lebih memahami apakah maksudnya, dan saya memang bermaksud demikian.

Read more...

Nasib baik vs Nasib Kurang baik

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Harap maaf, di dalam kamus hidup saya juga tiada istilah 'nasib kurang baik', yang ada hanyalah 'nasib baik'. Contoh:

1. Nasib baik saya tidak dapat pergi UK, kerana orang yang kat UK sekarang ramai yang terganggu pelajarannya kerana elaun pengajian lambat masuk

2. Nasib baik saya kemalangan ketika saya memandu sendirian, kerana jika saya kemalangan ketika saya membawa keluarga pasti akibatnya lebih buruk

3. Nasib baik saya tertipu ketika deal bernilai RM100, kerana jika saya tertipu ketika deal bernilai RM1 000 000 pasti akibatnya lebih buruk

4. Naib baik saya anak seorang petani, kerana saya tahu betapa sukarnya kehidupan bermula dari bawah

5. Nasib baik tangan saya luka terkena pisau, kerana baru saya tahu betapa berharganya nikmat ibu jari

6. Nasib baik gigi saya sakit, baru saya tahu betapa bernilainya nikmat sebatang gigi

7. Nasib baik saya sakit ketika kecil, kerana apabila dewasa antibodi diri saya menjadi lebih kuat untuk melawan penyakit-penyakit kehidupan ini

Ada di antara contoh-contoh di atas memang yang berlaku pada saya dan Cik Puan Tuan pembaca semua juga.

Apa yang ingin saya kongsikan adalah selalulah bersangka baik denganNYA kerana DIA adalah menurut persangkaan kita. Jika kita merasakan buruk, maka buruklah yang akan kita dapat. Jika kita merasakan baik, maka baiklah juga yang akan kita dapat untuk kehidupan kita ini.

Jaga lidah dan tulisan-tulisan kita ini jangan sesekali diajar memarahi orang lain dan makhluk lain kerana semuanya ini adalah ciptaanNYA. Mengapa harus mempersalahkan orang lain dan mengapa harus memarahi orang lain sedangkan semuanya adalah datang daripadaNYA.

Ya betul, melalui asbab makhlukNYA. Siapa pula yang membuat makhluk dan asbab-asbab itu?

Ucapkanlah selalu di bibir 'nasib baik' ataupun 'mujur' ataupun dengan menggunakan bahasa yang akan memberatkan lagi nilai timbangan amal kita iaitu 'Alhamdulillah', ke atas setiap apa saja yang berlaku dalam hidup kita ini.

Bersyukurlah nescaya DIA akan tambahkan nikmat-nikmatnya yang banyak kepada kita inshaAllah

Read more...

Jutawan Dunia vs Jutawan Akhirat

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Matlamat dan impian kita terlalu banyak dan selalunya berbeza-beza antara satu sama lain. Ada yang ingin menjadi jutawan dunia, ada yang ingin menjadi jutawan akhirat, dan ada juga yang ingin menjadi jutawan dunia dan jutawan akhirat. Ada yang ingin bahagia di dunia, ada yang ingin bahagia di akhirat dan ada juga yang ingin bahagia di dunia dan bahagia di akhirat.

Definasi 'jutawan' dan 'bahagia' bagi kita juga mungkin akan berbeza-beza. Ada orang bahagia dengan 'cukup-cukup makan', ada orang bahagia 'dengan rumah besar dan kereta besar', ada orang bahagia dengan 'isteri solehah dan anak-anak yang ramai', ada orang bahagia 'dengan berbakti kepada ibu dan keluarganya', ada orang bahagia 'dengan berbakti kepada masyarakat', dan ada juga orang yang berbahagia 'dengan mentaati perintahNYA, menjauhi laranganNYA dan berbakti kepada agamaNYA'

Walau apa pun impian dan matlamat kita, letakkanlah matlamat dan impian ini di depan; 'mencari redhaNYA dunia dan akhirat'. Harus juga di ingat, tidak semua perkara yang 'bersifat dunia' itu adalah dunia dan tidak semua perkara yang 'bersifat akhirat' itu adalah akhirat.

Sebagai contoh; 'menderma' adalah 'bersifat akhirat' tetapi jika kita menderma semata-mata untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk maka sifatnya akan menjadi 'dunia'. Belajar bahasa mandarin 'sifatnya adalah dunia' tetapi ia juga boleh manjadi akhirat seperti yang telah dijelaskan di http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/11/mandarin-language.html

Jadi jauhkanlah sebarang perlakuan yang bersangka-sangka kerana 'dunia ataupun akhirat', 'dosa ataupun pahala', 'ikhlas ataupun tidak' itu tidak boleh dibuat-buat mengikut persangkaan kita; makhlukNYA yang dhaif, lemah dan hina dina ini. Sama-samalah kita belajar dan terus mencari apakah kriteria-kriteria yang telah ditetapkan untuk sifat-sifat itu.

Di dalam perjalanan menggapai impian, mungkin kita akan sesekali bertemu dengan persimpangan; antara kepentingan 'dunia' dan kepentingan 'akhirat'. Nasihat saya untuk diri saya sendiri dan untuk pengunjung semua, pilihlah jalan 'akhirat' kerana dunia ini sementara cuma dan akhirat itu kekal abadi.

Kebahagian dan kesenangan dunia ini sementara cuma, namun kebahagian dan kesenangan akhirat adalah kekal abadi. Jutawan dunia adalah sementara cuma, namun jutawan akhirat adalah kekal abadi. Mungkin esok lusa kita akan meninggalkan dunia yang fana ini, mungkin selepas saya menulis artikel ini, saya akan meninggal Cik Puan Tuan semua, mungkin selepas Cik Puan Tuan baca artikel ini Cik Puan Tuan yang akan mendahului saya.

Selalulah mengingati 'mati' kerana sebijak-bijak manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan berusaha keras untuk kehidupan selepas kematiannya. Berusahalah untuk dunia seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya, dan berusahalah untuk akhirat seolah-olah kita akan mati esok.

Read more...

Duit Tak Pernah Cukup?

Saturday, December 19, 2009

Assalamualaikum warahmatullah, kali ini saya ingin berkongsi sedikit sebab kenapa kebanyakan masyarakat kekurangan wang. Belum pun masuk minggu ke tiga, kadang-kadang duit dalam akaun sudahpun kering.

Saya ambil contoh satu keluarga kecil, dengan jumlah gaji adalah RM2000 dan seorang bayi, dan masih menyewa. Katakanlah jumlah perbelanjaannya sebulan adalah:

1. Rumah sewa: RM500
2. Ansuran kereta: RM400
3. Belanja kereta (minyak, penyelenggaraan dsb): RM200
4. Barang-barang dapur (ayam, ikan, sayur, susu, gula, kicap dan sebagainya): RM200
5. Keperluan bayi (lampin, susu dll): RM150
6. Bil-bil: RM100
7. Insurans: RM100
8. Simpanan: RM200
9. Lain-lain (tabung percutian, beli buku dan majalah, balik kampung, sumbangan kepada ibubapa/keluarga: RM150

Jumlah = 500+400+200+200+150+100+100+200+150 = RM2000

Soalan saya, kenapa kadang-kadang belumpun masuk minggu ke 3, duit-duit ini telahpun habis digunakan, sampaikan duit simpanan dan lain-lain pun dikorek keluarkan juga????

Jawapannya adalah KITA BERKERJA UNTUK ORANG LAIN........Kita berkerja siang dan malam, tetapi at the end of the day duit yang kita dapat itu kita bagi pada orang:

1. Kita bagi pada makcik kantin di pejabat sebagai sarapan pagi
2. Kita bagi pada stesen minyak ketika mengisi minyak kereta
3. Kita bagi pada pemilik pasaraya ketika membeli keperluan dapur dan bayi
4. Kita bagi pada pemilik hotel ketika bercuti sekali setahun
5. Kita bagi pada penjual pasar malam ketika membeli sayur dan ikan
6. Kita bagi pada tuan rumah sebagai bayaran sewa rumah
7. Kita bagi pada pemilik bil elektrik, air dan telefon sebagai bayaran perkhidmatan
dan sebagainya.......

Persoalannya.........Kenapa kita boleh berkerja siang dan malam tetapi at the end of the day kita bagi duit-duit kita tadi pada orang sedangkan sebenarnya kita juga boleh menciptakan sesuatu AGAR ORANG LAIN PULA YANG MEMBERIKAN DUIT-DUIT MEREKA KEPADA KITA?????

Contoh (berdasarkan contoh di atas):
1. Kenapa kita tidak cipta perniagaan makanan agar duit-duit orang lain pula yang dapat masuk kepada akaun kita?
2. Kenapa kita tidak ciptakan stesen minyak sendiri agar duit-duit pemilik kereta orang lain pula masuk ke kantung kita?
3. Kenapa kita tidak ciptakan pasaraya sendiri untuk menjual produk-produk kita agar orang lain pula memberikan duit mereka pada kita dengan membeli produk yang kita jual?
4. Kenapa kita tidak ciptakan/hasilkan hotel/homestay sendiri agar duit pelancong-pelancong lain pula yang kita dapat?
5. Kenapa kita tidak menjadi penjual pasar malam?
6. Kenapa kita tidak menjadi pemilik rumah?
7. Kenapa kita tidak memiliki perkhidmatan air, elektrik, telefon, menjadi penulis yang menghasilkan karya-karyanya agar orang juga memberikan kita wang-wang mereka?

Kesimpulannya......masyarakat kita selalu kekurangan wang kerana kita berkerja UNTUK orang lain. Kita kerja mencari duit, tetapi akhirnya duit-duit kita itu kita serahkan pada orang....Kenapa kita tak cipta SATU PERNIAGAAN (PRODUK/PERKHIDMATAN) bagi membolehkan orang lain pula memberikan duit-duit mereka itu kepada kita????

Sama-samalah kita fikirkan dan mulakanlah sekarang. Carilah apa kelebihan yang ada pada kita dan ciptakanlah sesuatu produk ataupun perkhidmatan yang mana dengan adanya produk dan perkhidmatan kita itu KEHIDUPAN MASYARAKAT INI MENJADI LEBIH MUDAH DAN SENANG......InshaAllah akan ada orang yang akan membeli/menggunakannya dan sumber kewangan kita juga akan menjadi bertambah baik......

Read more...

Insurans bukan untuk agen

Friday, December 18, 2009

Assalamualaikum warahmatullah; kepada semua pengunjung yang dihormati sekalian dan juga kepada semua penduduk alam ini. Terlebih dahulu SELAMAT TAHUN BARU 1431 HIJRAH saya ucapkan kepada semua. Moga tahun baru hijrah ini memberikan lebih sinar dan kebahagian kepada kita dan umat-umat ini inshaAllah

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai tips memilih insurans....

1 saja tip penting yang ingin saya kongsikan bersama adalah INSURANS BUKAN UNTUK AGEN...insurans adalah untuk pemilik polisi insuran tersebut, ataupun dengan kata lain untuk kita semua ini lah...

Jadi jangan sesekali mengambil ataupun membeli polisi insurans hanya semata-mata kerana saudara mara ataupun kenalan rapat Cik Puan Tuan yang menjadi agennya......tetapi ambillah insurans sebab MEMANG CIK PUAN TUAN PERLUKANNYA..........Jangan buat sesuatu kerana orang; kerana agen, kerana orang lain dan kerana selain daripadaNYA, tetapi buatlah sesuatu kerana memang Cik Puan Tuan perlukannya dan juga keranaNYA....

Jika KEBETULAN agen tersebut adalah saudara ataupun kenalan rapat Cik Puan Tuan....maka tiada salahnya membeli polisi dengan mereka......tetapi jika mereka menjual polisi ataupun menjadi agen hanya semata-mata SEBAGAI KERJA SEMENTARA SEBELUM MENDAPAT KERJA TETAP YANG LAIN....ataupun sebelum mendapat kerja lain yang lebih baik untuk dirinya....nasihat saya jangan ambil polisi tadi dengannya, ambillah polisi dengan agen insuran lain yang lebih komited, yang memang menjadi agen insurans secara PROFESIONAL......

Jika Cik Puan Tuan ingin membantu saudara ataupun kenalan rapat tadi....bantulah ia dengan cara lain yang lebih sesuai; mungkin dengan memberikan modal ataupun sumbangan peribadi kepadanya sebagai persediaan untuk dirinya mencari kerja tetap/kerja lain yang dirasakan lebih baik dan lebih sesuai untuk dirinya............dan bukannya dengan cara membeli insurans dengannya yang hanya semata-mata untuk memberikannya komisen agen.

Itu hanya akan meletakkan dirimu dalam risiko apabila dia memperolehi kerja lain dan tidak mahu lagi menjadi agen insurans.........Ya betul boleh saja polisi itu dijaga dan dipindahkan kepada agen lain, tetapi mengapa tidak mengambil dan berurusan dengan agen lain yang memang lebih komited dan lebih profesional sedari awal???

Kesimpulannya.....lagi sekali INSURANS BUKANLAH UNTUK AGEN...tetapi insurans adalah untuk dirimu kawan.....insurans adalah untuk kita; pemilik-pemilik polisi insurans ini.......Jadi pilihlah perlindungan macam mana yang kita perlukan untuk melindungi diri kita, keluarga dan harta-harta yang dipinjamkan kepada kita ini.....dan ingatlah juga SEBAIK-BAIK PERLINDUNGAN ADALAH PERLINDUNGAN DARIPADANYA.....

Moga ada manfaatnya dan sama-samalah kita tingkatkan jumlah perlindungan selari dengan pertambahan ahli keluarga, tanggungan dan juga 'pinjaman' daripadaNYA ini.

Sama-samalah juga kita perbaharui azam dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Moga tahun baru 1431Hijrah ini memberikan lebih rahmat dan keberkatan kepada kita dan juga alam ini, khususnya kepada negara yang kita cintai ini......sampai jumpa lagi inshaAllah

Read more...

Nasihat Buat Orang Kebanyakan

Friday, December 11, 2009

Salam

'Tuan, apakah nasihat terbaik untuk orang kebanyakan?'

'Nasihat terbaik untuk orang kebanyakan adalah JANGAN JADI ORANG KEBANYAKAN....'

Baca artikel ini untuk lebih memahaminya maksudnya http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/09/dont-be-average.html

Read more...

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP