Jalan Dekat vs Jalan Jauh

Sunday, November 22, 2009

Salam

S: 1. Mengapa harus dipusing sehingga ke Kuantan jika kamu ingik ke KLCC dan berangkat dari Seremban?
2. Mengapa harus kamu menggunakan 5-6 kad kredit bagi pusing OD untuk mencipta kekayaan. Jauh sungguh perjalanan mu itu kawan untuk sampai ke destinasi.
Jalan dekat dan mudah kan ada, kenapa harus digunakan jalan jauh dan memenatkan?
J: Tapi Tuan, pemandu saya mengajar saja agar mengikuti jalan jauh ini

S: Siapakah pemandu kamu
J: Perunding kewangan berbayar

S: Kamu membayarnya semata-mata untuk melihat permandangan alam ini dan jauh berjalan? Lagi jauh kamu berjalan lagi banyaklah NILAI TAMBANG yang perlu kamu bayar
J: Bukan kah itu namanya MARKETING STRATEGI juga?????????

S: Kamu semakin bijak dan pandai dalam menilai pemandu/perunding kewangan kamu itu

p/s: Bila kita meletakkan mentaliti apabila kita kaya ataupun kita pandai dan orang lain tak boleh kaya dan tak boleh pandai macam kita.......Itulah yang berlaku, semuanya memikirkan keuntungan PERUT SENDIRI sahaja...........win is only for my own and no need to be win-win situation. As long as i get my payment, as long as i win, as long as i am getting richer and richer, then your financial problem is my opportunity, my business, my salary and my payment....

Tunjukkanlah JALAN MUDAH dan JALAN PALING DEKAT kepada orang ramai dan orang kebanyakan, dan sediakan sekali jawapan kepada persoalan mereka KENAPA? KENAPA? dan KENAPA? Jangan hanya diajar membuta tuli sahaja TANPA SEBARANG ALASAN DAN SEBAB......Jangan sesekali kamu memperkudakan orang lain, kelak kamu juga akan terima balasan yang sama....

Ingat sajalah kawan, semua amalan, nasihat dan pandangan kamu itu (apatah lagi jika kamu dibayar untuk mendapatkan nasihat itu) akan disoal olehNYA. SEDIAKANLAH SEMUA JAWAPANNYA kawan. Di sini kamu boleh berdolak dalik, kamu boleh lari; speed and run........tapi di sana, ke mana kamu mahu LARI, dan DUIT-DUIT KAMU ITU TIDAK AKAN BERNILAI WALAU 1 SEN PUN DI SANA....Apakah yang berharga dan bernilai di sana? Saya tinggalkan soalan ini untuk kamu dan kita sama-sama mencarinya??????.......

Lagi sekali, everything is about money but money is not everything, dan lagi sekali juga ku hanya mengingatkan diriku sendiri dan insan-insan yang berpegang kepada 'walau seramai mana pun orang yang pandai dan kaya di dunia ini, kekayaan dan ilmu-ilmuNYA tetap juga tidak akan habis'.......

Read more...

Tips Berurusan Dengan Bank

Salam, sedikit tips jika Tuan Puan Cik ingin berurusan dengan pihak bank:

1. Tunjukkan bahawa Tuan Puan Cik adalah seorang yang berduit, berharta dan MAMPU MEMBAYAR BALIK SEMUA PINJAMAN/URUSAN dengan bank tersebut kerana

Bank hanyalah berurusan dengan orang kaya. Bank tidak akan memberikan pinjaman kepada orang miskin dan orang yang tidak berduit ataupun orang yang tidak mampu membayar balik semua pinjaman tersebut kerana......

Bank juga adalah PERNIAGAAN yang mencari keuntungan sudah tentu.....Jadi mengapa mereka perlu memberikan pinjaman kepada ORANG YANG TIDAK MAMPU MEMBAYARNYA. Sudah tentu mereka perlu jaga perniagaan dan periuk nasi mereka

Kesimpulannya;
1. Tunjukkanlah payslip anda yang terkini (income bulanan bagi meyakinkan pihak bank)
2. EA form pastikan up to date
3. Potongan KWSP juga up to date
4. Jika tiada payslip, tiada EA form, tiada penyata KWSP (berkerja sendiri contohnya); Tunjukkan harta-hartamu sebagai cagaran; rumah, tanah, sijil ASB (jika PNB membersihkan portion pelaburannya)

Tambahan yang juga CUKUP PENTING. Tunjukkanlah juga bahawa kamu seorang yang BERILMU. Buatlah dulu kajian tentang pakej-pakej yang kamu mahu dan pakej-pakej semasa yang ditawarkan oleh pihak bank, supaya urusan mu itu menjadi lebih cepat, pantas dan tuntas. Banker akan lebih MENGHARGAI pelanggan yang datang dengan ILMU PENUH DI DADA berbanding pelanggan yang datang dan baru menanyakan pakej-pakej yang ditawarkan

Read more...

New Mentor & New Networking

Saturday, November 21, 2009

Salam, mentor baru dan network baru yang mungkin juga boleh memberikan inspirasi kepada pembaca lain

1. Prof Ir Dr (in electrical engineering), PhD in electrical engineering, but he is also doing his MBA and homeopaty certificate at the same time, WOW 3 in 1 at the same time. Currently working as a Professor at IPTA as well as homeopaty owner and founder, and also own his own company and consultation for guiding people in doing business such as agriculture and agrobase business, engineering consulatation etc.........

He is also involving in KOPERASI in order to built and strengthen his network and deliver his expertise in a proper channel......He is an extraordinary and multitasking person. I am lucky to know him and dealing with him.... Banyak benda yang boleh dipelajari daripada mentor terbaru ini

2. Berjumpa dan bertukar pendapat dengan pemilik 2 stesen minyak petronas di Melaka. Juga mempunyai koperasi sendiri yang mana sekarang ini mempunyai 500 ekar tanah di Perak. Tanah ini diusahakan bersama dengan ahli lembaga koperasi yang lain dengan menanam pokok kelapa sawit..........500 ekar tanah untuk ahli koperasi yang tak sampai 100 orang pun WOW WOW WOW....

Inilah mentor terbaru dan network terbaru saya minggu ini. Banyak yang boleh dipelajari dan dijadikan inspirasi daripada mereka. Sama-samalah kita memperbanyakkan guru dan mengembangkan network.

Read more...

Saya Ingin Menderma

Friday, November 20, 2009

S: Soalan
J: Jawapan

S: Salam Tuan, saya ingin menderma tapi saya agak kekurangan wang
J: Salam Tuan/Puan, berapakah gaji kamu sekarang?

S: Kira-kira RM800 sebulan
J: Kamu tidak dermakan walaupun RM1 sebulan?

S: Maaf Tuan, saya tiada kesempatan dan peluang itu
J: Bila kamu ingin mula menderma?

S: InshaAllah apabila gaji saya RM2000, ataupun mungkin apabila ianya RM8000
J: Kawan menderma bukannya kerana duit banyak, ataupun gaji banyak....menderma adalah HABIT/TABIAT...Jika ketika gaji kecil/duit sedikit ini kamu tidak boleh perbuat amal/menderma, maka ketika gaji besar juga kamu akan begitu

S: Betulkah Tuan? Lalu apakah yang harus saya lakukan?
J: Mendermalah dan beramallah semampu kamu. Jikapun gaji kamu adalah RM800 sebulan, peruntukkanlah seberapa yang kamu mampu setiap minggu (setiap hari Jumaat contohnya hari ini), untuk kamu peruntukkan kepada surau, masjid, rumah kebajikan etc.....Yaa SEMAMPU KAMU, hatta RM0.50 pun seminggu...

Rancanglah kewangan kamu sebaiknya, dan lakukanlah sesuatu agar gaji/wang kamu bertambah dan jangan lupa untuk dilaburkan kembali kepada SAHAM DUNIA dan juga SAHAM AKHIRAT...

Jadikan ianya tabiat/habit. Moga rezekimu semakin bertambah. Moga nikmat-nikmat daripadaNYA juga akan bertambah selari dengan rasa syukurmu itu. Moga pahalamu dan rezekimu juga akan dilipat gandakan olehNYA.....Moga-moga tabiatmu itu akan berkekalan sehinggalah kamu bertemu denganNYA nanti

S: Taubat?
J: Sama juga untuk taubat. Jika kamu merasakan kamu bersalah, bertaubatlah segera. Jangan ditangguh-tangguh taubat, kerana belum tentu kamu dapat hidup selepas kamu membaca artikel ini

S: Tapi saya belum mampu untuk menghindari riba'
J: DIA Maha Mengetahui kemampuan kamu. Apa yang penting kamu buatlah SETAKAT YANG KAMU MAMPU mengikut kemampuan yang diberikanNYA dan selebihnya serahkanlah kepadaNYA

S: Lagi Tuan
J: Semoga kamu sentiasa terpandu olehNYA, dan semoga hatimu dan hati saya, dan hati-hati umat ini sentiasa terpandu oleh kebenaran. InshaAllah

S: Terima kasih Tuan
J: Terima kasih kembali kepada kamu yang bertanya. Jika kamu tidak bertanya tiadalah jawapan ini dan tiadalah artikel ini :) Sampai jumpa lagi inshaAllah

Read more...

Invisible Seeing

Thursday, November 19, 2009

Salam, perkara yang membezakan sama ada kita membuat keuntungan ataupun kerugian (good deal or bad deal) dalam sesuatu pelaburan ataupun perniagaan adalah 'invisible seeing'; kemampuan melihat sesuatu yang tidak mampu di lihat oleh orang lain

Read more...

Refinance

Saturday, November 14, 2009

Salam saya memasukkan entri ini kerana ada sahabat yang menanyakannya. Saya ada cerita mengenai refinance sedikit di http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/10/islamic-flexi-home-loan.html dan juga di http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/10/rhb-islamic-best-package-in-town.html. Harapnya entry ini akan lebih menjelaskan dan lebih memberikan manfaat kepada Tuan Puan

Tujuan refinance yang UTAMA adalah:

1. MERENDAHKAN KADAR PINJAMAN BANK. Katakanlah sebelum ini (5 tahun lepas) dapat rate BLR/BFR/IBR+0.1% dan rate yang ditawarkan sekarang adalah BLR/BFR/IBR-1.8% (bermula 1.11.2009 setelah menerima arahan daripada BNM)

2. Mendapatkan DUIT LEBIHAN bagi dilaburkan kembali di tempat yang memberikan pulangan yang diidamkan

Cara/Kaedah refinance:

1. Dapatkan penyata pinjaman semasa daripada loan/bank sekarang. Buat surat rasmi kepada bank menyatakan Tuan Puan inginkan penyata pinjaman semasa bagi tujuan pengeluaran KWSP akaun 2 (Contoh surat kalau nak nanti saya boleh emailkan) dan jangan lupa mention kan sekali pengeluaran untuk PARTIAL PAY-OFF, bukannya monthly payment (but it is depand on your need).

2. Semak baki semasa akaun 2 KWSP Tuan Puan di mana-mana kiosk KWSP ataupun secara online di http://www.kwsp.gov.my/

3. Isikan borang 'Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan'. Borang ini juga boleh didapati di http://www.kwsp.gov.my/

4. Bawa (a) borang yang dah siap di isi, (b) penyata semasa pinjaman, (c) SNP dan (d)title/strate/geran ke KWSP.

5. Tunggu saja KWSP menjalankan tugas-tugasnya. Biasanya dalam 3 minggu berkerja paling lambat prosesnya.

6. Cek akan dikeluarkan atas nama bank terus kepada bank dan 1 surat makluman akan dihantarkan kepada kita menyatakan duit telah dibayar kepada bank

7. Semak baki terkini pinjaman semasa dari bank. Katakanlah sebelum keluarkan duit KWSP, baki pinjaman semasa adalah RM100 000. Kemudian Tuan Puan keluarkan duit KWSP akaun 2 sebanyak RM20 ooo, maka baki pnjaman sekarang adalah RM 80 000.

8. Semak current MV dengan valuer dan juga banker

9. Hantar saja kepada mana-mana bank dan pakej yang Tuan Puan nak mengikut keperluan dan tujuan Tuan Puan tadi.

10. Dah jumpa best rate in town or dah dapat 2-3 LO compare lah yang mana yang terbaik, baca LO sampai faham, tengok point2 penting seperti RATE, LOCK IN PERIOD, SYILING RATE, FLEXI/NOT, FMC/NFMC, INSURAN(min or max)/NOT etc. Dah puas hati sign aje lah.....dan buat baiklah dengan banker-banker yang berkualiti untuk long term gain. Diorang dapat kosimen/customer yang hebat-hebat macam you all :) dan kita dapat deal/proses loan dengan cepat, pantas dan tuntas daripada mereka....

Sekian saja..........Owh ada lagi.......Duit lebihan refinance tadi nak buat apa??? Baca sajalah artikel ini dahulu http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/08/rm100k-dimana-harus-dilaburkan.html

Read more...

Mandarin Language

Friday, November 13, 2009

Spoken and Written
Mandarin/Chinese/Tiong-Hoa

Spoken/Diallect
1. Mandarin (Chinese School, Singapore)
2. Cantonese (Hong Kong, Perak)
3. Hokkien (Melaka, Penang, Johor, Kedah, CHINESE BUSINESSMAN)
4. Hailam
5. Teochew (Penang)
6. Hakka (Perak, Sabah, Sarawak)
7. Kwang-Si
8. Hock Teow

Salam, itu saja catatan nota pertama saya tentang Bahasa Mandarin. Belajarlah seberapa banyak bahasa yang Tuan Puan mampu selain daripada 3 bahasa rasmi; Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Tambahkan seberapa banyak bahasa yang Tuan Puan mampu seperti Bahasa Mandarin ini dan juga dialek-dialeknya.

1. Kalau kita bercakap dalam bahasa kita, diorang boleh faham. Kalau diaorang bercakap dalam bahasa diaorang, kita.............?

2. Kalau kita buat joke dalam bahasa kita, diorang boleh gelak sama. Kalau diaorang buat joke dalam bahasa diaorang, kita...............?

Jadi banyak-banyakkanlah belajar bahasa. Perkayakanlah minda kita ini selalu dengan ILMU. Tuntutlah ilmu selalu walaupun mungkin Tuan Puan sekarang sudahpun Prof Ir Dr ataupun sudah JUSA ataupun TURUS sekalipun.

Soalan:

S: Bolehkah pahala dengan belajar Bahasa Mandarin
J: Terpulanglah pada NIATMU kawan, kamu nak pahala ke nak dosa?

S: Macammana tu?
J: Niat:
1. Saya belajar Mandarin sebab nak bermegah-megah.....dapatlah dosa
2. Saya belajar Mandarin sebab nak belajar berniaga daripada mereka agar saya dapat untung banyak, dapat beli kereta besar dan rumah besar..........dapatlah manfaat dunia
3. Saya belajar Mandarin sebab nak belajar berniaga daripada mereka, agar saya untung banyak dan SEBAHAGIAN daripada keuntungan itu dapat saya agih-agihkan kepada rumah anak yatim........dapatlah manfaat dunia dan akhirat

S: Oh senang saja, ambillah niat 3, tapi bila dah untung tak payahlah derma rumah anak yatim
J: :) Niatmu tidak boleh ditipu kawan. Kamu 'niat' nak makan nasi tapi kamu TAK NAK makan nasi, maka niat sebenarmu adalah 'tak nak makan nasi'

Kamu boleh menipu semua orang di bumi ini tetapi KAMU TIDAK BOLEH MENIPU DIRIMU SENDIRI. Apa yang kamu niatkan itulah yang kamu dapat.

S: Salahkah berumah besar dan berkereta besar?
J: Tiada salahnya jika itu diperolehi daripada jalan-jalan halal, tetapi keutamaannya? Bukankah kereta sekarang dan rumah sekarang sudah besar. Apa kata jika lepas rumah terlebih besarmu itu siap, kamu dijemput pulang olehNYA?

Jadi buatlah sesuatu secara BERKEUTAMAAN. Agih-agihkanlah kekayaan dan hartamu itu kepada insan-insan yang memerlukan. Tiada salahnya kamu bermewah-mewah dan berharta banyak, tapi BERPADA-PADALAH dan UTAMAKANLAH kepada perkara yang lebih utama. Hidup kita pun bukannya lama sangat di sini. Jauh lagi perjalanan yang akan kita tempuhi. Jadi perbanyakkanlah bekalan untuk menempuh kehidupan yang abadi di sana.

S: Apa maksud dunia?
J: Dunia adalah sesuatu yang dekat dan manfaatnya diperolehi sekarang

S: Akhirat?
J: Akhirat adalah sesuatu yang jauh, dan manfaatnya berkekalan

S: Jadi yang manakah yang harus didahulukan?
J: Terpulanglah padamu kawan.

S: Saya rasa saya inginkan kedua-duanya, tetapi saya mengutamakan akhirat kerana manfaatnya berkekalan
J: Itulah sebaik-baiknya. Sama-samalah kita mencari dunia dan akhirat ini dan jika berlaku pertembungan maka dahulukanlah yang mana manfaatnya lebih banyak dan berkekalan.

S: Jadi perlukah belajar Bahasa Mandarin?
J: Terpulanglah pada NIAT, PILIHAN dan KEMAMPUANMU kawan

Moga ada manfaatnya, sampai jumpa lagi inshaAllah

Read more...

Usahawan

Tuesday, November 10, 2009

Berniaga / Melabur: Untung belum tentu, RUGI ADALAH PASTI (semuanya dengan izinNYA sudah pasti)

Salam, jika Tuan Puan ingin berniaga ataupun melabur, ingatlah ayat di atas itu; RUGI ADALAH PASTI dan untung belum tentu. Jika duit yang Tuan Puan gunakan sebagai modal untuk berniaga / melabur itu hangus, Tuan Puan boleh berlapang dada, tiada gundah gulana, tiada keluh kesah, tiada tagisan di tengah malam, nasihat saya berniaga / melaburlah dengan senang hati.................tetapi jika modal perniagaan / pelaburan Tuan Puan tadi hangus ataupun Tuan Puan tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada modal perniagaan yang Tuan Puan laburkan itu dan ianya menyebabkan Tuan Puan menangis di tengah malam ataupun Tuan Puan tiada back up planning nasihat saya usahlah berniaga / melabur.

Melabur dan berniaga mesti dengan KEBEBASAN DAN SENANG HATI. Jika duit / modal pelaburan Tuan Puan tadi hangus Tuan Puan boleh lagi bergelak ketawa, bersenyum riang, tiada masalah yang membingitkan minda.............yaaa melaburlah dan berniagalah.....

Dengan kata lain jangan sesekali memulakan perniagaan dengan menggunakan modal yang besar. Jika Tuan Shamsuddin Kadir mencadangkan jangan melebihi RM100 ringgit, saya up kan sikit RM400 menjadikan jumlah minimum perniagaan / pelaburan Tuan adalah RM500. Jika lebih RM500 dan kehilangan RM500 ini membuatkan anda tidak boleh tidur malam, usahlah melabur ataupun berniaga.

Dengan kata lain juga, usahlah memulakan perniagaan dengan menggunakan duit PINJAMAN, kerana PERNIAGAAN DAN PELABURAN BELUM TENTU UNTUNG TAPI PASTI GAGAL, dan perniagaan dan pelaburan MESTILAH DENGAN KEBEBASAN.

Usahlah dipercayai dengan skim-skim yang mengubah wajah kereta Kancil anda bulan ini kepada kereta Waja bulan depan. Usahlah juga dipercayai dengan skim-skim yang mengubah kereta Iswara anda bulan ini kepada kereta Honda 3 bulan akan datang. Tiada benda yang senang dan mudah dalam hidup ini, tiada juga benda yang mustahil dalam hidup ini.

Sejujurnya, saya tidak begitu risaukan golongan pertengahan dan golongan atasan, tetapi saya lebih risaukan golongan sokongan; yang mudah sangat terperangkap dengan skim-skim yang mengubah wajah. Modal tiada tapi buat personal loan. Dapat return 3 bulan, bulan ke empat skim-skim mengubah wajah ini telah diserbu BNM.

Kalau Tuan Puan tiada duit untuk melabur, belajarlah dulu untuk menyimpan duit dari sekarang, dan jika duit simpanan Tuan Puan itu hangus dengan pelaburan / perniagaan Tuan Puan itu.....dan Tuan Puan masih boleh tersenyum riang.....yaa melaburlah dan berniagalah dengan senang hati.............Belajarlah dulu macam mana susahnya cara untuk menabung dan menyimpan.........Mulalah dari bawah......Jika halangan dan cabaran menabung dan menyimpan (ataupun pengurusan aliran kewangan) ini Tuan Puan boleh atasi, masuklah ke liga seterusnya......

Elakkanlah daripada mereka yang menggunakan ayat-ayat ini:
1. Saya akan tolong awak, saya akan bantu awak
2. Kitakan sekampung dan kawan sekolah semenjak kecil lagi
3. Kitakan sebangsa dan seagama

Mereka yang selalu menggunakan ayat inilah yang perlu Tuan Puan jauhi terutamanya apabila melibatkan duit dan kewangan, terutamanya dalam jumlah yang agak besar.

Jika Tuan Puan betul-betul ingin berniaga, berniagalah dalam bidang kepakaran sendiri. Usah berniaga ikut-ikut orang, usah berniaga ikut gelombang, kelaknya anda akan sesal di tengah jalan.

Sebagai panduan, carilah buku-buku ini di pasaran:

1. Menjejaki Jutawan Senyap: Dr Rusly Abdullah (ChefLi), Ameen, RM17 (fully recommended)
2. Memulakan Bisnes Sendiri: Puan Ainon, PTS, RM29
3. Petunjuk Jalan Kekayaan: ChefLi, Ameen, RM29
4. Biar Kecil Asalkan Berhasil Daripada Besar Tapi Bubar, ChefLi, Ameen, RM29
5. OKB: Orang Kaya Bertakwa: Ameen, Chefli, RM29

Jika Tuan Puan serius untuk menjadi usahawan; usahawan terbilang, usahawan dalam bidang sendiri, usahawan yang bukannya berubah mengikut angin dan musim, usahawan tanpa modal yang besar, usahawan yang sentiasa terpandu olehNYA..............nasihat saya carilah buku pertama ChefLi; Menjejaki Jutawan Senyap. Banyak ilmu dan rahsia-rahsia perniagaan didalamnya. Jika ada modal tambahan carilah buku-buku selebihnya. Tahun diterbitkan / masa saya beli adalah buku 1(2005), 2(2009), 3(2004), 4(2005) dan 5(2006).........mungkin sekarang ada edisi terkini

Melabur dan berniaga pasti gagal tetapi berjaya belum tentu...kecuali melabur untuk ILMU pasti berjaya jika Tuan Puan mengamalkan apa yang terkandung dalam ilmu/ilmu tersebut, inshaAllah. Usahlah lokek untuk melabur untuk ILMU, kerana pulangan / ROI nya memang tak terjangkau oleh mindamu kawan.........percayalah..........dan saya juga tidak mendapat apa-apa komisen daripada promosi ini. Saya hanya mencadangkan buku-buku yang inshaAllah lebih membuka minda Tuan Puan itu sahaja, kerana saya begitu kasihan melihat ramai orang di luar sana yang senang-senang je kena tipu; sama ada tertipu ataupun di tipu oleh pelaburan dan perniagaan yang kadang-kadang menjanjikan pulangan yang tak masuk akal...........

Usahlah lagi dibazirkan masa berhargamu kawan membuat perniagaan dan pelaburan sebegitu. Kita perlu bergerak pantas, dan masa-masa kita perlu dimanfaatkan sepenuhnya........

Berapa ramai orang-orang di kampung yang tercicir dalam pelajaran kerana masalah kewangan yang perlu kita bantu dan tolong, berapa banyak lagi rumah-rumah anak yatim yang kekurangan bekalan makanan, pakaian dan kewangan yang patut kita tolong dan bantu, berapa banyak lagi surau-surau di pusat pengajian Islam yang masih berhutang dengan kontraktor yang patut kita tolong dan bantu, berapa banyak lagi pusat-pusat pengajian tahfiz yang kekurangan dana untuk menghantar pelajar-pelajarnya ke luar negeri yang patut kita tolong dan bantu...........

Jika bukan kita orang di bandar (saya tinggal di bandar sekarang, asal orang kampung juga, anak petani juga), jika bukan kita orang yang mempunyai sedikit kelebihan yang diberikanNYA ini, yang di dalam comfort zone, yang mempunyai sedikit kelebihan; pendidikan, pengalaman dan harta ini membantu...siapa lagi yang nak kita harapkan.................

Sebesar mana rumah kita nak tinggal, sebanyak mana makanan kita nak makan, semewah mana kereta kita nak naik...........sampai masanya semua kemewahan ini kita akan tinggalkan juga............tetapi jika kita berhenti berusaha, berhenti berkerja, berhenti mencari wang dan kekayaan....ruginya masyarakat dan umat-umat ini kerana tidak dapat manfaat yang melimpah daripada kita, sedangkan jika kita tambahkan usaha sedikit je lagi, ramai orang akan dapat manfaat daripada kita......Sama-samalah kita kembali betulkan niat...kenapa kita nak sangat kaya, berharta dan jutawan ini.......

Penat lelah kita di sini semuanya akan hilang (kerna ku juga kadang-kadang terasa cukup penat dan lelah melayan karenah-karenah kehidupan ini), tetapi ingat sajalah ganjaran besar daripadaNYA inshaAllah menanti kita di sana, mengantuk kita ini juga akan hilang tetapi inshaAllah ganjaran daripadaNYA akan terus berkekalan, sakit pedih dicerca dan di maki juga akan hilang, tetapi inshaAllah ganjaran daripadaNYA akan berkekalan..........Tiada apa yang kita perlu harapkan daripada kehidupan ini kecuali redha daripadaNYA dunia dan akhirat, sama-samalah kita mencarinya...

Read more...

IBR/BFR-1.8% Sahaja (1.11.09)

Friday, November 06, 2009

Salam, sedikit makluman untuk sahabat properties investors. Bermula 1 November 2009 rate baru home loan/financing telah di standardise by BNM antara IBR/BFR/BLR-1.3% hingga -1.8% sahaja (info from banker). Tahniah saya ucapkan kepada yang dah dapat LO dibawah -2.0%. Alhamdulillah kami juga baru dapat IBR-2.2% daripada RHB Islamic

Read more...

Maybank2u dan Cimbcliks?


Salam, jangan juga dilayan email-email daripada 'cimb' ke 'maybank2u' ke 'hsbc' ke ataupun daripada apa saja 'bank' yang sampai ke mailbox Tuan Puan seperti dalam gambar di atas (yang sampai ke spam mailbox saya ini). Semua email ini adalah daripada perompak. Bank tidak akan sesekali meminta maklumat Tuan Puan dengan menggunakan email. Jika ada sebarang kemusykilan dengan bank / banker, contact bank tersebut manually bukannya dengan memberikan maklumat peribadi secara online. Berhati-hatilah dengan maklumat peribadi Tuan Puan terutamanya ID, password, pin, tag no dan sebagainya. Terlalu ramai orang dalam dunia ini yang mencari keuntungan dengan cara senang dan mudah

Read more...

Tadika Khalifah Bestari

Thursday, November 05, 2009

Salam, sesiapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke Tadika Khalifah Bestari untuk sesi kemasukan/persekolahan tahun 2010, maklumatnya adalah seperti berikut:

TADIKA KHALIFAH BESTARI
No 2 Desa Al-Amin
Kampung Sungai Tangkas
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

o3-8925 3484/3 - Pejabat
019-219 6785 - Puan/Ustazah Norlaily (Pengurus)
012-303 1224 - Puan/Ustazah Sarah (Guru Besar)

Sesi Pembelajaran
A. 8.00 am hingga 1.00 pm (paling lewat sehingga 1.30 pm)
B. 8.00 am hingga 3.30 pm (paling lewat sehingga 4.oo pm)

Yuran Pengajian
Sesi A/B:
Pendaftaran: RM100
Bulanan (Jan-Okt sahaja): RM175/RM210
Makanan (per semester @ 6 bulan sekali): RM250/RM270
Peralatan setahun: RM150/RM160
Baju: RM95 untuk 2 pasang (warna lain)
Buku: RM 120 setahun

Kurikulum
BM, English, Math, Science, BArab, Jawi, Kretiviti, PJ, Amali Solat, Mengaji, Hafazan, Pendidikan Islam, KoKurikulum (lawatan, kesihatan/pergigian, sukan, uhtifal (penyampaian hadiah), hari peristiwa, puppet show & water play, makan bersama)

Analisis: Mari kita kira jumlah pelaburan bulanannya berapa dan berapakan ROI nya :) (Semua cerita pasal ROI saja.......semua fikir return saja yeee.....Jangan risau kawan, semua pelaburan ada pulangannya.....Pulangan dalam bentuk apa yang Tuan Puan nak saja yang membezakannya......InshaAllah, nanti saya ceritakan berapakah ROI pelaburan ini.....

Total cost setahun @ 10 bulan pengajian (saya ambil contoh sesi A sahaja) =
100 + 150 + 95 + 120 + (175 x 10) + (250 x 2) = RM 2715 / 10 bulan =
RM271.50 sebulan

Jumlah pelaburan Tuan Puan adalah RM271.50 sebulan selama 10 bulan. Jika di rumah Tuan Puan ada maid, yaa boleh saja jumlah itu dibahagikan dengan 12 bagi mengurangkan nilai pelaburannya sebulan menjadi RM226.25.............semua sekali yeee...termasuk pakaian, makan minum, buku, alat tulis........dan lagi 1 adalah transport....masukkan ajalah dalam pengiraan Tuan Puan itu.....transport ku sama saja, tidak berubah kerana inshaAllah anak-anak ku akan keluar bersama masa kitaorang pergi kerja dan balik bersama kitaorang masa balik lunch.....

Sekian saja perkongsian ini.....Sama-samalah kita melabur untuk ilmu, kerana pelaburan itu bukan saja pelaburan yang memberikan keuntungan dalam bentuk wang, harta dan kekayaan sahaja............PELABURAN ADALAH APA SAJA YANG MEMBERIKAN KEUNTUNGAN DUNIA DAN AKHIRAT..............Ya apa saja keuntungan...Boleh jadi kepandaian, persahabatan, akhlak yang baik, kepintaran, tutur kata yang bagus, sejuk mata memandang, networking, keberkatan masa, pahala kebaikan dan amal jariah, mentaati perintah dan menjauhi laranganNYA..........ya apa sajalah yang memberikan keuntungan kepada Tuan Puan itu dipanggil pelaburan................

Anak-anak dilahirkan putih bersih, kitalah yang perlu mencorakkan kehidupan mereka. Kitalah yang akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kehidupan mereka (sebelum mereka akhil baligh ini)..........sampai jumpa lagi inshaAllah......

Read more...

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP