'Menuju Jalan Allah'

Friday, January 29, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

FORUM PERDANA 'Menuju Jalan Allah SWT'
Tarikh: 30 Januari 2010 (Esok)
Masa: Selepas Solat Magrib
Tempat: Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi
Lokasi: Masjid hijau, depan kedai barangan sukan Al-Ehsan, depan klinik Az-Zahrah dan klinik An-Nur, Seksyen 8

Muslimin dan muslimat di jemput hadir.

http://laman-annur.blogspot.com/

p/s: Jom kita meriahkan majlis ilmu

Read more...

Fast or rush?

Wednesday, January 27, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Fast or rush?
Laju atau tergesa-gesa?

1. Berjalan dengan laju sehingga terlanggar tiang, dinding dan tersepak tangga?
2. Bawa kenderaan (kereta, motosikal, bas, lori) dengan laju sehingga langgar lampu merah dan memotong pada garisan kembar?
3. Melabur dalam 3-4 jenis saham dan hartanah tanpa ada backup planning dan terikut-ikut dengan rentak orang?
4. Bercakap/menulis dengan laju dan perkataan yang keluar di luar kawalan sehingga sukar membezakan yang mana satu teori dan yang mana satu yang dipraktikan, sehingga membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan?
5. Bawa kenderaan dengan laju tetapi masih lagi berhenti pada garisan kuning / garisan belang untuk bagi laluan kepada pejalan kaki dan berhenti pada lampu merah?
6. Melabur dalam 3-4 jenis saham dan hartanah dengan ada backup planning dan rancangan alternatif sekiranya ekonomi merudum?
7. Bercakap/menulis dengan laju tetapi masih di dalam kawalan, perkataan/tulisan yang keluar adalah sepertimana yang dilakukan, dan banyak kebaikan yang diperolehi oleh pendengar/pembaca berbanding keburukan?

Apa yang pasti sesuatu yang laju dan di dalam kawalan itu biasanya menguntungkan......dan sesuatu yang tergesa-gesa itu juga sebenarnya 'nampak laju' tetapi biasanya merugikan.

We need to be fast but we no need to be rush

Read more...

Dunia Islam

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Saya mendoakan agar dunia Islam kembali kuat dan bersatu, walau apa nama sekalipun; Ahli Sunnah Wal Jamaah, Salafi, Syiah ataupun lain-lain

To be frank saya pernah berurusan dan berbincang dengan golongan Salafi dan juga golongan Syiah di Malaysia ini, dan saya lihat ada banyak persamaan dan ada titik temunya.

Saya cukup sedih bila lihat sesetengah golongan yang suka menyalah-yalahkan orang lain ataupun puak lain. Kalau kita rasa kita betul, cukuplah jika kita nyatakan dalil mana yang kita gunakan dan nas mana yang kita pakai, orang nak terima atau tak, terpulang, kerana masing-masing ada akal sendiri.

Kita sesekali tidak akan ditanya tentang perlakuan dan perbuatan orang lain, tetapi kita akan diminta pertanggungjawaban atas semua perkara yang kita lakukan.

Kesimpulan, jangan suka menyalah-yalahkan orang, jangan suka merendah-rendahkan pendapat orang dan jangan suka mengutuk-ngutuk orang lain. Hiduplah secara harmoni di bumi Malaysia yang bertuah ini, dan hiduplah secara aman di dunia kurniaanNYA ini ketika kita masih lagi diberikan kesempatan.

Sampai masanya, semua kekhilafan akan terurai dan semua kusut masai juga akan terlerai. Jadi sama-samalah kita beringat dan sama-samalah kita berpesan ke arah kebaikan.

Read more...

Rancang Hari Esok

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

1. Rancang apa yang kita nak buat esok, malam nanti (dan apa yang kita buat hari ini pastikan memang sudah kita rancang dari malam tadi)
2. Tandakan mana satu yang dah kita buat, dan mana satu yang belum dibuat.
3. Jika boleh diselesaikan semua hari ini, alhamdulillah. Jika tidak.....
4. Selesaikan ikut keutamaan. Utamakan mana yang perlu diutamakan atau dahulukan mana yang perlu didahulukan, dan kemudiankan mana yang perlu dikemudiankan.
5. Good luck and all the best, chio' chio', gambate ne

Read more...

Multiple Strategy

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Apa saja yang kita buat, pastikan kita ada banyak strategi / variasi / kepelbagaian. Jangan hanya guna 1 tune / 1 method / 1 strategi.......bahaya

Contoh mudah, kalau nak pergi ke Pangkor, mungkin ada 3-4 jalan yang boleh kita ikut. Jika jalan A ada kemalangan, kita ikut jalan B. Jika jalan B ada tanah runtuh, kita ikut jalan C. Jika jalan C sedang dibaikpulih, kita naik flight.

Jangan hanya ada 1 strategi, dan jangan hanya ada 1 cara yang kita nampak. Pastikan kita nampak banyak jalan dan banyak cara, dan jika cara yang kita sedang lalui itu ada cabaran, pastikan kita ada cara lain, pastikan kita ada alternatif lain. Pastikan ada backup planning

Hidup kita perlu sentiasa bergerak pantas. Jangan terperangkap di tengah jalan, jangan juga memerangkap diri dengan hal-hal yang remeh temeh dan hal-hal tidak sepatutnya. Jangan juga menyusahkan sesuatu yang mudah dan senang. Yang ringan sama-sama kita jinjing, yang berat sama-sama kita pikul.

Read more...

Biar Lebih di Sana

Friday, January 22, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Apa saja yang kita lakukan, fikirkanlah ‘lebih’ di sana. Sebagai contoh:

1. Biar cepat di sini asalkan lebih cepat di sana
2. Biar laju di sini asalkan lebih laju di sana
3. Biar kaya di sini asalkan lebih kaya di sana
4. Biar selamat di sini asalkan lebih selamat di sana
5. Biar bahagia di sini asalkan lebih bahagia di sana
6. Biar berjaya di sini asalkan lebih berjaya di sana
7. Biar sejahtera di sini asalkan lebih sejahtera di sana

Buatlah apa saja yang kita mahu di dunia ini tapi ingatlah bahawa satu hari nanti kita semua akan mati, kita semua akan mengadapNYA dan kita semua akan ditanya tentang apa yang telah kita lakukan dan tentang apa yang telah kita perbuatkan di muka bumi ini.

Semuanya akan diperhitungkan satu persatu dan semuanya akan dihisab satu persatu. Alangkah ruginya jika kita hanya mencari keuntungan dunia tanpa mengambil kira keuntungan akhirat. Alangkah ruginya jika kita hanya mencari kebahagiaan dan kekayaan dunia tanpa kita memikirkan kebahagiaan dan kekayaan akhirat.

Duit, wang ringit, emas, permata, berlian, rumah, tanah dan saham hanya laku di dunia ini sahaja. Ianya tidak laku di sana. Carilah kekayaan itu, tiada salahnya, tapi jangan sesekali membelakangi suruhanNYA dan jangan sesekali melanggar tegahan dan laranganNYA.

Seseorang yang bijak pandai adalah seseorang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa berusaha keras untuk kehidupan selepas kematian.

Tiada salahnya kita mencari kebahagiaan di dunia, tetapi kebahagiaan akhirat lebih perlu diutamakan. Tiada salahnya kita mencari kesenangan di dunia, tetapi kesenangan di akhirat lebih perlu diutamakan. Tidak salahnya kita mencari kekayaan di dunia, tetapi kekayaan akhirat lebih perlu diutamakan……kerana kehidupan dunia ini sementara cuma dan kehidupan akhirat itu kekal abadi.

Lebihkan ‘mencari kehidupan’ di sana dalam setiap apa yang kita lakukan

Read more...

Strong Strategy

Thursday, January 21, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

1. Fairlady 350Z tanpa smart tag akan melambatkan perjalanan

2. Fairlady 350Z dengan smart tag tanpa pemandu yang cekap, yang boleh mengendalikan kenderaan dengan bagus juga akan melambatkan perjalanan

3. Fairlady 350Z dengan smart tag dengan pemandu yang cekap, yang boleh mengendalikan kenderaan dengan bagus, tetapi tidak tahu tentang selok belok jalan mana harus di tuju, arah mana harus diikuti juga akan melambatkan perjalanan

4. Fairlady 350Z dengan smart tag dengan pemandu yang cekap, yang boleh mengendalikan kenderaan dengan bagus dan tahu tentang selok belok jalan mana harus di tuju, arah mana harus diikuti, tetapi pemandu dalam keadaan mengantuk, lemah, tak bermaya juga akan melambatkan perjalanan

5. Fairlady 350Z dengan smart tag dengan pemandu yang cekap, yang boleh mengendalikan kenderaan dengan bagus dan tahu tentang selok belok jalan mana harus di tuju, arah mana harus diikuti, pemandu dalam keadaan sihat, segar dan cerdas, tetapi Fairlady 350Z tidak mempunyai cukup tekanan angin dan tanpa minyak yang cukup, tanpa servis juga akan melambatkan perjalanan

6. Fairlady 350Z dengan smart tag, dengan pemandu yang cekap, yang boleh mengendalikan kenderaan dengan bagus dan tahu tentang selok belok jalan mana harus di tuju, arah mana harus diikuti, pemandu dalam keadaan sihat, segar dan cerdas, Fairlady 350Z juga telah dipastikan cukup tekanan angin dan cukup minyak dan telah di servis, tetapi bergerak ketika jalan jem ataupun ada kemalangan jalan raya juga akan melambatkan perjalanan.

7. Fairlady 350Z dengan smart tag, dengan pemandu yang cekap, yang boleh mengendalikan kenderaan dengan bagus dan tahu tentang selok belok jalan mana harus di tuju, arah mana harus diikuti, pemandu dalam keadaan sihat, segar dan cerdas, Fairlady 350Z juga telah dipastikan cukup tekanan angin dan cukup minyak dan telah di servis (tip top condition), bergerak ketika jalan lapang, tanpa kesesakan jalan raya inshaAllah akan membolehkan kita semua sampai ke destinasi

Read more...

Pencuri Awal Tahun 2010

Friday, January 15, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Maybank2u?
1. Please verify your online account? (picture 1)
2. Jump from the link given (picture 2)
3. Link given: http://............................ @ internet explorer @ thief (picture 3)
4. Maybank2u original website: https://maybank2u/........................... @ maybank2u.com Online…………..) (picture4)

Please be careful with this thief and have a proper wealthy management.

Please refer to this entry for detail.
http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/11/maybank2u-dan-cimbcliks.html



Read more...

Hukum 90/10

Wednesday, January 13, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

1. 90 % daripada kejayaan / kekayaan pelakon hanya dimiliki oleh 10 % pelakon
2. 90 % daripada kejayaan / kekayaan penyanyi hanya dimiliki oleh 10 % penyanyi
3. 90 % daripada kejayaan / kekayaan ahli sukan hanya dimiliki oleh 10 % ahli sukan
4. 90 % daripada kejayaan / kekayaan pelabur hanya dimiliki oleh 10 % pelabur
5. 90 % daripada kejayaan / kekayaan peniaga hanya dimiliki oleh 10 % peniaga
6. 90 % daripada kejayaan / kekayaan penulis hanya dimiliki oleh 10 % penulis
7. 90 % daripada kejayaan / kekayaan bumi hanya dimiliki oleh 10 % manusia

Kesimpulan; (1) Jangan jadi orang kebanyakan dan jangan ikut rentak orang kebanyakan. (2) Jangan jadi golongan 90 % majoriti yang memperolehi 10 % minoriti kejayaan / kekayaan , tetapi jadilah golongan 10 % minoriti yang memperolehi 90 % majoriti kejayaan / kekayaan.

Read more...

Tukar Ilmu Kepada Manfaat

Monday, January 11, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Sama-samalah kita tukarkan ilmu yang kita ada ini kepada sesuatu yang bermanfaat; antaranya adalah duit, persahabatan, network, kepercayaan dan sebagainya.

Sama-samalah kita perbanyakkan ilmu, kemudian aplikasikan ilmu tersebut untuk mendapatkan sesuatu yang kita nak, sesuatu yang bermanfaat sudah tentunya.

Ilmu pula bukan setakat ilmu formal, tetapi juga ilmu bukan formal yang diperolehi setiap hari; setiap saat dan setiap masa. Ilmu yang diperolehi daripada kenalan, mentor dan network. Sama-samalah kita memberikan manfaat dan memanfaatkan peluang yang ada sepenuhnya, inshaAllah

Read more...

Petua Hilangkan Pening

Sunday, January 10, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Saya dapat pengajaran yang sungguh berharga hari ini iaitu ‘buat sesuatu apabila tiba masanya’ itu sahaja :).

Saya nak kongsikan 1 tip pagi ini iaitu tip menghilangkan pening. Setakat saya menulis di ruangan maya ini (dari Julai 2009 @ telah masuk bulan yang ke 7), telah 2 kali saya mengalami sindrom pening yang boleh dikatakan amat teruk hehe......biasala kawan kepeningan mematangkan kita dan cabaran kehidupan mendewasakan kita.

Setakat ini alhamdulillah pening-pening itu telah pun hilang.........DaripadaNYA pening-pening itu datang dan Dia juga sebenarnya yang menyelesaikannya. Saya hanyalah bahan ujian sahaja. KepadaNYA kuberserah diri.

Petua yang saya gunakan setakat ini adalah, setiap awal pagi selepas solat subuh, banyak-banyak kan baca Al-Quran, khususnya Surah Yasin (Surah 36) dan Surah Al Mulk (surah 67).

Lagi banyak pening, lagi banyak baca. Kalaupun pening-pening itu telahpun hilang, teruskan membaca kalam-kalam Allah tadi sebagai rutin harian inshaAllah, kerana di situ terdapat penawar kepada segala penyakit, penyelesaian kepada segala cabaran dan panduan kepada segala jalan kehidupan. Moga hidup kita semua sentiasa terpandu olehNYA

Samalah juga masa kita nak dapat baby dulu, kan selalu kita baca surah Yusof, Luqman dan Mariam sebagai amalan/petua/asbab bagi mendapatkan anak-anak yang cantik, cerdas dan soleh

Akhirnya semua adalah ditanganNYA; daripadaNYA kita datang, keranaNYA kita ada di sini dan kepadaNYA kita semua akan kembali. Segala yang berlaku ini hanyalah asbab sahaja sama ada akan lebih mendekatkan diri kita kepadaNYA ataupun sebaliknya.

Jadi, sama-samalah kita manfaatkan kehidupan ini sepenuhnya untuk kebahagiaan kehidupan di sini dan di sana, dan sama-samalah kita menjadikan cabaran-cabaran kehidupan ini sebagai asbab untuk kita lebih dekat kepadaNYA inshaAllah. Jumpa lagi

p/s: 1. Mungkin sahabat-sahabat semua juga ada petua hilangkan pening yang boleh dikongsikan bersama selain daripada sapu minyak panas di kepala :)

2. Terima kasih kepada Tuan Hafizal @ Juruukur, Keown, Deli dan Ijo kerana meluangkan masa melayan CF101 petang semalam. Banyak ilmu bermanfaat yang dikongsikan bersama. Lain kali kita layan lagi, lagi banyak main lagi banyak idea keluar. Nanti kita main dengan balance sheet & income statement sendiri inshaAllah

Read more...

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP