Salam, banyak benda happening laa yg berlaku 2-3 bulan ni, yang membingitkan, yg menghangatkan & xkurang juga yg menggiurkan, hehe.......Aku dah ada tajuk kat atas tu, tp nak mengolah idea tu belum boleh lagi. Nantikan sambungan yee, bila idea ku lebih tersusun, insya'Allah
(sambungan)
Alhamdulillah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Kalau anda baca entry2 sebelum ini esp tajuk 'the Unstoppable Life 2' aku ada ceritakan apa planning aku & mungkin ada juga yg curios nape aku interview tindikan Dec 2007, tapi aku plan utk fly Oct 2009...Inilah sebabnya :)......
Aku plan selain utk start buat PhD bila persiapan aku dah betul2 mantap ie IELTS dah ok, supervisor ok & ada research fund (kalau kena caranya dia siap boleh offer kita allowance lagi, hehe), destination & member2 UK pun ok & the main factor kenapa aku plan utk fly Oct 2009 adalah kerana aku nak fly bila aku dah dapat SENIOR :) :) :)...Kenapa??
Sebabnya, bila aku balik PhD nanti, katakanlah lagi 5 tahun (+ buffer, correction etc), aku dah boleh start apply Assoc Prof pula (dlm lingkungan umur 35 tahun) & lagi 5 tahun boleh lah aku apply full Prof Dr Lukeman (dalam umur 40-45 tahun, WOW).....Perancangan dah baik, tp itulaah sesuatu yang kita xdapat nak elakkan berlaku....Dapat 1 & kena hold 1.....Apapun DIA lebih mengetahui, mungkin kalau dia bagi aku dua2 sekaligus, takut aku terlalai, so DIA bagi aku satu2 sesuai dengan usaha & kesanggupan diri ini....
Internel memo dah keluar. Aku pun dah call 2-3 kali utk confirm kan betul ke nama aku ada. Official surat pun dah sampai, ada ngan DEAN, tunggu masa nak distribute saja....Berapa increment nih?? hehe aku pun xtahu.......Main goal aku untuk active income ni sebenarnya bukan increment, tapi utk dapat Prof Dr ketika aku umur 40-45 tahun. So, at that time, aku ada masa lagi 10-15 tahun untuk terus menongkah arus sehingga sampai ke peringkat tertinggi IPT ie Presiden (P), TP, DTP @ Naib Canselor (NC), TNC @ DTNC........Yeaah, kita mesti ada cita2 itu, xkiralah apa bidang kita sekalipun..Impikan jawatan tertinggi, bukan utk bersaing, tapi utk memotivasikan diri. Jikapun xdapat tertinggi, dapat 2nd highest pun dah cukup bagus......Contoh 1. jika sekarang anda kerja kilang, then tanamkan dalam hati 1 hari anda nak jadi manager/owner of that factory. 2. Jika sekarang anda DJ, then tanamkan dalam hati yg 1 hari anda nak jadi CEO syarikat tersebut..
Kepada adik2 yang masih belajar juga, bidang pendidikan adalah satu bidang yang begitu mengujakan untuk dijadikan kerjaya pilihan. Hidup kita sentiasa bergerak pantas, selari dengan pertambahan teknologi. Ilmu kita juga sentiasa up to date (kepada yg MAHU sahaja, ada juga yg xmahu up to date) & masa kita juga flexible & insya'Allah kita juga boleh mengenali tempat orang sambil2 membentangkan paper :)......So buat adik2 rancanglah kerjaya masing2. Bila dah dapat apa yg anda mahukan, jgn berhenti setakat itu, teruskan berfikir & berusaha utk memajukan DIRI (jangan terperangkap dengan comfort zone), teruskan berlari........sehingga apa yg kita lakukan itu melimpah kepada masyarakat, insya'Allah...ya Allah permudahkanlah perjalanan hambaMU yg dhaif ini....
p/s:
1. Tahun lepas aku dah try sekali, tapi mungkin masa tu I'm not senior enough to become a senior.....
2. Sebenarnya dalam line education xbanyak perasaaan hasad dengki (phd-entry aku sebelum ini), kerana POST2 penting education adalah rotational basis, subject to renew...biasanya 2 tahun contract, so Dean, Department Head, NC, TNC semenya rotational basis. Senior-Prof Madya-Prof pula adalah base on performance. Insya'Allah kalau kita buat kerja dengan elok, teaching & learning, research & consulatation seme smove, insya'Allah benda itu semua xmustahil untuk dicapai.......think big and think positive....
3. Moral of the story: 1. Jangan berhenti berharap&teruskan berusaha 2. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, 3. Jangan rakus2 & 4. Ligatkan diri anda mencari peluang/flexibility.......Ada beza ye antara rakus & flexibility. Rakus maksudnya kalau kita nak A, so A je yg kita nak, xnak yg lain.....Flexibility means, kalau A xdapat, then go for plan B, kalau B xdapat then go for C & seterusnya.....
Read more...