Rich Dad, CF101, 202 & e-game

Friday, May 29, 2009





Salam, saya sedang bercuti sekarang, menyelesaikan cabaran-cabaran kehidupan yang semakin membahang. Hidup ini akan semakin ceria dan indah bila cabaran-cabaran kehidupan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Saya ingin berkongsi sedikit maklumat dengan sahabat semua yang meminati ilmu-ilmu pengurusan kewangan, pelaburan dan perniagaan.

Tuan Puan semua boleh mendapatkan buku-buku tulisan Robert Kiyosaki seperti Rich Dad Poor Dad, Guide to Investing, CashFlow Quadrant, Retire Rich Retire Young, Increse Your Financial IQ dan lain-lain di;

AMCORP MALL PJ
Ground Floor (sama aras dengan GIANT)
Setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja
Mr Ricky (012-2332356)

Buku-buku tersebut di jual pada harga RM30-RM35 sahaja sebuah. Jika Tuan Puan membelinya di kedai buku biasa, harganya adalah sekitar RM69 sebuah.

E-game CF101 pula dijual pada harga RM45, CF101 boardgame RM300 dan CF202 RM50 (CF202 dimainkan dengan menggunakan board yang sama dengan CF101, cuma itemise nya sahaja yang berbeza).

Harap dapat membantu pencinta-pencinta ilmu yang berada di sekitar Lembah Klang. Apa-apa hal pun lebih baik Tuan Puan telefon dahulu sebelum menyerbu ke sana, kerana stoknya agak terhad. Jadi untuk menjimatkan masa dan tenaga; buatlah temujanji dan homework terlebih dahulu dan buatlah pilihan dan keputusan yang terbaik, dan ukurlah juga baju di badan sendiri. Belilah dan melaburlah untuk ilmu, juga secara berkeutamaan.

13 comments:

deli said...

mey...thanks for the CD, discussion & jgk advices semalam...byk nk kena tune balik tu..
p/s: demo ada kaji pasal life insurance x? apa yg the best utk family & anak2 skrg?

Hafiz Zawawi said...

Man,
Actual price untuk CF101 board game berapa sebenarnya? Boleh ulas lanjut tak perbezaan CF101 & CF202, sebab harga jauh beza tu.

Admin said...

Lie, life insurance kawe pun xjumpa lg yg perfect utk need kawe & family. So far kawe amik takaful Malaysia utk kawe, wife & anak2. Ingat nak tambah dengan medical card (sbb sekarang hanya guna medical card company)

Hafiz CF101=RM300 (gameboard + itemise) CF202 (guna gameboard yang sama dengan CF101. So tambahan RM50 itu hanyalah untuk itemise nya). Kalau beli itemise nya sahaja RM50 still xleh nak main jugak sbb gameboard nya xde.

So sama ada beli CF101 sahaja & lepaskan main rate race ataupun beli & tambahkan CF202 utk dimain/digunakan bila CF101/raterace dah keluar (pasif income > expenses)

deli said...

ok...aku pun mmg dah amik takaful malaysia...cuma nk tau maybe ada takaful lain yg lebih best...(utk anak aku...)..anyway thanks..

PG said...

Salam Bro Luke.
TQ for the good info.
Bestnya kalau dok KL..banyak kedai-kedai buku :)

PG said...

Salam Mr.Deli,
Kebanyakan takaful ni sama saja tawaran dia.
Cuma Mr.Deli perlu buat kajian yang mana dapat bagi service yang terbaik buat Mr.Deli.
Bagi Mr.Lukeman Takaful Malaysia terbaik buat dirinya sebab dia ada abang kerja di situ.
So Mr.Deli perlu cari somebody yang rapat dan boleh buat kerja dan bagi servis yang baik.

Saya dan family pernah masuk Takaful Nasional selama 7 tahun,tetapi servis yang dia bagi tak bagus,maybe `kelemahahan` agent.Now saya masuk PruTakaful sebab saya rasa servis dia bagus.
Wallahualam.

PG
-Hafizi Abdullah
20rejab.blogspot.com

deli said...

thanks mr. PG...

mey, petang ni ada umoh x? aku nk g antor CD...pas keje dlm kul 5.30

Admin said...

inshaAllah ada, jemputlah dtg. Nak pekena CF101 pun sempat tu..5.30-magrib, maid pun dah ada jaga budak2, pepehal@ubah plan ke msg/call nt

ajahar said...

salam...minta maaf Dr. Lukeman, nak buta promosi sikit..he3..
sesiapa yang berminat nak beli cashflow 101 boardgame dengan harga murah (RM250.00 shj)...boleh contact saya:
izhar (013-3558183)
email (ajahar@hotmail.com)

Admin said...

Salam Tuan Izhar, ramai yang mencarinya, harap ramai yang akan menghubungi Tuan nanti

ajahar said...

terima kasih Tuan Lukeman...selepas bagi iklan kat sini, dah beberapa org call saya...terima kasih...semoga bahagia dunia akhirat:)

Admin said...

Terima kasih kembali kepada Tuan Izhar yang mengiklankannya di sini. InshaAllah saya akan menyokong perniagaan/pelaburan/apa saja yang ada nilai 'win-win situation'

Admin said...

Semoga Tuan sekeluarga dan kita semua berbahagia dunia dan akhirat inshaAllah

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP