Duit Bukan Segala-galanya?

Tuesday, May 18, 2010

Sambungan siri diskusi beberapa orang murid dengan gurunya.
G: Guru
M1: Murid 1
M2: Murid 2
M3: Murid 3

M1: Cikgu, betulkah 'duit bukan segala-galanya (DBS)' dalam hidup ini?
G: Betul anakku! Kita perlukan duit sebagai asbab pemudah kehidupan, tetapi duit bukanlah segala-galanya dalam kehidupan ini.

M2: Tapi cikgu. Banyak perkara dalam hidup ini yang perlukan duit.

G: Betul! Banyak perkara perlukan duit

M3: Cikgu, saya selalu dengar ungkapan 'DBS' itu, tetapi.......kebanyakan yang berkata demikian adalah mereka yang tidak berduit. Jadi memanglah duit bukan segala-galanya bagi mereka sebab memang mereka tidak berduit

G: Betul, anak-anakku. Jadi pengajarannya adalah...pastikan anak-anak punya duit yang banyak dahulu. Kemudian baru anak-anak kata 'DBS' kerana ketika itu tiada siapa yang akan mempertikaikan kredibiliti anak-anak semua.

Sama juga, bila anak-anak kata 'pelajaran bukan segala-galanya' ataupun 'amalan bukan segala-galanya' ataupun 'anak-anak bukan segala-galanya'

Setakat berkata-kata...sedangkan kita tidak punya perkara yang kita katakan itu, memanglah mudah. Cuba anak-anak dapatkan dahulu perkara-perkara itu (harta yang banyak, pendidikan yang tinggi, amalan yang bagus-bagus, anak-anak yang ramai), kemudian baru katakan sebaliknya, nescaya orang tidak akan mempertikaikannya kerana anak-anak telah terbukti

M1: Kesimpulan cikgu, buat dahulu baru cakap, buktikan dahulu baru cakap?
G: Betul

2 comments:

Matjoe said...

love the story. biasaya kalau miskin, nak story pasal kaya2 ni, mana org percaya. kene laa jadi kaya dulu baru org percaya.

atau pun berlagak kaya (ni utk orang nak bikin scam), baru org nak dgr kata

Unknown said...

bila kita dah ader suma benda tue baru la boleh berkata-kata dan org baru la boleh percaya dengan kata-kata kita tue...
kalau x,mesti orang akan 'mengata' kita lak...

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP