Orang Cerdik Tidak Merokok

Thursday, April 29, 2010

2 ayat yang selalu digunakan oleh cikgu disiplin sekolah saya dahulu adalah

1. Orang cerdik tidak merokok
2. Awak banyak dosa

Ayat pertama digunakan ketika menangani masalah disiplin pelajar berkaitan dengan rokok, dan ada segelintir pelajar yang akan menjawab ‘itu ada orang yang merokok jadi pengurus, jadi pegawai dan sebagainya’

Jawapan cikgu tadi adalah
‘Mereka TERLEBIH DAHULU JADI ORANG PANDAI. Tiada orang yang PANDAI DISEBABKAN OLEH ROKOK'
Hasilnya tiada lagi soalan tambahan

Ayat yang kedua selalu digunakan apabila pelajar melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya. Tambah tertukar dengan tolak, punca kuasa tertukar dengan kuasa dua.
‘Silap sikit saja cikgu’
Jawapannya adalah
‘Awak banyak dosa. Cuba semak apa dosa awak’
Saya ingat sampai sekarang. Itulah ayat power cikgu saya yang banyak mencorakkan kehidupan dan pemikiran anak muridnya ini. Saya percaya semua daripada kita ada ayat-ayat power yang masih melekat di minda sama ada daripada cikgu, bapa, ibu ataupun sesiapa saja yang biasanya lebih tua daripada kita.
Tersilap langkah sikit kita akan beringat, apa dosa kita hari ini
Bukan apa, sebenarnya balik daripada pejabat tadi, saya singgah kedai, beli sedikit kelengkapan dapur. Tengah buat bayaran, tiba-tiba datang seseorang ‘rokok sebatang’. Jurujual ’70 sen’

70 sen sebatang. Macam tak percaya. Sebatang rokok yang menjadi asbab makin pudar kesihatan badan terpaksa dibayar dengan harganya RM0.70. Makin sahih ayat power cikgu saya
'Orang cerdik tidak merokok’

1 comments:

Cicak Buster said...

Betul. Ada satu kajian dibuat di sekolah di salah satu negeri kat M'sia yang ada FELDA budak2 sekolah yang merokok mmglah sgt jauh ketinggalan dalam pelajaran.Senang cakap 'tak cerdik' berbanding budak2 yg tak merokok.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP