Nota di Kulit Buku

Friday, March 05, 2010

1. Masa belajar: Rumus-rumus penting seperti W=mg, F=ma, v=u+at, m=PV/RT ditulis dibelakang kulit buku (bahagian dalam)

2. Masa berkerja (masih juga belajar dan akan terus belajar): Nota-nota penting seperti ROI=(pendapatan bersih tahunan/kos yang dikeluarkan) x 100%, BFR/BLR/IBR semasa, OPR, OPM, OPT, leverage, no telefon dan no fax yang selalu dirujuk juga ditulis di belakang kulit buku

Nota biasanya kita tulis dalam buku. Ada yang guna buku latihan biasa (seperti zaman sekolah dahulu) sebagai buku nota. Ada yang guna kertas A4, ada yang guna buku diari dan ada yang guna buku nota kecil seperti buku 555. Lain orang lain minat dan caranya

Maklumat-maklumat penting yang selalu kita rujuk seperti no telefon dan rumus-rumus adalah lebih elok jika dikumpulkan di satu tempat. Senang untuk kita rujuk kembali. Menjimatkan masa

Sebagai pelajar, bila nak exam nanti, 5-10 minit terakhir sebelum masuk dewan exam bolehlah belek-belek balik rumus tersebut. Sambil belek rumus, kaedah pengiraan akan keluar dalam kepala macam skrin komputer. Dengan syarat latihan kena buat banyak kali. Kalau sekali dua saja buat latihan, rumus hafal macam mana sekalipun, cara penyelesaian tak kan keluar juga.

Sama juga sebagai individu, rumus-rumus yang memudahkan kehidupan, no telefon adalah lebih senang jika kita kumpulkan dibelakang sekali buku nota/buku catatan kita itu. Kenapa bukan di depan? Sebab sebelah depan biasanya kita dah gunakan untuk tulis nota. Belakang guna untuk kumpul maklumat penting yang selalu kita rujuk

Sekarang sudah ada PDA yang lebih memudahkan kehidupan. Setakat hari ini saya masih menggunakan buku nota dan cara di atas untuk memudahkan kehidupan. Mungkin next step siapa tahu. Ada sesiapa yang ingin berkongsi cara menulis/mengingat/menggunakan nota/rumus/formula/nama/no telefon dengan cara yang lebih efisen, dialu-alukan

2 comments:

Mama said...

salam.. sekadar perkongsian, sebagai pelajar jurusan bahasa arab dan sastera, sememangnya terlalu banyak syair2 jahiliah, islami dan sebagainya yang perlu dihafal, jadi didalam satu subjek yang dinamakan 'arudh, kami diajar untuk mengingati setiap bait2 syair melalui lahn (melodi). hasilnya kami mampu untuk mengingati hampir kesemua syair tanpa ada huruf yang gugur.. jadi saya rasa agak praktikal jgk kot untuk ingt formula2 dgn menggunakan melodi.. lagipun dunia sekarangkan terlalu bnyk pembangunan dengan muzik, apa kata kita menikmati kemajuan untuk kemaslahatan masa depan.. (^_~)

Admin said...

salam..menarik tu, gabungan sastera/melodi dalam angka/rumus, sesuatu yang menarik untuk dicuba. Terima kasih atas perkongsian

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP