Mencari Sesuatu Yang Hilang

Monday, February 08, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

1 label baru dimasukkan di sini iaitu ‘Nota Buat Diri’. ‘Nota Buat Diri’ mengandungi nota-nota bagi dijadikan panduan dan rujukan diri.....

Suka saya kongsikan 'Nota Buat Diri' ini sebagai panduan....bagi mencari sesuatu yang mungkin telah pudar/hilang dalam hidup .......Sesuatu yang kita rinduinya

Larilah

Kata Ibrahim bin Adham bahawa 6 perkara ini jika dipatuhi maka bolehlah seseorang itu menjadi wali Allah:
1. Jika kamu melakukan dosa, janganlah kamu makan rezeki daripadaNya
2. Jika kamu ingin melakukan dosa, keluarlah daripada kerajaanNya ini
3. Jika kamu ingin melakukan dosa, lakukanlah di tempat yang mana Dia tidak dapat melihat kamu
4. Apabila telah tiba ajalmu, pintalah tangguh daripada malaikat maut untuk bertaubat kepadaNya
5. Di dalam kubur, halanglah malaikat mungkar dan nakir daripada datang kepadamu dan bertanyakan tentang amalanmu yang telah lalu.
6. Apabila kamu hendak dicampakkan ke dalam neraka. Larilah/janganlah kamu mahu

Jika kamu tidak sanggup melakukan perkara-perkara itu, maka bersumpahlah bahawa kamu tidak akan berbuat dosa langsung.


Jangan Sesal dan Jangan Risau

Dzun Nun berkata “Tanda datangnya cinta kepada Allah adalah apabila cinta kepada makhluk hilang. Orang yang hampir kepada Allah tidak pernah meminta tolong kepada makhluk. Jangan sesal perkara yang telah lalu, dan jangan risau kepada perkara yang akan datang. Gunakanlah sepenuhnya masa kini (hidup dalam mengenang/mentaati Allah)

Menyangka

Abdullah Manazil “Orang yang menyangka dirinya telah hampir kepada Allah adalah sebenarnya jauh daripada Allah”

Abu Al-Mughis Hussein berpesan kepada khadamnya “Jangan kamu tunduk kepada nafsumu kerana ia akan mempengaruhi kamu supaya membuat dosa dan maksiat”

Abu Al-Mughis Hussein menasihati anaknya “Dunia ini mencari hidup berakhlak, tetapi kamu carilah hidup ketuhanan. Itu lebih baik. Walaupun sedikit kamu dapat hidup ketuhanan itu, maka ianya lebih baik daripada semua amalan baik yang dilakukan oleh manusia dan malaikat.

Perjalanan Masih Jauh

Selalulah bertafakkur:
1. Umur pendek (70-80 tahun. Itupun jika sempat sampai)
2. Perjalanan masih jauh (Alam kubur, mahsyar, sirat, mizan, syurga atau neraka)
3. Bekalan yang dibawa sedikit
4. Perompak dan pencuri (syaitan, nafsu, hasad, dengki, sombong, bangga diri, riak, ujub) pula ramai

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP