Petua Hilangkan Pening

Sunday, January 10, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Saya dapat pengajaran yang sungguh berharga hari ini iaitu ‘buat sesuatu apabila tiba masanya’ itu sahaja :).

Saya nak kongsikan 1 tip pagi ini iaitu tip menghilangkan pening. Setakat saya menulis di ruangan maya ini (dari Julai 2009 @ telah masuk bulan yang ke 7), telah 2 kali saya mengalami sindrom pening yang boleh dikatakan amat teruk hehe......biasala kawan kepeningan mematangkan kita dan cabaran kehidupan mendewasakan kita.

Setakat ini alhamdulillah pening-pening itu telah pun hilang.........DaripadaNYA pening-pening itu datang dan Dia juga sebenarnya yang menyelesaikannya. Saya hanyalah bahan ujian sahaja. KepadaNYA kuberserah diri.

Petua yang saya gunakan setakat ini adalah, setiap awal pagi selepas solat subuh, banyak-banyak kan baca Al-Quran, khususnya Surah Yasin (Surah 36) dan Surah Al Mulk (surah 67).

Lagi banyak pening, lagi banyak baca. Kalaupun pening-pening itu telahpun hilang, teruskan membaca kalam-kalam Allah tadi sebagai rutin harian inshaAllah, kerana di situ terdapat penawar kepada segala penyakit, penyelesaian kepada segala cabaran dan panduan kepada segala jalan kehidupan. Moga hidup kita semua sentiasa terpandu olehNYA

Samalah juga masa kita nak dapat baby dulu, kan selalu kita baca surah Yusof, Luqman dan Mariam sebagai amalan/petua/asbab bagi mendapatkan anak-anak yang cantik, cerdas dan soleh

Akhirnya semua adalah ditanganNYA; daripadaNYA kita datang, keranaNYA kita ada di sini dan kepadaNYA kita semua akan kembali. Segala yang berlaku ini hanyalah asbab sahaja sama ada akan lebih mendekatkan diri kita kepadaNYA ataupun sebaliknya.

Jadi, sama-samalah kita manfaatkan kehidupan ini sepenuhnya untuk kebahagiaan kehidupan di sini dan di sana, dan sama-samalah kita menjadikan cabaran-cabaran kehidupan ini sebagai asbab untuk kita lebih dekat kepadaNYA inshaAllah. Jumpa lagi

p/s: 1. Mungkin sahabat-sahabat semua juga ada petua hilangkan pening yang boleh dikongsikan bersama selain daripada sapu minyak panas di kepala :)

2. Terima kasih kepada Tuan Hafizal @ Juruukur, Keown, Deli dan Ijo kerana meluangkan masa melayan CF101 petang semalam. Banyak ilmu bermanfaat yang dikongsikan bersama. Lain kali kita layan lagi, lagi banyak main lagi banyak idea keluar. Nanti kita main dengan balance sheet & income statement sendiri inshaAllah

6 comments:

2bz4money said...

Sdr Lukeman,
X dpt memenuhi jemputan CF tu pasal saya 'pening' menyelesaikan masalah saluran tersumbat kat dapur rumah.

deli said...

1.tima kaseh pada keown & juruukur atas nasihat yg diberikan, byk ilmu2 baru dpt masa main CF aritu...walaupun cepat masuk ke fast track, tp hakikat dlm real life nye, hehe...tak semudah tu...
2.gud luck utk jijoe krn berani menceburi bidang baru..
3.mekaseh pd kemey krn sudi jemput main CF..

KEOWN said...

kalau ada event lagie.. bagi tahulah.. banyak benda nak kena belajar lagie nie.... belajar tak akan abis

Admin said...

Lie, Keown; aku ingat petang sabtu ni nak layan lagi lah CF nih, banyak nak explore untuk real case study. Jemputlah datang lagi dalam 3@4 petang ke, main dlm 1@2 jam pun dah cukup bagus; kita main speed & fast & gaji amik sendiri..

Lie: Bawa lah mem & anak2 sama. Boleh diorg main kat rumah aku, xde masalah

2bz/sapa2 yg minat nak join main pun jemputlah datang, tp game ini adalah informal, jadi segala kekurangan tu amatlah dikesali

KEOWN said...

man.... sabtu nie agak bz..... ada majlis di tadika anak sampai tgh hari.. then ke wangsa maju ada aqiqah anak sedara... semoga mendapat manfaat nanti

Admin said...

Keown, aku layan e-game je, mertua & ipar datang, ada kenduri di Shah Alam. Banyak benda baru yang aku belajar dgn egame, amik realcase salary/income statement, nt free kita layan boardgame lg inshaAllah

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP