Biar Lebih di Sana

Friday, January 22, 2010

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Apa saja yang kita lakukan, fikirkanlah ‘lebih’ di sana. Sebagai contoh:

1. Biar cepat di sini asalkan lebih cepat di sana
2. Biar laju di sini asalkan lebih laju di sana
3. Biar kaya di sini asalkan lebih kaya di sana
4. Biar selamat di sini asalkan lebih selamat di sana
5. Biar bahagia di sini asalkan lebih bahagia di sana
6. Biar berjaya di sini asalkan lebih berjaya di sana
7. Biar sejahtera di sini asalkan lebih sejahtera di sana

Buatlah apa saja yang kita mahu di dunia ini tapi ingatlah bahawa satu hari nanti kita semua akan mati, kita semua akan mengadapNYA dan kita semua akan ditanya tentang apa yang telah kita lakukan dan tentang apa yang telah kita perbuatkan di muka bumi ini.

Semuanya akan diperhitungkan satu persatu dan semuanya akan dihisab satu persatu. Alangkah ruginya jika kita hanya mencari keuntungan dunia tanpa mengambil kira keuntungan akhirat. Alangkah ruginya jika kita hanya mencari kebahagiaan dan kekayaan dunia tanpa kita memikirkan kebahagiaan dan kekayaan akhirat.

Duit, wang ringit, emas, permata, berlian, rumah, tanah dan saham hanya laku di dunia ini sahaja. Ianya tidak laku di sana. Carilah kekayaan itu, tiada salahnya, tapi jangan sesekali membelakangi suruhanNYA dan jangan sesekali melanggar tegahan dan laranganNYA.

Seseorang yang bijak pandai adalah seseorang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa berusaha keras untuk kehidupan selepas kematian.

Tiada salahnya kita mencari kebahagiaan di dunia, tetapi kebahagiaan akhirat lebih perlu diutamakan. Tiada salahnya kita mencari kesenangan di dunia, tetapi kesenangan di akhirat lebih perlu diutamakan. Tidak salahnya kita mencari kekayaan di dunia, tetapi kekayaan akhirat lebih perlu diutamakan……kerana kehidupan dunia ini sementara cuma dan kehidupan akhirat itu kekal abadi.

Lebihkan ‘mencari kehidupan’ di sana dalam setiap apa yang kita lakukan

4 comments:

PG said...

Salam Tuan Luke.
InsyaAllah nasihat dan pesanan dari Tuan ini akan saya guna pakai.Semoga Allah beri kekuatan pada diriku dan dirimu dan pada semua sahabat2.
Best of Luck.
Take care.

PG
pgcare.blogspot.com

Admin said...

Salam Tuan Dr, inshaAllah moga duri-duri & luka-luka semalam sembuh kembali untuk kita menggapai hari muka. Jauh lagi perjalanan di depan harus kita tuju

Unknown said...

Mulakan dengan basmallah..antara pakej 2 dalam 1 dalam amalan dunia dan akhirat, Insyaallah.

PG said...

Tuan 2bz4money..itulah sebaik2 amalan.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP