Tadika Khalifah Bestari

Thursday, November 05, 2009

Salam, sesiapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke Tadika Khalifah Bestari untuk sesi kemasukan/persekolahan tahun 2010, maklumatnya adalah seperti berikut:

TADIKA KHALIFAH BESTARI
No 2 Desa Al-Amin
Kampung Sungai Tangkas
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

o3-8925 3484/3 - Pejabat
019-219 6785 - Puan/Ustazah Norlaily (Pengurus)
012-303 1224 - Puan/Ustazah Sarah (Guru Besar)

Sesi Pembelajaran
A. 8.00 am hingga 1.00 pm (paling lewat sehingga 1.30 pm)
B. 8.00 am hingga 3.30 pm (paling lewat sehingga 4.oo pm)

Yuran Pengajian
Sesi A/B:
Pendaftaran: RM100
Bulanan (Jan-Okt sahaja): RM175/RM210
Makanan (per semester @ 6 bulan sekali): RM250/RM270
Peralatan setahun: RM150/RM160
Baju: RM95 untuk 2 pasang (warna lain)
Buku: RM 120 setahun

Kurikulum
BM, English, Math, Science, BArab, Jawi, Kretiviti, PJ, Amali Solat, Mengaji, Hafazan, Pendidikan Islam, KoKurikulum (lawatan, kesihatan/pergigian, sukan, uhtifal (penyampaian hadiah), hari peristiwa, puppet show & water play, makan bersama)

Analisis: Mari kita kira jumlah pelaburan bulanannya berapa dan berapakan ROI nya :) (Semua cerita pasal ROI saja.......semua fikir return saja yeee.....Jangan risau kawan, semua pelaburan ada pulangannya.....Pulangan dalam bentuk apa yang Tuan Puan nak saja yang membezakannya......InshaAllah, nanti saya ceritakan berapakah ROI pelaburan ini.....

Total cost setahun @ 10 bulan pengajian (saya ambil contoh sesi A sahaja) =
100 + 150 + 95 + 120 + (175 x 10) + (250 x 2) = RM 2715 / 10 bulan =
RM271.50 sebulan

Jumlah pelaburan Tuan Puan adalah RM271.50 sebulan selama 10 bulan. Jika di rumah Tuan Puan ada maid, yaa boleh saja jumlah itu dibahagikan dengan 12 bagi mengurangkan nilai pelaburannya sebulan menjadi RM226.25.............semua sekali yeee...termasuk pakaian, makan minum, buku, alat tulis........dan lagi 1 adalah transport....masukkan ajalah dalam pengiraan Tuan Puan itu.....transport ku sama saja, tidak berubah kerana inshaAllah anak-anak ku akan keluar bersama masa kitaorang pergi kerja dan balik bersama kitaorang masa balik lunch.....

Sekian saja perkongsian ini.....Sama-samalah kita melabur untuk ilmu, kerana pelaburan itu bukan saja pelaburan yang memberikan keuntungan dalam bentuk wang, harta dan kekayaan sahaja............PELABURAN ADALAH APA SAJA YANG MEMBERIKAN KEUNTUNGAN DUNIA DAN AKHIRAT..............Ya apa saja keuntungan...Boleh jadi kepandaian, persahabatan, akhlak yang baik, kepintaran, tutur kata yang bagus, sejuk mata memandang, networking, keberkatan masa, pahala kebaikan dan amal jariah, mentaati perintah dan menjauhi laranganNYA..........ya apa sajalah yang memberikan keuntungan kepada Tuan Puan itu dipanggil pelaburan................

Anak-anak dilahirkan putih bersih, kitalah yang perlu mencorakkan kehidupan mereka. Kitalah yang akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kehidupan mereka (sebelum mereka akhil baligh ini)..........sampai jumpa lagi inshaAllah......

5 comments:

Niza said...

tadika nie xde cawangan di shah alam ker?

Niza said...

tadika nie xde cawangan di shah alam ker?

Admin said...

Maaf Tuan/Puan, saya belum pasti (kerana belum pernah bertanya kepada mereka). Cuba Tuan/Puan telefon nombor yang saya letakkan itu. 16-19.12 ini adalah sesi pendaftarannya untuk kemasukan Januari 2010

Admin said...

Di Shah Alam, TIADA tadika khalifah bestari, yang ada adalah tadika LITTLE KHALIFH (Saya sudahpun bertanya dan sudahpun pasti :)

Unknown said...

Nak tanya, ada tak nombor telefon pengangkutan ke tadika khalifah bestari? saya tinggal di kawasan puncak saujana, berdekatan dengan saujana impian. Tq.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP