Saya Ingin Menderma

Friday, November 20, 2009

S: Soalan
J: Jawapan

S: Salam Tuan, saya ingin menderma tapi saya agak kekurangan wang
J: Salam Tuan/Puan, berapakah gaji kamu sekarang?

S: Kira-kira RM800 sebulan
J: Kamu tidak dermakan walaupun RM1 sebulan?

S: Maaf Tuan, saya tiada kesempatan dan peluang itu
J: Bila kamu ingin mula menderma?

S: InshaAllah apabila gaji saya RM2000, ataupun mungkin apabila ianya RM8000
J: Kawan menderma bukannya kerana duit banyak, ataupun gaji banyak....menderma adalah HABIT/TABIAT...Jika ketika gaji kecil/duit sedikit ini kamu tidak boleh perbuat amal/menderma, maka ketika gaji besar juga kamu akan begitu

S: Betulkah Tuan? Lalu apakah yang harus saya lakukan?
J: Mendermalah dan beramallah semampu kamu. Jikapun gaji kamu adalah RM800 sebulan, peruntukkanlah seberapa yang kamu mampu setiap minggu (setiap hari Jumaat contohnya hari ini), untuk kamu peruntukkan kepada surau, masjid, rumah kebajikan etc.....Yaa SEMAMPU KAMU, hatta RM0.50 pun seminggu...

Rancanglah kewangan kamu sebaiknya, dan lakukanlah sesuatu agar gaji/wang kamu bertambah dan jangan lupa untuk dilaburkan kembali kepada SAHAM DUNIA dan juga SAHAM AKHIRAT...

Jadikan ianya tabiat/habit. Moga rezekimu semakin bertambah. Moga nikmat-nikmat daripadaNYA juga akan bertambah selari dengan rasa syukurmu itu. Moga pahalamu dan rezekimu juga akan dilipat gandakan olehNYA.....Moga-moga tabiatmu itu akan berkekalan sehinggalah kamu bertemu denganNYA nanti

S: Taubat?
J: Sama juga untuk taubat. Jika kamu merasakan kamu bersalah, bertaubatlah segera. Jangan ditangguh-tangguh taubat, kerana belum tentu kamu dapat hidup selepas kamu membaca artikel ini

S: Tapi saya belum mampu untuk menghindari riba'
J: DIA Maha Mengetahui kemampuan kamu. Apa yang penting kamu buatlah SETAKAT YANG KAMU MAMPU mengikut kemampuan yang diberikanNYA dan selebihnya serahkanlah kepadaNYA

S: Lagi Tuan
J: Semoga kamu sentiasa terpandu olehNYA, dan semoga hatimu dan hati saya, dan hati-hati umat ini sentiasa terpandu oleh kebenaran. InshaAllah

S: Terima kasih Tuan
J: Terima kasih kembali kepada kamu yang bertanya. Jika kamu tidak bertanya tiadalah jawapan ini dan tiadalah artikel ini :) Sampai jumpa lagi inshaAllah

4 comments:

KEOWN said...

derma walaupun seringgit.. ada nilainya....

ajar anak2 bersedekah.... derma.. walaupun mula dengan yang dipasar malam (sebenarnya tak digalakkan sebab tak dapat kepastian peminta sedekah tersebut) tapi amalan tersebut boleh diajar dari peringkat awal...

derma bukan sahaja wang ringgit tapi amalan, ilmu, pengetahuan, pakaian dan apa juga benda...

derma rm1 dengan ikhlas lagie bermakna daripada derma 1juta tapi diperbesarkan

Admin said...

betul tu keown...yg diperbesarkan tu kita sangka baik sajalah, mungkin dia nak menggalakkan orang lain pun menderma dan menjadi pemurah sepertinya ;) cuma jgn diungkit sudahlah...

tapi kalau yg guna SMS nya memang aku xtrust..sms RM5 yang sampai kepada tujuan/hajatnya sebenar xtahulah berapa :) tirisnya lagi banyak drp yang dapat :)

assyakirin said...

layari http://assyakirin-tps.blogspot.com untuk tujuan menderma bagi mengisi dana pembinaan surau as-syakirin

As-Syakirin said...

derma mengisi dana pembinaan surau as-syakirin di sini http://assyakirin-tps.blogspot.com

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP