Mengapa Perlu RM20 000?

Friday, October 09, 2009

Salam, mengapa perlu memulakan sesuatu perniagaan dengan menggunakan modal yang besar? Mengapa perlu memulakan perniagaan A dengan modal sebanyak RM20 000? Mengapa perlu memulakan perniagaan B dengan modal sebanyak RM30 000? Mengapa perlu memulakan perniagaan C dengan modal sebanyak RM40 000?

Tidak bolehkah perniagaan itu dijalankan secara kecil-kecilan? Tidak bolehkah hati-hati insan ini di ajar dengan sistem perniagaan yang berperingkat-peringkat? Tidak bolehkah hati-hati insan ini di didik dengan perniagaan yang lebih telus dan tidak rakus?

Mengapa agen-agen dan penjual-penjual ini diberikan semua barang yang kadang-kadang tidak diperlukan dan susah untuk di jual? Tidak bolehkah kita sebagai pengguna memilih barang-barang yang berkualiti dan hanya diperlukan sahaja untuk dijual? Mengapa barang-barang yang susah untuk dijual juga diberikan kepada kita?

Jawapannya adalah, itulah STRATEGI PERNIAGAAN. Pemilik-pemilik perniagaan ini ingin cepat untung. Semuanya inginkan kejayaan dan kekayaan dengan cara yang mudah dan cepat. Caranya, carilah individu-individu yang berduit untuk menjadi agen mereka, ataupun lebih tepatnya pembeli kepada barangan keluaran mereka.

Belilah sedozen ataupun lebih. Belilah sebanyak mungkin barangan yang tidak anda perlukan. Kalaupun tidak berduit akan dicadangkan juga agar mencari duit secara paksa, melalui pinjaman-pinjaman peribadi. Lagi banyak anda beli, lagi cepat untung pemilik perniagaan ini.

Aduh kawan. Tidakkah anda nampak siapakah yang mencipta sistem perniagaan ini? Siapakah pemilik kepada sistem perniagaan ini? Siapakah yang mendapat begitu banyak laba daripada sistem yang diciptakan ini?

Tiada salahnya berniaga. Tiada salahnya berjual beli. Cuma salahnya adalah sistem. Sistem yang mengajar insan berniaga dengan menggunakan modal yang begitu besar. Sistem yang memaksa agen membeli banyak barang yang kadang-kadang tidak diperlukan. Sistem yang diciptakan oleh pemilik-pemilik perniagaan yang ingin membuatkan diri mereka cepat untung dan cepat kaya.

Sekadar renungan bersama untuk sama-sama kita fikirkan.

2 comments:

semut said...

setuju.. kalau hendak berniaga.... RM1,000 pun boleh berniaga juga....
ramai yang terkandas dalam system MLM ... meniaga larut malam...
dipaksa pengguna beli barang yang tidak digunakan...

norsaiful said...

a'ah.....itu la pasal...
diorang lebih tekankan pasal keuntungan jek..tu yg org rabun mata tu..tanpa berfikir panjang....terus masuk...sampai sanggup membuat pinjaman beribu-riban....
tetapi kesusahan dihadapan diorang x nampak....
ape salahnyer kalu bermula dr bawah.sikit2...lama2 jadi bukit...

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP