HomeFlexi vs HomeFlexi

Saturday, October 10, 2009

Salam, jika anda ada dua ataupun lebih hartanah dan kedua-duanya (ataupun kesemuanya) anda ingin menggunakan pakej Islamic Home Flexi Loan, anda perlu:

1. Ada 2 ataupun lebih CA (1 CA hanya boleh digunakan untuk 1 homeflexi)

Contoh, katakanlah:
1. Rumah pertama anda adalah atas nama anda dan isteri. Pinjaman sebanyak RM400 000. Rate IBR-2.2%
2. Rumah kedua anda adalah atas nama anda sahaja. Pinjaman sebanyak RM100 000. Rate IBR-1.6% dan
3. Rumah ketiga anda adalah atas nama isteri sahaja. Pinjaman sebanyak RM 100 000. Rate IBR-1.6%.

Penyelesaiannya.
1. Homeflexi/CA yang pertama adalah atas nama anda dan isteri. Anda dan isteri dua-dua mempunyai kuasa untuk menandatangani cek dan mengeluarkan duit daripada kaunter (ATM sapa-sapa pun boleh keluarkan duit jika tahu no pin nya)

2. Homeflexi/CA kedua adalah atas nama anda sahaja. Jadi hanya anda yang boleh mengeluarkan cek dan mengeluarkan duit daripada kaunter.

3. Rumah ke tiga pun sama. Hanya isteri anda sahaja yang mempunyai kuasa itu.

Pendapat peribadi saya, agak kurang bagus jika semua kita ingin menggunakan pakej yang sama. Risiko perlu diagihkan dan perlu diminimumkan. Jika IBR/BLR naik, tempoh pembayaran boleh dipanjangkan (bergantung kepada arahan daripada bank negara) tetapi berapa lama mahu panjang tu? :)

(Maaf nantikan sambungan dan huraiannya seterusnya inshaAllah) Ada hal sikit. Salam

2 comments:

harith said...

salam..
agak2..bila yek sambungannya??

Admin said...

Salam Tuan Harith, sambungannya telah dimasukkan dlm http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/10/rhb-islamic-best-package-in-town.html

Itulah cara/sambungannya.....diversify ataupun kurangkan risiko pelaburan dengan mengambil pakej yang berbeza

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP