Rempit

Friday, October 09, 2009

Salam, jika motosikal anda telah dikunci dan dirantai dengan elok, jika motosikal anda adalah motosikal lama dan buruk, jika motosikal anda telah ditempatkan ditempat-tempat yang terang dan tidak tersorok, tetapi masih juga hilang, BERSANGKA BAIK sajalah kawan.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNYA dan DIA tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

Mungkin DIA
1. Ingin membuang sifat pergantungan anda kepada motosikal itu
2. Ingin menghapuskan dosa-dosa lama anda dengan musibah itu
3. Ingin memberikan peringatan kepada anda agar usahlah lagi menghabiskan masa-masa berharga anda itu dengan mencantikkan motosikal dan merempit dengan motosikal itu, kerana hidup dunia ini amatlah singkat dan perjalanan ini amatlah jauh lagi untuk ditempuhi
4. Ingin menggantikan motosikal anda dengan kereta, agar anda berkerja lebih kuat dan tekun untuk mendapatkan kereta bagi kemudahan, keselesaan dan keselamatan anda dan keluarga inshaAllah

Apa yang pasti, apapun yang berlaku dalam hidup ini, ucapkanlah selalu ALHAMDULILLAH dan BERSANGKA BAIKLAH DENGAN SETIAP APA YANG BERLAKU. Buanglah persangkaan-persangkaan negatif dan perkataan-perkataan negatif dari kamus hidup anda. Kita perlu sentiasa bergerak pantas dan tangkas kearah kebaikan dan kearah kesejahteraan dunia dan akhirat.

Basahkanlah selalu bibir kita dengan ASTAGFIRULLAH HAL AZIM. Moga dosa-dosa semalam diampunkanNYA.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP